Saturday, 18 May 2013

Umrah & Ziarah - Part 4

Baca dulu:
Part 3
Part 2
Part 1

Day 5 - 4 May

Kami dibawa menziarah Muzium Mekah pada hari ni. Kat muzium ni dipamerkan artifak sejarah mengenai Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Walaupun tempoh lawatan dihadkan, tapi muzium ni 'cool' sebab boleh tangkap gambar.

Pintu depan Muzium
'History on Demand'
Telaga zamzam dolu-dolu..
Selesai lawatan di sini, kami menuju ke Miqat Hudaibiyah pula untuk berihram bagi yang nak menunaikan umrah.

Lepas tu kitorang singgah di Ladang Unta..

Tak ada di Malaysia, haruslah kami semua menjadi jakun sekejap
Kalau nak beli susu unta, ia dijual dengan harga 5 riyal sebotol. Susu unta kat sini memang fresh..means lepas perah dia terus tuang dalam botol untuk diminum. Tak ada bau, tak ada rasa sebab yang busuk adalah taik unta, bukan susunya..hehe. Susu unta dikatakan bagus untuk orang yang ada lelah. OK lah, aku minum sikit je takut perut meragam masa nak buat tawaf lepas tu. Kalau nak bawak balik kena letak dalam freezer sebab nama pun susu segar, bukannya UHT.



Kemudian we all pun balik ke hotel untuk menunaikan umrah..Alhamdulillah, kali ni pun dapat diselesaikan  tanpa banyak halangan.

2 comments:

  1. Alhamdulillah setakat ni tak de apa2 malsah lagi eh..Susu Unta?..tawar je ke rasanya ke seperi rasa susu lembu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tawar je..bau sikit je, biasalah fresh.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com