Assalamualaikum semua! Ayuh kita sambung kisah jalan-jalan di Shenzhen. Lepas isi perut di Cultural Square Science Park, aku dan Cik A ke Windows of the World(WoW). Apa susah, Metro One Day Pass kan ada. Dari Stesen Shenzhen University, naik je Luo Bao line patah balik ke Luo Hu. Stop dekat stesen 'Window of the World'. Keluar ikut exit J. Kat sini korang jangan risau, signboard banyak.
Sesuai dengan nama dia yang acah gempak tu, WoW merupakan sebuah taman replika 'keajaiban-keajaiban' dunia. Nak masuk dikenakan bayaran sebanyak CNY200 untuk dewasa dan CNY100 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak tinggi bawah 4 kaki dan warga emas umur 70 tahun ke atas - percuma. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sampai 10 malam.
Tempat ni memang dari asal aku dan Cik A tak rancang nak pergi. Yelah, setakat piramid Egypt ngan Eiffel Tower tu, Cik A dah tengok yang original. Apa barang tengok yang replika. Hahaha. Lainlah aku. Sunway Pyramid dengan filem Eiffel I'm in Love aku pernahlah tengok.
Banyak cakap pun tak guna, ayuh kita layan gambar.
Time ni panaih lit lit. Ada restoran halal tapi tutup. Kalau tak boleh gak lepak-lepak minum teh sejukkan badan.
Sesuai dengan nama dia yang acah gempak tu, WoW merupakan sebuah taman replika 'keajaiban-keajaiban' dunia. Nak masuk dikenakan bayaran sebanyak CNY200 untuk dewasa dan CNY100 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak tinggi bawah 4 kaki dan warga emas umur 70 tahun ke atas - percuma. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sampai 10 malam.
Tempat ni memang dari asal aku dan Cik A tak rancang nak pergi. Yelah, setakat piramid Egypt ngan Eiffel Tower tu, Cik A dah tengok yang original. Apa barang tengok yang replika. Hahaha. Lainlah aku. Sunway Pyramid dengan filem Eiffel I'm in Love aku pernahlah tengok.
Banyak cakap pun tak guna, ayuh kita layan gambar.
Time ni panaih lit lit. Ada restoran halal tapi tutup. Kalau tak boleh gak lepak-lepak minum teh sejukkan badan.
Eh..kumpulan F4 ke tu?
Replika Lovren Louvre Pyramid di Paris
Eiffel?
Yang baju kuning tulah Cik A. Kenal kan? Memang selalu muncul kat blog ni. Nak berkenalan boleh ke blog dia : AniesAndYou
Sebenarnya time ni memang panas sangat. Aku dah rasa nak migrain. Air dah berbotol. Ikutkan nak elak minum air sebab nak elak gi tandas tapi minum pun semua cair jadi peluh je.
Tak tahan lama-lama kat sini, aku ajak Anies pergi destinasi yang memang kitorang dah plan nak pergi dari Malaysia lagi iaitu : Splendid China
Splendid China ni macam Mini Malaysia. Ada replika monumen-monumen cantik di China macam Great Wall, Shaolin Temple dan Forbidden City. Pastu boleh gak tengok askar Terracota dan pertunjukan-pertunjukan kebudayaan yang berbeza setiap jam. Kira kalau masuk sini dah macam cover satu negara China in one shot. Sape tak nak kan? Dahlah aku ni memang suka tengok cerita China. Rasa macam dalam filem-filem dahulu kala je.
Dari WoW, naik Metro ke stesen OCT. Keluar ikut exit D. Again, hadaplah ko bag check. Paranoid China ni boleh tahan jugak. Botol air pun dia scan. Nasib baik dia tak paksa aku dengan Anies habiskan air kitorang baru beli kat situ jugak.
Ayuh kita!
Nak dijadikan cerita, sampai je depan Splendid China, aku dah start sakit kepala. Nak bergambar pun hilang terus mood. Cuaca memang panas sangat-sangat. Aku pun discuss ngan Anies supaya batalkan jelah hasrat nak masuk. Manakan nak ambil gambar depan entrance pun aku tak lalu. Splendid China ni kawasan open air tak berbumbung. Lepas tu sangat luas. Kalau masuk aku takut aku pengsan.
Anies adalah kot tangkap gambar sikit-sikit. Nanti korang tunggu la entry dia. Gambar aku seketul pun takde. Nasiblah, ko datang musim panas ye. Panas kat sini kalah panas Malaysia. Walaupun kecewa tapi kesihatan perlu diutamakan. Nantilah aku datang time musim salji ke, autumn ke.
Lupakan hati yang kecewa. Kita ke tempat lain pulak. Walk on..walk on...with hope in your heart
Maafkan entry hambar sehambar hati aku di hujung tahun. Kah kah.
Jumpa next entry!
Luas nmpk..penat nk menapak ni
ReplyDeletetu yang kalah sebelum berjuang..haha
DeleteKesian Sal. Panas sangat sampai dehydrated. Takpe..takpe...utamakan kesihatan tu penting. Kirim salam kat Cik A ye :)
ReplyDeletecik A tu x taulah dah travel gi mana skang ni.
DeleteLepas ni plan dengan Cik A nak ke mana pulak?
Deletenak ikut? jom!
Deletetak puas baca.. ingat de cerita lagi hahaha
ReplyDeletedah hujung2 tahun ni malas nak writing, takpe i tungguuuuuu next entry Sal
haha..tulis entry pun terkejar-kejar. nantilah cari masa untuk sambung
Deletebestnya dia..dpt tangkap bf sana tak sorang? hahaha
ReplyDeletehaha, nak mengorat tak reti cakap cina.
Deletelaa patut laa cm kenal yg baju kuning tu...
ReplyDeletetp mmg pns giler... sik baik laa kite x pengsan kat situ😊
haha..kan. nasib baik klavan score last minit.eh tetibe
Deletewei ada laa gmbr... sy x WA ka?
ReplyDeleterasanya ada. tapi malas nak transfer.haha
Deleteasalam Blogger Sal. Wah hebatnya orang puting bilang AMAZING..tahnia yamelancong sangat berjaya...
ReplyDeleterezeki Allah..tengok bumi-Nya moga makin insaf
DeleteTerima kasih share yang baik2 ni dapat lah juga melihat kehebatan di luar negara
ReplyDeletekenapa ada mini france kat shenzhen. diorang ada sejarah dgn perancis ke dulu?
ReplyDeleterasanya takde, tapi dalam WoW tu ada mini rom, mini mesir..bukan france sahaja
Deletelor travel dengan anies ke .... hihihi
ReplyDeletehi anies
tulah, kalau huda ikut sekali lagi meriah
Deletehai huda (suara garau)
Deletesuara garau takutlah dia anies..haha
DeleteAdeh,..part suara garau tu yang tak tahan tu,.. :)
Deleteoh dah g gak WOW tu rupanya and taman mini malaysia versi shenzhen tu ... hihi
ReplyDeletetp masa kita g wow tu xde pulak nampak eifel tower tu.
hmmmmm kita g 2012 ...
pergi luar je, tak masuk pun. kepala dah berdengung
Deletehihi..kalau tak kenal boleh berkenalan
ReplyDeleteXyah g paris nak tgk Eiffel towet tu kan. Hehe. Ana pun kalau x sihat balik rehat dulu. Dr melarat kan. Syg memang lah syg sebab bukan selalu ke sini tp kesihatan kena jaga. Takpe sal nanti repeat lg masa winter.
ReplyDeletenanti winter takut tak tahan sejuk pulak..haha. masalah betul
DeleteKalau berjalan tgh panas gitulah mudah dapat migraine. Apapun mmg patut kesihatan diutamakan..seronok tgk replica semua tu
ReplyDeleteBalik terus direct ke Kuchinglah ... melawat Kuching pulak hihi...
ReplyDeleteTak bestlah ek pi time panas mau berpoloh ketiak tu. Nak selpie pun tak selesa weyh!
iye mak...kalau tak bawak spek hitam alamatnya selpie tutup mata lah semua
Deletetravel dengan anies ke
ReplyDeleteTempat ni tak banyak berubah...sama seperti dulu.
ReplyDeleteingat kan datang masa musim autumn oct. rupanya summer lagi ea. panas dia keringkan?
ReplyDeletehaah. tapi lagi rela panas daripada hujan. huhu
DeleteWah seronok dapat travel dengan gang blogger.. Anies rupanya 😊..
ReplyDelete