Melbourne Part 12.3 - Twelve Apostles

Sunday 10 April 2016

Assalamualaikum semua! Aku nak sambung cerita Melbourne ni. Sukati aku je kan, hari tu citer pasal berpanas kat Krabi, ni dah kembali kena hembusan angin menderu-deru kat Great Ocean Road. Takde sepoi-sepoi bahasanya kalau datang sini time Spring. Nasihat aku, korang yang tak tahan sejuk tu, bawaklah ultra light down atau thick fleece sweater. Spring di Melbourne sangat unpredictable. Ada hari matahari memancor, ada ketika angin tahap nak terbang dan kalau nasib tak baik kena hujan. Tapi aku rasa aku lagi sanggup menggigil berbanding pergi time summer sebab Australia ni kalau musim panas boleh cecah 38 degrees celcius. Kalah Malaysia.

Orait, lepas meninggalkan Great Otway National Park (nama hutan kredit to  entry Siti),  kami meneruskan perjalanan untuk melihat The Twelve Apostles.

Bila ramai, memang akan kerap berhenti. Tengok lah langit. Mana tak kesejukan asyik nak membuang. Hahaha

Ada yang nak guna tandas, ada yang nak beli makanan.

Sampai akhirnya! Yay, kena upload gambar ni, kang ada orang merajuk. Hehehe

The Twelve Apostles - ketulan-ketulan batu kapur yang terbentuk hasil dari hakisan air laut dan perubahan cuaca selepas berjuta-juta tahun lamanya. Nampak simple : batu. Tapi, Subhanallah, cantiknya tak terucap. Antara tanda-tanda kekuasaan Allah yang patut dikagumi dan direnungi.

 Gambar aku mungkin tak menarik atas faktor langit kelabu, tapi tempat ni memang cantik. Terpegun aku sekejap.


Tak banyak nak dilakukan kat sini selain dari bergambar dari jauh. Korang mesti akan tanya, boleh ke pergi dekat-dekat dengan Apostles tu? Sepanjang aku kat sana, memang tak nampak orang kat persisiran pantai. Mungkin atas faktor- faktor keselamatan. Tengoklah ombak dan angin dia macamana. Sedangkan batu boleh terhakis, ini kan pulak manusia. Sekali kena telan air laut, memang tak jumpa dah. Pelancong hanya dibenarkan berjalan di atas trail berpagar. Pergilah sejauh mana yang korang larat. Aku ngan Siti, macam biasalah. Dekat-dekat suda. Kang jenuh nak berlari balik ke van.


Mana yang rajin, boleh berjalan sampai ke hujung trail. Boleh dapatkan angle dan view yang lagi cantik.

Kat twelve apostles ni memang tak dibenarkan turun. Tapi..ehem, ada tapi..tempat yang kitorang pergi lepas ni boleh turun sampai ke pantai. Serius beb! Tempat bernama...

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>> 

Aku sambung next entry lah. Thanks for reading gais.

Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9

63 comments

  1. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...PANTAI BERBATU DGN BENTUK UNIK KERNA HAKISAN OMBAK JUTAAN TAHUN LAMANYA AMAT MENGAGUMKAN...

    ReplyDelete
  2. salam hujung minggu.. sukenye tgk gamba2 mcm ni... love it so much...

    ReplyDelete
  3. teringin nk pegi melbourne sbb nk tengok 12 apostles ni! ><

    ReplyDelete
  4. Pandai betul nak menyambung entri suruh orang baca dan baca lagi. Akak pun dah lama tak dapat tinggal jejak kat sini, Sal. Apa yang Sal cerita, itulah akak baca. Kalau kejap kat Melbourne, kejap lagi kat Krabi, akak redha ajelah membacanya walaupun ada yang tau pangkal, ada yang tak tahu langsung ceritanya!

    ReplyDelete
  5. wah....melbourne...bestnya...suka gambar kelabu tue..menarik

    ReplyDelete
  6. boleh pergi lagi..pasal nassier kerja kat melbourne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni Nassier bleh banje kakak2 ni la skali eh Uncle huhu..

      Delete
    2. amboi, bangkrap Nassier..kakak-kakak dahla kuat makan.haha

      Delete
    3. mcm ni.. kita pegi tiket duit kita la.. lepas tu kita paw Nassier =p

      Delete
    4. rezeki abe MKL hasilkan anak yg bijak

      Delete
  7. Replies
    1. gembira betul bila anak-anak berjaya.Alhamdulillah...

      Delete
    2. boleh lepas ni pegi lagi dengan Uncle plak lalalala..

      Delete
    3. gerenti pergi ni... Dr. Nassier dah kerja sana.
      hi hi hi ...
      tahniah, alhamdulillah.

      He must be very good sebab dapat kerja kat sana. Alhamdulillah.

      Delete
    4. mestilah gembira..ayah leh turun melbourne tiap tiap tahun ye dop

      Delete
  8. Best nya berjalan awak. ☺ Terpegun tengok keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  9. bestnya jalan. semalam saya mimpi gi travel dengan keluarga. semoga tercapai hasrat

    ReplyDelete
  10. Salam sal..lama tak singgah sini..
    Ni yang rasa mood bercuti ni...

