Percutian musim luruh di Osaka - Apa yang aku bawa

Thursday 10 November 2016

Assalamualaikum dan Konnichiwa! Sebelum aku share pasal travel aku ke Jepun, aku nak cerita dulu pasal persiapan ke sana.

1. WAJIB
  • Passport - valid 6 bulan dari tarikh korang kembali ke Malaysia. Sewaktu artikel ni ditaip, rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk ke Jepun. So, tenang aje.
  • Tiket flight. Jemput baca drama flight ticket kitorang untuk panduan. Hihihi
  • Wang tunai bergantung kepada nafsu makan dan shopping kalian. Yang penting, cukup untuk beli pass train dan duit emergency. Aku juga bawa sampul duit raya untuk asingkan duit ikut keperluan.
Ni nak pergi melancong ke nak pergi beraya? Rilekslah..aku cuma bawa sepaket saja. Gambar recycle Syawal lepas.
  • Ubat-ubatan yang sepatutnya. Paling penting bagi aku adalah Gelusil (pil Charcoal) , Panadol dan Clarinase (ubat selsema tak mengantuk).
  • International adapter, powerbank, charger, kamera, extra memory card etc. Barangan elektronik aku handcarry. Masa aku pergi ni, Samsung Galaxy Note 7 tidak dibenarkan bawak naik flight Air Asia. So, if ada, tinggalkan di rumah sebelum kalian menangis mintak kesian kat kaki staf berskirt merah.
2. Luggage

Mana-mana orang yang pernah pergi Jepun akan bagitau benda ni : kena banyak berjalan dan turun naik tangga. Jadi, tak perlu bawa luggage besar. Sedar diri yang aku tak larat dan takut tersungkur di pintu train, aku breakdown kepada beberapa beg. Satu beg troli saiz kecik, satu backpack besar sikit dari beg sekolah dan beg canvas saiz sederhana untuk handcarry. Badan lebih balance berbanding heret satu beg besar.

3. Pakaian

Aku pergi Osaka di penghujung bulan Oktober. Masih awal autumn (musim luruh). Aku tak pernah ada pengalaman autumn trip di mana-mana negara empat musim, jadi aku cuma andaikan yang pastinya ia musim yang berangin. Tapi, hasil pembacaan dari blog dan trip advisor, ramai mengatakan yang autumn di Osaka tak ubah macam duduk dalam aircond separa kuat. Selesa dengan hanya sweater nipis.

Pengalaman menggigil di Melbourne mengajar aku yang aku kena bersedia sebab kesejukan akan menyebabkan mood hilang dan rasa nak duduk dalam bangunan atau kenderaan sahaja. Travel mate aku, ND kerap check weather forecast sampaikan 3 hari nak pergi baru aku decide nak bawak pakaian macam mana.

Tau kenapa aku pening kepala? Suhu yang kerap berubah. Contohnya siang suhu 20 darjah, tapi malam mampu drop sampai 9. Pastinya kami akan keluar dari pagi sampai ke malam, adatlah kalau melancong. So, pakaian macam mana yang sesuai? Aku guna tips ni : Layering.


Aku bawa Ultra Light Down ala Uniqlo, tapi aku punya murah sahaja, aku beli di Decathlon, harga dalam RM 120. Asalnya, hanya ND yang nak beli, tapi nafsu membuatkan aku tumpang sekaki. Padahal aku dah pau jaket tebal anak saudara aku, winter coat pun aku ada. Kenapa Down? Sebab boleh digulung masuk dalam backpack dan boleh dibuka atau dipakai bergantung pada keadaan. Aku juga bawa satu sweater biasa.

Pakaian harian aku bawak sikit sahaja, sebab apartment kitorang ada mesin basuh.  Selain tu, aku bawa 2 seluar jeans. Mohon jangan bawa seluar nipis macam palazzo atau dari kain cotton. Even dengan thermal wear pun takut korang tak mampu menahan sejuk.

Bawa stokin lebih, sebab kaki akan busuk woi. Kalau seketul manusia paranoid spesis aku bolehlah bawa kasut extra sepasang. Pakai sport shoes or boots. Sukatilah janji selesa. Nak ikut awek Jepun pakai heels pun boleh, tapi pastu kalau kaki blisters jangan nangis kat aku ek. Psst..orang kat Jepun bergaya, so kalau selama ni korang malu nak dress up, kat Jepun lah tempat nak acah hijabista or trendsetter. Kalau nak nampak variety bila bergambar (mostly gambar in sweater or coat je nanti), bawaklah banyak tudung. Yang senang gosok. Aku bawak bawal sebab aku bawal diehardlover. Tapi pastu menyesal. Kah kah. Brooch dan peniti bawak lebih. Kat sana takde jual.

Kalau perlu, bawaklah long john. Aku malas sebab nanti spend lama pulak masa kat tandas. Hakak ni dahlah kuat membese bak kata orang Johor. Inner tu terpulanglah, if mampu belilah yang heat tech tu. Cari yang berkualiti, so tahan lama. Kalau takde, inner dan singlet biasa pun boleh. Tak perlu spend banyak. Benda pakai dalam je pun

4. Makanan

Memandangkan aku sibuk bab itinerary dan transport, aku serahkan soal makanan dan cuaca pada travel mate aku yang lain. Currency Jepun yang tinggi membuatkan kami cuba elakkan makan dekat luar. Jadi, kami bawa banyak bekalan makanan dari Malaysia.

Dengan bantuan Brahims, anda mampu menikmati Beriani Kambing di bumi Samurai. 

Oh ye, tak perlu bawa periuk nasi sebab dari cerita orang, alatan elektrik dari Malaysia tak dapat berfungsi di Jepun kerana watt berbeza. Walau dengan bantuan international adapter.

Kami bawa Maggi, pek makanan Brahims, biskut, three-in-one, tuna, sardin, sambal ayam penyet, sambal ikan bilis dan dendeng. Jepun kurang strict bab makanan dibawa masuk, tapi bab meat or poultry product ni bergantung pada luck. Ni aku akan cerita lebih lanjut nanti. Tapi nak selamat, bawaklah produk berasaskan ikan. Nasi senang cari di Jepun. Makanlah onigiri, ataupun nasi ready to eat boleh beli di 7Eleven atau mini mart.

5. Barang-barang lain
  • Hanger. Aku selalu bawak hanger bila travel, tak kisahlah jauh atau dekat. Mak aku ajar.
  • Toiletries - pun OK if nak beli sana. Untung lebih kalau korang pengguna skincare Jepun. Shiseido dan SK II jual kedai biasa je kat sana.
  • Raincoat/payung - kat Jepun mahal
  • Hand lotion
  • Mafla or shawl untuk tahan sejuk - aku menyesal tak bawak mafla bola aku. Sob sob. 
  • Glove
Tapi aku rasa basic necessities takde masalah beli kat sana. Harga tak beza banyak. Manalah tau pas pakai kulit putih macam orang Jepun. Kah kah. Cari kedai 'Tax Free Shop' tau. GST Malaysia pun kau dah sedih nak bayar, nak bayar kat kerajaan Jepun buat apa.

6. Itinerary dan plan transport pass

Rancang perjalanan anda dengan baik terutama kalau korang pergi lebih dari satu daerah di Jepun. Memilih transport pass di Jepun sangat tricky, so buat research awal. Bab ni bergantung kepada tempat penginapan dan tempat korang nak pergi.

Sekian perkongsian aku. Kalau ada apa-apa tetiba teringat aku add on later ye. Yang penting nak ke Jepun ni kena bawak doa banyak-banyak, bersedia fizikal dan mental dan hati yang terbuka. Have fun, sebab Japan memang seronok!

Tak percaya? Tunggu aku update entry ye. Thanks for reading!

50 comments

  1. menarik sal, kalau dapat pi jepun tahun depan boleh baca sini balik. best sal macam2 tempat dah sampai

    ReplyDelete
  2. Cari cik sal travel dah mcm nak angkot satu umah.. ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Rasanya.. Semua passport Malaysia dah ada biometric kan? Wajib ada BIOMETRIC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Visa exemption for ICAO compliant passport, SS. Yang ada rectangular logo bawah perkataan 'passport' kat front cover tu. Passport macam ni since 2010 kerajaan Malaysia dah keluarkan. Sekarang pun hampir 99% dah ada ICAO compliant passport nih...

      Delete
    2. Semua passport di Malaysia adalah biometric...

      Delete
    3. yelah, maksud saya tak perlu visa, tak perlu buat eta macam nak ke Australia

      Delete
    4. Passport baru SS tak dpt scan kat mesin... Kena manual pegi kaunter... Ada biometric pon tak leh tolong... Kena pakai shampoo kao biore aagaknya... He He He...

      Delete
  4. Nasib baik bawak hanger jek... Bukan ampai... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat ke? tak perlulah bawa banyak. lima sahaja dah cukup untuk seorang. bawa yang plastik

      Delete
  5. mampu jeles je lah d bucu tangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah jeles..luas lagi Jepun tu nak dijelajah. Tokyo pun boleh..hehe

      Delete
  6. cepat update lagi.. mood rajin dok mai dah tu Kak Sal...

    ReplyDelete
  7. mafla bola ??? beli hat japan lah, baru derang proud sikit.. ngeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak naklah, mahal. lainlah kalau memang penyokong team diorang

      Delete
  8. Duit tengah mahal masa Sal pergi ni ya. Kawan-kawan Jepun akak pun mengeluh. Tak jadi nak balik kampung akhir tahun ni kata mereka ^_^

    Nak pi Jepun, passport kita tak cukup 6 bulan validity pun takpa. Janji masa masuk dan keluar dari negara mereka, passport valid udah ler. Immigration Jepun tak kisah tapi of courselah, nak keluar dari Malaysia, passport kita mesti valid 6 bulan kalau tidak kena hempuk dek imigresen sendiri ^_^

    Awat tak duduk 90 hari terus? Kan visa exempted untuk 90-day stay ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kat mana nak merempat kalau sampai 90 hari kak oi..saya tukar duit time duit Jepun jatuh, below 40.

      Delete
  9. WAH SERONOKNYA SAL TRAVEL KE JEPUN..

    ReplyDelete
  10. Kenapa perlu bawa hanger. Tak bawa tak boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka berebut ngan member serumah. so bawak sendiri

      Delete
  11. hanger..akak pun biasa bawak 1-2 bila travel.

    tumpang seronok tengok sal nak ke Jepun..pun my wishlist (sume pun wishlist! hahahaa)

    ReplyDelete
  12. Igt td ko nk sambut deepavali kt jepun siap bw angpau bagai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Jepun tak sambut deepavali..kesian aku sana-sini cari muruku..haha

      Delete
  13. Sal, mmg bagus betul ko listkan benda wajib bawak ni Sal. Nak nak lagi org mcm hakak ni yg tak pernah travel. Confirm jakunlah haha....

    leceh jugak nak travel ni ek. Banyak benda nak kena pikir..

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. sekadar berkongsi..akak bukan tahu banyak pun.

      Delete
  15. Sepanjang travel x pernah bwk hanger x tahu waktu bila nk guna

    ReplyDelete
  16. Asing2 duit belanja tu bagus d peraktik kan

    ReplyDelete
  17. Sib baik sal oegi mmg autumn betul..mcm kami bek bsju tebal stokin tebal konon autumn d shanghsi sekali cuaca panas dan hujan..matik kena tipu bulat2 padah percaya x check suhu..adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah pun check suhu before g holiday.ni pun kawan saya punya idea sebab sy dok pening kat dia tanya nak bawak baju cmane.huhu. Takpelah JM. Next time check ye. Autumn ni memang tricky sikit

      Delete
  18. thanks sal... sedikit sebanyak tips n info berguna untuk saya dan husband yg ke osaka sept 2017 ni... nerbes pulakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sept musim bunga..tak sesejuk november, so maybe baju tebal tak payah banyak sangat

      Delete
  19. Replies
    1. ok...nak g jepun ke?harap dapat membantu

      Delete
  20. Thanks for info..sy n suami akn ke jepun 14.10 ni..tgh search2 jgk pkaian mcmna nk kna bawa..

    ReplyDelete
  21. sal..seronok baca sal punya blog..byk jk membantu..k.linda nk ke osaka 8nov ni..agak2 sejuk tak yer..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah