Dangal oh Dangal

Sunday, 8 January 2017

Walaupun luaran nampak macam kental, sebenarnya aku seorang gadis hati tisu yang amat meminati filem Hindustan. Cuma kurang mengikuti perkembangan filem-filem generasi baru atas alasan nilai estetika filem India yang makin hilang, lagu yang kurang menyengat dan pelakon yang tak sehebat dahulu. Tapi tu tak bermakna aku tak hadap langsung. Sesekali bila ada nama pelakon yang aku minat, aku tengok jugak. Contohnya Aamir Khan.

Aamir Khan ni bakatnya melangkaui lakonan. Dia bukanlah bintang Bollywood pertama yang ada production house sendiri, tapi filem terbitan beliau cenderung lari dari kebiasaan. Antara yang aku suka adalah Lagaan, Taare Zameen Par dan Talaash. Beliau selalunya berlakon dalam filem produksinya sendiri sebagai watak utama.

Filem Dangal, yang bermaksud ahli gusti, diarahkan oleh Nitesh Tiwari, seorang pengarah baru dan berdasarkan kisah benar. Geeta Phogat merupakan pemenang pingat emas acara 55 kg gusti wanita di Sukan Komanwel 2010 manakala Babita memenangi pingat perak kategori 51 kg dalam kejohanan yang sama. Nak tahu lebih lanjut sila goggle sendiri ye. Hehe.

Dalam filem Dangal, Aamir memainkan watak sebagai Mahavir, seorang atlit gusti India yang kempunan menghadiahkan pingat emas untuk negaranya walaupun kerap memenangi pelbagai kejuaraan untuk diri sendiri. Oleh itu, beliau berazam yang bakal anak lelaki beliau nanti akan merealisasikan impiannya. Tapi sayang Mahavir hanya dikurniakan anak-anak perempuan. Sedikit demi sedikit beliau melupakan hasratnya.


Suatu kejadian membuka mata Mahavir yang 2 orang anak perempuannya, Geeta (lakonan Zaira Wasim) dan Babita (Suhani Bhatnagar) boleh dibentuk untuk menjadi ahli gusti. Awalnya isteri Mahavir (Sakshi Tanwar) membantah tapi Mahavir meminta tempoh satu tahun untuk menguji dua anak gadisnya sambil disertai sepupu mereka, Omkara (Ritwik Sahore). Maka mereka bertiga pun memulakan latihan walaupun dihina dan dikutuk oleh orang kampung yang mendakwa gusti adalah sukan orang lelaki.

Setelah pelbagai rintangan diharungi, Geeta (Fatima Sana) dan Babita (Sanya Malhotra) meningkat dewasa dan menjadi atlit gusti wanita berjaya di India. Geeta terpilih untuk mewakili negara tapi perlu berlatih bersama jurulatih kebangsaan. Pertama kali berjauhan, konflik bermula apabila prestasi Geeta merudum. Mahavir, Omkara  (Aparshakti Khurana) dan Babita cuba memulihkan prestasi Geeta dalam misi meraih pingat emas pertama acara gusti wanita untuk India.

Filem ini di awalnya menjentik sisi Feminis aku. Agak kejam memaksa dua anak perempuan berkorban demi menurut kehendak seorang Ayah. Seolah-olah hak mereka untuk hidup seperti gadis normal lain telah dirampas. Namun apabila Geeta dan Babita makin berjaya, aku mula nampak konsep 'mahu yang terbaik untuk anak' cuma mungkin seorang Ayah punya cara tersendiri.


Filem Dangal dikategorikan dalam genre 'Sport', tapi orang tak kaki sukan pun boleh faham. Cuma yang selalu bersukan, atau tengok sukan akan teruja lebih. Taktikal bertahan vs menyerang bila perlu, kaitan antara fitness dan cara hidup seorang atlet, keinginan mewakili negara, bagaimana seorang atlet menyesuaikan diri dengan jurulatih berbeza itu semua dihidang dalam Dangal. Boleh nampak banyak persamaan pembangunan sukan di India dengan Malaysia. Konsep National Coach dan sindiran watak Mahavir tentang kerajaan yang kedekut nak keluarkan belanja pada sukan yang ada potensi tu buaatkan aku tersengih sorang-sorang. Aku harap KJ tengok filem ni!

Dari segi jalan cerita, tak ada apa nak complain memandangkan ia kisah benar. Cuma ada beberapa scene yang aku rasa berbaur kontroversi. Reenactment perlawanan fnal di Sukan Komanwel 2010 menjadi dan plot secara kronologi tanpa unsur flashback yang memeningkan juga senang dihadam.

So, rekemen ke tidak? Highly! Tengok lah wei, lagu dia pun sedap-sedap. Filem ni paling sesuai untuk anak yang tak berapa ngam dengan bapak, macam aku! Serius, babak Aamir Khan nangis tu aku nak nangis sekali!

So, korang ada tak filem genre 'Sport' yang korang rasa best? Kongsilah kat ruangan komen. Aku paling minat 'Nadia', 'Goal: Living the Dreams', 'Creed' dan 'Will'. Dalam wishlist: 'United', 'Moneyball' dan 'Hoosiers'.

Tak payah tanyalah nape aku suka filem 'Will' ni..haha

So, jumpa next entry folks! Apna Khayal Rakna!
Read More

Mempersoalkan filem Desolasi

Thursday, 5 January 2017

"Dalam hidup ni, kita kena persoalkan semua benda"


Dalam sibuk-sibuk adik aku nak bertunang, sempat lagi aku ngan adik aku lagi sorang pergi tengok filem terbaru arahan Syafiq Yusof ni. Harus kalian tahu yang adik aku bukan penggemar filem Melayu. So, bila aku tanya apa sebab filem yang satu ni buat dia teruja, jawapan dia sama dengan aku: Nak tengok Kuala Lumpur kosong!

Semua orang tahu KL kosong adalah sesuatu yang mustahil berlaku. Lengang-mungkin, tapi menghilangkan semua manusia di dalamnya bukan mudah. Kredit untuk Syafiq n Co. kerana menjadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai kenyataan. Teringin jugak aku nak tahu teknik yang digunakan.


Kalau lihat trailer, ramai boleh agak yang Aiman, (lakonan Syamsul Yusof) watak utama dalam filem ini tak habis-habis ditimpa malang. Melihat melalui kaca mata Aiman, kita semua akan sedar yang kita pernah berada dalam situasi itu. Mempersoalkan. Kenapa aku ni asyik ditimpa bala? Apa dosa aku buat sampai dapat ujian macam ni? Desolasi sebenarnya mendakwah kita tentang qada' qadr dan takdir dengan cara yang tak terjangka. Sedikit meremang bila persoalan 'kenapa kita solat?' ditimbulkan dan dikupas oleh watak-watak filem ini sedikit demi sedikit.

Dari segi lakonan, aku sebenarnya dari dulu tak gemar lakonan Syamsul Yusof. Bagi aku dia sedikit keras. Ada kalanya aku tergelak walaupun babak itu sepatutnya serius. Lakonan Jalaluddin Hassan sebagai ayah Aiman sememangnya menterjemahkan karektor kebanyakan ayah di luar sana. Aku suka watak Zaid (Pekin Ibrahim), bekas mat rempit yang tiba-tiba menjadi alim selepas ditimpa kemalangan. Dia meneutralkan watak kalut Aiman dan ayahnya menjadikan filem ini lebih seimbang.

CGI Desolasi agak realistik. KL dikosongkan, dikejar dinosaur, Aiman dan Maya (Bella Dally) terapung - nampak berkualiti untuk filem Malaysia yang pastinya tak segah produksi Hollywood. Sinematografinya juga. Scene kegemaran aku adalah apabila Aiman dan ayahnya berlegar di ruang sama tapi mereka tidak dapat melihat satu sama lain. Seolah Aiman berada di alam bunian. Tapi ini bukan filem mistik. Ini filem sains fiksyen yang cuba dikaitkan dengan elemen kerohanian. Idea yang rare dan satu percubaan berani Syafiq Yusof untuk keluar dari kotak.


Seperti biasa, ada idea pun tak guna kalau tak dilangsungkan dengan baik. Filem ini banyak juga kekurangannya selain lakonan Syamsul. Bagi aku, ciri-ciri skema filem Skop Production masih kuat. Kalau biasa menonton filem atau drama terbitan Skop , pasti dah terbiasa dengan dialog yang formal dan boleh lulus kalau nak guna dalam peperiksaan. Tengok Gerak Khas jelah cakap macamana. Watak Dr.Yap lebih kaku dari Aiman ada kalanya melucukan. Begitu juga watak-watak polis. Pelakon recycle. Jemulah..

Endingnya juga terlampau mudah. Filem genre macam ni bagi aku lebih kena dengan konsep kalau ending tergantung. Pernah tonton Sucker Punch, Identity dan Shutter Island? Konsep hampir sama tapi dalam ketiga-tiga filem tersebut, di penghujungnya penonton ditinggalkan dengan tanda tanya dan tidak mendapat penjelasan sepenuhnya. Tapi filem Malaysia kalau ending tergantung mesti akan kena kutuk ye tak? So, aku fahamlah kenapa semua persoalan dijawab dan diterangkan dengan terperinci dalam Desolasi. Sepatutnya tinggalkan sikit untuk penonton persoalkan.

Kalau kau tanya aku, Desolasi hampir sama konsep dengan S.A.M. Tapi Desolasi lebih berat dan agak sukar meneka plot twist. Aku bagi 3.9 bintang.


Korang patut tengok Desolasi. Percayalah.
Read More

Osakajo - Part 3 - Autumn in Kansai

Friday, 30 December 2016

Assalamualaikum. OK, dapat gak aku free time sambung kisah Jepun. Tahulah aku ni kalau taip citer travel memang slow sebab nak kena recall. Padanlah muka, sape suruh hold lama-lama.

Hari kedua di Osaka, kami ke Osaka Castle (Osakajo) yang terletak berdekatan dengan stesen Tanimachi-4-chrome atau local panggil Tanimachi Yonchome. Memandangkan hari bekerja, kitorang keluar agak lewat, dalam pukul 8.30 pagi. Saja nak elak waktu puncak.

Motif gambar? Saja nak bagi korang menyampah

Walaupun ni dah dikira hari kedua, tapi kami masih teragak-agak jalan nak ke stesen Namba. Main redah je.

Semalam takde plak lalu jalan ni..

 Takde plak nampak statue ni

Tapi sampai jugak ke subway, so lantaklah. Dapat gak explore. *Alasan orang tak ingat jalan*

Nak dekat pukul 9 pun orang still ramai. Kitorang naik ladies' coach. Tapi ladies' coach ni time waktu puncak je, waktu lain dia jadi coach 2 alam.

One thing yang aku perasan dalam train adalah announcement stesen dibuat oleh pemandu train sendiri, melainkan dalam bahasa Inggeris. Aku expect negara maju macam Jepun ni akan guna recorded audio, tapi sebaliknya. 

Keluar je dari train, akan nampak signboard macam ni.

Senang jugak nak cari Osaka Castle. Lagipun, boleh nampak rombongan-rombongan lain, terutama budak sekolah.


 Ramai jugak manusia..


Dah nama pun istana kan, biasalah kat atas bukit. Osaka Castle ni diorang dah convert jadi muzium. So, bolehlah belajar sejarah Osaka, pasal perang dan cara hidup zaman Jepun dolu-dolu.

Dalam istana tak dibenarkan tangkap gambar. Masa kitorang nak masuk ni hujan dah start renyai-renyai.

Kitorang pakai Osaka Amazing Day Pass, so masuk free. Harga tiket 600 yen.

Hanya dari atas dibenarkan tangkap gambar.


 Posing kat luar jelah, dalam tak boleh amik gambar

Keluar dari castle, kitorang lepak makan bekal kat perkarangan istana. Gempak giler bunyi makan luar istana pffft! Kitorang bawak bekal sandwich tuna, tapi tekak still gatal nak cari makanan Jepun. Macam biasa, misi mencari halal food. Lama jugak aku interview penjual Takoyaki ni. Dapat yang boleh cakap Inggeris, senanglah kan. No alcohol, no meat, only octopus. Katanya.

Tak pernah seumur hidup aku makan Takoyaki pakai chopstick. Nasib tak tergolek ke tanah. Rasa?Sedap! Warna hitam tu bukan hangit, tapi dimasak dengan dakwat sotong kurita. Ni bukan makan sorang, tapi share berempat.

Sejuk-sejuk makan ais krim teh hijau!

Dah selesai makan, kitorang move on ke next destination. At first contemplating nak naik teksi or train since naik teksi tak sampai 15 minit. Tapi kemudian kitorang decide nak naik train since tak tau nak tunggu teksi kat mana. Takut tunggu on opposite direction. Lagipun, takdelah jauh sangat stesen Tanimachi-4-chrome. Jalan-jalan tengok pokok, tengok orang, tengok daun tak berapa nak kuning, tau-tau dah sampai stesen kitorang datang tadi. Kali ni tak sesat ye. Hihi.

So..ke mana lepas ni? Kitorang nak fefeeling Oshin!

Tunggu..

Part 2
Part 1
Read More

#MyTravelokaEscapade - London Dream

Friday, 23 December 2016

Travel is the only thing you buy that makes you richer - Anonymous

Travel. Siapa tak suka travel ye tak? Boleh tenangkan fikiran, tengok tempat orang, belajar benda baru. So, bila Traveloka buat contest #MyTravelokaEscapade, aku pun nak tumpang sekaki. Mana tau ada rezeki.


Destinasi pilihan aku adalah : London. Kenapa London? Meh sini aku nak cerita apa yang best sangat di kota Ratu Elizabeth ni yang takde kat tempat lain dalam dunia! *Exaggerate*

1. Stadium-stadium bola sepak ikonik dan bersejarah

England terkenal dengan Liga Inggeris, antara liga bola sepak paling kompetitif di Eropah. Menjadi impian ramai kaki-kaki bola untuk merasai pengalaman menonton perlawanan secara live atau menelusuri sejarah kelab-kelab terkenal di sana. Di kota London sendiri terdapat banyak stadium yang menjadi tumpuan seperti Wembley, White Hart Lane, Emirates, Craven Cottage dan Stamford Bridge.

Boleh jadi sebahagian dari kemeriahan 90,000 penyokong

Bukan seorang Gooners, tapi amat meminati  legenda Arsenal FC, Thierry Henry dan Dennis Bergkamp. Tak dapat bergambar dengan orang betul, statue pun jadi

Craven Cottage - Antara stadium tertua di London, mula dibina pada tahun 1894. Terletak di pinggiran Sungai Thames, homeground kepada Fulham FC.

2. Studio Penggambaran Harry Porter

Pengunjung berpeluang merasai sendiri suasana seolah-olah di Hogwarts dengan mengikuti Studio Tour yang disediakan oleh Warner Bros. Pastinya pengalaman yang tidak dapat dilupakan, tak kisahlah sama ada anda dari Gryffindor atau Slytherin. Expecto Patronum!!



3. Royal Observatory Greenwich

Kalau kalian tumpukan perhatian sewaktu cikgu Geografi mengajar, mesti pernah dengar nama Greenwich. Ia merupakan tempat yang unik kerana diiktiraf berada di longitud 0º Bumi dan terletaknya garis meridian yang memisahkan hemisfera timur dan barat Bumi.


Selain dari melihat sendiri sempadan meridian, pengunjung juga boleh menikmati simulasi astronomi, melawat galeri interaktif dan mencerap bintang.di satu-satunya planetarium di London. Nerdgasm detected!


Kalau nak cerita pasal keistimewaan London ni memang tak cukup satu entry, tapi tiga yang aku senaraikan ni antara tarikan paling kuat bagi aku untuk ke sana.

Semoga suatu hari nanti London Dream menjadi kenyataan.
Read More