Braces Journey Part 3 - Living with Braces

Monday, 27 February 2017

Bersambung dari SINI


Cabut gigi tak ambil masa lama untuk sembuh. Hari keesokannya, aku dah pergi teman adik aku pergi tempah katering dan pelamin untuk wedding dia dan shopping barang dapur kat Giant. Cuma bab makan sahaja dah tak macam dulu. Masa gi office caterer tu adik-adik aku seronok je buat 'food testing' walaupun nampak macam makan sampai kenyang . Hanya mampu telan liur tengok ayam masak merah, rendang tok, acar sayur dan nasi beriani depan mata. Malas nak makan, kang terselit kat bracket.

Orang yang paling excited tengok aku bergigi besi adalah anak sedara aku yang umur 5 tahun tu. Saja je aku sengih lebar nak bagi dia takut tapi dia gelak, pastu request nak pegang. Bebudak, biasalah nak tahu. Ada ke dia cakap dengan Ummi dia yang aku 'tukar gigi'. Aye..yer goin to join Captain Jack Sparrow mate? Savvy!


Once dah pasang bracket ni, mulut rasa penuh. Dahlah gigi memang ke depan, lagi terjuih nampaknya. Bila pergi kerja, ramai tegur nape aku bitch face. Pouty macam Angelina Jolie gitu. Padahal macam Jep Sepahtu. Apa katanya..kuih keria antarabangsa? Kah kah. Nak bercakap dan senyum pun malas. Mana tak malas, nak tutup mulut balik kena extra effort. Kadang-kadang kena raba bibir nak make sure tak tersungkit dengan bracket. Apakan daya Kak Sal korang kerja kat kaunter. Cari makan dengan bercakap.

Maka bermulalah struggle aku untuk menyebut huruf dengan makhraj yang betul. Sebut 'S' dengan 'Z', bunyi huruf 'Tha'. Aku tak pernah troll Coco, tapi sekarang aku lagi pelat dari dia. Mohon viralkan aku please. Kah kah.

Bab makan pulak, mula-mula masih boleh tahan, tapi lepas aku cabut gigi belah kiri dan pasang wire atas dan bawah, dah tak boleh nak lari dah. Asal mengunyah je ngilu. Aktiviti mengunyah akan menyebabkan makanan berlaga dengan gusi pada tempat gigi yang telah dicabut. Hakak stress. So, no nasi for you woman!

Hari pertama pakai full braces atas bawah ! Luka tu sebab habit suka gigit bibir

So, sakit tak pakai braces? Kalau ada orang kata tak, orang tu tipu. Mungkin braces dia beli kat instagram. Haha. Bagi aku kalau tak sakit means braces kau tu tak function lah.  Tapi tahap kesakitan bergantung pada orang. Macam aku, takdelah sampai kena telan painkiller baru boleh tidur. Sekali sekala akan rasa kepala berdenyut dan gigi ngilu. Sakit kalau difikir akan jadi lagi teruk. Jadi, buatlah benda-benda yang boleh alih perhatian. Contohnya tengok bola. Apa sangatlah sakit pakai braces berbanding sakit perit duka lara nestapa hina dina tengok Liverpool kalah tiga home game berturut-turut. Sob sob.

Walaupun berbibir tebal, ada kalanya rasa sakit jugak bila  besi cangkuk kat bracket tu menyucuk dinding pipi. Dentist biasanya akan bekalkan dental wax ni. Cubit sikit, gentel macam taik hidung then tampal dekat besi tu untuk hilangkan impak menyucuk. Aku jarang pakai ni. So far sebiji ulser pun tak menyinggah dan harap bertahan sampai braces dibuka.

Image dari Google

Ada hari-hari memang rasa menyesal dan rasa tak selesa bergigi besi. Lagi-lagi bila tengok makanan kegemaran depan mata. Tapi bila aku kenangkan budak tempat kerja lama aku yang bagi aku nickname 'Jong' dan muka sepupu aku yang kuat menghanjing tu, aku persetankan itu semua.

Antara concern family dan kawan-kawan aku sebelum aku pakai braces adalah 'macamana nak makan?'. Aku ni suka makan walaupun badan kurus kering. So, bayangkan bila tak boleh makan sangat apa yang jadi? Haruslah berat badan aku turun. Walaupun tak timbang tapi aku boleh rasa yang badan aku makin keramping.

Survival kit. Susu full cream tu bancuh dengan Herbalife

So, selain bubur, aku banyak makan benda-benda yang tak payah kunyah. Kuey tiow dan laksam contohnya selain protein shake, cream soup, Nestum dan biskut yang masuk air terus lembik tu. Memang macam baby. Redha lah. Tapi on the bright side, kulit aku cantik je maybe sebab aku tak makan ayam, kacang, seafood, benda bergoreng dan aku kurangkan kafein. Awal-awal pakai braces, satu jerawat pun tak naik. Sis hepi!!! Awal-awal jelah tapi.

Nak pakai braces ni kena rajin. Rajin gosok gigi terutamanya. Untuk orang yang pakai braces, selain dari berus gigi conventional tapi bulu extra soft, kami kena guna berus gigi interdental ni. Kecik je. Berus dia tu macam yang mak mak buat basuh botol susu. Memang bawak ke mana-mana. If tak dapat gosok gigi, at least berkumurlah buat syarat asalkan makanan tak terselit.

Perbandingan saiz berus gigi interdental dengan lipbalm

Tapi honestly sejak pakai braces aku tak keluar sangat. Unless dengan family sebab stail family aku lagi suka makanan masak sendiri. So either bawak bekal or balik just in time for meal. Tapi hari tu attend kawan baik aku bertunang, aku makan je nasi. Time tu baru aku realise aku dah boleh makan macam biasa tapi mengada-ngada je. Haha. 2 minggu pertama je aku makan tanpa mengunyah, lepas tu once dah terbiasa, melahap balas dendam. Yang penting jangan malas gosok gigi. Still kena kawal jugak diri tu. Hari tu gatal try makan karipap tapi kecundang. Takdelah sakit sangat, tapi sempatlah belajar erti penyesalan. So, makanan keras still a big NO. Konon je gigi besi, tapi nak gigit jambu potong pun tak lepas.

Minggu ni aku ada first 4-weeks check-up. Tu pun postpone sebab sibuk. Haish. Nanti kita share story and progress kalau ada. Aku rasa belum lagi.

Till then, thanks for reading. Ada soalan, sila kemukakan di ruang komen ye.

Read More

So weekend buat apa?

Sunday, 19 February 2017

Weekend ni agak lemau bagi aku. Mungkin sebab aku seketul manusia yang selalu lupa nak buat plan menjelang hujung minggu kalau weekdays dah sibuk sangat. Tau-tau je dah hari Jumaat. Pilihan terbaik, mereput kat rumah. Kawan-kawan yang lain for sure dah ada plan sendiri. Tak kan nak ajak last minute. Hoi, ingat senang nak jumpa anak dara akhir zaman macam aku yang lagi suka duduk rumah tengok muka Mak Abah. Tapi selalunya diorang pun banyak plan, aku tinggal sorang tengok dinding. Kah kah.

Dipendekkan cerita, boleh plak semalam bos aku call dan mintak datang opis. Seriously bos? Tengahari Sabtu? Ampang to Bangsar? In the middle of KL ada perhimpunan RUU355? No way, Jose! So, aku request lah buat kerja dari rumah je sambil layan Prem Ratan Dhan Payo kat TV. Ended up, movie pun ke mana. Sampai ke malam still ada call dari opis. Nanti nak mintak adik aku download. Taulah aku sejenis noob.

Best jugak filem ni. Citer putera raja versi moden. Lagu pun sedap.

Dan malam tadi buat julung-julung kalinya sejak aku bergigi besi, aku makan satay. Adik aku belanja. Tapi makan satay dengan braces ni lainlah dari zaman gigi tanpa pagar. Kena kutil dan kunyah sikit-sikit. Alah, rasa sama je. Method makan je bersopan sikit. Tu lah konon sebab aku tak nak makan kat luar. Padahal sebab aku nak tengok bola. Hahaha. Huhuhu. Sob sob. JDT kalah.

Taukah anda, Perak di bawah kelolaan Karl-Heinz Weigang meleburkan rekod JDT 25 perlawanan liga tanpa kalah. 25 beb! Tapi lagi kesian Pulau Pinang lah kena belasah dengan Pahang sampai 6-1. Power pulak Pahang lepas CEO letak jawatan dan buang logo yang macam logo Liverpool tu. Penang makin ke laut, yang bahagia Faiz Subri je sebab dah selfie ngan Ronaldo. Kui kui.

OKlah, aku nak gi tenung dinding jap, sebab bos pun dah start hantar wasap. Takde alasan nampaknya untuk tak pergi opis hari ni. Mak aku macam biasa risau sebab aku ni asyik duduk rumah je. Nampak nau forever alone nya. Keluar pun gi kerja. Rileks Mak, OK apa duduk rumah. Jimat duit, nak pergi toilet senang, makan terjaga, lagipun rugi bayar Astro bulan-bulan kalau tak tengok.


Have a great weekend guys! Tak kisahlah kat rumah or kat luar janji korang bahagia. Peduli apa aku.

Thanks for reading!
Read More

Ramen Ayam-Ya di Sunway Velocity

Saturday, 11 February 2017

Assalamualaikum! Sape sini suka makan Ramen? Ramen ni macam Mi Sup lah jugak konsepnya di mata aku. Entahlah, bab makanan Oriental ni aku bukan pandai sangat. First time makan pun masa aku gi Jepun tahun lepas.

So, bila si ND ajak aku gi makan Ramen Ayam-Ya di Sunway Velocity Mall, aku tak menolak. Sorong papan tarik papan, suruh makan saya makan, tapi badan macam papan. Marvelous..marvelous! *Inilah akibatnya kalau orang tua banyak tengok Upin Ipin*

Apa yang specialnya Ayam-Ya ni? Well, masa aku kat Kyoto aku makan di kedai yang sama. So, kira ni throwback lah. Lagi-lagi bila ND cakap, geng-geng gi Jepun hari tu ada sekali. Dah  macam reunion padahal baru lagi kot balik dari sana. Semua drama Oshin tau!

Sunway Velocity ni mall baru, terletak di Cheras, lintas jalan je dari LRT Maluri. Memang dekat ngan rumah aku. Kelebihan mall ni adalah perkhidmatan buggy macam kat padang Golf tu yang merayau kat kawasan parking, so korang boleh tumpang dari kereta nak ke lobi dan vice versa. 

Kedai Ramen Ayam-Ya ni terletak dalam Aeon, tingkat bawah sekali. Mati-mati aku ingat restoran macam kat Kyoto tu. Hahaha.

Tempat duduk banyak juga walaupun aku pergi hari Sabtu

Menu yang ada. Terpulang korang nak makan Bento atau Ramen. Jangan mintak Sushi pulak!

Tapi kat sini tak jual air. So, korang bawaklah air siap-siap or beli air botol/tin dalam supermarket Aeon



Yang empat orang tu je gi Jepun, lain tu kawan kepada kawan. Takpelah, tumpang sekaki. Lagi ramai lagi meriah

So, sedap ke tidak? Bagi aku OK jugak. Tau tak aku makan Bento ngan Ramen! Nafsu betul. Tapi pastu menyesal Ramen tak habis sebab dah kenyang sangat. Huhuhu. Rasa berbeza dengan yang aku makan kat Kyoto. Yelah, yang masaknya pun orang lain.

Sape-sape yang teringin nak try makanan Jepun tu bolehlah try kedai ni. Tapi rasa berbeza berbanding yang aku makan kat Kyoto. By the way, Spicy Ramen tu tak pedas pun.

Thanks for reading! Nanti aku sambung story Jepun OK. Jauh lagi nak habis..


Ni cerita sebelum pakai braces. Minggu sebelum tu pergi makan Seoul Garden dan kenduri Pizza Hut kat opis. Makan puas-puas sebab tahu lepas bergigi besi nanti banyak kena pantang.

Read More

Braces Journey Part 2 - Bracket On!

Thursday, 9 February 2017

Assalamualaikum dan apa khabar lads! Gitu, English sangat sebut lads! Sebab dapat respon positif, aku dengan berbesar hati nak sambung kisah aku, dia dan gigi besi.

Seperti yang diceritakan dalam entry INI, sebelum pakai braces aku kena cabut tiga batang gigi. Kusangkakan dua, rupanya tiga ye Cik Tipah. Nasib baik tak empat!

Appointment pertama aku untuk cabut gigi adalah pada pukul 10.30 pagi. So, sebelum pukul 10 aku dah siap makan nasi dan gosok gigi bersih-bersih. Bohonglah kalau aku tak nervous walaupun ni bukan kali pertama aku cabut gigi. Dalam hati tanya gak..betul ke apa aku nak buat ni?

Sampai klinik, aku tunggu nama aku dipanggil. Kali ni ada doktor lain selain Dr. K. Dr. Ida namanya. Lembut je seperti kebiasaan doktor kat klinik swasta. Lagi sekali diorang check gigi aku dan tanya berapa banyak nak cabut. Dengan confident aku mintak cabut tiga sekali. Alang-alang menderita sakit, biar terus terlantar. Doktor tu senyum je. Dia kata tak boleh tiga sekali. Nanti susah nak makan. So, dia akan cabut belah kanan dulu. Atas dan bawah. Lagi satu belah kiri tu boleh tunggu.

Pastu Dr. K tanya kalau aku nak pasang bracket dulu ke tidak. Time ni aku agak confuse. Bukan ke kena cabut gigi habis dulu baru pasang braces? Biasalah, tu semua hasil bacaan di blog. Tapi Dr. K cakap boleh aje nak pasang bracket, lepas habis cabut gigi baru pasang wayar. Pasang bracket tak sakit pun dan tak mengganggu proses cabut gigi.

Aku pun kata OK tapi pastu baru teringat aku bawak duit sikit je. Ah, pandailah aku jap lagi pau duit adik aku ke, call mak aku ke, mop lantai ke... Mula-mula diorang pakaikan dental retractor untuk pastikan mulut aku sentiasa nganga sepanjang proses. Retractor ni plastik, so takdelah sakit. Hilang terus keayuan aku masa tu. Kah kah. Rupa menatang tu lebih kurang cam ni.


Pastu nurse sapu sejenis krim atas gigi aku. Tak taulah apa benda, nak tanya pun tak boleh. Nganga jelah dengan redha. Pastu proses pasang bracket pun dimulakan. Pasang bracket ni tak boleh gopoh-gapah. Kena sebiji-sebiji. Kecuali gigi yang nak cabut diorang tak pasang. Tak nampak sangat pun sebab diorang suruh aku tutup mata. Sayang mata punya pasal, aku tutup je mata aku, tapi kadang-kadang terintai lah jugak. Lampu dia warna biru, alat tu plak macam solder iron. Terbayang macam dia nak pateri kan gigi aku plak. Alat dia macam dalam gambar ni.


Proses pasang bracket amik masa lebih kurang setengah jam. Dok baring macam tu, rasa nak terlena pun ada. Lagi-lagi dapat sentuhan doktor hensem yang pasang dengan penuh kasih sayang berhati-hati. Tau-tau dah siap. Ingat boleh balik. Lupa pulak, gigi tak cabut lagi!

Damon braces menggunakan bracket yang jenis 'self-ligating', jadi tak perlu pakai rubber band. Rupa pun lain berbanding braces jenis conventional. Kecik sikit dan macam ada pintu untuk letakkan wire.


Nah.. gigi aku selepas dipasang bracket. Time ni belum cabut gigi lagi.

Teruk kan gigi aku? Korang ingat aku sesaja nak menyusahkan diri. Huhu

Seperti biasa, bab cabut gigi, perkara paling horror adalah bila doktor nak inject bius. Jarum dia panjang, bukan macam jarum doktor biasa guna tu. Before dia inject dia sapu gel rasa strawberry nak bagi kebas. Masa inject tu memang mata dah berair. Lagi-lagi bila inject kat gusi. Tunggu kejap, pastu cabut. Gigi bawah dulu. Senang je. Tak sampai seminit dah settle. Petua dia satu jelah, mana-mana dentist akan ulang ayat ni : Jangan keraskan badan.

Next, gigi atas pulak. Yang ni agak susah. Siap kena extra bius. Kali ni sorang nurse kena pegang kepala aku sebab Dr. I kata susah nak cabut. Adalah dalam lima minit. Rupanya sebab gigi aku tu panjang ke dalam. Aku lupa nak amik gambar gigi tu. Lagipun masa tu kepala dah ting tong. Turun dari kerusi tu menggigil lutut.

Settle semua aku pun gi ke kaunter untuk uruskan hal bayaran dan book next appointment. Aku tak plan nak pasang bracket hari tu, so aku terpaksa hutang dengan klinik gigi tu! Pergh, malu giler. Cash aku hanya cukup untuk cabut gigi dan ubat. Kad debit pulak yang baru tu aku lupa tambah limit. Boleh debit sale RM 1000 je.

Dapat kit ni sebelum balik! Next entry lah aku citer satu-satu apa yang dia bagi

Nasib baik lah ada Adik aku, dialah yang temankan aku tolong drive pergi balik sebab balik tu memang kepala rasa pening lain macam. Maybe sebab kena headbang atas kerusi dentist tadi. Haha. Sampai aku terlupa ambil MC. Kena patah balik.

Balik rumah terpaksa melalui rutin yang sama macam masa aku cabut gigi geraham bongsu hari tu. Tapi cabut gigi biasa ni lagi cepat baik. Darah lagi cepat kering dan tak perlu painkiller sangat. Petang tu aku dah makan bubur. Masa cabut gigi geraham adalah dekat seharian aku tak boleh makan langsung.

OK lah, ni petua cepat sembuh lepas cabut gigi.

1. Gigit kapas dengan kuat sampai darah berhenti
2. Jangan sentuh kawasan cabutan dengan jari atau lidah.
3. Jangan berkumur-kumur selama sehari selepas cabutan. Kalau dah berkumur pun tak boleh, gosok gigi jauh sekali ye.
4.Jangan ambil makanan panas selama sehari selepas cabutan.
5.Ambil ubat tahan sakit sebelum rasa kebas hilang.
6. Jangan minum menggunakan straw, sebab boleh create pressure dalam mulut, melambatkan darah beku.
7. Jangan buat kerja-kerja berat dan banyakkan berehat.
8. Minum ais untuk cepatkan pembekuan darah.

 Hahaha..rongak! Actually ni belah kiri tapi since gambar selfie nampak di belah kanan.

Next entry aku cerita macamana aku survive jadi budak rongak dan pengalaman hidup dengan entiti besi dalam mulut. Sakit? Tak sakit? Nantilah cerita. Entry panjang sangat ni jemu plak korang baca.

Kos : RM 240 cabut 2 batang gigi dan ubat
          RM 2000 deposit Braces


Tak sayang ke gigi sihat cabut? Giler tak sayang! Tapi terpaksa.


Read More

Osaka Station City, Yodobashi and Sky Building - Part 5 - Kansai Trip

Friday, 3 February 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Adakah kalian masih mengikuti entry Jepun aku? Harap masih sudi walaupun drama Jepun aku ni tak ada Takuya Kimura mahupun Takeshi Kaneshiro. Erk..hampa kenai ka? Ke kenal KPop je? Hehe. 

Selepas selesai berangan dalam set penggambaran Oshin di Museum of Housing and Living, kami ke destinasi seterusnya iaitu Umeda Sky Building. Sebelum tu, nak singgah solat dulu. Berdasarkan research, ada prayer room di Osaka Station City. Dari Museum of Housing and Living, kitorang naik tren Tanimachi Line dari stesen Tenjimbashisuji Rokuchome dan berhenti di stesen Higashi Umeda.

Keluar je dari tren, terus ternganga. The thing is, walaupun aku rasa dah cukup buat research, still tinggi possibility untuk sesat dalam stesen keretapi. Bayangkan tempat yang besar dah macam airport *exaggerate* lepas tu ramai orang dan sentiasa sibuk. Stesen Higashi Umeda terletak di bawah tanah, so kena naik ke level atas untuk cari exit ke Osaka Station City . Kemudian baru cari South Gate Building or JR Osaka Station. Aku nak cerita pun aku tak reti sebab kitorang sendiri sesat barat nak tercabut kaki. Apa boleh buat, selain ikut signboard, jangan segan-silu nak tanya orang. Paling mudah, masuk Tourist Information Centre. 


Prayer Room terletak berhampiran dengan Hotel Granvia Osaka dan Daimaru Department Store. Dah penat, terlupa nak amik gambar. Tapi prayer room dia selesa dan bersih. Dah selesai solat, kita ke agenda seterusnya. Agenda yang satu ni special request aku.

Tempat dia dalam Daimaru Department Store. Naik lif depan prayer room tu je

Pokemon Centre Osaka!!

Terletak di Tingkat 13. Tempat ni memang shopping haven untuk penggemar Pokemon.

 Selain dari Pokemon Centre, kat level ni ada Uniqlo. So, travel mate aku yang lain gi sana sementara tunggu aku shopping.

Tapi sejujurnya aku rasa barang-barang kat sini lebih sesuai untuk kanak-kanak dan remaja macam soft toys, beg, aksesori handphone dan raincoat. Aku malas nak mengangkut soft toys balik, buat penuh beg je. Cari lah jugak kot-kot ada keychain kecik-kecik, tapi tak ada. Last-last aku beli Planner, Stationery untuk anak-anak sedara, coin pouch dan beg kecik untuk letak toiletries. Tu pun letih cari design yang sesuai untuk remaja purba. Hihi.

Aku habis 3,780 yen. Kecik-kecik dulu tak merasa. #AyatSedapkanHati.
 
Walaupun aku pernah mention yang aku bukanlah kaki shopping, tapi Jepun adalah exception. Oppps! Next kami ke Yodobashi Umeda. Dekat je dengan Osaka Station City. Once again, kami mengamalkan konsep 'tanya orang', so awek kawai di information counter menjadi penunjuk arah.

Yodobashi Umeda terletak di seberang jalan dari Osaka Station City

Ada apa di Yodobashi-Umeda?


Kat sini macam-macam ada. Kamera, telefon, barangan elektrik, gadget, jam dan banyak lagi. Semuanya dibahagikan mengikut tingkat. Siap duit aje nak merayau dari satu tingkat ke tingkat yang lain.

Jam biasa-biasa dia jual gantung-gantung je gini


Jam branded pun ada. Ada orang kata kalau kena dengan gaya, beli time sale dapat harga jauh lagi murah dari kat Malaysia. Lagi-lagi yang brand Jepun. Korang yang memang ada niat nak beli, bolehlah compare harga dulu sebelum datang.


Tapi ni tetap jam paling win bagi aku! Alarm clock Giant? Nampak macam radio pun ye jugak. Adakah kita akan dikejutkan dengan nyanyian Giant? Ngeri betul, kalau tak bangun saja je.. Mahal sangat, kalau tak, berminat jugak aku nak beli sebab rare.

Merchandise anime dan komik pun banyak. Aku tak minat anime, so tak spend pun kat sini

 Figurine kat sini jauh lagi murah. Tapi hati-hati, yang 'nakal' pun banyak. Ah..engkorang bukan tak tau Jepun! 



Yodobashi ni luas dan selesa nak shopping. Tempat duduk pun banyak. Seeloknya berpecah sebab minat orang tak sama. Time ni memang dah letih, aku tak ada mood nak shopping sangat. Level jual CD, handphone dan kamera aku tak singgah pun.

Settle beli barang semua, macam biasa aku sebagai ketua kontinjen tanya ahli sekalian, nak terus merayau ke nak balik rumah. Ikutkan time tu awal lagi tapi musim luruh memang cepat gelap. Masing-masing menabahkan hati nak pergi tempat lagi satu dalam itinerary iaitu Umeda Sky Building.

Dari Yodobashi Umeda, aku ikut direction dari website ni untuk ke Sky Building. Terus saja ikut step nombor 2. Aku memang print out dan bawak ke sana. Taulah hakak ni travel style ol-fashioned. Iti pun tulis tangan kekdahnya.

On the way ke Umeda Sky Building, sejuknya la hai menggigil-gigil aku. Time tu memang pakai down siap dengan hood sekali. Sampai je terus masuk, tak larat nak amik gambar. Lepas tunjuk pass kat kaunter tiket, ada staff yang akan usher kita naik lif sampai tingkat 35, pastu naik escalator yang sangat panjang untuk ke observatory. Kitorang naik lif dengan pengunjung lain jugak. Ramai warga Korea yang melancong ke Jepun jadi jangan terkejut kalau sesetengah tempat ada option guide yang boleh berbahasa Korea.

Kalau ada Osaka Amazing Pass masuk free. Sebab tulah gigih jugak nak pergi.

Umeda Sky Building tu biasa aje. Yang buat dia special adalah Floating Garden Observatory nun di atas sana. Kalau tengok dalam gambar bawah ni, gelung kat puncak, pada ketinggian 170 meter dari tanah.


Bentuk 'V' di bawah gelung tu adalah escalator. Satu untuk naik dan satu untuk turun. Masa kat atas tu aku tak perasan pun. Naik lif on the way ke bawah baru aku realise tadi aku berdiri atas escalator panjang yang kalau jatuh memang nan hado apa bawah dia. No wonder observatory ni kalau angin kuat dia tak bagi naik sebab akan rasa terbuai-buai. Tapi escalator tu dalam tiub lah. Kalau open air memang aku surrender.

Dah sampai atas boleh tawaf bulatan tu untuk ambil gambar. So, dapat tengok Osaka angle 360 darjah. Tapi mungkin sebab sejuk, hujan renyai-renyai dan gelap sebab malam, gambar aku semua gigil dan tak cantik. Sedih. 



Sepanjang aku kat Osaka, langit kerap berkabus. Lagi-lagi waktu malam. Mungkin sebab 'pencemaran cahaya' atau mungkin sebab musim hujan. Ni gambar aku amik dari atas Floating Garden tu. Aku mengaku aku gayat so aku berdiri agak jauh dari dinding kaca tu. 

Meh belajar Sains sikit...

Pencemaran cahaya adalah fenomena biasa di kawasan macam negara maju apabila banyak sangat cahaya buatan manusia, menenggelamkan cahaya semulajadi. Tu sebab kalau kat kampung, gurun atau pulau lagi senang nampak bintang dalam kuantiti yang banyak. Bintang sebenarnya boleh dilihat di mana-mana, tapi kalau dah kat bawah ni terang sangat, sinaran bintang tidak kelihatan. Tak ada istilah 'bintang tak ada'..cuma nampak dengan tak nampak aje.

Masa on the way turun atas escalator. Bukti aku pergi sana. Kang kata aku amik gambar Google je. Hehe.

Time ni memang masing-masing dah tak larat sangat. Tu pun nasib baik kat Umeda Sky Building ni ada lobi, so bolehlah rehat-rehat kejap. Nak minum kat cafe dia pun boleh, rasa macam kat Menara KL cuma tak berputar lah. Harga? Kau rasa?

Dah settle semua, kita balik lah. Ikut laluan yang sama datang tadi. Masa ni memang rasa lapar menggigit-gigit usus. Bayangkan last makan pukul 12 macam tu, time ni dah malam. Apa lagi, on the way balik ke stesen Higashi Umeda, tumpang duduk kat kaki lima makan balance roti sandwich tuna dan beli air dari vending machine. Katanya jarak 800 meter, tapi jauhnya aku rasa. Maybe sebab penat mencari prayer room.


This is definitely my favourite memory of the trip! Bayangkan dah macam gelandangan masing-masing. Nasib baik tak kena tahan ngan polis Jepun!

Settle makan, seret kaki ke Osaka Station City dan cari laluan ke Subway. Ada dua option, samada train Midosuji Line atau Yotsubashi. Kitorang just plan, mana yang nampak dulu, tu yang kitorang naik. Aku pun tak berapa ingat, line mana satu kitorang naik. Yang pasti, sampai ke Namba. Dalam train on the way balik tu memang flat habis.

Sampai rumah terus makan, mandi dan kemudian tidur. Letih giler hari kedua di Osaka ni. Tapi esoknya lagi mencabar, sebab nak ke Kobe! Best tak Kobe? Kita sambung lagi ye nanti. Bye...

Part 3
Part 2
Part 1

p/s : Kebanyakan toilet di Jepun ada air tapi adakalanya kena guna botol kosong dan isi air di singki. Pastikan check dulu.
Read More