Assalamualaikum dan hai semua! Sambung balik cerita di Ipoh.
Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.
Day 1
Kali ni nak share hotel tempat kami menginap iaitu Cititel Express Ipoh. Cantik hotel berwarna oren-putih ni, dari jauh dah nampak. Hotel ni masih baru, dibuka pada November 2015.
No. 2, Jalan S. P. Seenivasagam, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
E-Mail: resvnipoh@cititelexpress.com
Reservations : +605 – 208 2888
Facebook: Cititel Express Ipoh
Instagram: Cititel_Express_Ipoh
Plan asal nak tidur hotel backpackers je. Stail hostel macam di Taiwan. Barulah boleh feeling tourist. Tapi fikir-fikir balik, risau jugak zaman pandemik ni duduk satu dorm entah dengan siapa-siapa buatnya close contact dah cerita lain pulak. So kita carilah hotel. Tak perlu hotel mahal-mahal at the same time tak naklah kedekut sangat. Biarlah selesa.
Lokasi hotel ni pun strategik, hanya 800 meter dari Stesen Keretapi Ipoh dan terletak dalam kawasan Ipoh Old Town. Antara tarikan berhampiran adalah Padang Ipoh, Hale Street Heritage Gallery dan Concubine Lane. Di Ipoh kalau tak nak sewa kereta atau malas jalan kaki boleh naik Grab.
Baca ni juga : Hale Street Heritage Gallery
Baca ni juga : Train to Ipoh
Masa kitorang sampai, belum boleh check in, tapi yang bestnya hotel ni ada luggage storage untuk tetamu yang menginap. Nampak tak bilik sebelah kaunter receptionist tu? Boleh tinggalkan beg dulu sementara jalan-jalan. Jangan risau sebab bilik tu berkunci dan bila nak ambil beg bila nak check in, tunjukkan kad yang diberi receptionist hotel.
Hotel ni bertaraf 3 bintang, tapi kemas, bersih dan patuh SOP. Gym, restoran dan swimming pool takde tapi aku tak kisah sebab bukan nak staycation pun.
Di lobi ada 7 Eleven. Malam-malam kalau lapar boleh beli maggie ke biskut ke.
Katil yang selesa
Kami ambil Superior Queen. Harga sewaktu entry ini ditulis ialah RM130 satu malam. Harga basic so bilik ini tak ada microwave ataupun mini bar. Harga macam biasalah kan, berubah-ubah. Boleh book via Agoda, Booking atau direct melalui website hotel. Pandai-pandailah compare yang mana berbaloi.
Aku lupa ambil gambar bilik air. Bilik kami hanya ada shower, toilet dan sinki. Tak ada bathtub.
Free movie yang aku maksudkan. Ada channel Astro lain jugak. Banyak jugak filem macam Avengers, Beauty & The Beast, Paddington dan Christopher Robin. Sesuai lah kalau bawak anak-anak. Yang tak bestnya takde subtitle. Citer omputih je ada. Citer Melayu ke Korea ke takde ye.
View dari bilik: Boleh nampak Sungai Kinta. Petang-petang nampak orang memancing. Bilik kami di tingkat 8. Hotel ni 13 tingkat tak silap aku.
Hijau je pemandangan
Dalam bilik tak disediakan iron dan water heater. Kena kongsi dengan pengguna lain di level yang sama.
Parking disediakan. Abaikan editing gambar di atas yang celaru. Nak padam nombor plet kereta sahaja sekali dengan permukaan jalan sekali dimosaickan. Takde apa-apa yang aneh ye. Aku edit pakai handphone. Jari tak bedung.
OKlah tu je aku nak share. Anyway aku bersyukur sangat kitorang pilih hotel yang selesa, wifi laju dan ada banyak pilihan movie untuk ditonton. Kenapa aku cakap macam tu? Ha..nanti aku citer next entry . Kalau bercuti macam gitulah. Selalu terjadi perkara di luar perancangan. Terpaksa go with the flow.
Nanti sambung lagi. Thanks for reading!