Merhaba Turki Part 7.1! Naik Bosphorus Cruise dalam hujan

Wednesday 18 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Lately banyak free time jadi mari habiskan cepat entry Turki sebelum hilang ingatan atau hilang mood. Taip entry travel ni biasanya masa baru balik je beria, orang yang membaca pun semangat komen. Lama-lama both reader dan writer pun jemu. Adakah jemu tandanya kena bukak trip baru? Jeng jeng jeng. Sabar ye, tengah kumpul duit. Dah berapa kali weekend aku sacrifice duduk rumah saja demi nak menyimpan. Kalau takde orang ajak keluar memang aku bersyukur. Bosan pun bosanlah, kita bacalah buku ke, mengemas ke, layan Netflix ke, blogwalking ke...

Menjawab persoalan di entry sebelum ini..adakah kami naik the ever famous Bosphorus Cruise? Eh mestilah naik sebab dah dijanjikan oleh agent! Kalau korang survey trip Turki mana-mana travel agent, make sure ada termasuk sekali Bosphorus Cruise ni tau. Mostly travel agent akan cakap cruise ni free, tapi kita semua tahu bayaran dah termasuk dalam pakej. Mana ada benda free dalam dunia ni.

Bosphorus Cruise ni ada macam-macam pakej. Ada yang sekali dengan dinner dan show. Ada yang sampai 6 jam dan ada juga naik yatch tengok sunset. Boleh survey dengan tourist agent yang bersepah di Istanbul atau via online. Tu kalau datang sendiri lah. Datang ikut group macam kami ni memang dapat private tour selama 2 jam. Takde campur group lain. Tiket pun agent dah beli siap-siap so you just get your big fat arse up the boat.

Harga? Aku pun tak tahu berapa harga tapi rasanya tak mahal. Ikut pembacaan aku bila convert harga around RM10 sahaja. If korang datang secara DIY, boleh beli tiket di jeti EminönĂ¼ dan make sure beli dari penjual yang sah. Sedangkan di Puduraya ada ulat tiket, takkanlah di Istanbul takde kan.

Snap depan restoran tempat kami lunch. Nampak awan sarat, sarat lagi rindu di hati. Eh

Dipendekkan cerita, dalam hujan renyai kami menuju ke jeti tempat bot cruise berlepas. Ikut je langkah laju Ozgur, lalu celah masjid, celah kedai, tau-tau nampak bot depan mata. Aku belek-belek rupanya aku tak sempat ambil gambar. Dia punya rushing tu macam Istanbul nak runtuh. Sabar jelah aku. Maybe sebab timing dah lari gara-gara sangkut jam tadi.

Tapi, rushing tu hanya sementara. Once bot dah berlepas keadaan kembali tenang. Bot yang kami naik ni ada dua tingkat. Bahagian atas tak berbumbung. Biasa tengok gambar orang naik Bosphorus Cruise ni semua cantik-cantik. So, kita cuba lah nak gambar cantik jugak walaupun muka dah berlemuih.


Kalau nak naik Bosphorus Cruise, bawalah roti untuk diberi pada burung-burung camar yang berterbangan

Takde apa nak buat atas ni. Kita layan view je. Terasa di Eropah sangat. Ada vibe Itali+Southern France gitu. Jadilah buat raso-raso

Kau jangan tanya belah mana Eropah, belah mana Asia. Aku tak tumpu perhatian apa yang Ozgur cakap



Disebabkan hujan yang kejap lebat, kejap renyai , tak dapat duduk dekat kerusi sebab basah. Bak kata Blogger Notie dalam entry sebelum ni, kenapa bawa payung, tak bawak baju hujan? Ya sesungguhnya aku menyesal sebab bawak payung. Agak susah nak berdiri ambil gambar bila pegang payung. 

Stadium Besiktas tadi

Entahlah bangunan apa tapi cantik sangat

Masa dok ambil gambar sambil layan view, ada staf cruise ni approach kitorang dan ambil gambar. Dia akan print so kita boleh beli kalau nak. Aku cakap awal dah aku tak nak tapi dia snap jugak. Aku malas nak beli sebab gambar tu aku sorang. Kalau satu famili ke dengan kawan-kawan ke menarik gak nak simpan. Diorang tak paksa beli tapi kalau beli pun harga tak mahal. Adalah dia design sikit, ala macam gambar kalau kita gi zoo tu. Photographer/ designer tu bawa portable printer dan boleh dapat sebelum turun.

Tak lama aku duduk atas sebab sejuk. Gagal ramalan cuaca aku trip kali ni. Sebelum datang weather forecast kata Istanbul panas ting ting. Sekali hujan pulak. Agak spoil the mood. So, aku turun ke bawah.

Suasana dek bawah

Tingkat bawah lebih selesa sebab tertutup so tak sejuk sangat. Ada jual air jugak dan jajan tak silap aku tapi aku tak beli apa-apa.



Tak silap aku inilah Bosphorus Bridge yang menghubungkan Istanbul benua Eropah dan Istanbul benua Asia. Aku tengok dokumentari, ada acara marathon tahunan di sini. Cinta antara benua? Lemah! Ini larian antara benua OK. 

Ada koridor sikit so kita pose ala-ala Rose nak terjun dari Titanic. Ni di tingkat bawah. Berbumbung so takde masalah tak pakai sweater

Hujan reda sikit, aku naik atas balik dan duduk di salah satu kerusi untuk bergambar kenangan. Kot lah korang tanya kerusi tingkat atas rupa macamana. Aku duduk atas sweater sebenarnya sebab tak nak seluar basah.

Pose pening kepala tu trademark


Settle cruise barulah matahari keluar. Sabar jelah. Takpelah, nak buat macamana kan. Alhamdulillah takde siapa yang mabuk laut ke apa ke. Cuma aku terkilan lupa snap gambar bot dari luar. Sampai jeti ingat nak ambil gambar, tapi aku dok kesejukan terus simpan je tangan dalam poket. Kelemahan aku tulah, tak tahan sejuk. So kalau aku travel musim sejuk mesti gambar sikit je. Huhu.

Actually time aku pergi ni musim panas nak masuk autumn, so ikut kan suhu macam di Malaysia je. Cuma itulah hujan dan berangin tiba-tiba, aku pulak hanya bawak sekaki payung lipat dan sweater fleece H&M. Asalnya plan nak bawak 'Down' tapi takut over so padanlah muka aku. Down actually better sebab kalis air. Ni fleece bila kena hujan memang basah lah.

Anyway kalau korang datang Istanbul memang wajib sangat-sangatlah naik Bosphorus Cruise ni sebab boleh tengok view cantik kiri kanan sepanjang selat Bosphorus. Boleh nampak bangunan-bangunan ikonik Istanbul macam Istana Topkapi dan Hagia Sophia.

Cakap pasal Hagia Sophia, Ozgur kata kali ni nak buat cubaan kedua ke sana sebab last time tak dapat masuk. Wah, berbunga hati sis mendengar. Haraplah kali ni tak patah hati. So, dapat ke tak masuk kali ni korang tunggulah next entry ye. Thanks for reading! 

33 comments

  1. betul mn2 pakej sy tgk, mesti ada tulis, free Bosphorus cruise... pd hal...đŸ˜‚

    ReplyDelete
  2. hujan pun hujan laa janji dpt naik. kalau ombak bergelora, ko terpacak je laa gamaknya kat Eminonu tuđŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ombak bergelora, aku sambung makan ikan dekat bawah jambatan Galata tu

      Delete
    2. mkn ikan tu mcm ko menjemput kucing je...tahu laa kucing kat sana gebu gebasssszzzzz

      Delete
    3. Tak apalah, berkongsi rezeki

      Delete
  3. Ya berangan tengok pemandangan masa naik pelayaran.
    Harap berjaya masuk ke Hagia Sophia. Kalau tidak, kena pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan tu penting sebab ambil feel. Situasi sebenar entahlah bila boleh merasa

      Delete
  4. jangan kan cruise di istanbul, cruise di malaysia pun belum pernah naik lagi...erk!
    eh sekali je la naik kat PD, tu pun cruise bodo-bodo aje...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana tau pas ni rezeki Cik Sun naik cruise macam filem Mann pulak

      Delete
  5. sonoknya nak cruise nikmati indah...ada jambatan penghubung dua benua ya...menakjubkan

    ReplyDelete
  6. Akak take note, nak travel bawak baju hujan. Hehe
    Nampak Sal rajin berbawal. Maksudnya rajin iron. Akak suka bawal, tapi mikir leceh nak iron masa travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawal aje yang sesuai denhan muka saya. Tapi kalau akak perasan, ada jugak saya pakai tudung instant. Cuma kalau shawl memang tak reti pakai

      Delete
    2. Sepesen la kita ni Sal. Akak pun rasa muka sesuai berbawal. Tapi terpaksa kadang tudung sauk sebab leceh berjalan nak iron bawal. Dan shawl akak pun tak reti pakai, berbelit rasa đŸ˜†

      Delete
  7. Yeay ada ceta hagia sopia pasni.. kalau sejuk pakailah hand glove sal.. bolehlah ootd sikit.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bawak kali ni sebab tak sangka cuaca akan jadi sejuk

      Delete
  8. hujan xhujan layan je view kan. nasib baik xlebat sepanjang masa...tp xdemam lepas kena hujan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde demam ke apa. Risau jugak sebab di negara orang kan

      Delete
  9. Seronoknya.. Feel je naik cruise sambil menikmati permandangan sekitarnya kan Sal.. Tenang je rasanya dijiwa.. ;?

    ReplyDelete
  10. wah best trip Sal ni, saya baca dari mula sampai episod ni. tu lah dasar lama tak blogwalking. pernah plan nak pii turkey tapi cancel sb pandemic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca. Harap ada rezeki u pergi nanti

      Delete
  11. cantiknya camar berterbangan...Alhamdulillah, sib baik hujan x lebat...

    ReplyDelete
  12. Best naik Bosphorus Cruise, sebelah tanah Asia, sebelah tanah Eropah.

    ReplyDelete
  13. Best pemandangan naik cruise ni. Terasa nak pegi turkiye jugak lepas baca entri2 sal :)

    ReplyDelete
  14. cantik juga pemandangan tu, tapi kalau tak ujan mesti lagi lively ada awan dan langit membiru

    ReplyDelete
  15. Best kan naik cruise. Ahkak dah berapa kali naik cruise. Tapi yang tak tahan tu kalau angin dia sejuk. Rasa macam lemak banyak pun tak guna tetap sejuk sampai ke tulang. Aduhaiii

    ReplyDelete
  16. terlepas plak entry ni ni.. best nya naik cruise..cantiks view.

    ReplyDelete
  17. bestnyaaa! kalau dpt bg mkn burung sekalikan. janji ada gambar sal tak terkilan sgt

    ReplyDelete
  18. Saya tak coba naik Cruise saat ke Istanbul, karena pergi tak dengan travel. Jadi kami hanya duduk Kat pinggir, ada banyak food stall, dan enjoy kopi + fish burger di sana đŸ˜„.

    Seru juga rasanya naik cruise nih ya kak. Memang harus diulang lah ke Turki nih.

    Hujan tuh memang bikin bad mood. Saya suka sangat dingin, makanya tiap liburan pasti selalu winter. Tapiii saya tak suka hujan. Rasanya kalo baju dan lembab tuh, langsung tak nyaman.

    ReplyDelete
  19. aida suka trip yg ada naik kapal ni.
    di mana pun, putrajaya ke, melaka ke, sarawak ke, ada je cruise gini, confirm aida naik.
    sejenis yg suka sesuatu gini, berjalan-jalan katanya kan.
    asyik dok kat darat, berada atas cruise gini, healing...

    ReplyDelete
  20. beg ako tu nanti kalau bawa travel letak la brg2 penting, stokin ke, baju hujan eh.. tiberrr

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah