Assalamualaikum dan hai semua! Cerita Aceh aku dah nak sampai ke hujung. Petang terakhir di Aceh, kami dibawa ke Masjid Baiturrahman. Salah satu masjid yang terselamat sewaktu Tsunami 2004. Masjid terakhir yang kami lawati terletak betul-betul di tengah bandar tetapi jangan risau sebab ada parkir bertingkat bawah tanah untuk pengunjung.
Keunikan masjid ini adalah payung-payung yang menggunakan konsep macam di Masjid Nabawi. Inspirasi dari senibina sahaja. Jangan korang percaya solat kat sini sama fadilat macam kat sana pulak ye.
Masjid kat Aceh ni sangatlah strict bab aurat. Sebab tu walaupun aku memakai blouse dan seluar yang longgar, tapi tetap dianggap kurang sesuai. So pakailah jubah yang disediakan oleh pihak masjid.
Keunikan masjid ini adalah payung-payung yang menggunakan konsep macam di Masjid Nabawi. Inspirasi dari senibina sahaja. Jangan korang percaya solat kat sini sama fadilat macam kat sana pulak ye.
Masjid kat Aceh ni sangatlah strict bab aurat. Sebab tu walaupun aku memakai blouse dan seluar yang longgar, tapi tetap dianggap kurang sesuai. So pakailah jubah yang disediakan oleh pihak masjid.
Posing kat masjid mestilah sopan dan semenggah
Masa ni aku ngan sorang lagi kawan aku period, so tak boleh masuk dalam masjid. Jadi kami hanya duduk di dataran di hadapan Masjid Baiturrahman. Yang uniknya, sebaik sahaja azan Maghrib usai berkumandang, keluar seorang lelaki berkopiah membawa hailer. Lelaki tersebut menyeru setiap orang yang ada di dataran dan sekitar masjid supaya masuk dan menunaikan solat. Suara beliau tegas, lagi-lagi kalau dengan lelaki. Memang tak bagi chance. Dia siap datang dekat. Kalau perempuan dia akan cakap kalau tak boleh solat, jangan duduk dekat kawasan orang menunaikan solat. Tapi kalau lelaki dia terus sound "Masuk pak, solat." Gitulah lebih kurang. Pengalaman yang unik bagi aku.
Bahagian dalam masjid. Kawan aku yang ambilkan gambar
Selesai solat, kami dibawa oleh Nasir untuk makan. Time ni tenaga aku memang dah berada di paras rendah. Letih wei sehari suntuk jalan Banda Aceh. Lepas makan, Nasir bawak kitorang gi beli souvenir pastu check in hotel.
Lega rasanya nampak katil. Hotel kami kat Banda Aceh ni simple je. Hotel bajet dalam town. Oklah, janji selesa, bersih dan boleh tido.
Pagi-pagi Nasir dah datang pick up kitorang untuk dihantar ke airport. Yup, kami kena pulang ke tanah air. Oh so sad.
Selamat tinggal, Aceh. Tahniah atas ketabahan kalian. Semoga kita dapat bertemu lagi. Kalau kalian berminat untuk tour di Aceh boleh contact FB Muhammad Nasir
Thanks for reading gais!
p/s: Company tempat aku kerja sedang buat downsizing. Staf yang terpilih akan diberhentikan dengan bayaran pampasan. Doakan aku terpilih ye. Amin. Niat nak berhenti dah lama tapi sayang betul berhenti dengan tangan kosong. Betul tak?
Cantik masjidnya memang lebih kurang masjid nabawi. Beruntung juga dalam masuk dan solat di masjid ni.
ReplyDeleteHi, boleh dapatkan contact number supir di Sabang and Bandar Acheh ?
ReplyDeleteNanti saya akan update dalam entry ni ye
DeleteCantik pandangan masjid ni. Moga doa awak dimakbul Allah.. Amin..
ReplyDeletemenarik masjidnya..
ReplyDeletesemoga dimakbulkan doa mu & all the best for the future..
masjid yang satu-satunya selamat masa tsunami dahulu kan SAL, aamiin kak ana doakan yang terbaik buat Sal .. in shaa allah
ReplyDeleteAntara yang terselamat. Ada je masjid-masjid lain. Boleh korek entry-entry lama saya kak. Hehe
Deletememang pakai jubah gitu ke ? ke disediakan ?
ReplyDeleteDiorang yang sediakan jubah tu Siti. Idokle kak SAl nak ngangkut berat-berat dari Kolumpo
Deletenampaknya xboleh laa sy nk pakai kebaya nyonya dtg sini eh ehh
ReplyDeletePakai gi Aceh boleh, jangan pakai gi masjid pulak
DeleteSemoga ada rezeki sampai ke sini dan dapat berenti macam yang dicita-citakan tu.
ReplyDeleteTgk payung2 mmg teringat masjid nabawi kn.. feeling dah ada dah
ReplyDeleteAda hikmahnya tsunami melanda. Mungkin tragedy itu menginsafkan umat Islam yang selama ini terlalai. Tenguk payung rindu masjid Nabawi. Semuga harapan sal Allah makbulkan. Aamiin.
ReplyDeletewahh kalau nak feeeling pergi masjid nabawi boleh la singgah aceh hehe.. baru tau
ReplyDeleteDikenali sebagai serambi Mekah.... Aceh
ReplyDeletecantik masjidnya
ReplyDeletecantik jugak Aceh tp lps tsunami mesti laut2 sana dh tak sama mcm sebelum (permukaan tanah laut dh bertukar)
ReplyDeleteAceh jelah yg nampak islam, pakai tudung labuh dr daerah lain
Dekat Aceh perempuan dia pakai kain ye. Orang Malaysia pakai seluar diorang anggap pelik.
DeleteLaut dah tak sama tapi pantai diorang masih cantik sebab Aceh ni tak berapa kejar pembangunan
betul nampak semua pakai kain.. jeans lg susah nk nampak.
Deletepantai cantik pun belum tentu selamat nak mandi sal sbb permukaan tanah laut tu dh berubah sama sekali. boleh jd tanah jerlus.
Betul. Ktorang berani mandi di area Sabang. Banda Aceh takde pulak nampak orang mandi-manda
Delete