You'll Never Raya Alone - Part 2

Thursday 30 July 2015

Bersambung dari SINI


Semangat berkobar-kobar sampai tak perasan yang aku pakai headband terbalik. Kah kah kah. Terbalik pun baca 'Liverpool' jugak kan..tak jadi Real Madrid.


Aku tengok dengan diorang ni lah. Kenal tak yang sebelah aku tu? Pemilik blog Anies and You. Dia ni memang peminat tegar Liverpool. Kalau ada kuiz pasal Liverpool FC confirm dia dapat A. Kalau aku, C- je kot. Thanks Anies, ajak aku together-gether. Mmuah ciked! Kalau takde dia, tengok sesorang lah aku. Last minute kawan yang nak datang ngan aku tetibe kena lelah. Takde rezeki dia nak merasa pengalaman tengok bola kat stadium. Takpelah ye ND, next time!


Masuk je pemain-pemain Liverpool, semua nak histeria, termasuk aku. Hehehehe . Lagi-lagi bila berkumandang lagu 'You'll Never Walk Alone'. Rasa kat Anfield je bila nyanyi ramai-ramai macam tu. Meremang bulu roma wei!


Warm up dulu. Ramai dok jerit nama Jordan Henderson, atau lebih mesra dipanggil 'Hendo'. Selepas ketiadaan Gerrard, dia yang ambil alih jawatan kapten, merangkap pemain Liverpool paling hensem. Erk.. Tapi aku suka tengok Adam Lallana yang comel tu. Cikgu Siti tahu kenapa aku suka dia. Hahaha. Diam-diam sudah...

 Line-up Malaysia XI dan Liverpool FC. Pemain favourite korang ada tak?

Sepak mula yang dijadualkan tepat 8.45 pm lambat 2 minit. Tunggu azan Isyak habis kot. Huhuhu.


Malaysia XI mendahului pada minit ke-12 dengan jaringan dari penyerang import, Patrick Ronaldinho. Power mamat ni, dahlah lari laju. Masa Malaysia leading 1-0 tu, semua peminat Liverpool dah resah. Yelah, kalau kalah ni, kat mana nak letak muka! Nasib baik Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-28 hasil rembatan Jordan Ibe. Keputusan seri 1-1 sampai tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua walaupun Liverpool mendapat banyak peluang, tapi semua shoots dipatahkan pertahanan Malaysia XI. Full time result 1-1.  Aku mengharapkan lebih banyak gol, lagi best hasil jaringan pemain tempatan, tapi sayang hanya dua biji sahaja yang terhasil.


Wish you were here, captain! Kredit gambar: Kelab Peminat Liverpool Malaysia

Just my point of view, Malaysia XI banyak main 'parking bas' (orang biasa tengok bola faham lah kot). Sekali sampai 10 orang depan gol, memang susah nak bolos. Liverpool pulak, teragak-agak nak menyerang. Even peluang one-on-one dengan penjaga gol Malaysia XI pun disia-siakan. Pegang bola lama-lama, memang senang la pemain Malaysia nak rampas. Kalau Coutinho ada, mesti dia dah shoot gol jarak jauh dia yang sumpah awesome tu! Syabas pasukan Malaysia XI, sebab bagi tekanan pada pasukan Liverpool. Chemistry korang memang hebat walaupun training 3 hari je! Takpe, bagi Liverpool 'sentap' sikit! Biar diorang usaha lebih untuk next season.


Sebelum balik, buat lap dulu keliling padang. Tengoklah puas-puas. Entah bila ketika dapat jumpa diorang ni depan mata lagi.

All the best guys, for next season! Jangan hampakan kitorang lagi ye.


Walaupun stadium tak pack macam Tour 2011 dulu, namun kemeriahan masih terasa. Kelebihan match macam ni , kita boleh jadi lalang. Liverpool kita support, Malaysia kita sayang.


Balik lah wei, sementara konsert BigBang tak habis lagi. Siap sedia nak kena bahan sebab mampu seri je...

Ah..TAPI kalau korang nak membahan Liverpool, harap korang tahu yang ini hanyalah skuad pre-season. Ramai pemain baru macam Adam Bogdan, James Milner dan Nathanial Clyne. Masih mencari keserasian dengan teammates lain. Dan jangan lupa yang penyokong Liverpool ni hati cekal dan telinga tebal. Kena bahan ni perkara biasa bagi kitorang.

Till then, YNWA! Next year will be our year! Thanks Liverpool FC for choosing Kuala Lumpur as your tour destination.

OKlah, thanks for reading, guys! Marilah kita berhuhuhu sampai Liverpool menang EPL.

p/s: Bilalah Atletico Madrid or Real Madrid nak buat tour kat sini....


67 comments

  1. Ala, main acah2 je tu sebab tu seri.. kasi muka sama malaysia jgk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemain Liverpool dah penat...hahaha.kasi muka lah, karang tak panggil datang lagi

      Delete
  2. sat nak tanya, camna boleh suka tgk bola..part mana yg best tu, ce cita..ce cita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawab, Sal..jawab. Cik Syida nak buat liputan nih! :)

      Delete
    2. panjang ceritanya Syida, kena buat satu entry..hahaha

      Delete
  3. sy pun mgharapkan gol yg byk mlm tuh....tp hya 2 jer....tp ok laa daripada xde langsung kan heheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh,.Sis D pun mina bola gak ye :)

      Delete
    2. hahahha....sekadar tau cenggitu2 jer farrah...

      Delete
    3. bab bola sepak tak boleh auta kak DM...banyak gak dia tau

      Delete
    4. Sal, Anies & Sis D dah boleh bukak kelab dah ni :)

      Delete
    5. hihihi.ahli dia 3 orang je.tak boleh ramai-ramai. Pening!

      Delete
    6. hahaha....sal sy dpt info pun dr tempais en suami....dia yg selalu hapdetkan info...kdgmen tadah jer telinga dgr....mula2 dulu wat2 xdgr..skg ni dh mcm leh terima secara otomatik lak....hahhaha

      Delete
    7. saya dulu pun takat layan Ayah cerita, tapi lama-lama sendiri minat..

      Delete
  4. okay headband terbalik tu lawak.. xcited sungguh ye =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak update blog, tengok gambar baru perasan..haha

      Delete
    2. Tapi kalau tak cakap, akak tak perasan. Muka konfiden tu mahal hahahah

      Delete
    3. muka excited sebenarnya...hehehe

      Delete
    4. hehehe janji dapat tengok match.. terbalik pun terbalik la..

      Delete
  5. Replies
    1. janganlah terpegun sangat..seganlah..hahaha

      Delete
  6. hai sal! kita dtg jalan2 sini :D kak sal sehat? selamat hari raya kak sal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Aisya! sihat, Alhamdulillah..selamat hari raya!!

      Delete
  7. Nak gelak boleh tak headband terbalik! Keh Keh Keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..gelak lah.kan dah cakap peminat Liverpool ni hati tegar.hahaha

      Delete
  8. Hi aniesandyou... Nak kenal boleh? He He He..

    ReplyDelete
  9. Ada rs x puas hati juga sbb bukan berlawan dgn pasukan mslaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kalau pemain Malaysia ramai mesti lagi menarik..

      Delete
  10. peminat tegar liverpool ni Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kak noor ke Liverpool lagi? saya nak ikut..tidur dekat hujung katil pun takpe..hahah

      Delete
  11. Waaa best nye g tgk kt stadium. Sy? Confirm tak kena bagi lah. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..saya single trang tang tang.Tak payah mintak izin sesape.umur pun dah lebih 30, parents dah tak kisah. ;)

      Delete
  12. btl2 peminat bola nie..sama mcm anies jugak..hehehe

    ReplyDelete
  13. Last masuk stadium waktu kecikkkk dulu tengok mama sha main hoki.... hahahhaa.... apalah perasaan masuk stadium layan pasukan bola feveret ye.... eksaited plak tengok gambar Sal ni...

    ReplyDelete
  14. La... beraya di stadium dek gara-gara Liverpool ye Sal.
    Sampai terbalik-balik scarf tu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..masa pakai tak perasan.belasah je.

      Delete
  15. salam aidilfitri mak sal tuu., maaf zahir batin

    meriahnye uools ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri wak...meriahlah raya kat stadium!

      Delete
  16. Hehehehe.. Rasanya drama Liverpool kot sis.. Sngaja seri dgn Malaysia.. Btw,dua org adik kathy mmg peminat tegar Liverpool ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugaklah..agak tak logik mampu seri je padahal posession almost 75-25.

      adik sis Kathy tak gi tengok ke?hehe

      Delete
  17. wah wah wah tengok gambar je dah terasa kemeriahannya..memang tengok bola kt stadium ni feel dia lain macam sikit..lagi2 dua2 pun sokong..walaupun tak minat bola..pernah la tengok retis lawan bola dengan deejay kat stadium.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, sebab sape menang pun takdelah rasa frust kan..just nak enjoy. Eh, Aiman bukan minat bola ke? Akak tak join dia gi stadium?

      Delete
  18. Ni, memang lalang ni! Babat kang! Memang beria-ia sokong Liverpool sampai pakai terbalik pun tak perasan! Sakan Sal raya dalam stadium yerk. Akak ni setakat baca aje dari mula sampai akhir. Apa kisahnya tetaplah tak faham...Baca pasal bola ni macam baca orang cerita pasal tanam pokok bunga tau, Sal. Akak blur aje sampai habis membaca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ulasan saya habis simple dah tu kak. Mungkin banyak istilah bola sepak yang memeningkan macam 'parking bas' , one on one dan skuad pre-season. Takpe, pas ni kita cari topik yang semua orang boleh faham ye..

      Delete
    2. Takpalah, Sal. Nak tulis pasal bola pun tulislah. Inikan blog awak. Bukan akak sorang aje yang datang sini. Akak tak faham tapi ramai yang faham apa Sal cerita ^_^ Kang kalau tak kasi tulis pasal bola, meraung guling-guling bawah meja pulak geram tak lepas. Tulislah apa pun janji ada berupdatekan!

      Delete
    3. rasanya ramai je buat-buat faham, jaga hati tuan tanah..hehe

      Delete
  19. mula tu tgk gambar..pesal headband tulisan camtu...rupanya pakai terbalik...ahahaha...lawak..sib baik leh baca..jika tak mmg nk terbalik kan skrin monitor ni

    ReplyDelete
  20. ohh..pegi ngan anies?...kenal!! klau anies dpt A, Sal dapat C- sis JM dapat F for FAILED!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kuiz Liverpool bolehlah saya lulus. Kalau tanya Chelsea ke, Bayern Munich ke, sama gak fail macam kak JM. Hahahaha

      Delete
  21. cara Sal tulis entry dah mcm pengulas sukan...pergh!!! tabik spring! minat nye pasal lakn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auta je tu kak..macamlah tau banyak. Kalau expert baca ni confirm gelak je..

      Delete
  22. perghhhh saya sendiri tak kenal siapa pemain di dalam arsenal. tabikk dengan sal.

    ReplyDelete
  23. Alaahh sya rasa liverpool ni kasi chan je katt mesia. haha. kalau serius, mau lima kosong dgn mesia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang mempermainkan harapan penonton-penonton yang datang tengok ni..huhuhuhu..saja nak bagi debar-debar untuk next season

      Delete
  24. Wahhh Sal gi stadium tengok. Bestnya... Tengok bola kat stadium ni semangat dia pain macam sikit. Syokkkkk

    ReplyDelete
  25. hahahaha...Sally rasa dorang main0main je tu...Sally ada kat sebelah tgk konsert..mihmihmih...Sally tipu je :P

    ReplyDelete
  26. meriah betul kat stadium tu. Semangat mesti berkobar kobar

    ReplyDelete
  27. tertarik dgn ayat " liverpool di support , malaysia di sayang ... mmg lalang ni ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. time friendly macam ni je kita boleh jadi lalang..apa-apa pun, kena sedar diri kita ni rakyat Malaysia. Support kelab luar cmane pun, negara sendiri tetap jadi keutamaan...

      Delete
  28. akak tengok juga ulangan match
    memang sorry to say yang pasukan pilihan malaysia main lebih baik
    tapi pasukan pilihan malaysia pun bukan semua orang malaysia
    tu pasal maon pun ok gamaknya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak YY..pertahanan Liverpool memang nampak longgar. kalau Malaysia XI usaha lebih sikit, silap-silap diorang yagn menang..haha

      Delete
  29. ye laa tu haahaha

    sori ek gmbr lom transfer lagi. nnt sy emel

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK.take your time.sementara tu tengok gambar Hendo yang tak jadi, pengubat rindu.haha

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah