Sonata Salju di Jeju - Part 11 - Jeongbang Waterfall

Saturday 16 November 2019

Assalamualaikum dan hai semua. Masuk hari ke 6 kami di Jeju. Hari di mana kami kena survive sendiri sebab dah tak guna khidmat JMT. Oh lupa nak bagitau, Hotel Hyundai ni dekat dengan airport. Sebab tu kami pilih supaya nanti senang nak balik. (Kami tu actually Siti, aku just tolong bagi pendapat. Dia yang buat booking. Hehe)

Disebabkan tak mahir dengan duit Korea yang main ribu-riban tu, kami beli kad T-money. Senang sikit takdelah terhegeh-hegeh nak cari duit kecik lah apalah untuk naik public transport. Jeju ni ada perkhidmatan bas dan teksi sahaja tau. Takde tram, monorel atau LRT.

Kad T-Money we olls beli dekat kedai seberang jalan malam sebelumnya. Top up siap-siap.

Pinjam dari blog Siti. Jangan marah ha..

Gambar di atas merupakan laluan bas Airport Limousine 600 yang kami naik. Nama je Limo tapi ia adalah seketul bas. Bas ni route dia start dari airport dan banyak berhenti di hotel-hotel.


Berjalan di musim sejuk ni kena keluar pagi-pagi sebab siang yang pendek. Nasib baik malam sebelumnya tido awal so takde masalah nak bangun. (Aku masalah nak bangun kalau gi keje je. Kalau bercuti tetibe siap paling awal). Dari hotel, kami berjalan kaki ke bus stop yang terletak di hadapan The Sun Hotel. Walaupun trip kitorang ni main redah, tapi actually, petang sebelumnya on the way balik dari The Shila Duty Free, we olls dah riki siap-siap.

Bas yang luas dan mewah

 Tekan loceng kalau nak berhenti

 Sepanjang perjalanan akan nampak hotel-hotel mewah

Bas ni jugak melalui pelabuhan

Destinasi kami yang pertama adalah Jeongbang Waterfall. Kami berhenti di hentian Seobok Exhibition Hall. Lama jugaklah masa dihabiskan dalam bas. Berapa tambang aku lupa nak tengok. Maafkan saya. Main tap aje kad T Money.

 Tumpang lalu je, tak berhenti pun

Kalau minat sejarah bolehlah singgah

 Kena menapak nak ke kawasan air terjun.


Nak masuk Sungai Congkak pun kena bayar, apatah lagi nak tengok Jeongbang Waterfall. Untuk dewasa, bayaran adalah sebanyak 2000won. Kalau ikut kadar tukaran sewaktu entry ini ditaip adalah RM7.15. Kanak-kanak half price. 


First time terpandang air terjun ni terus rasa kagum. Subhanallah. Cantik sangat-sangat. Cuaca pun bekerjasama dengan baik. Memang rezeki kami. No wonder Siti teringin sangat nak datang sini.



Boleh dikatakan setiap tempat popular kat Jeju ni ada legenda yang tersendiri. Kebanyakan berunsur mistik. Naga, puteri kayangan, ikan duyung, orang kena sumpah dan macam-macam lagi lah. Baca boleh, percaya jangan.


Kena turun tangga. The Makciks kata alang-alang dah sampai, so diorang pun redah je sekali

Air terjun Jeongbang mengalir ke laut

 Ahjumma menjual abalon ada di mana-mana


Nak menghampiri air terjun Jeongbang kena meniti atas batuan. Syukur sangat pakai winter boot. Taula kaki tak bedong. Sikit-sikit nak terpeleot

Sibuk pulak brader-brader belakang tu interframe gambar

  Ramai jugak pengunjung di sini. Kena pandai cari spot cantik nak bergambar

 Lawa jugak aku ni... *Takde orang nak puji so pujilah sendiri*

 Muka terlajak hepi


The Makciks tak ikut, sebab payah nak meredah batuan. Kitorang sendiri pun berhati-hati takut tersalah pijak. Dah terseliuh nanti spoil je trip.

Dah puas ambil gambar, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Yang ni takde dalam perancangan awal, tapi masa aku nampak tempat ni dalam route Airport Limosine 600, terus menggelitis request nak singgah. Masa on the way datang pun aku dah pandang-pandang dari dalam bas.

Untuk balik, kami melintas jalan dan naik bas di laluan bertentangan. Patah balik la kekdahnya. Saja pilih pergi tempat paling jauh dulu. Korang boleh teka tak aku nak gi mana? Yang dah baca kat blog Siti tu buat-buat la tak pernah baca. Come on, support aku sikit please. Hahaha.

Oklah, jumpa next entry ye. Thanks for reading!

14 comments

  1. wah seronoknyaaa. by the way, berapa jam siang kat sana?

    saya follow sini yee. ada masa jemput datang blog saya

    ReplyDelete
  2. Berbaloi menapk cantik betul air terjun ni

    ReplyDelete
  3. seronoknya p korea...teringin tp belum ada rezeki..tengok n baca pengalaman kawan2 blogger laa dulu..hehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya p korea...teringin tp belum ada rezeki..tengok n baca pengalaman kawan2 blogger laa dulu..hehe

    ReplyDelete
  5. Lawanya air terjun tu dan lawanya orang nama sal...eh...setiap manusia ada kecantikannya yang tersendiri. Entry pi jeju ahkak huh kelaut sungguh. Semuga ada semangat nak habiskan cerita yang dah makan tahun....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKlah tu ke laut kak, Jeju kan pulau. Hehe gurau je, jangan marah

      Delete
  6. cantik kalau langit cerah. rezeki kita tuuu..

    ReplyDelete
  7. waaa..suka tengok view laut jeju ni dalam drama. Untung sangat dapat tengok live depan mata ni haa

    ReplyDelete
  8. air kaler putih background batu kaler hitam..mmg nmpk cantik..

    ReplyDelete
  9. Salah satu tempat cikbunga nak pi nanti🌹🌹

    ReplyDelete
  10. cantik air terjunnya, tengok live lagi best kan

    ReplyDelete
  11. subhanallah cantik betul air terjun terus ke laut.. nampak panas tp sejuk berangin. sal memang cantik pun, siapa lg nk puji kalau bkn diri sendiri

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah