Of Suria KLCC and Latte - Hari untuk diri sendiri

Friday, 13 May 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita hari Isnin, Syawal ke-8 yang lepas. Aku saja ambil cuti sebab plan nak ajak mak ayah aku balik kampung ziarah sedara-mara. Kalau balik KL on Monday rileks sikit tak perlu layan traffic jam. Tapi mak ayah aku cakap diorang rasa letih. So, plan cancel. Isnin tu orang dah naik kerja tapi aku baru nak start cuti. Nak balik kampung sorang, aku takut aku tertido masa driving. Ada orang teman layan borak-borak pun cukup. Dahlah aku memang tak enjoy memandu dan kurang cekap. Kalau accident mati terus takpe, satu Malaysia sedekahkan Fatihah. Ni kalau sakit atau cacat dah susahkan keluarga nak jaga.

Anyway, dah ambil cuti takkan nak bazirkan begitu sahaja. Aku pun perlukan 'me time' selepas sepanjang Ramadan dan seminggu raya asyik spend time dengan orang. 

Aku pun pergilah mall yang aku dah lama tak jengah iaitu Suria KLCC. Aku sampai dalam pukul 12, tapi tu dia punyalah ramai manusia! Aku ingatkan budak dah balik sekolah dan orang dah kembali bekerja, mall akan lengang tapi ramalanku salah belaka. Nasib baik dah breakfast heavy, takdelah lapar sangat. Pergi Maybank ingat nak tukar duit raya sekali bank tutuplah pulak. Aku pun tak tau kenapa. Malas nak tanya. 

Lalu depan Guardian KLCC nampak booth jual croissant. Aku memang dah lama craving croissant sejak aku tengok food vlogger Molly Yeh buat dalam rancangan 'Girl Meets Farm'. Leceh jugak buat croissant ni. Melipat doh tu ada cara dan timing dia.


Brand 'Hazukido'. Kali pertama nampak. Rupanya ada juga di Queensbay Mall, Sunway Pyramid, Gurney Penang dan Mid Valley JB. Aku berani nak beli sebab yang jual tu Melayu bertudung. Dah makan baru teringat nak check status halal. Rupanya hanya ada status halal dari Taiwan. Dari JAKIM belum dapat lagi. So, eat at your own discretion.



Aku beli yang biasa je - Honeycomb Croissant. Takde krim atau flavour

Satu craving dah settle, aku pun gerak gi TGV kat Tingkat 3. Nak tengok filem Marvel terbaru iaitu 'Dr.Strange in the Multiverse of Madness'. To be honest aku kurang layan filem atau siri Marvel Cinematic Universe sejak Avengers Endgame. Meluat dengan 'Woke Agenda' yang cuba disuap konon-konon kaulah terpaling toleransi dan diverse. Filem-filem selepas Endgame agak hambar, villain pun nampak lemah. Mungkin Thanos dah set benchmark yang tinggi sebagai watak jahat.

Aku tonton sebab filem ini arahan Sam Raimi yang pernah mengarahkan trilogi Spiderman Tobey Maguire dan merupakan produser Don't Breathe 1&2 dan Poltergeist. Lagipun aku suka watak Dr.Strange sebab unik.


Nak buat review aku takut terletak spoiler sebab filem ni baru, tapi bagi aku bolehlah. 3 bintang setengah. Beberapa cubaan buat lawak yang tak menjadi dan watak sampingan yang bosan dan tak menambah value pada cerita. Tapi aku suka watak Scarlett Witch dalam filem ni. Kalau explore lagi watak dia mesti menarik. Ada orang kata kena tonton siri Wanda Vision, Loki dan filem Spiderman No Way Home sebelum menonton Dr.Strange 2 ni tapi aku tak tengok pun ketiga-tiga tu but still faham.


Second craving done!

