Assalamualaikum dan hai semua! Apa ni kak Sal lama menghilang pergi China pulak? Eh, tenang pembaca sekalian. Ini merupakan sambungan cerita
HK Part 2
Alang-alang dah sampai HK, kita lajakkan ke Shenzhen yang terletak di sempadan China-Hongkong. Kekdahnya macam seberang Tambak Johor nak ke Singapore le tu. At least orang tanya "Kau dah sampai China?" aku bolehlah jawab "Dah!". Hahaha.
Nak ke Shenzhen dari HK, kitorang naik MTR. Sebab malas nak tukar train dengan kerap, kitorang naik dari stesen East Tsim Sha Tsui. Ada laluan bawah tanah dari stesen Tsim Sha Tsui sebelah Chungking Mansion. Jalan aje ikut signboard. Tapi apa-apa hal pun kita top up Octopus dulu.
Mesin ni selain boleh guna untuk top up kad Octopus, boleh gak guna untuk check transaction history kad tu. Ada di stesen MTR dan jangan risau bab bahasa sebab option English pun ada.
Dari East Tsim Sha Tsui, naik tren West Rail Line sampai Hung Hom, pastu tukar East Rail Line sampai stesen Lo Wu. Lo Wu ni stesen paling hujung. Boleh tengok map MTR kat
SINI
Sebagai rakyat Malaysia, nak masuk China kena ada Visa. Untungnya nak masuk Shenzhen melalui border Hong Kong ni kita boleh beli Visa On Arrival once dah sampai kat sempadan. Tak perlu apply awal-awal dari sini. VOA ni available untuk 5 hari. For Malaysian, harga RMB168. Sampai je kat Lo Wu, kitorang main ikut je manusia yang ramai-ramai nak lepas imigresen Shenzhen tu. Pastikan ikut lorong yang tepat untuk Foreign Passport, bukan HK atau China Residence pulak.
Macam biasa, bila sampai negara orang, kita isi Arrival Card dulu. If korang day trip tulislah alamat tempat famous kat Shenzhen macam Happy Valley atau Window of the World.
Agak malang bagi aku dan Cik A sebab masa kitorang pergi ni sistem down. Memang slow yang amat! Lagipun salah Mohamed Salah, eh salah kitorang sebab lambat. Patutnya pagi-pagi buta dah tercongok kat sini, ini tak pukul 9 lebih baru nak gerak dari HK. Apa nak buat, sedap sangat tidur kat Chungking tu. Kah kah. Alah, takkan lari China dikejar. Lagipun hari tu hari Jumaat, malas nak sibuk-sibuk time orang pergi kerja.
Kalau tengok orang ramai, ambillah nombor dulu baru isi borang, jangan skema sangat macam kitorang. Hahaha.
Lama jugaklah aku ngan Cik A kat tempat mohon Visa ni. Rasanya sampai nak tengahari. Nasib baik kat Imigresen tak ramai orang dan tak banyak kerenah. Lepas settle urusan, kami pun masuk ke China! Yay..satu lagi negara dah aku jejaki. Alhamdulillah.
Untuk 'bergerak' di Shenzhen, aku dan Cik A memutuskan untuk naik Metro sahaja. Metro ni macam MRT gaklah. Boleh download map kat
SINI .Disebabkan malas nak beli tiket setiap kali nak naik tren, kitorang beli je Metro One Day Pass kat kaunter. Harga RMB 25. Dah naik harga. Aku buat research kat blog ramai kata RMB 20 je. Apa boleh buat.
Zaman Najib
Ceria kad ni ada gambar bunga matahari
Aku syak kad ni akan expired dalam masa setahun. Sebab tu ada tarikh 28.10.2018. Tapi tulah nak baca tak reti, nak borak dengan staf kat kaunter pun macam cakap ayam itik so diam jelah. Haha.
Stesen Metro dekat sempadan ni nama dia
Luo Hu. Kat sini ada gak tempat shopping Luohu Commercial Centre, tapi mood shopping belum datang. Mood nak makan aje yang menggila. Lapar doh. So, kena cari port makan yang best. Kitorang bawak bekal dari HK, tapi tak tau nak bukak dan makan kat mana. Disebabkan aku dan Cik A sejenis travel main redah kitorang pun naik je tren Luo Bao line (kaler hijau) menghala Airport East. Baca senarai stesen yang ada, nampaklah 'Shenzhen University'. Tak silap aku nama dia 'Shen Da' dalam bahasa Mandarin.
Nak buat apa gi Universiti? Cita-cita besar nak bergambar dekat entrance. Aku kan suka gambar ala-ala Salam Perantau ni. Haha.
One thing about Metro kat Shenzhen ni setiap kali nak naik kena scan beg. Sesetengah stesen kena lalu bawah metal detector. Lepas tu pengawal sangat ramai dan akan perati gerak-geri kau macamlah kau bawak bom. Lepas tu jangan sembang bab toilet. Dari sebatu dah bau. Tersiksa jiwa raga aku nak kencing.
Sampai stesen Shenzhen University, cari lah jugak mana universiti tapi bayang signboard pun takde. Kecewa betul. Aku rasa kalau kitorang jalan depan sikit maybe ada tapi tulah bila lapar jadi malas. Haha.
Lepak lah dekat cultural park. Park pada nama je. Duduk dekat bangku dan bukak bekal. Posing-posing sikit amik angin Tanah Besar. Shenzhen ni bersih pada pendapat aku. Macam HK jugak.
Bukanlah park yang ada pokok merimbun dan tanah lapang macam yang aku harapkan. Cuma ada dataran, pastu bangku kat bawah pokok yang ditanam berbaris di tepi jalan. Jadiklah buat tempat isi perut.
Basikal..basikal di mana-mana
Dah buntu nak buat apa, kita pun bergeraklah ke destinasi sterusnya. Ke mana tu? Nanti sambung k.
p/s : Entry seterusnya aku akan reveal siapa Cik A. Yang dah tahu tu buat-buatlah tak tahu sebab kesian. Kah kah.