Merhaba Turki Part 7.0! Istanbul Aku Datang Balik!

Saturday, 14 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Sementara ada free time ni meh sambung cerita Turki yang dah hampir sampai ke penghujung. Pagi-pagi lepas breakfast, check out Hizel Otel di Bolu untuk ke Istanbul semula. Kenapa patah balik ke Istanbul? Sebab nanti nak balik Malaysia dari Istanbul. Di Istanbul ada 2 airport. Satu terletak di bahagian Eropah, which is yang kitorang boarding dan arrive ni, yang lagi satu nama dia Sabiha Gokcen Airport yang terletak di bahagian Asia. So kalau korang beli tiket flight ke Turki make sure code untuk flight sama ada IST (Eropah) atau SAW(Asia). Depends pada itinerary korang.

Cuaca mendung je dalam perjalanan dari Bolu ke Istanbul

Jarak Bolu ke Istanbul around 250 km. Takdelah jauh sangat. 2 jam setengah boleh sampai. Tapi driver tetap berhenti di RnR untuk toilet dan coffee break. Masa ni hujan lebat so aku setakat ambil gambar dalam kedai sahaja.

Ada satu benda, lain bentuk lain rupa..Cuba teka!!

Rempah ratus. Biber tu cili. Tu je aku tau. Haha

Jeruk kelubi ada tak ni?

Dekat Turki ni korang janganlah frust kalau termiss beli Turkish Delight, rempah or manisan sebab boleh beli di mana-mana. Harganya sahaja yang berbeza. Kadang-kadang beli di RnR macam ni lagi murah dari beli di tempat yang memang fokus untuk pelancong.

As for me aku bukan datang untuk shopping. Jujur aku cakap aku memang tak reti nak membeli-belah. Kalau ada mak aku mungkin beli macam-macam.

Aduh jalan jem. Tak silap aku sebab ada accident

Berarak mendung kelabu..Mengekori langkahku

Memang padat Istanbul ni. Tapi rumah-rumah nampak tersusun elok je

Vodafone Park- Stadium pasukan bola sepak Besiktas

Semangat si Ozgur, tour guide kitorang tunjuk stadium ni sebab dia penyokong tegar Besiktas. Aku tak follow sangat liga Turki. Hanya kenal kelab-kelab yang biasa masuk Champions League macam Galatasaray, Fenerbache dan Besiktas. As for player ada jugak a few yang aku minat macam Ilhan Mansiz, Hakan Sukor dan Arda Turan. Semua pun dah bersara. Ranking Turki pun dah drop macam ranking pemain-pemain badminton Malaysia. Huhu.

Aku sebenarnya teringin tengok Ataturk Stadium, Istanbul tapi entahlah bila ada peluang dan fulus. Kenapa Ataturk Stadium? Penyokong Liverpool confirm tahu kenapa.

Jadual dah lari sikit sebab jalan jam tadi. So, sampai je Istanbul terus pergi lunch dahulu

Pergi lunch di restoran bawah jambatan yang sama masa hari pertama di sini. Ada lauk ikan. Yay! Jemu dah aku makan ayam dan daging. Aku suka ikan. Nasi tu sikit. Terpaksa tebalkan muka mintak tambah.

Sambal tomato versi Turki

Settle makan, Ozgur cakap nak pergi naik Bosphorus Cruise. Aku tengok langit, macam tak yakin je. Risau nak belayar buatnya di tengah lautan kang tetibe cuaca buruk, hujan mencurah dan air bergelora. Instead of enjoy jadi takut pulak.

Tapi bila tengok Ozgur dah gerak, kitorang pun pantas mengikut. Cuaca hari kedua terakhir kami di Istanbul ni tak sama langsung dengan hari pertama. Hujan kejap renyai kejap berhenti. Payung memang sentiasa di tangan. Ada juga ahli rombongan yang beli payung di Istanbul. Harga tak banyak beza dari korang beli di Shopee. Slightly mahal tu biasalah sebab harga tourist. Nak jimat, bawak payung dari Malaysia macam aku.

Panjang nau membebel. Penat lak. Nak tau jadi ke tidak naik cruise dalam cuaca yang mendung dan murung korang tunggulah next entry ye. Terima kasih sudi membaca entry perkongsian walaupun dah basi dan meleret-leret.

Jangan tak baca : 

39 comments

  1. seronoknya kembara ke Turkiye xjemu baca n3 sal

    ReplyDelete
  2. Sal tulis lah panjang mana pun pasal travel satu persatu ibu baca. Tak tinggal sikit pun. Hihihihi seronok sangat baca perkongsian Sal pasal tempat org ni. Ibu doakan murah rezeki Sal utk pegi travel lagi lepas tu kongsi cerita disini. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww...thanks Ibu. Ni yang semangat nak sambung ni. Hihi

      Delete
  3. lain mcm je ikan tu... goreng ke tu?

    ReplyDelete
  4. Ozil kelab İstanbul Başakşehir... rival basiktas ke?😁😁 x pe bln 5 nnt kite g Attaturk stadium ok? laa ni ko ddk kt gua cappadocia tu diam2 ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah mek, tak check pulak kedudukan terbaru liga Turki. yakinnya kamu nak pergi Ataturk. Takut sangkut di Bernabeou

      Delete
    2. hidup mesti yakin mek. mcm kite yakin dpt tewaskan wolves pg td walaupun dibarisi pemain2 muda

      ecehh!!

      Delete
    3. hhahaha teringat twitter smlm. ada yg baru tahu capital city turkiye - ankara masing2 igt istanbul selama ni

      Delete
    4. Aku langsung lupa pasal game Wolves tu. Aku tak tengok patutlah menang

      Delete
  5. Padat rupanya istanbul ni... teringat rumah tmpt lisa surihani berlakon cerita di istanbul dlu.. ikan tu masak mcm mana sal? grill ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Grill. Macamanan la Lisa Surihani berlakon filem tu pakai heels. Rumah di Istanbul ni banyak atas bukit

      Delete
  6. Rupa nasi tu nampak macam nasi jenis pulut. Bukan nasi putih biasa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Ujie. Macam nasi dagang strukturnya

      Delete
    2. Ooh…nasi dagang versi Turki 😄

      Delete
  7. Kena dengan tekak tak makanan tu? Hihi

    ReplyDelete
  8. Makanan Turki boleh tahan walaupun tidak pedas.
    Harap jadi berlayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya ok je dengan makanan Turki. Lagipun memang tak berapa tahan pedas

      Delete
  9. Bestnya dapat jalan-jalan tempat orang, yang Turkish Delight tu macam dalam cerita Narnia tu ke..

    ReplyDelete
  10. Mak aiiiii payung pun bawak dari mesia. Bawak baju hujan je lah nanti kena tiup angin kena terbang kang naya je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak payung lah baru fefeeling macam Lisa Surihani.

      Delete
  11. cam best je kacang macam-macam jenis tu. Orang turkiye suka kan jeruk-jeruk macam tu dalam makanan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, diorang suka makan pickles, terutama olive. saya makan sikit-sikit je. kalau jeruk Penang saya suka la. Haha

      Delete
  12. nasi dia tu macam lembik ek? ke lighting menyebabkan nasi tu nampak gitu..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, lembik sikit macam nasi pulut. lighhting tu maaflah, dah lapar sangat. Asal snap je

      Delete
  13. harap2 dpt naik cruise...kurus ikannya...

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum hi sal. yaya singgh baca sini sat. xpela walau citer da basi layan je.hehe

    ReplyDelete
  15. kat turki xde rumah flat PPR mcm kat KL erk., hehe

    ReplyDelete
  16. Kenapa ikan dia macam tu.. hehehe.. Adakah kacang?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurus pulak nampak ikan dalam gambar ye. Tapi banyak jugaklah isinya

      Delete
  17. bilalah mama akan sampai istanbul ni yek

    ReplyDelete
  18. seronok jenjalan tempat org mcm ni la, leh try makanan diaorang...best!

    ReplyDelete
  19. next time nk travel kena masukkan list baju hujan . haha. pengajaran dr entri sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini betul. aida terkena sekali and terus serik.
      di cameron highlands je pon. hujan :(
      takkan nak dok saje, kan? lima sekeluarga berbaju hujan jalan kat pasar malam.
      best. anak-anak happy.
      baju hujan = must!

      Delete
  20. Jujur saya tak terlalu suka makanan Turki 🤣. Tapi kalo menu ikannya saya sukaaaa. Tapi saat kesana saya hanya coba fish burger , tak nampak pula ikan panggang atau goreng macam tuh 😅.

    Sukaaa baca cerita2 nya kak sal 👍. Saya pun rutin traveling, jadi kalau baca cerita macam ini saya memang baca. Jadi rindu traveling 😄.

    ReplyDelete
  21. it is ok, Sal.
    tak pernah basi citer gini.
    dari pengalaman org, kita baca, tetap terasa seronoknya :)
    tq sebab sharing ye.

    ReplyDelete
  22. sal dh habis ke entri turki ni?

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah