Volunteer with Carefugees - Feed a Family

Sunday 11 June 2017

Segalanya bermula dengan satu wasap dari rakan blogger, Cik Huda mengajak aku join jadi volunteer untuk Carefugees.  Carefugees adalah sebuah persatuan yang membantu pelarian-pelarian di Malaysia, terutamanya di kawasan Lembah Klang. Program yang kami sertai ini adalah program 'Feed a Family' yang dilaksanakan sebelum Ramadhan menjelang. For more info, you guys can visit Carefugee's Facebook

Kelakar jugak mula-mula nak join ni, entah cmane aku dan Huda ditugaskan di post berasingan, lepas tu kena pulak dari pukul 9 sampai 5. Dahlah segalanya berurusan melalui email. Jenuh aku ngan Huda dok klik sini sana nak request bertugas setengah hari je.

Hari kejadian, since event tu dekat giler ngan rumah aku, aku mintak Huda amik. Tapi aku takut Huda sesat, aku ajak jumpa kat Ampang Naan's Corner untuk breakfast. Gedak-gedik 9.30 baru gerak gi carpark Spektrum Ampang, tempat aktiviti volunteering akan diadakan. Mentang-mentang dekat.

Sampai-sampai tengok volunteers dah start packing makanan macam minyak masak, susu, beras, bawang dan kentang. Tapi kitorang ditugaskan untuk load makanan dah pack tu ke dalam troli dan handover ke arah volunteer yang akan unload ke dalam kereta/van. Ada volunteer lain yang akan drive bawak makanan-makanan tu untuk refugees. Aku bab driving ni surrender lah, kang sesat aku plak yang nampak cam pelarian di negara sendiri. Kah kah, so kita buat ground works jelah.

Kena make sure dalam setiap troli tu cukup 5 item. Ada group lain yang tolong pack. Kitorang just ambil dan isi.

Gambar dari jauh, segan pulak nak gi dekat-dekat ambil. Refugees sedang beratur di belakang garisan merah untuk mendapatkan kupon makanan

 Kami si pengisi troli. Credit gambar : Huda

Dah ambil kupon, mereka akan beratur di sini. Tengok, ada  volunteer yang memantau mereka supaya tak keliru. Ramai tak reti cakap bahasa Inggeris mahupun Melayu.

Beratur ikut kawasan tempat kediaman, supaya senang volunteer driver nak hantar diorang balik nanti

Kereta sampai je, loading makanan dalam troli tu ke dalam kereta. Isi balik troli kosong tu untuk penerima bantuan seterusnya

Bagi aku pengalaman ni memang menarik. Ni kali pertama join volunteer yang untuk refugees. Kesian jugak tengok diorang ni, yelah terbuang dari negara sendiri. Ada yang dari Rohingya, Palestin dan Syria.

Volunteer Carefugees ni ramai je yang non-Malaysian. Ada Philipines dan Arab jugak. Mat Arab hensem ramai, menaikkan semangat kakak. Haha..jangan kecam please. Aku ini wanita biasa, bak kata Kris Dayanti.

Pilihlah yang mana satu..haha.

Memang cool je diorang ni, and they are so rajin OK. Kita selalu ingat bebudak Arab yang duduk Malaysia ni kerek n bergaul sesama diorang je, tapi hakikatnya sangat friendly dan ringan tulang.


Harap lepas ni dapat lebih kerap join diorang dan team volunteer lain. Dapat kawan baru, pengalaman baru, pada masa yang sama kita akan belajar bersyukur. Kitorang balik dalam pukul satu macam tu lepas volunteer sesi petang makin ramai datang.

Korang kalau nak ajak join volunteer, roger lah aku or Huda..Till then, thanks for reading!

p/s: Sekadar berkongsi, harap tak disalah sangka sebagai menunjuk. Moga Allah redha.



Al-fatihah untuk arwah Shea Rasol, one of my favourite blogger. Suka tengok gaya dan betapa humblenya dia. Such an inspiration. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.

47 comments

  1. Good job good sharing dear...Dulu Masa memuda berminat gak nak join Tapi xtaw saluran Mana nak follow...So terkubur ja lah niat tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, sis muda je lagi.tengok mak orang pun ada join.

      Delete
  2. hebatts., dh lama wak x gi spectrum tenok muvie jakk., hahar2

    ReplyDelete
  3. Kerja2 macam ni saya memang suka.
    Ada juga saya buat kerja sukarela macam ni.

    Tengoklah macam mana. Mungkin saya join gerup ni later.

    ReplyDelete
  4. Hamboiii dating ngan Huda tak hajak ea..majuk arrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo..nanti next time kita dating makan mi besen. hehe

      Delete
  5. Teringin nak join volunteer macam ni.. tapi mampukah mummy? tanggungjawab keliling pinggang.. sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu diorang besar sikit, boleh bawak sekali. ada akak tu bawak anak umur 3 ke 4 tahun entah. respect giler

      Delete
  6. Hi Sal ... lama tak nyinggah...

    awat iols is super duper bizi tak tau.

    bizi ke bizi body ke buat2 bizi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..bizi macamlah anak lima. hahaha

      Delete
  7. salam ramadhan kareem sal...

    nnt kita lepak lagi ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita gi makan roti boom kat naan corner tu lagi..hehe

      Delete
  8. Tahniah Sal berani sahut cabaran..
    Nampak seronok Sal buat kerja-kerja amal..
    Mesti Sal dapat ramai kenalan baharu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jugak. rasa bersyukur sangat dengan life sendiri n rasa bersalah sebab banyak complain

      Delete
  9. bagus sal, sambil2 tu jeling2 la yg mana hencem..nti nak mix arrrrrabian kahakaha

    ReplyDelete
  10. klu bab2 mcm ni zie hati tak kuat, tak tentu pasal meleleh air mata campuq hingus tak behenti, tak boleh tgok org yg kendong anak, baby tak terurus, lagi2 anak yatim, sayu je tengok muka diorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. refugees kat sini kira terurus jugak Zie.kalau yang betul2 melarat rumah pun takde, yang tu memang kesian. Lagi kesian yang terperangkap kat border.Tu memang kalau tengok rasa nak nangis

      Delete
  11. Tahniah Sal, moga terus terusan melakukan kebaikan..

    Single... senang le nak join event cenggini Sal, tak de sapa larang, kalau mak yg join harus kena hambat dgn Pak Jilap. Pergi jaga mak dia kalau nak charity sangat hihi...



    ReplyDelete
  12. bagusnya ada pihak volunteeer seperti carefugee's membantu insan lain yang tidak bernasib baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saluran untuk yang teringin membantu tapi tak tahu cara

      Delete
  13. banyak juga makanan asas yang ada ya. untung mereka yang membantu orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..saya rasa ada pihak yang sponsor makanan untuk mereka ni.moga makin dimurahkan rezeki

      Delete
  14. untung juga join seperti ini, mana tahu sangkut dengan mat arab sehensem Humood AlKhudher

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat join program macam ni.
    View pun menarik jugak tu :)

    ReplyDelete
  16. bagus dik buat kerja2 volunteer macam ni. tambah di bulan Ramadhan yg mulia. 👍👍👍

    ReplyDelete
  17. Sal, buat lagi tak kerja amal macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah kalau ada kesempatan nak buat lagi

      Delete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh jari doraemon, tak sempat baca dah terdelete..sob sob

      Delete
  19. seronoklah dapat join aktiviti macam ni.

    cekuplah sorang mat arab ensem tu hehehe

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. next time aku ajak ye..jangan nangis. aku takde nombor Hendo nak pujuk

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah