Assalamualaikum. Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin kalau ada salah silap dalam menulis entry ataupun komen. Semoga Allah terima semua amalan kita dan diampunkan segala dosa-dosa.
Setelah dua tahun raya penuh sekatan, Syawal 1443 Hijrah ni dapat jugak kita beraya macam sebelum Covid melanda. Walaupun awal tahun 2022 ramai rakyat Malaysia meramalkan yang PKP akan berulang gara-gara kes meningkat angkara gelombang Omicron, ternyata ramalan kita salah belaka. Alhamdulillah. Ditambah pula dengan kelonggaran SOP. Confirmlah ramai yang buat majlis outdoor lepas ni sebab tak payah pakai facemask ye. Hehe.
Obviously semua tahu pasal drama 'raya tiba-tiba'. Rasa macam tahun 90an pulak, tak pasti raya esok ke lusa. Penat memang penat, tapi itulah kenangan untuk diceritakan pada anak cucu. Lagipun adrenalin rush tu buatkan keadaan lagi exciting dan havoc dari biasa. Dah 2 tahun tak raya kan.. Amik kau!
Lepas announcement raya, terus isi beras dalam ketupat dan rebus malam tu jugak guna periuk Noxxa. Nasib baik siang tu dah siap anyam. Sambil tunggu ketupat siap, kitorang masak rendang, kuah untuk ayam masak merah, prepare bahan untuk lodeh dan kuah kacang. Lemang beli je. Raya kat KL, kat mana lak nak membakar lemangnya.
Dekat pukul 1 jugaklah dapat tidur. Nasib baik banyak bahan mentah dah ada. Rumah pulak memang dah siap kemas pagi tu.
Lepas 2 tahun, dapat jugak solat raya. Alhamdulillah. Cuma aku kecewa jemaah surau rumah aku ni lemau je bila takbir. Tak pasti sebab pakai mask, sebab still terkejut tetibe raya atau dah 2 tahun tak sembahyang raya, dah kekok dah nak bertakbir. Takkanlah aku yang perempuan ni nak semangat lebih kan. Macam tak makan je. Mungkin semalaman tak tidur mengemas rumah dan tolong bini masak.
Lemang beli je. Petua kalau terbeli lemang yang kurang masak, instead of mengamuk buat perangai Karen, boleh kukus je lemang tu. Tapi pas ni tak beli dahla kat orang sama
Ketupat yang first time rebus pakai Noxxa. Alhamdulillah jadi. Dahlah takde tutorial. Nak aku share tak cmane aku rebus ketupat nasi daun kelapa pakai Noxxa? Kalau nak sila komen. Jap lagi syok sendiri je.
Rendang daging. Ni masak pakai cara biasa
Lodeh. Pagi raya baru masak
Kuah kacang
Ayam masak merah. Ni signature dish mak aku tau. Walaupun aku cuba elakkan dari makan ayam sebab tak nak kulit break out, tapi kalau ni tak mampu tolak
Selfie sefamili. Raya ni ada anak-anak saudara aku so meriah sikit.
Tengahari raya pertama, rumah aku hujan lebat. Tido dulu lah, lagipun tetamu yang datang pun sorang je. Lepas Zohor baru dapat gi beraya rumah jiran.
Jiran aku ni bangsa Indonesia, so ada menu macam masak Ungkep dan Lontong Daun Pisang Batu. Lepas Asar, beraya kat rumah mertua adik aku kat Putrajaya
Ada Fetuccini. ketupat palas dan kari ayam
Sebelum Maghrib kitorang gerak balik rumah. Mandi dan aku makan lagi. Allahu teruk lah hari ni melantak macam-macam. Nasib baik malam takde orang datang. Kemas rumah sikit, panaskan lauk dan basuh baju. Lepak tengok Ejen Ali the movie sambil update blog.
Tu jelah cerita sehari sebelum raya dan kisah 1 Syawal. Raya tiba-tiba yang penuh kenangan. Tak sabar nak baca cerita raya korang pulak.
selamat hari raya Sal
ReplyDeleteSelamat hari (tiba-tiba) raya! :)
ReplyDeletetiba-tiba pun, raya tetap onz..hehe
DeleteSalam Lebaran 2022. Sempat lagi tengok Ejen Ali tu.
ReplyDeletesambil tengok sambil kemas rumah, sambil refill kuih. hehe. tu je movie best. layan je
Deleteselamat hariraya maaf zahir batin ye ciksal., aminn
ReplyDeleteSelamat hari raya Sal, maaf zahir & batin jg..
ReplyDeleteTukang lemang tu terkejut tetiba raya, lemang x mnjadi..sabo jelah, next raya pangkah terus..
mungkin jugaklah. lemang nak masak kan perlukan masa. saya husnudzon
DeleteSelamat Hari Raya Sal n family.... mengejut ke tak, raya tetap raya kan ehehhe.. hidang aje la apa yg sempat di buat :)
ReplyDeleteha kan..dalam resume tulis a'able to work under pressure' ni lah masa untuk buktikan
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri
ReplyDeleteMaaf Zahir dan batin
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Sal sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeletepenjual lemang tekezut kot tetiba kena raya awal sehari.... tp penjual lemang kot yg paling laku keras mlm raya tu selain ayam & daging
ReplyDeleteha kan, sana-sini orang kalut beli ayam dan daging last minute. lemang tu memang lemang terkejut. masak lemang kan kena lama
Deletetukang jual kalut antara nak penuhi order sedia ada dgn org yg walk in. yg membeli bkn ckp sebatang 2...tu yg ada msk ada mentah
DeleteSalam Aidilfitri buat Sal dan keluarga..
ReplyDeleteSyawal 2022 yang penuh kenangan..
salam aidilfitri buat sal sekeluarga =)
ReplyDeleteAkak datang beraya ni! Hahahah Karen akan tersipu malu dan terus behave baca tips lemang ni.
ReplyDeletehahaha. saya pun kadang-kadang jadi KAren jugak
Deleteselamat hari raya.. :)
ReplyDeleteselamat hari raya sal.. meriah tp kalut hahaha. maaf zahir dan batin gurau2 dlm blog. hahaha
ReplyDeletegurau-gurau manja biasalah tu
Deletekannnn.... kalau tak nanti tak mesra
Deletetu dia raya makan fettucini carbonara...
ReplyDeleteTukar selera. Asyik makan sama je
DeleteMemang havoc sungguh raya kali ni. Itu yang meriahnya. Penat penat pun masing masing happy sambut raya tiba tiba. Bestnya dapat ketupat daun. Ikutkan haritu plan nak buat ketupat daun, dah raya tiba tiba, daunnya baru esok nak mencari. Dah raya esoknya tak dapatlah buat.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Maaf jika ada penulisan blog dan komen terguris hati dan perasaan. 0-0 ye :)
Seronok raya dapat menjamu macam-macam hidangan.
ketupat daun kelapa tu nasib baik mak ayah pergi cari awal. ikutkan kitorang yang sibuk kerja ni memang tak merasa lah
Deleteselamat hari raya dear, maaf zahir batin... tgk pic menu raya...mcm nak repeat plak.
ReplyDeletebolehla repeat weekend ni kalau rajin
Delete