    ReplyDelete
  11. Feeewwweeetttt...header baru
    (ke akak yang tertinggal keretapi nih...)

    ReplyDelete
  12. wowww best giler travel...sedara sy ramai duk Melbourne yet I never been there

    ReplyDelete
    Replies
    1. you should!tempat ni tenang je.cantik, makan pun senang cari

      Delete
  13. kalo x silap la kan.. si AK pun ada post gambar dia kat pantai 12 Apostle.. dia baru ni pegi lagi kot.. pegi sampai Gramphians hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untonglahhh orang bijak belajo kat oberC...
      Hihihi ...

      rindunya nak g melbourne lagi ... hu hu hu

      Delete
    2. kte pun dulu belajar ober the sea..kat Penang.yup, serious rindu Melbourne gak

      Delete
  14. huaaaa upload gambar ceq nampak gemok.. dahla memang gemok.. lagi gemok *hentak2 kaki*

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hapload "gemok" pulak ... hi hi hi...
      compius ahkak ngan korang berdua ni... keh keh keh ...

      Delete
    2. memang Siti ni..pening dibueknya.upload salah, tak upload pun salah

      Delete
    3. ahaha CT suruh Kak Sal tu banyak upload gambar diaaaa bukan gambar CT.. banyak dah gambar dia CT kasi tp dia x up pun.. gambar ceq sepah dah kat blog ceq ahahaha..

      Delete
    4. oh..awat tak habaq siang-siang.ok, bereh..pas ni jangan termuntah tengok gambar akak banyak-banyak na

      Delete
  15. CT pun rela laaa kalau pegi time sejuk.. xpala langit mendung ke guano..
    janji tak basah lencun ngan peloh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rela pergi time sejuk ... tak boleh tidur...
      kalau dok hotel tak pe lah boleh ON heater ...
      dok umah student - tak boleh - sian bil tinggi nanti...

      lagipun time winter banyak benda tutup awal...

      suka spring - nyaman... tapi kena jaga-jaga lah - kadang hujan or maybe NOT KADANG - always hujan... hihihi...

      tapi ausie n NZ - depa punya ramalan cuaca agak accurate...
      so boleh cek sebelum beli tix...
      Insya Allah ...

      Delete
    2. winter atau autumn tak lah..spring ok.

      Delete
    3. kami dok rumah Cik Tia samalah.. x on heater sebab mahai.. tapi sedap je kami tido kan Kak Sal ? diulit mimpi indah jugak kan..

      Delete
    4. hahaha..tido lena, berbungkus macam kepompong masing2.nasib baik umah cik tia banyak selimut.

      Delete
  16. wahhhh lawa lawa lawa...

    i dah malas nak hapdet citer ostrolia ni...

    nnt I link kat blog korang je lah ye... he he he...

    seriously dah malas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..la, baru ingat nk link kat blog huda..dah huda pun malas acane ni

      Delete
  17. gloomy sky dan ombak yang kuat - hmmm scary juga rupa dia ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak betapa garangnya laut tu. Subhanallah

      Delete
  18. syukur banyak2 sebab dah merasa sampai kan ... alhamdulillah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..syukur dah sampai.tak kisahla cuaca cmane pun.

      Delete
  19. cantiknyaaa.. kalau ada matahari lg nampak lawa

    ReplyDelete
  20. tebing tu terus mengingatkan gue lagu westlife... if i let you gooooooo bezanya pasir kt situ x warna hitam ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh turun memang aku buat video clip..hehe

      Delete
  21. cantik sgt pntai dia.. ade tebing2 batu mcm tu.. rmai pelancong tu

    ReplyDelete
  22. Datang dari blog sitiyangmenaip sebab nak baca entry aussie ni.. nak plan for future trip.. Huhu

    ReplyDelete
  23. Subhanallah.. cantiknya batu tu.. macam lukisan ja

    ReplyDelete
  24. ha, tau! da bca kat entry kak ct..kekeke..

    ReplyDelete
  25. Sayangnya pergi masa berawan. Tapi tempat ni memang cantik juga ya walaupun masa berawan.

    ReplyDelete
  26. kalau angin tahap nak terbang tu kalau badan mcm sal tu ha..kalau badan sao cam sis JM ni angin kuat pun leh tahan lagi

    ReplyDelete
  27. New Delhi hari tu 39 arjah..panas mcm duduk dalam oven

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..gi New Delhi rupanya..patutlah x jumpa Saruk Khan

      Delete
  28. subhanallah...walaupun batu tp kerana susunan batu tu begitu mmg sgt cantik..batu tu leh buat batu cincin tak Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak JM, kalau sanggup pergilah berenang amik..haha

      Delete
  29. laa tu jek..x puas nk romen ehh komen ah habis cite..sambung lagik huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tak tau nak cerita apa kak JM..tunjuk gambar jelah

      Delete
  30. memang cantik beb . Kat sini mana leh jumpa . mmg nan hado kan . bebaloi gi jauh ke melbourne ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah