Logik ke lelaki tak minat bola sepak?

Wednesday 18 March 2015

Assalamualaikum semua! Lama giler tak borak-borak pasal bola sepak kan? Sempena  meraikan kejayaan Atletico Madrid ke quarterfinals UCL dan berita super awesome aku dapat dari Anies, meh la bukak topik favourite aku. Sukati korang la nak baca ke tidak. Hehehe.

My favourite part masa penentuan penalti pagi tadi. Yang sedang berdoa tu adalah Arda Turan, pemain Islam dari Turki.

Antara perkara paling ironi tentang aku, walaupun aku ni kaki bola, aku selalu 'tersangkut' dengan lelaki yang tak suka bola sepak. Serius! Ada tu memang tahap clueless tak perasan pun World Cup dah start! Wujud ke lelaki-lelaki tak suka bola sepak ni? Of courselah wujud. Entah-entah lagi ramai dari perempuan yang minat bola.

Tapi kenapa? Kan ke lagi best kalau minat sama? Personally, aku suka lelaki yang tak minat bola sepak sebab bila kitorang hang out, boleh borak topik selain dari bola. Bab bola ni boleh buat gaduh tau! Tak naklah aku gaduh semata-mata sebab dia sokong Manchester United, aku sokong Liverpool. Tak berbaloi!

Orang lelaki yang suka bola sepak mungkin akan rasa annoyed bila perempuan yang tak minat bola  pura-pura cakap pasal bola untuk impress diorang. Tapi aku rasa lelaki yang buat-buat tahu pasal bola sebab nak impress perempuan kaki bola memang sangat comel!!!! Memang kelakar bila diorang dengan confident kata Ronaldo tu main untuk Spain. Sangat charming dan cute. Boleh melting tau!

Lagi satu, sebab aku tak nak diorang mimpi ngeri lepas teman aku tengok bola, tak kisahlah kat Mamak atau kat stadium. Yelah, kadang-kadang masa dok cheer atau mengutuk tu memang hilang kawalan sikit.

Kesimpulannya, aku OK je dengan lelaki tak minat bola sepak. Tetap lelaki jugak, macam perempuan yang tak suka tengok drama suamiku encik itu ini, tetap perempuan jugak.

Tapi bab jodoh ni aku terima je dapat yang minat bola sepak ke, minat memancing ke, minat membaca ke... Tu hobi dia, sukati dia lah. Jangan lupa anak bini sudah!!

Indahnya kalau dapat yang boleh kejutkan aku pukul 3 pagi. Bukan sebab dah start kick-off, tapi ajak Tahajud bersama. Sweet tak? Hehehehe. Kalau dapat yang macam tu, Fernando Torres datang serah diri pun aku tolak tepi!


So, what says you? Korang prefer pasangan yang minat sama ke minat lain-lain? Share lah kat sini..

Ironi adalah bercakap tentang lelaki idaman dan jodoh padahal hati tengah patah seribu.
 #BeStrong

66 comments

  1. payah gak klu sama minat bola tapi sokong team lain lain...boleh buat gadih gak tu..hehe

    ReplyDelete
  2. kami laki bini mmg same2 minat bola..
    untung nye bini la dr xde ilmu psl bola, sume blh tau dr suami..
    haha..

    pyh nk jmpe laki xminat bola ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. Bola.. suami K.Sham so-so jer.
    Tak sempat nak concentrate.. ada jer hal..

    ReplyDelete
  4. Hehhehee... Suka suka suka..

    ReplyDelete
  5. Hehehe jarang perempuan minat bola kan? hehehe bagus2

    ReplyDelete
  6. Ramai je lelaki yang tak minat bola ni. Cuma, kalau baru-baru kenal tu macam susah sikit la nak masuknya. Biasa, kalau tak minat bola ni, mesti kot ada suka kat sukan lain. Macam hoki, ragbi, badminton or renang berirama ke.

    Sebab biasanya lelaki gunakan sukan ni sebagai platform untuk bersosial. Dari bersukan ni la mudah untuk dapat kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam perempuan gunakan topik TV untuk bersosial...which is aku selalu fail sebab aku tak tengok cerita yang pompuan lain tengok..

      ado plak minat renang berirama?ok, aku x judge.cam aku x suka orang judge aku sebab tengok bola..hihi

      Delete
  7. saya tak minat sukan tapi suka dengar lagu dan menulis. ibu_suri pula suka dengan kerja tangan kreatif...

    kami menghormati minat masing-masing walaupun kekadang merungut juga...

    ReplyDelete
  8. Yang lawaknya tentang Malaysia ialah walaupun kebanyakan orang Malaysia minat bola tapi Malaysia berada di tangga ke 155 ranking bolasepak dunia. Orang Australia pula walaupun lebih minat dengan rugbi tak berapa minat dengan bola, tapi pasukan bolasepak Australia berada di tangga ke-65 ranking dunia, sekali ganda lebih baik dari Malaysia yang minat bola. Malah orang Iraq, Palestin dan Afghanistan yang lebih suka main senjata dari main bola berada di ranking dunia yang lebih baik dari Malaysia yang suka bola - Iraq di tangga 97, Paletin 137 dan Afghanistan 140. Lawak kan..orang Malaysia minat bola tapi tak pandai main bola!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat ngan berbakat lain..
      hanya minat, bakat/pandai main kurang...sebab tu ranking teruk.. drama ja lbih bola sepak mesia ni..
      hahahahahaaa..

      Delete
    2. hahaha..bola sepak Malaysia banyak main politik.tu yang tak ke mana.banding ngan US or Australia.rakyat diorang tak minat bola pun pemain diorang boleh sampai World Cup.yang penting, Bosnia yang merdeka tahun 1991 pun dah sampai ke sana dan pemain-pemain dia dah main liga Europe.kita?menang sorak ajer..

      Delete
  9. SS ske orang yg macam langit dengan bumi dengan SS... Boring laaa Cik Sal kalu semua mende nak kena sama... Otak x berkembang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawen ngan mat lembut.. haha..

      Delete
    2. Azwan Ali masih bujang! Ha Ha Ha...

      Delete
    3. kak nam nak kerrr??? hahaha

      Delete
    4. Amboiiiii! Calon pilihan SS! Bukan calang2 hahaha

      Delete
    5. SS ni jangan dapat yang tak suka berjalan, dok umah je.tu memang boleh bikin panas..hehehe

      Delete
    6. hang nak kat dia ke SS oi..? ahaha kuaq da ceq nak cakap utagha ni..

      Delete
    7. SS kalau kahwin jgn lupa jemput jika tak JM BOMM rumah heee

      Delete
    8. amboi JM, dah bom blog, umah pun nak bom gak ke?

      Delete
  10. tp kan sal lagi best kalu dpt yg ckp apa sahaja topik... dia semua tahu...
    yg x best nyer, bla ckp benda yg sm tp still tanya, apa tu? gggrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah wei nak dapat yang gitu..huhuhu.janji jangan dapat penyokong Man U dahla.hahaha.

      Delete
  11. Biar lah contra sikit,jangan banyak sangat contra, nanti susah kalau ajak beraktiviti, tak ngam..
    Kalau semua sama macam xbest plak, kan.. bab bola ni, harap jgn jumpa yg taksub sangat.. berpada-pada sudah.. keke..

    ReplyDelete
  12. moga sal dapat jodoh pada jejaka yang punya minat yang sama...tak lah boring bila tengok bola sorang2 kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu tengok bola ngan kawan-kawan.hehe.prefer yang tak minat bola lah kak..kalau tak asyik dating kat stadium atau kat Mamak.

      Delete
  13. saya pun minat tengok bola sepak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat tgk bola sepak? sis JM suka tgk player..cari yg hensem heheh

      Delete
  14. Okje tak fikir pun pasal minat sama ke tidak masa mula mula kenal dulu. Belasah dan redho jer apa yg ada depan mata hihi...
    Sampai dah kawen ni pun masih confuse pak Jilap sebenarnya minat apa haha. ...

    Tp Pak Jilap bukan gila bola orangnya....lebih kepada tak tengok pun tak fengsanlah.....sweetkan hihi....
    Ko ni dah kenapa Sal..putus cinta ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. putus harapan je kak OKje, bukan putus cinta.hahaha.

      saya tau Pak Jilap minat apa..dia minat Mak Jilap lah..

      Delete
  15. saya ngan si dia (ehem!) sama-sama minat bola...tapi dia lagi advance la...bergadoh pasal bola itu biasa..haha..tapi bukanlah bergadoh teruk..pasal bola jelah...pasangan ni kena ada yang sama and berbeza jugak..yang penting serasi and ada chemistry..gitu...~~ hehehh

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. itu biasalah kan...yang penting sama-sama minat travel..hehehe

      Delete
  17. Saya pun ramai kawan lelaki yg tak minat bola tapi kawan perempuan pulak yg jenis minat bola.. jadi saya pun setengah2 je lah.. ada waktu minat & ada waktu tak hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun.tengok kalau ada team or pemain favourite saya.duduk kat Malaysia ni kalau gila bola sangat jadi tak cukup tido.

      Delete
  18. part boleh kejutkan bangun jam 3-4 pagi tu sis JM sukaaaaaaaaaaa sangat tapi mana nk cari huhu

    ReplyDelete
  19. sis JM nak org yg ada minat yang sama..iaitu TRAVEL araound the world...nak pegi buat UMRAH sesama...eee...bestnya..di mana orang itu adakah berada di SEOUL hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin berada di SEOUL ehehe.. positive Kak JM pooositive hihi.. nak mulakan pencarian di seoul..

      Delete
    2. ahahaha CT..mati hidup semua belum tentu jumpa neh

      Delete
    3. eh, mana tau kot ada.kat Seoul tak semestinya orang Korea kan?ke kak JM memang nak orang Korea?hehe

      Delete
  20. en suami sy peminat tegar liverpool....sekian

    hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. liverpool...hati kolam? ehehe

      Delete
    2. eh, penyokong Liverpool adalah penyokong paling tabah dalam dunia tau.kim salam 'YNWA' kat suami kak Deanna tau.hahaha

      Delete
    3. JM...hati kolam tu sy...kah kah kah

      Sal...akan usaha sampaikan...khi khi khi

      Delete
    4. sal...tp mmg betul...penyokong liverpool mmg tabah..walaupon selalu kalah...sy tgk en suami rilek dan tenang...adehhhh....kira tabah la tu kan....hahahhahahaha

      Delete
    5. haha..tabah kak, dah 25 tahun tunggu Liverpool menang EPL. Si Gerrard sampai dah nak beruban..nak minat bola sepak ni kena tabah dan tahan kena kutuk.hehe

      Delete
  21. Pakwe scha suka bola tempatan. Obersis ni dia kurang sikit. haha

    ReplyDelete
  22. Akak lebih rela lelaki tak minat bola, tak minat keluar santai-santai kat mapley malam-malam. Hehehe... Nasib baiklah HD tu tak buat akak fobia sangat dengan hobi yang entah apa-apa. Kiranya HD ni takdalah taksub sangat dalam apa-apa hobi sekalipun. Tapi beliau tetap ambil peduli banyak benda juga yang berlaku dalam dunia, antaranya bola *_*

    Ada satu anak saudara akak (kalau belum berjodoh, memang akak dah kenenkan dengan Sal) memang gila bola. Asal ada bola malam, dia dah 'ban' dirinya daripada diajak keluar, tak kiralah siapa yang mengajak termasuk emaknya sendiri. Asal ada perlawanan bola jerk, memang suara dialah yang memekak terjerit terpekik marahkan pemain itu ini sampaikan emaknya suruh dia je pi main bola, senang cerita! Dia sanggup berlapar takpun makan maggi semata-mata tak mahu keluar cari makan bila ada perlawanan bola. Malanglah bakal isteri nanti. Memang asal musim bola jerk, makan maggilah laki bini nampaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tolonglah kak, saya sendiri tau betapa dahsyatnya bola sepak ni, sy kalau boleh tak nak laki gila bola.buatnya ada anak, tak ke psycho anak tu tengok mak ayah dia terjerit-jerit macam orang gila depan TV. nehi!!saya nak laki gila melancong..hehehe

      Delete
  23. ada jugak few friends lelaki CT yang mmg x minat bola.. tp diorng ske sports lain.. cem badminton.. hockey.. tp bila sebut bola diorang bo layan ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, ada gak gitu.tak semua lelaki minat bola.ada yang minat F1, ragbi la, gimrama la..eheh.

      Delete
  24. aa ah la Kak Sal.. bestnya kalo dapat yang ada part yg sama2 suka ada part yg dia lain kita lain tp saling memahami.. ada tau =P hihi dalam novel miahaha..

    ReplyDelete
  25. akak dengan mychintahati minat giler bola
    bezanya sekarang dia masih minat dan akak malangnya dha kurang minat
    terlalu sibuk dengan urusan dunia, sampai lupa keperluan atau keseronokkan snediri
    hehe...tu aje sebabnya

    anyway penah jumpa ramai lelaki tak suka bola
    species ni bukan rare, tapi exclusive...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya saya esok dah kahwin pun macam kak YY kot..dah banyak urusan lain, takde masa nak spend sejam setengah mengadap match.baik mengadap anak.hahaha.

      diorang exclusive, macam kita jugak kot.haha *perasan*

      Delete
  26. Percayalahh ana tak suka laki gila game. Huhu. Suka wat tak pedulik je ngan bini dia. Rase nak sepak2 je. Hahaha. Laki gila bola ni kire oky lagik. Hope kak Sal dapat asben yg kejut pukul 3 pg sbb tahajud bukan sbb bola. Ekekeke. Yg pnting kak Sal xle ngan encik mimpi. Encik mimpi antu arsenal. Risau kak Sal gaduh hari2 ngan encik mimpi ana. Hagagagaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arsenal takpe lagi, asal bukan M.U. tapi takpelah, kalau Encik Mimpi nak kat akak pun akak rejek, takut Ana bawak kelab peminat mai belasah akak..hehe.

      akak ada je kawan yang gila game, tapi takdelah extreme.habis-habis pun tak tidur malam sekali-sekala.

      Delete
  27. syukur alhamdulillah kalau dpt laki mcm tu kak sal.. rezeki kita...

    ReplyDelete
  28. xpernah jmp lagi laki xminat bola..

    ReplyDelete
  29. Sy llki n sy tak minat bola n tak nk ambil tahu pun..sb tu sy sampi kat thread awk ni..sekian

    ReplyDelete
  30. Saya memang Tak minat apa2 sukan kerna itu sifat semulajadi saya.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah