Sonata Salju di Jeju - Part 9 - Lokasi Shooting Dae Jang Geum dan Seopjikoji Lighthouse

Sunday 29 September 2019

Assalamualaikum semua! Ya, masih lagi cerita Jeju hari ke 4. Fuh rasa macam dah hari ke 44 citer aku ni tak habis-habis.

So, pantai sudah, gunung berapi sudah, makan pun sudah, sayang pun sudah, gaduh pun sudah, semua sudah. Eh ternyanyi lagu Elizabeth Tan pulak. Dah sudah makan we olls dibawa ke kampung pulak. Bukan kampung sebarang kampung tau. Kampung ni viral sebab pernah jadi tempat shooting drama 'Jewel In The Palace' (Dae Jang Geum).  Drama tahun 2003. Zaman drama Korea baru bertapak di hati penonton-penonton Malaysia. Haha skema teruk ayat.

Drama Jewel in the Palace ni agak hit masa mula masuk TV Malaysia. Diambil dari kisah benar tentang Jang Geum, tabib diraja wanita pertama di Dinasti Joseon. Aku tengok jugak sikit-sikit masa zaman belajar, member aku beli CD siri ni. If korang suka tengok drama yang ada setting royalties dulu-dulu dan berkisar tentang ilmu perubatan dan makanan bolehla layan. Cuma nak tengok di mana aku tak tau nak rekemen. Kedai CD pun dah tak ada sangat. If sesiapa tahu bolehla share.



Kampung yang disebutkan adalah Seongeup Folk Village. Ikutkan aku ni suka tempat yang ada nilai sejarah macam ni tapi hakikatnya aku dah penat sesangat dah time ni. So maaflah tak berapa ambil gambar. Teringat masa gi Jepun, if nak ambil gambar tempat macam ni boleh sewa Kimono untuk ambil feel tapi kat sini takde pulak orang sewa Hanbook. Kalau ada pun aku tak rasa aku larat nak tukar-tukar baju. Hahaha.

Located at the foot of Halla Mountain on Jeju Island, Seongeup Folk Village is a small town that holds a vast amount of culture over a wide period of time from 1410 to 1914. Cultural properties in the folk village have been handed down from generation to generation and include treasures such as residential houses, Confucian shrines and schools, ancient government offices, stone statues, large millstones (pulled by horses or ox), fortress ruins, and stone monuments. Among the cultural gems of the folk village are intangible cultural assets such as folk plays, native foods, local folk craftsmanship, and local dialect. Even the trees are an important part of the area’s heritage. Several zelkova and nettle trees that are hundreds of years old stand at the center of the village, preserving the dignified atmosphere of a bygone era.

Sumber : Visit Korea


Terdapat rumah-rumah dan peralatan yang digunakan oleh orang Korea dolu-dolu untuk menggambarkan cara hidup mereka. Kalau suka sejarah memang feel la datang sini.



 Termenung ku sendiri....


 Agak sendu masa kitorang pergi, orang tak ramai


Tinggalan kubu perang



Entahla Kak Sal ko berangan apa

Nampak deretan 'rumah' ni? Kitorang bentang sejadah dan tumpang solat kat situ je. Ada toilet berhampiran untuk buang air dan ambil wudhuk. Takde orang so takdelah segan sangat.

Next kitorang ke Seopjikoji Lighthouse pulak. Memang berjalan sakan hari ke empat ni.

Apa? Kena panjat gunung lagi? *Pengsan*

 Sambil mendaki tengok view laut yang cantik

Rumah comel ala-ala cerita Hansel Gretel ni tak silap aku adalah kedai candy dan ais krim

Yang warna putih nun di atas itulah light house yang bakal dituju

Pendakian yang mencabar fizikal walaupun tak sedashsyat Seongsun Ilchubong

Kat atas ni sejuk kemain! Dengan anginnya lagi. Brrrrrr

Kat sini tak banyak aktiviti pun. Tangkap gambar je. Aku tak banyak ambil gambar sebab tak tahan sejuk pastu kaki dah penat. Hari kami berakhir di sini. Fuh, penat. Ke mana lagi? Balik hotel la nak malam dah. Kitorang kena packing sebab pakej 5 hari bersama Jeju Muslim Travel dah hampir sampai ke penghujung. So ke mana kita hari ke 5? Tunggu next entry ye.

Thanks for reading gais!

27 comments

  1. Tempat mcm ala² running man dok buat pengambaran ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyelah kot. akak x follow running man sangat

      Delete
  2. cantik tmpatnya, tahun depan ke korea tak singgah jeju. jewel in the palace shooting kat jeju rupanya. ku dah tua. hahah

    ReplyDelete
  3. haishh menduga sungguh pemandangan kat Jeju ni..nak2 pulak bila kerja sebagai travel agent tp tak sempat singgah ke sini lagi..hahahaa...one fine day InsyaAllah..hehe

    ReplyDelete
  4. View nyer klasik dan memang macam org dulo dulo... Teringin nak pi🌹🌹

    ReplyDelete
  5. Wah! rumah tu memang macam drama korea dahulu kala.
    Tak perasan la pelakon tu huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Tq for sharing this info cik sall.. boleh jadi rujukan nak ke jeju nti.. cantik2 tempat nya.. yg ada nilai sejarah mmg akak suka..

    ReplyDelete
  7. rumah candy tu comel je...layan gak citer Jewel in the Palace, download dr internet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pandai download maknanya bukan orang tua.hehe

      Delete
  8. view cntik lagi2 kat rumput kering tu.. tempayan besar tu macam seram je.. teringat cerita penanggal hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..sib baik tak bukak. takut jugak keluar penanggal versi korea

      Delete
  9. menariknya tangga naik bukit tu. Korea banyak juga perkampungan macam ni kan..

    ReplyDelete
  10. Part 9? I guess akak kena menelaah dari Part 1 lah kan? Senget pula otak yang memang dah tak centre ni kalau baca dari belakang 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Ok je kak kalau baca dari belakang. Still boleh faham

      Delete
  11. sampai kt rumah traditional tu memang energy kita da zero. depa bawa panjat light house pulak.. but thanks to you yang masih bertenaga bleh smpai atas sana. cheqq surrender da. duduk la bawah cuci mata tengok oppa.

    for me.. kalo kerajaan Korea nak masukkan historical site memang kena kasi meriah sket kg tu. ni tengok macam krik krik je haha.. mcm tetiba blh ade zombi keluar. boosan.. kena ada wow factor selain sejarah semata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, patut adalah penaerangan sikit ni tahun berapa ke apa ke.Ni tak kita tengok jelah takde apa2 signboard. Huhu

      Delete
  12. Bestnya feeling winter sonata.. suka cerita Tu dulu

    ReplyDelete
  13. wah.. sakan sal berjalan.. Sampai kepenatan..
    Ingat-ingat lupalah drama Jewel in the palace tu.. hahaha.. nampak ketuaannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Dah banyak drama Korea kan..mana nak ingat semua

      Delete
  14. wah sal kiranya terer juga tu sampai ke hujung rumah api.....ahkak sampai rumah candy je lepas tu balik ke pangkal jalan....huhuhu tak larat dah. Kalau pi seoul atau jeju ni rasanya boleh kurus sebab banyak berjalan dan mendaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe sebab cuaca sejuk tak rasa penat. Tapi sekarang entahla saya larat ke tidak.

      Delete
  15. winter sonata the best tapi layan citer kisah benar jewel in the palace ni best sebab suka tenguk cara orang korea dalam penyediaan makanan dia penuh dengan adat dan budaya mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu!! Lepas tu lapar sebab ralit tengok diorang masak. Haha

      Delete
  16. walaupun tak menarik janji dh jejak kaki kt sini.. dan sempat selfie puas2. drama tu dh berkurun. scene pun dh lupa mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually menarik jugak untuk orang yang suka sejarah

      Delete
  17. Termenung gadis korea berjacket putih tu ye hehe pandai bergaya... Lepas gangnam style terus korea terpaut terlekat di hatikan.. Simple rumah panjang tu, nampak bersih bole la tumpang solat.. Suka pula tengok rumah candy tu.. Cute.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah