Friday, 23 December 2016

#MyTravelokaEscapade - London Dream

Travel is the only thing you buy that makes you richer - Anonymous

Travel. Siapa tak suka travel ye tak? Boleh tenangkan fikiran, tengok tempat orang, belajar benda baru. So, bila Traveloka buat contest #MyTravelokaEscapade, aku pun nak tumpang sekaki. Mana tau ada rezeki.


Destinasi pilihan aku adalah : London. Kenapa London? Meh sini aku nak cerita apa yang best sangat di kota Ratu Elizabeth ni yang takde kat tempat lain dalam dunia! *Exaggerate*

1. Stadium-stadium bola sepak ikonik dan bersejarah

England terkenal dengan Liga Inggeris, antara liga bola sepak paling kompetitif di Eropah. Menjadi impian ramai kaki-kaki bola untuk merasai pengalaman menonton perlawanan secara live atau menelusuri sejarah kelab-kelab terkenal di sana. Di kota London sendiri terdapat banyak stadium yang menjadi tumpuan seperti Wembley, White Hart Lane, Emirates, Craven Cottage dan Stamford Bridge.

Boleh jadi sebahagian dari kemeriahan 90,000 penyokong

Bukan seorang Gooners, tapi amat meminati  legenda Arsenal FC, Thierry Henry dan Dennis Bergkamp. Tak dapat bergambar dengan orang betul, statue pun jadi

Craven Cottage - Antara stadium tertua di London, mula dibina pada tahun 1894. Terletak di pinggiran Sungai Thames, homeground kepada Fulham FC.

2. Studio Penggambaran Harry Porter

Pengunjung berpeluang merasai sendiri suasana seolah-olah di Hogwarts dengan mengikuti Studio Tour yang disediakan oleh Warner Bros. Pastinya pengalaman yang tidak dapat dilupakan, tak kisahlah sama ada anda dari Gryffindor atau Slytherin. Expecto Patronum!!



3. Royal Observatory Greenwich

Kalau kalian tumpukan perhatian sewaktu cikgu Geografi mengajar, mesti pernah dengar nama Greenwich. Ia merupakan tempat yang unik kerana diiktiraf berada di longitud 0º Bumi dan terletaknya garis meridian yang memisahkan hemisfera timur dan barat Bumi.


Selain dari melihat sendiri sempadan meridian, pengunjung juga boleh menikmati simulasi astronomi, melawat galeri interaktif dan mencerap bintang.di satu-satunya planetarium di London. Nerdgasm detected!


Kalau nak cerita pasal keistimewaan London ni memang tak cukup satu entry, tapi tiga yang aku senaraikan ni antara tarikan paling kuat bagi aku untuk ke sana.

Kalian pun kalau nak join boleh click LINK ni. Wish me luck guys! Mana tau London Dream menjadi kenyataan.

29 comments:

  1. cik sal

    kalau menang bawak I k.

    hihihi

    ReplyDelete
  2. Semoga permintaan anda dimakbulkan Allah.

    ReplyDelete
  3. mudah2an ada rezeki smpi sana aminnnn

    ReplyDelete
  4. kalau sampai sana, tolong kem salam kat statue tu ea.. hug and kisses skali.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh lebih-lebih, nanti viral..haha

      Delete
  5. wow..nak pi Landon diaaaaa..nak tituttt

    ReplyDelete
  6. Ada tarikh tutup ke Sal benda ni...mcm tak sempat jer dah....

    Hakak kalau diberi pilihan teringin gak nak ke London. Mcm best jer tu...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Tak minat sgt bola...tp suka castle2 yg lawa mcm downton abbey tu

    ReplyDelete
  9. Cik Sal tak minat ke english countryside mcm Cotswolds tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat jugak, tapi tulah buat entry kalut semacam, banyak yang tertinggal

      Delete
  10. Bestnya london! Siqah teringin nak ke Harry Porter. Walaupun tak tengok sangat filem dia. Hihi

    ReplyDelete
  11. mana2 ada aje traveloka tu kan.. x sempat nak explore...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..tak dapat nak travel sangat tahun ni.

      Delete
  12. Bila laa AA nak bawak pi london.... lambat bebeno...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun Air ASia..kat asia jelah mampu..haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com