Assalamualaikum dan hai semua. Lama betul kisah HK aku ni tergantung. So, mari kita recap. Hari pertama kami jalan-jalan je di area Tsim Tsa Tsui dan shopping di Ladies Market. Hari kedua pulak kami merentas sempadan untuk ke Shenzhen, China. Boleh baca di sini:
Part 1 - Hong Kong
Part 2 - Hong Kong
Part 1 - Shenzhen
Part 2 - Shenzhen
Part 3 - Shenzhen
Hari ke tiga di HK, kami memilih untuk berjalan-jalan di area Kowloon sebelum menuju ke main island. So, pagi-pagi bangun, kitorang breakfast bubur nasi segera dan masak nasi lemak Brahim's. Nampak macam best je bawak bekal nasi lemak bukan? Tapi ketahuilah bahawa bekalan nasi lemak menyumbang kepada pengalaman mengharukan aku di HK. Haha. Nak tahu pengalaman apa, teruskanlah baca story aku ye.
Antara perkara paling wajib korang patut pergi bila sampai HK adalah melawat Avenue of Stars. Dia punya wajib, level kalau gi Paris kena tengok Eiffel Tower dan kalau gi Melaka kena makan asam pedas. Sampai macam tu sekali.
Apakan daya, takde rezeki kami nak melawat tarikan utama di HK ni sebab ditutup untuk construction dan dijangka dibuka semula hujung tahun 2018. Tapi untuk mengelakkan kemurungan dan perasaan seolah-olah sampai tapi macam tak sampai, pihak Hong Kong telah berbesar hati memindahkan kebanyakan exhibit yang famous ke Garden of Stars (GOS) yang terletak di East Tsim Sha Tsui Waterfront Promenade.
GOS ni terletak within walking distance je dari Chungking Mansion. Lagipun, ada banyak map macam ni untuk bantu tourist. Ni aku snap malam sebelumnya masa baru balik dari Shenzhen so sorrylah blur sikit.
Berdasarkan signboard dan map, dapat difahamkan bahawa GOS terletak di balik taman permainan ni. Kena mendaki tangga so ayuh.
Ada apa di Garden of Stars? Sesuwaiii dengan nama tempat tersebut, ia merupakan sebuah taman yang didedikasikan untuk ikon-ikon filem dan muzik Hong Kong. Memandangkan aku ni memang peminat cerita Cina, tak kisahlah filem atau drama pukul 7, mestilah aku teruja bila sampai sini.
Dah puas berada di kalangan bintang-bintang, kami meneruskan perjalanan untuk ke HK Island. Antara perkara wajib bila sampai HK ni (banyak nau yang wajib. Sunat takde ke?) adalah naik feri untuk ke seberang. So, dari GOS, jalan jelah ikut signboard ke Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier. Star Ferry Pier ni tak sama dengan China Ferry Terminal, so jangan keliru OK.
Memandangkan dah lama tak update blog, so izinkan aku menekan butang publish walaupun boleh je nak sumbat cerita lagi. Hahaha. Tahu ramai yang rindu entry baru kan.
Nanti kita sambung dengan pengalaman naik feri dan tragedi nasi lemak. Insha Allah. Doakan aku tak malas-malas. Thanks for reading, gais!

Tapak tangan pertama aku gi cerap mestilah pelakon paling aku minat, Nicholas Tse
Acah-acah romantik ngan Anies. Kah kah
Me among the Stars. Perut buncit lupa cover. Hadoi
Belah kiri is Michelle Yeoh gais! Ipoh mali talak sombong.
Ada banyak tapak tangan macam ni, jenuh nak tangkap gambar semua.
Ada jugak yang sekadar diabadikan dengan plak kosong tanpa cerapan tapak tangan. Mungkin coming soon ataupun dah jadi mendiang.
Tak semenggah perangai dua-dua ekor
Statue Bruce Lee, bukan Berus Gigi
Kuang ajo yang belakang tu, beria aku berlakon dia dok usha amoi lain
Sebelah Garden of Stars adalah kawasan waterfront, so bolehla lepak tengok view HK dan bot lalu-lalang. Time ni panas terik, tu yang gambar gelap macam contoh di atas. Lantaklah nak.
Anies sedang berangan dia berada di port Liverpool agaknya. Hehehe
Avenue of Stars yang masih dalam renovation. Mesti pas ni lagi gempak
Dah puas berada di kalangan bintang-bintang, kami meneruskan perjalanan untuk ke HK Island. Antara perkara wajib bila sampai HK ni (banyak nau yang wajib. Sunat takde ke?) adalah naik feri untuk ke seberang. So, dari GOS, jalan jelah ikut signboard ke Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier. Star Ferry Pier ni tak sama dengan China Ferry Terminal, so jangan keliru OK.
Sementara nak sampai terminal feri kita posing la berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit HK. Satu yang special sepanjang perjalanan ke terminal feri adalah laut yang tidak berbau. Lepas tu nampak bersih.
Ini ke feri yang aku dan Anis akan naik? Ni dah macam kapal Jack Sparrow.
Memandangkan dah lama tak update blog, so izinkan aku menekan butang publish walaupun boleh je nak sumbat cerita lagi. Hahaha. Tahu ramai yang rindu entry baru kan.
Nanti kita sambung dengan pengalaman naik feri dan tragedi nasi lemak. Insha Allah. Doakan aku tak malas-malas. Thanks for reading, gais!
sapa laa yg dok celang kangkang berus gigi tu😆😆😆😆
ReplyDeletentahla..biasa dia tu nyorok dalam gua.
Deleteyg tu geng najib lps tragedi sevilla.. p/s bla bertolak ke swiss? cabut undi betul2 ek!
Deletetakat geng mak siti tu, takdehal lah. come on Reds!
Deletesambal oh sambal... 🙈🙈
ReplyDeletehahaha..tragedi betul
Deleteoh star of avenue.. ingtkan mcm perlabuhan klang huwhahahaa
ReplyDeletewah2... orang dah pi HK part dah, kita baru nak dok kat airport....
ReplyDeletehahaha..dah gi China patah balik dah
Deleteparking dulu, in sha allah... nanti baca sampai hadam, baca lelaju tak syokkkk
ReplyDeleteaida pernah tgk tempat tapak tgn tu... dlm tv la.
ReplyDeletekat astro ria kot, sal.
best nyer la hai dik ko dpt ke sana.
Pandai Sal posing, bakat terpendam yer.. hehehe
ReplyDeleteCantik semua gambar-gambar Sal.. Tak berapa ramai orang..
Best pemandangan..
mungkin sebab tengah panas merelit. tu yang tak ramai orang
Deletewah..wah...seronoknya dia....
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteseronok tengok gambar2 tu
best lah dah sampai sana kan
hehehe
Bestnyalah dapat jalan ke sana.
ReplyDeleteEh! samalah kita minat Nicholas Tse.
ReplyDeleteTapi tulah Mrs. A belum pernah cerap tapak tangan dia lagi huhuhu...
omooo omooo tragedi nasi lemak.. macam tahu je jadi gapo tu.. iols ada tragedi jugak dengan brahims mujur tak kronik sangatla. masih boleh diselamatkan. dalam ramai2 stars tu kenal Bruce Lee dengan Micheall Yeoh tu jela. yang lain apek2 sana memang tak kenal. hehe..
ReplyDeletekapal tu ohsem kak.. klasik gila macam Black Pearl hehe..
Bergaya sungguh
ReplyDeleteseronok tgk gambar
ReplyDeleterasa macam tertarik nak ke Hong Kong tapi tak tahu bila ...
ReplyDeletemungkin tahun depan kot..
Mama tgk gambar je dah Rasa seronok belum lagi pergi sendiri
ReplyDeleteSeronoknya HK....kalo lah dapat gi...tp dpt bace pun kira OK lah
ReplyDeleteAmboi..posing sakan.
ReplyDeleteNampaknya kena tempah tiket lagi la nampaknya kalau nak melawat Avenue of Stars.
bestnya jenjlan tempat orang...
ReplyDelete