Sonata Salju di Jeju - Part 13 Yellow Cafe

Wednesday, 27 November 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Masih menyambung cerita Jeju. Dari World Cup Stadium, kami naik bas Airport Limousine 600. Disebabkan Siti yang buat research,  aku follow je. Dia tekan loceng suruh berhenti kitorang pun turun. Actually senang jugak nak tau bila nak turun sebab dari jauh dah nampak kawasan yang agak hipster. Lagipun ada replika besar banana uyu (susu pisang) depan kafe ni.

Kafe yang Siti teringin nak pergi - Yellow Cafe

 Masa kami masuk tak ramai pun pengunjung lain. Kafe sunyi je


Menu di kafe ini berasaskan pisang. Aiskrim, coffee, susu dan kek semua ada rasa pisang. Tapi kalau korang mintak pengat atau pisang goreng cicah cili kicap memang tak ada

Dah order duduk diam-diam. Once dah siap buzzer akan vibrate untuk collect sendiri di kaunter

Banana milkshake, frozen yogurt (or is it ice cream aku dah lupa) and banana latte. Pelik betul kopi rasa pisang.

Sedap ke tidak? Entahlah aku rasa OK je. Aku memang penggemar pisang. Apa pun asal ada pisang aku suka. Lidah Melayu lah katakan. 

Aku ngan Siti memang tak reti duduk diam. Dah sampai sini rugilah tak explore. 


Kami berdua tinggalkan Kak Husna dan The Makciks untuk ke Play Kpop theme park. None of us fanatik KPop tapi bolehla layan. Seberang jalan je.

Sebelah Play Kpop ada Chocolate Land. Kami tak masuk pun

Movie Land Wax Museum ni aku rasa macam Madame Tussauds. Tak ada dalam perancangan, so tak masuk jugak

Saranghae!


Amik gambar untuk kenangan je



Berhampiran dengan area ni ada Ripley's Believe It or Not Museum. Masuk ni dah kali kedua aku jumpa muzium ni. Kali pertama dulu kat Gold Coast, Australia. Cukup tiga kali jumpa memang kena masuk agaknya. Sesuai untuk u olls yang suka tengok benda-benda pelik dan misteri.

 Kalau aku berdua dengan Siti rasanya masuk dah ni


Teddy bear Museum pun ada. Within walking distance je




Memandangkan masing-masing dah letih jadi marilah kita balik ke hotel. Naik bas sama je so tak payah banyak fikir.

OKlah next entry aku cerita lagi ye. Dah nak habis dah cerita Jeju ni. Thanks for reading!
Read More

Rekemen Movie: Poorna

Tuesday, 19 November 2019


Sometimes we make choices. Sometimes the choices make us


Poorna merupakan sebuah biopik tentang seorang gadis bernama Malavath Poorna. Ia diarahkan oleh Rahul Bose. Ini kali pertama aku menonton filem arahan Rahul. Poorna adalah wanita termuda yang pernah sampai ke puncak Everest. Beliau berumur 13 tahun 11 hari pada tarikh 25 May 2014, tarikh di mana gadis kecil molek yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Nizamabad berjaya mengharumkan nama India.

Movie ni adalah kisah bagaimana Poorna (lakonan Aditi Inamdar) yang membesar dalam kemiskinan dan konsep pemikiran kuno di mana gadis seusia beliau lazimnya dikahwinkan. Poorna mempunyai seorang sepupu bernama Priya (S.Mariya) yang selalu mendorong beliau supaya mengubah hidup dan memajukan diri. Hidup Poorna berubah selepas bertemu Dr.Praveen Kumar (Rahul Bose, director pun nak berlakon jugak).

Filem ni bukanlah filem survival macam Everest, 127 Hours atau Vertical Limit. More like biografi macam Dangal, Nadia, Gracie dan Mary Kom. Filem ni sesuai ditonton kalau korang perlukan moral boost dan rasa putus asa nak kejar cita-cita. (Eh, tu macam tuan punya blog)


Overall aku suka filem ni. Pandai-pandailah korang download ke apa ke. Aku tengok kat Astro Prima je, di suatu Ahad bersama keluarga. Nanti share lah dengan aku review korang pulak ye. Thanks for reading!
Read More

Sonata Salju di Jeju - Part 12 - Jeju World Cup Stadium

Monday, 18 November 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku janjikan dalam entry sebelumnya, aku nak share aku ke mana selepas Jeonbang Waterfall kan. So, masih menaiki bas yang sama iaitu Airport Limosine 600, kami berhenti di stesen Worldcup Stadium.

Siapa dah lama follow blog aku memang taulah aku ni peminat bola sepak. So bila nampak je stadium ni dalam route aku pun request nak singgah. Serba salah sebenarnya sebab The Makciks obviously tak minat. Terpaksa kami tinggalkan diorang duduk di bus stop sahaja sambil berjanji akan pergi dan balik sepantas larian Sadio Mane. Nasib baik stesen bas berbumbung dan ada tempat duduk yang selesa. Kejap ye makcik-makcik yang ku sayang, rasa ralat sangat kalau tak masuk dan ambil gambar di venue bersejarah ni.

 Ada information centre tapi sendu


Stadium ini dibina khusus untuk Piala Dunia FIFA 2002. Aku sebut WC02 jelah ye, malas nak taip. WC02 adalah antara siri Piala Dunia FIFA yang aku suka sebab ikut timing Asia. Tak perlu berjaga tengah malam seperti WC yang sebelumnya. Dahla time ni aku sekolah lagi so memang seronok lah aku tak kena marah dengan Mak sebab tak cukup tido. Haha. Ia juga unik sebab ia merupakan kali pertama negara Asia menjadi tuan rumah di mana Korea dan Jepun menjadi hos bersama.


Walaupun WC02 dah lama berlalu, aku pun dah tua, tapi Jeju World Cup Stadium masih digunakan sampai hari ini sebagai homeground kelab tempatan Jeju United. Selain tu ada Jeju Waterworld, Underground Cinema dan Paper Doll Museum kat sini.




Senarai negara-negara yang bertanding WC02. Masa ni aku sokong England aka negara kelahiran crush. Hahaha. Sampai hati crush pindah keluar dari Liverpool. Yer such a biff, Owen lads!


Apa! Kunci tak bagi masuk. Tak boleh jadi. Sebagai hooligan sejati aku nak jugak masuk dalam stadium. Panjat pagar lah nampaknya. Shhhh..diam-diam.


Stadium Jeju ni unik sebab dibina 14 meter ke bawah untuk meminimakan kesan rintangan angin. Kebiasaan kalau datang stadium, kita naik tangga untuk cari seat tapi Stadium Jeju ni kena turun.



Cak! Sape kata aku panjat pagar stadium tadi. Tak baik tau. Aku pernah seludup makanan je, tak pernah panjat-panjat pagar ni. Kena tangkap tak memasal. Kalau Anfield logik jugak aku nak ceroboh. Hehe, Demi gambar aku selit handphone celah pagar. Takut terlepas so ikat tali monopod kat tangan.



 Acah-acah beli tiket hakikatnya kaunter tutup. 


Kedai souvenir Jeju United FC. Warna oren, sesuai kerana buah oren yang merupakan antara trademark Jeju. Tapi sendu je tak ada Oppa jaga.

 Cover gigi rongak dengan watermark. Yang penting nampak stadium kat belakang


Bye Jeju WC Stadium. Nak gi jemput makcik-makcik ku di bas stop. Keji betul perempuan ni. Maaf ye makciks. Salbiah ni nampak stadium je dia lain macam.

OKlah, let's move on ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Cam biasa tunggu next entry ye..
Read More

Career break. Yay or nay?

Sunday, 17 November 2019

Assalamualaikum semua. Siapa antara korang pernah ambil career break, iaitu berhenti sebentar dari bekerja? Kerana aku di dalam dilema samaada aku patut ambil atau tidak.

First thing first, company tempat aku kerja nak buang orang lagi. Entah kenapa kali ni aku berharap aku terpilih. Sebab kalau terpilih akan dapat pampasan. Aku bukan hendak mendabik dada. Tapi pada usia aku, status pula bujang, aku rasa aku masih mampu mencari kerja lain. Aku tak sampai hati tengok rakan-rakan yang ada anak-anak kecil perlu disara yang diberhentikan secara tiba-tiba. Mungkin kalau aku berkorban, aku dapat selamatkan satu keluarga.

Tapi tulah, ini bukan skim pemberhentian secara sukarela. Aku hanya mampu berdoa agar nama aku terpilih. Habis, takkan aku nak buat hal. Tak, itu bukan cara aku.

Throwback zaman muda. Masa ni company tengah kaya. Outstation memanjang

Pada masa yang sama, aku tahu tak mudah mencari kerja baru. Walau ada sijil dan pengalaman itu bukan menjamin aku mudah menonjolkan diri among jobseekers lain. Tambah pula dengan kekurangan aku yang rendah keyakinan diri dan tak pandai bersosial.

Plan aku, kalau diberhentikan, aku nak ambil career break dalam 3 bulan. Tapi tu tak bermakna aku boleh membazir duit pampasan sesuka hati. Cabaran terbesar career break adalah kewangan. Kedua adalah kena fikir nak buat apa. Aku adalah seorang yang workaholic. Aku takut aku akan rasa bosan. Aku tak ada bakat lain. Kalau terer masak boleh jual kuih. Kalau kreatif boleh jual kraf. Aku pandai tengok bola je. Haha

Sejujurnya aku penat. Aku ingin berehat. Pergi bercuti, habiskan terapi, pergi kelas agama, buat kerja-kerja sukarela, improve my fitness dan spend masa dengan orang-orang yang selalu aku tolak pelawaan untuk berjumpa. Kadang-kadang rasa bersalah tak memenuhi undangan orang. Aku lebih suka tersadai di bilik sendirian. Tahun ni aku betul-betul down. Seolah hilang semangat nak hidup. Nak pergi kerja rasa macam nak pergi berperang.


I was in depressive state for almost a year. Tapi aku bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada untuk aku. Yang tau mood aku ke laut pun tapi tetap ajak aku keluar dan buat aku senyum. Yang tak putus-putus bagi aku kata semangat dan dengar aku bercakap. Some of them tengah baca entry ni. You know who you are darlings! Thanks jugak untuk komen-komen positif. Komen negatif pun aku baca jugak. Tak apalah, kita tak kenal satu sama lain pun.

Eh ni dah terlari tajuk. Hahaha. Berbalik pada soal career break tadi. Korang rasa patut ke aku berehat seketika kalau diberhentikan dengan pampasan? Atau aku harus terus cari kerja lain? Aku kena sibukkan diri supaya otak aku tak merayap fikir benda bukan-bukan. Aku ni ada otak tapi tak reti guna untuk kebaikan. Sibuk pikir benda dah lepas dan benda-benda yang tak jadi lagi.

Beria berangan nak diberhentikan. Silap-silap company suruh stay. Kalau stay confirm workload bertambah. Kawan-kawan pun ramai yang dah takde nanti. Macam cerita Endgame, kena snap Thanos. Half population gone. Mesti tak seronok dah. Sooner or later aku berhenti jugak. Tapi tulah lebih baik berhenti dan dibayar dari berhenti kosong habuk pun tarak.

Entry berat di pagi Ahad. Hahaha. Have a lovely day ahead guys!


Or maybe I just need a vacation...
Read More

Sonata Salju di Jeju - Part 11 - Jeongbang Waterfall

Saturday, 16 November 2019

Assalamualaikum dan hai semua. Masuk hari ke 6 kami di Jeju. Hari di mana kami kena survive sendiri sebab dah tak guna khidmat JMT. Oh lupa nak bagitau, Hotel Hyundai ni dekat dengan airport. Sebab tu kami pilih supaya nanti senang nak balik. (Kami tu actually Siti, aku just tolong bagi pendapat. Dia yang buat booking. Hehe)

Disebabkan tak mahir dengan duit Korea yang main ribu-riban tu, kami beli kad T-money. Senang sikit takdelah terhegeh-hegeh nak cari duit kecik lah apalah untuk naik public transport. Jeju ni ada perkhidmatan bas dan teksi sahaja tau. Takde tram, monorel atau LRT.

Kad T-Money we olls beli dekat kedai seberang jalan malam sebelumnya. Top up siap-siap.

Pinjam dari blog Siti. Jangan marah ha..

Gambar di atas merupakan laluan bas Airport Limousine 600 yang kami naik. Nama je Limo tapi ia adalah seketul bas. Bas ni route dia start dari airport dan banyak berhenti di hotel-hotel.


Berjalan di musim sejuk ni kena keluar pagi-pagi sebab siang yang pendek. Nasib baik malam sebelumnya tido awal so takde masalah nak bangun. (Aku masalah nak bangun kalau gi keje je. Kalau bercuti tetibe siap paling awal). Dari hotel, kami berjalan kaki ke bus stop yang terletak di hadapan The Sun Hotel. Walaupun trip kitorang ni main redah, tapi actually, petang sebelumnya on the way balik dari The Shila Duty Free, we olls dah riki siap-siap.

Bas yang luas dan mewah

 Tekan loceng kalau nak berhenti

 Sepanjang perjalanan akan nampak hotel-hotel mewah

Bas ni jugak melalui pelabuhan

Destinasi kami yang pertama adalah Jeongbang Waterfall. Kami berhenti di hentian Seobok Exhibition Hall. Lama jugaklah masa dihabiskan dalam bas. Berapa tambang aku lupa nak tengok. Maafkan saya. Main tap aje kad T Money.

 Tumpang lalu je, tak berhenti pun

Kalau minat sejarah bolehlah singgah

 Kena menapak nak ke kawasan air terjun.


Nak masuk Sungai Congkak pun kena bayar, apatah lagi nak tengok Jeongbang Waterfall. Untuk dewasa, bayaran adalah sebanyak 2000won. Kalau ikut kadar tukaran sewaktu entry ini ditaip adalah RM7.15. Kanak-kanak half price. 


First time terpandang air terjun ni terus rasa kagum. Subhanallah. Cantik sangat-sangat. Cuaca pun bekerjasama dengan baik. Memang rezeki kami. No wonder Siti teringin sangat nak datang sini.



Boleh dikatakan setiap tempat popular kat Jeju ni ada legenda yang tersendiri. Kebanyakan berunsur mistik. Naga, puteri kayangan, ikan duyung, orang kena sumpah dan macam-macam lagi lah. Baca boleh, percaya jangan.


Kena turun tangga. The Makciks kata alang-alang dah sampai, so diorang pun redah je sekali

Air terjun Jeongbang mengalir ke laut

 Ahjumma menjual abalon ada di mana-mana


Nak menghampiri air terjun Jeongbang kena meniti atas batuan. Syukur sangat pakai winter boot. Taula kaki tak bedong. Sikit-sikit nak terpeleot

Sibuk pulak brader-brader belakang tu interframe gambar

  Ramai jugak pengunjung di sini. Kena pandai cari spot cantik nak bergambar

 Lawa jugak aku ni... *Takde orang nak puji so pujilah sendiri*

 Muka terlajak hepi


The Makciks tak ikut, sebab payah nak meredah batuan. Kitorang sendiri pun berhati-hati takut tersalah pijak. Dah terseliuh nanti spoil je trip.

Dah puas ambil gambar, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Yang ni takde dalam perancangan awal, tapi masa aku nampak tempat ni dalam route Airport Limosine 600, terus menggelitis request nak singgah. Masa on the way datang pun aku dah pandang-pandang dari dalam bas.

Untuk balik, kami melintas jalan dan naik bas di laluan bertentangan. Patah balik la kekdahnya. Saja pilih pergi tempat paling jauh dulu. Korang boleh teka tak aku nak gi mana? Yang dah baca kat blog Siti tu buat-buat la tak pernah baca. Come on, support aku sikit please. Hahaha.

Oklah, jumpa next entry ye. Thanks for reading!

Read More