Dhania Motel, Langkawi - Motel bajet yang ada iron dan parking luas

Friday, 19 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Alang-alang Langkawi tengah viral, meh la aku nak share motel tempat kami menginap semasa honeymoon bulan 10 tahun lepas. Sebelum korang mengata...eh motel je, kata bulan madu; ingin aku jelaskan yang aku pilih motel ni untuk 2 malam sebab hari pertama kami sampai Langkawi pun dah malam. Membazir nak tido hotel mahal, so kita ambil motel bajet jelah.

Actually honeymoon aku ni memang bajet sebabnya bulan 10 ni bulan off season Langkawi sebab taburan hujan paling tinggi berbanding bulan lain. So, harga hotel tersangatlah murahnya. Rupanya En.I tahu je tapi sebab dia kata aku macam beria nak gi Langkawi, dia layan jelah. Well ikut hati nak gi oversea tapi harga tiket flight mahal bila short notice. Duit pun tak berapa nak ramai sebab baru lepas spend untuk majlis. 

Seumur hidup aku ni first time aku gi Langkawi naik flight. Selalunya naik feri je. Last time aku g Langkawi rasanya berbelas tahun dahulu. Lama bebenor!

Di airport Langkawi, ramai orang approach kitorang untuk sewa kereta tapi aku cakap dengan En.I, kita naik Grab jelah. Di Chenang nanti kita sewa motor. Senang sahaja nak book Grab dari Langkawi International Airport. RM13 dari untuk perjalanan hampir 10km. Standard lah tu.


Proses check in mudah je. Aku rasa antara kelebihan motel ni adalah parking yang banyak. Boleh ke Pantai Cenang dengan berjalan kaki, tapi takdelah terlampau dekat sampai rasa serabut dan bising. If korang suka motel yang agak tenang, bolehlah cuba. 


Tak risau nak cari makan malam-malam sebab depan tu je ada macam-macam gerai dan food truck. Coin laundry pun ada tapi masa aku pergi ni tengah renovate.

Takde rose petal bagai ye sebab aku tak book pakej honeymoon.

Tandas selesa dan ada hot shower. Syampu/ shower cream disediakan.

Walaupun hotel bajet tapi disediakan iron. Kena minta dari kaunter tau. Kalau datang peak season, janganlah selfish. Lepas guna terus pulang balik untuk orang lain guna pulak.

Ada kawasan untuk lepak-lepak dan sidai kain

Masa kitorang stay sini, tak banyak bilik yang berpenghuni. Off season kan. Aku booking melalui apps Agoda. Satu jelah aku kurang suka, di apps Agoda, motel ini disebut sebagai Dhania Cenang Beach Resort tapi di Booking.Com disebut sebagai Dhania Motel. Nak dapatkan harga murah, boleh survey ikut platform yang korang suka. Official website pun ada.

If cari penginapan bajet yang selesa, mudah parking dan tak berapa sesak bolehlah cuba stay sini. 

Dhania Motel/ Dhania Cenang Beach Resort
Lot 55, Jalan Pantai Cenang Mukim Kedawang
Langkawi, Langkawi, 07000
Malaysia

Phone: 01110544797

E-mail: dhania.motel@gmail.com

Read More

Al-fatihah buat Pak Cu Zul

Thursday, 18 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua. Berwarna-warni sekali Januari aku. Sekejap cerita happy, sekejap cerita duka. Kalau awal bulan aku dikejutkan dengan berita pemergian rakan, Ahad lepas (14 Januari) aku menerima berita kematian suami kepada Mak Cu pulak. Mak Cu adalah adik kepada arwah Mak. 

Kenangan aku dan Pak Cu banyak jugak, dari zaman dia nak mengorat Mak Cu, masa tu aku masih sekolah rendah; sampailah anak-anak diorang dah dewasa. Arwah Pak Cu selalu bawak aku jalan-jalan. Zaman belajar dulu, masa aku cuti semester  dan teringin balik ke kampung, Pak Cu lah yang akan menjemput aku di Terminal Bas Bentayan Muar. Sedikit pun aku tak lupakan jasa-jasanya.

Cuma takdelah terkejut sangat sebab Pak Cu pun dah lama sakit tiga serangkai. Masa aku kahwin pun arwah dan Mak Cu tak dapat datang sebab arwah menjalani dialisis. Terima kasih Pak Cu pinjamkan kak Ngah (satu-satunya anak perempuan mereka) untuk menjadi pengapit.

Alhamdulillah pengebumian berjalan lancar. Ramai saudara-mara dan rakan hadir menziarahi arwah. Al-fatihah untuk arwah Zulkefli bin Zainal.


Pak Cu dikebumikan di kawasan perkuburan yang sama dengan atuk, nenek dan mak kandung aku. Sempatlah juga aku mengambil kesempatan menziarah kubur mereka. Cuma sayangnya suamiku En.I tak dapat kubawa bersama kerana En.I sedang berkursus di Terengganu. Aku ditemani mak abah dan adik bongsuku. Alhamdulillah silaturrahim dengan keluarga arwah Mak tak putus.

Al-fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita

Kenangan kali terakhir raya bersama. Pak Cu sekeluarga turun ke KL. Masa ni nampak uzur Pak Cu dan wajahnya lebam

Al-fatihah untuk arwah Pak Cu ku, Zulkefli bin Zainal. Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Moga the rest of January baik-baik aja

Read More

Siapa tak suka duit dan benda free kan? Jadi marilah kita ke Muzium Bank Negara lagi!

Saturday, 13 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua. Dah kembali addicted dengan blogging lepas tulis entry minggu lepas. Hehe. Harap istiqamah. Menulis ni sebenarnya satu terapi. Siapa setuju angkat tangan!

Bila hari cuti, bosan duduk rumah tapi malas nak keluar jauh-jauh dari KL, aku ajak En.I ke Muzium Bank Negara. Aku rasa ia antara muzium paling menarik di KL sebab mempamerkan antara barang yang paling disukai rakyat Malaysia dan penduduk dunia iaitu duit! Bonus point untuk free entrance. Masuk percuma gais (setakat entry ini ditulis). Siapa tak suka duit dan benda free kan? 

Ini kunjungan kali kedua aku ke sini tapi kali pertama untuk En.I. En.I ni suka tengok duit lama-lama. Nak kata collector tu tidaklah tapi kalau jumpa syiling rare, dia akan simpan. 

Kami ke sana naik motor je. Parking motor di L4 dan percuma (setakat entry ini ditulis). Ke actually kami terpark dekat tempat staf? Wallahualam. Tapi kami nak masuk muzium je pun, bukan nak merompak. Cuma satu kelemahan yang aku harap dapat diperbaiki adalah takde signboard menghala ke lif untuk ke muzium. Berpusing-pusing lah kitorang dekat tapak parkir tu.

Once dah jumpa marilah kita masuk. Zaman paperless ni sekadar scan QR untuk daftar sebagai pengunjung. Pengunjung akan diberi peta (pada pendapat aku alang-alang nak go paperless, baik bagi peta dalam bentuk PDF sahaja bukan?)

Terowong RM 1 Juta. Korang jangan cuba-cuba nak ambil duit dalam terowong ni sebab ada CCTV

Duit dulu-dulu. Muzium ni ada aktiviti interaktif juga. Kalau bawak anak-anak memang akan enjoy Galeri Kanak-Kanak di Tingkat 1

Kemudian kami ke Galeri Numismatik. Boleh tengok duit dari zaman Hang Tuah sampai ke zaman Tuah Zulkarnain. Ehh.

Exhibit 'Denai Duit'


Kitorang spend masa yang lama di Galeri Numismatik. Seronok tengok duit yang bermacam-macam bentuk. Macamanalah agaknya orang dulu kenal duit tu palsu ke tulen sebab takde syiling yang standard. Pergi Melaka pakai duit lain, gi Johor kang duit lain pulak.

Next aku tak ingat kitorang gi galeri apa. Galeri Ekonomi kot. Ke Galeri Bank Negara.

"Ko ni asyik mintak duit je. Ingat bapak keje cop duit?"
" Eh Mak ni, memang bapak keje cop duit kan?"

Seronok tengok video tentang proses pembuatan duit. Tapi tunjuk duit syiling je. Duit kertas tak tunjuk, takut orang tiru kot.

Seterusnya kami ke Galeri Pameran Sementara. Ada pameran 'Gerak Bayang' yang mempamerkan hasil seni bertemakan wayang kulit.


Kitorang ni bukan seni sangat jadi tak lama di sini. Seni karaoke je aku reti.

Terpaling trader

Ehehehehehe - Gelak 80 an


Jenuh En.I melayan aku posing dan paksa dia posing jugak. Hahaha

Dah masuk lif nak balik baru perasan tertinggal Galeri Kewangan Islam dan lupa ambil gambar di tangga ikonik pusing-pusing tu. Takpelah lain kali jelah.

Untuk kalian yang nak ke sini,boleh rujuk dulu website rasmi Muzium Bank Negara untuk waktu operasi dan untuk mengetahui kalau ada sebarang acara istimewa. Yelah kang aku beria share tetiba diorang tutup untuk renovate ke apa ke korang salahkan aku. Macamlah aku kerja situ. Eh actually pernah apply sebab aku ada pengalaman kerja di science centre dan arkib tapi entahlah kenapa tak diterima. Maybe sebab pointer rendah atau takde relevant degree? Wallahualam.


Aku dengan En.I tersalah jalan masa nak balik. Aku pulak dengan yakin cakap rumah warna pink berhampiran Sasana Kijang, berhadapan IUMW ni Memorial Tun Hussein Onn. Sekali pergi, eh apasal macam rumah tinggal? Tapi kenapa pagar terbukak? Selalunya tempat begini dikunci sebab tak nak budak-budak dadah jadikan port. Terasa seram sejuk, terus ajak En.I balik. Lagipun langit gelap dan kitorang nak elak jem pukul 4 ke atas. Pergi ni hari biasa. Saja ambil cuti sebab En.I weekend selalu kerja.

Balik rumah aku terus google tu bangunan apa tapi tiada sebarang info. Dalam Google Map hanya pin sebagai 'club house'. Ni kalau tik tokers suka buat content rumah tinggal tahu mesti diorang dah pergi terjah. Aku? Idokleeee

Netizen : Amboi Sal, pimpin tangan dengan boipren, naik motor sama-sama..Mak Bapak dia tak marah ke?

Mohon bertenang netizen sekelian. Lelaki dalam gambar-gambar di atas adalah suami I olls ya. Kami dah selamat diijabkabulkan pada Oktober tahun lepas. But that's another entry OK?

Thanks for reading!




Read More

In loving memory..untuk teman yang telah pergi

Monday, 8 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Lama betul tidak menulis. Entahlah kenapa.. Mungkin hilang minat, mungkin kecewa tengok earning ciput, mungkin sibuk dengan pelbagai urusan dunia atau mungkin juga penat menyusun dan memujuk emosi dan hati.

Apa pun, pemergian seorang teman di hari Jumaat baru ni (5 Januari 2024) membuatkan aku rasa nak meluah. Ada sesuatu yang terbuku dan perlu diceritakan. Untuk ketenangan aku, dan juga untuk pedoman semua yang terbaca apa aku tulis ni

Aku kenal En.F sekitar tahun 2012, kerana En.F kawan baik dengan En.A. En.A boleh dikatakan kawan baik aku paling lama di tempat kerja aku sekarang. En.F aku dah anggap macam adik sendiri kerana jarak umur muda 4-5 tahun dari aku. Selalu juga lepak bersama di hujung minggu atau lepas kerja. En.A dan En.F juga kerap datang berhari raya di rumah.

Sekitar 2020, Covid-19 membuatkan En.F mengalami kemurungan kronik. Dia sering mengadu dan meminta nasihat dari aku kerana dia tahu aku juga survivor. Aku cuba membantu sebaik mungkin. Kalau tak dapat berjumpa, aku sering bertanya khabar. Aku cuba sehabis daya walaupun ada ketika kemurungan En.F terlalu teruk sampai dia enggan bercakap dengan sesiapa termasuk aku. Kalau En.F tu perempuan pasti lebih banyak aku boleh tolong tapi beza jantina adakalanya membataskan. Mustahil aku nak ajak dia pergi bercuti sekali atau aku nak pergi meneman dia di rumah sewa.

Ada beberapa perkara yang aku kesalkan. Awal tahun 2023, aku dia dan En.A menghadiri kenduri kahwin anak akak opis kami. Malangnya di kenduri tersebut aku terserempak seseorang yang pernah menyakitkan hati aku. Pertemuan itu membuatkan aku bad mood sepanjang hari walaupun lepas kenduri tu En.A dan En.F cuba hiburkan aku dengan bawa aku berjalan-jalan. Aku menyesal sebab tak boleh kawal perasaan aku. Aku hang out dengan muka yang monyok. 

Bila terkenang balik, aku rasa menyesal sebab tak cherish the moment. Mood buruk aku buatkan En.F pun tak happy. Kami tak ambil gambar langsung padahal aku dan En.F ada habit suka ambil gambar bila jumpa port cantik. 

Berangan kononnya di dunia Alice in Wonderland

Penyesalan itu mengajar aku yang kita kena hargai masa dengan orang yang ada dengan kita. Letak tepi masalah lain kalau takde kena-mengena dengan orang yang ada bersama kita. Jangan hukum orang lain sebab orang lain. Kita tak tau, entah-entah tu kali terakhir kita dapat spend time together.

Yelah kita ni manusia ada kalanya gagal kawal emosi. Marah dengan bos, lepaskan pada anak isteri. Terkebil-kebil bila tak tahu apa-apa tapi kena herdik. Padahal bukan  mereka tu punca kita naik angin. Aku harap tahun 2024 ni aku lebih cekap mengawal emosi. Jangan kerana marah bila perancangan tak menjadi, orang sekeliling yang tak bersalah terima tempiasnya

Lepas ni pasti aku akan teringat setiap kali makan donat red velvet

Begitupun kami tetap berkawan. En.F pandai buat kuih dan aku ada jugak order kuih dari dia. Tapi pertengahan tahun 2023 aku dan dia berselisih faham sedikit. Tak perlulah aku jelaskan sebab apa. Salah-faham tu menyebabkan aku block no handphone dia. Aku hanya mengikuti perkembangan dia dari En.A. En.A ada cakap dia sering sakit-sakit, tapi aku tak tau sejauh mana seriusnya. Aku terlalu ego untuk bertanya sendiri.

Sampailah beberapa hari sebelum pemergian En.F, aku dimaklumkan yang dia dimasukkan ke hospital. Sayang seribu kali sayang aku tak sempat menziarahi arwah. Menurut rakan-rakanku En.F meninggal kerana masalah paru-paru, usus dan buah pinggang.

Pemergian En.F di usia masih terlalu muda membuatkan aku sedar yang hidup ini sebenarnya terlalu pendek untuk bermusuhan dengan sesiapa. Mungkin saja arwah ada wasap aku sebelum dia meninggal untuk memberitahu tentang sakitnya tapi tak sampai kerana aku dah block nombor dia. Aku sewajarnya mengalah dan memahami situasi En.F yang menghidap kemurungan kronik. Aku sepatutnya lebih faham kerana aku juga pernah mendapatkan rawatan untuk sakit yang hampir serupa.

Tak ada apa yang boleh aku lakukan melainkan menitipkan doa dan menyedekahkan Al-Fatihah. Damailah di sana Mohamad Fakhri bin Koles.

Read More