Habis tengok wayang, aku turun food court Signature di Tingkat 2, tengok orang dah lengang. Barulah boleh makan dengan selesa. Lama tak datang sini, rupanya dah makin luas dan banyak kedai. Tapi banyak mana pun kedai, aku dah set dah nak makan apa dan duduk di mana


Lepas gian makan Sizzling Mee setelah sekian lamanya sambil mengadap keluar Suria KLCC. Aku OK je makan sorang-sorang. Orang pun sibuk dengan hal sendiri, takde masa nak judge kita. Kita je suka perasan orang pandang kita pelik. Lainlah kalau aku berjoget ke, makan pakai kaki ke, barulah orang pandang. Siapalah diriku. Rupa tiada, berharta jauh sekali..Hahaha.

Dah makan, turun solat di surau Suria KLCC. Surau di mall kebanyakannya memang dah tak sediakan telekung walaupun dah nak masuk fasa endemik so sila bawak sendiri. Lagipun rasa lagi hygienic kan terutama kulit senang naik breakout macam aku. Aku bawak telekung travel je kawan belikan masa gi Bandung dulu punya dulu punya dulu.


Cantik deko raya Suria KLCC. Tema kampung. Siap ada dusun buah lagi.


Datang sorang, kalau tak memang dah sakan bergambar. Lawa kan tangga tu.

Dah pukul empat lebih, aku pun gerak balik. Tak nak sangkut orang balik kerja. Tapi singgah Ampang Point dulu nak pergi Guardian. Ada barang anak saudara mintak tolong belikan.

Takkanlah beli untuk orang je, untuk diri sendiri pun kena grab sikit


Singgah mengopi di MyJava Coffee


Hazelnut Latte. 

Lama dah craving nak mengopi dengan tenang. Kebetulan pulak kedai ni kosong je masa aku datang sebab kedudukan dia yang agak tersorok. So rileks je menghirup kopi perlahan-lahan tanpa gangguan.

Kadang-kadang kita bukan anti sosial, cuma suka menikmati masa untuk diri sendiri. Korang pulak kalau 'me time' buat apa?

35 comments

  1. hahaahha kita me time kena gi travel... :D kita jarang dah me time sorang2 esp sejak ada uyum ni, ssh nak kuar sorang..nak ngekor je bdk sorang tu hahaha... paling2 pun kena curi2 kuar klu x nak bawa dia tp dia dah pandai hidu, so nak x nak kena bawa dia jgk laaa lepak mamak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. travel kena ada kawan baru best..kalau nak me time jugak setakat gi staycation or dekat-dekat cam Melaka bolehla. hahaha. kena gi time Uyum sekolah lah, baru dia tak tau

      Delete
  2. hari untuk diri sendiri aka me time... hehehe... rindu nk ke melaya sana... cuci mata sambal jjcm... anyway, selamat hari raya sal, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu tambang air asia stabil nanti bolehlah bawak anak-anak

      Delete
  3. sizzling mee...sedapnya...kekdg segan gak makan sorang2..mcm ada org perati je, sebenarnya takde pun yg hirau...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggapla orang pandang kita sebab kita cantik. Ha.. Gitu

      Delete
  4. ok laa tu ko g klcc ramai org banding ko g penuh dgn bangla je hehehee... blk ko bau bawang je nnt heeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tu kalau ko g awal-awal raya. Memang diorang je yang penuh kat klcc n pavilion tu

      Delete
    2. diorg kan suka berkampung kat situ time raya...kite nak pegi pun sereeemmmm

      Delete
  5. pertama kali suka makan croisant ni masa kat hotel di london. Pagi-pagi bau semerbak dia bakar....panas-panas baru kuar oven...lembutnya. Bila makan dengan chesse dan jem Ya Allah sedapnya. Itu lah pertama kali jatuh cinta dengan croisant...eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Walaupun makan croissant ni selalu berterabur tapi rasanya sedap

      Delete
  6. sesekali jalan sorang-sorang ok apa ...bioe le orang nak cakap apa pelik ke apa ke yang penting kita hepey dengan diri sendiri...tapi tu le selalunya nak jenjalan ni nak ada teman tapi kalau takde teman why not sorang-sorang...ada aku kisah eh opsss tersasul plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dah jalan sorang-sorang. Malas nak mengemis kat orang suruh teman. Haha. Tebal la muka asyik kita je ngajak

      Delete
  7. Hari tu macam tertenguk spiderman kat tv3 tapi bukan tobey pelakon dia ada citer spiderman baru ke...(ahkak yang selalu ketinggalan cerita)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 Spiderman lain selain Tobey. Tapi Tobey tetap yang saya paling minat. Hehe

      Delete
  8. ammi dah berkurun tak jejak kaki ke KLCC..rasanya last masa birthday Kyra ke 8 kot...itu pun gi Toy'R'US cari hadiah dan balik.

    ammi kan tak pernah kenal pun film director cerita2 hollywood ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kak Ammi bukan kaki movie kot. Saya kalau nak tengok movie, tengok sape director dulu

      Delete
  9. me time melayan diri terbaik sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde orang nak layan kita, kita layan la diri sendiri

      Delete
  10. masa study di UM dulu selalu je outing sorang2 mcm Sal buat ni. makan2..shopping dan tengok filem Sembilu kat cineplex sebelah Kompleks Pertama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer Sembilu lama tu. Saya sekolah rendah lagi

      Delete
  11. kalau wak, down town sensorang macam tu memang tak jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat, dah ditakdirkan hidup solo kenalah survive

      Delete
  12. Lamanya tak me time macam ini.. Sekarang me time Sha senang je, baca buku sambil minum kopi atau tidur.. kikiki.. Dua tu jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela Sha, me time orang bujang dengan orang ada keluarga mana sama

      Delete
  13. Dr. Strange tu tengah cari timing nak tengok.. tak tahulah bila..

    ReplyDelete
  14. thanks for sharing.. 👍👍

    ReplyDelete
  15. kadang me time ni best,. hari tu pun tengok wayang sorang, masa teman adik jumpa kawan dia. bila adik jumpa kawan, kita bawa diri tengok wayang hahaa. best juga tengok wayang sesorang (kadang). selamat hari raya =D

    ReplyDelete
  16. Sesekali ber 'me' time okay jugak. Senang nak bergerak mana mana tak perlu pandangan orang lain. Mengopi hirup perlahan lahan dengan tenang itu nikmat. Layan jugak marvel series ni. Dah banyak banyak pening pulak nak flashback yang kisah lama lama tu.

    Berdebar eh tengok penalti malam ni. Boleh pulak mane tak score. Pagi ni tengok page score kat google, tudiaa keluar firework.

    ReplyDelete
  17. suka crossaint hazukido tu..kalo singgah mid valley southkey mesti beli..sedap!
    sama la kita, tak tengok pun tiga benda tu sebelum tengok Dr. Strange, boleh je faham..orang cakap dia macam Spiderman NWH jugak sebab multiverse..

    ReplyDelete
  18. He he ... Penilaian 3 bintang stengah. Ada2 ajah istilah anak muda.

    ReplyDelete
  19. Rindunya nak jalan sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang, makan sorang-sorang. Bila dah kahwin dan beranak-pinak, rasa rindu pulak nak ada me time sesorang macamni..

    ReplyDelete
  20. nina ni kalau duduk KL dh nampak siapa nk dijadikan kawan dan baby sitter. hahahaha. tak pernah cuba pun roti tu kalau ke QB. nina pun tak bt review dr strange lg

    ReplyDelete
  21. rindunya KL..KLCC tu laluan gi keja je hari2 ..siap hafal kedai mana, kat mana... but now semua dah lain kan? ampang point..port dating tu dulu2.. he he he..

    ReplyDelete
  22. Zaman skrg walaupun staf berkelubung kepala tak semesti halal.Pernah dlm food court 1 mall ni bos non muslim suruh staf nya pakai tdg utk tarik customer muslim pdhl ayam yg dijual tal sembelih punya.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah