Assalamualaikum dan hai semua! First of all aku mohon maaf kalau entry ni nampak macam malas sebab aku sebenarnya sangat tak ada mood. Sesuatu berlaku masa hari pertama cuti panjang yang baru lepas ni dan kesannya masih menghiris hati walau dah beberapa hari berlalu. Tapi aku paksa juga diri menulis sebab aku nak habiskan cerita Turki cepat-cepat. Menulis adalah terapi yang baik. Jauh lagi baik dari termenung meratap nasib. Or so I thought...
Turun dari Bosphorus Cruise, kami naik bas ke area Sultanahmet. Masa ni langit dah kembali cerah. Alhamdulillah, tak perlu bawa payung. Kami turun dan berjalan kaki ikut langkah Ozgur ke Grand Bazaar.
Bukan ini bazaarnya
Kalau dapat buat trip Turki secara DIY, memang aku teringin nak naik tram
Sebelum masuk bazaar, singgah dulu solat di masjid ni. Betul-betul di sebelah pintu masuk Grand Bazaar
Built in 1755, the Nuruosmaniye Mosque (Nuruosmaniye Camii) was commissioned by Ottoman sultan Mahmud I in 1749. However, Mahmud I passed away before the construction of the mosque. The mosque was completed in 1755 during the reign of Osman III and was named Nuruosmaniye “the light of Osman” due to large numbers of windows allowing a lot of light inside the mosque.
The structure was built as a mosque complex (külliye) consisting of the mosque itself, a madrasa (religious high school), imaret (soup kitchen), tomb, public fountain, and library with very rich book and manuscript collection. The mosque complex was built by two architects: Mustafa Ağa and Simeon Kalfa. The complex is considered the earliest example of Ottoman Baroque architecture due to its Baroque architectural elements such as exaggerated ornamentation, a large dome, focus to light, a lot of windows, niched mihrab looks like a church apse, and polygonal courtyard.
The dome of the Nuruosmaniye Mosque is one of the largest domes in Istanbul and prayer hall of the mosque is completely covered with the dome. It is 25 meters in diameter and 43 meters in height. Today, the Nuruosmaniye Mosque Complex, which is situated next to the Grand Bazaar, is in very good condition and make sure to see this unique Ottoman mosque that was inspired from the Baroque churches in the west.
Sumber : Istanbul Tour Studio
Masjid dari luar. Memang banyak tingkap
Gambar dalam masjid aku tak ambil sebab handphone aku tak bawak sekali. Kami gilir-gilir jaga beg. Kawasan Grand Bazaar ni memang ramai orang, locals dan foreginer so hati-hati lah dengan barangan berharga.
Masjid di Turki ni masalahnya tempat ambil wuduk tak sama dengan tempat solat. Dalam gambar ni, bangunan kecil warna coklat tu lah tempat ambil wudhu'. Tapi jangan risau, tertutup untuk jemaah wanita.
Korang jangan tanya aku ayat apa dia letak kat gerbang tu. Pelaris kot, sebab kalau masuk je tempat ni auto keluar tangan kiri kanan penuh beg. Haha.
The total area of the market is 45,000 square metres, and 20,000 people work inside. The daily number of visitors varies, between 300,000 and 500,000 depending on the time of year.
The Istanbul Grand Bazaar has more than 3,600 shops which are spread out over 64 streets, and there are 22 doors which give access to the market.
Sumber : Introducing Istanbul
Memandangkan tempat ni ada 22 pintu, so kena take note masuk pintu mana kalau tak mau sesat ibarat mencari kereta ko parking kat mana di Sunway Pyramid.
Kalau travel ikut agen, memang nak tak nak diorang akan bawa ke Grand Bazaar ni. Tapi, tour guide tak ikut bila kita shopping. Just janji nak jumpa di kawasan luar bazaar. Ada juga ahli group aku yang pergi shopping tempat lain, tapi dah diorang tak ajak aku segan la aku nak mengekor. Diorang ada beli simcard, so boleh guna Google Maps. Aku ni kalau ada internet or ada member lagi sorang, tak heran aktiviti shopping ni. Baik aku gi jalan-jalan area Sultanahmet.
Harga? Orang yang dah biasa pergi Turki akan cakap dalam Grand Bazaar ni harga mahal sikit. Harga tourist kekdahnya. Mestilah dia ketuk ko sikit. Di sini takde masalah nak tawar menawar. Aku memang tak reti, so aku follow je ahli group aku.
Manusia ramai. Huhu
Aku tak tau kenapa aku tak ambil banyak gambar dalam Grand Bazaar. Maybe sebab aku tak berapa suka tempat crowded.
Kat Grand Bazaar, korang boleh beli souvenir macam fridge magnet, pouch bag, T-shirt dan hiasan rumah seperti lampu, pasu etc. Aku beli beberapa helai T-shirt untuk anak-anak buah je.
Grand Bazaar ni menjelang Maghrib tutup dah. Tapi di Istanbul ni takdelah macam di Mekah atau Aceh, dengar bunyi azan semua tinggal kedai dan pergi solat jemaah. Aku tau ni pun sebab ada satu famili ni balik lewat sikit nak sambung shopping. Sekali bila jumpa hari esoknya diorang cerita yang Grand Bazaar takdelah bukak sampai lewat malam. Aku expect sampai 2 pagi. Barulah shop till ypou drop!
Keluar dari Grand Bazaar, hujan turun mencurah-curah. Baguslah, payung aku tinggalkan dalam bas! Lalu depan Hagia Sophia lagi sekali, kali ni ramai yang dah lapar dan penat so diorang ajak pergi makan dan check in hotel terus. Lagipun kalau nak beratur, line panjang, walaupun hujan lebat. Frust lagi sekali OK.
So, singgah restoran untuk dinner dan check in hotel.
Malam duduk bilik je layan bola. Ikutkan match di berlangsung di stadium dekat dengan hotel tapi takde geng nak pergi, aku tak berani lah pergi seorang. Kalau tak dapat gak tengok Cengiz Under depan-depan.
Itu jelah nak cerita. Gambar rasa macam ambil banyak tapi bila nak tepek sendiri takde pulak. Thanks for reading!
Nota kaki: Money can't buy you happiness, but it can buy you flight tickets and travel trips; and that is close enough.
Tunjukla apa yang dibeli belah
ReplyDeleteBeli T-shirt sahaja Wak, tu pun dah selamat dipakai anak-anak buah
DeleteTengok pada terjemahan google makna kapalicarsi maknanya Bazaar Besar. Hehe.
ReplyDeleteAlamak tidak pergi rupanya Habis Sophia.
Mungkin kena ulang lagi ke Istanbul
DeleteMemang cantik sgt seni bina diaorg kan, x jemu tgk...
ReplyDeleteMoga yg baik2 je utk sal key... take it easy!
ya, sebab bangunan-bangunan lama dikekalkan dan convert jadi kedai macam ni. sebab tu nampak cantik
DeleteOne of impian ialah nak ke Turki. Dulu takde kenal sangat Turki. Tapi sejak tengok cite Turki, nampak tempat dorang cantek. Terus la rasa nak ke sana..
ReplyDeletesebab tempat cantik ke sebab orang cantik? hehe. gurau je
DeleteCuci-cuci mata masuk Grand Bazaar. Memang kena hati-hati masuk sini. Kami sudah kena tipu sewaktu beli coklat.
ReplyDeletealamak, kena scam ke? saya tak membeli coklat sangat so tak tahu
Deleteeh ko kan dah naik tram masa g HK dulu? hahahahahaha
ReplyDeletetak sama. tram HK bunyi ding ding...ni takde bunyi
Deleteyg xde bunyi tu haa yg stephan chow naik tu😂😂😂
Deletehahaha. pengaruh Stephen Cow lah aku nak naik tram kat HK
Deleteada yg ckp, barang2 kat dlm GB ni mahal banding tempat lain.. betul ke?
ReplyDeleteyup, sebab tempat tourist. kat luar banyak kedai yang jual lagi murah
Deletesesuai jd tmpt bergambar je laa nnt... mknn pun sm mahal jg ke?
Deletemakanan ok je. banyak pilihan dalam ni dan sekitar GB
DeleteRamainya org kat Grand Bazaar. Murah ke barang2 kat situ?
ReplyDeleteduit bukan segala2nya tp segala2nya nk pakai duit., gitu kan ciksal., huhuu
ReplyDeleteYa, itulah dia Wak. Dari sedih takde duit, biarlah sedih ada duit
Deletemesti banyak barang baik walaupun mahal kat dlm bazaar tu kan sbb tu ramai yg memborong
ReplyDeleteTakdela mahal sangat, cuma di luar boleh dapat lagi murah dan di dalam GB ni banyak pilihan
DeleteSalah satu tempat wish list akak...turki memang cantik tempatnya...hah ada jumpa hero turki hensem tak 😅
ReplyDeleteUish.. Ada. Kalau jual kat GB ni dah lama beli sorang, bungkus bawak balik
DeleteNampaknya ayat pelaris kat GB tu tak cukup power, Sal tak shopping penuh tangan kanan kiri…hehe
ReplyDeleteLepas ni senang la Sal nak datang sendiri, dah tau selok belok.
Hahaha. Saya sekarang sedang cuba adapt konsep minimalis. Kena kuat lawan ayat pelaris
DeleteRamai orang dekat situ ya. Seronok baca pengalaman Sal berjalan2.
ReplyDeleteAda rezeki/duit/tiketkapalterbang boleh ke Hagia Sophia...dan naik tram...
ReplyDeleteAkak ada maslaaha masa travel x suka shopping..kalau beli pun beli utk anak2 buat dan anak sendiri..selebihnya beli fridge magnet..
ReplyDeleteSamalah kita. Shopping untuk orang lain. Untuk diri sendiri, kedekut. Haha
Deletecantik senibina bangunan, berbumbung rand bazaar ni ye mmg syok la shopping
ReplyDeletenasib baik berbumbung, kalau tak basah lencun masa hujan
DeleteIbu dah komen ke sini ekkk?!!! Iskkkk sejak msk angka 41’s ni makin lupa plak ibu. Hahahaha! Lantak lah ibu komen je lagi. Binaan disana mmg terbaik kan Sal. Cantik2 semuanya. ;)
ReplyDeleteHahaha. ni binaan dari zaman kesultanan Uthmaniyyah lagi. Masih kukuh. Bukan macam bangunan baru belum apa-apa dah retak
DeleteSemuga yang baik-baik je buat sal. Bila tenguk tram tu ahkak pun teringin. syiok kan. kalau tenguk movie eh lex lex je naik turun tram. Tak kena langoor ke. eh ober no aku
ReplyDeleteAkak ni selalu shopping beli barang sovenir untuk adik beradik dan kawan-kawan. Ye lah depa takde can melancung jadi duit memang habis buat depa. Tu yang selalu kopak tu. hehehehe tapi untuk sendiri selalunya yang mahal sikit le yang tak ada di mesia.
ReplyDeleteDuit penting untuk melancung walaupun duit bukan segala-galanya. Tapi hidup sekarang perlu duit. Duit ada ko di sayang duit takde ko di tendang jadi kena simpan duit untuk sendiri. eh apa aku punya ayat ni
ReplyDeletekalau boleh tawar menawar best sikit.. beli yg mana berpatutan utk di bawa balik.
ReplyDeleteMenarik senibina bangunan lama dikekalkan. Dalam GB tak banyak gambar pun Sal
ReplyDeleteRinduuuu sangat dengan Istanbul 😍. Trakhir kesana 2010. Saya ada juga ke grand Bazaar tapi tak beli lah, krn memang hanya tak bawa koper juga, takut susah bawa barang 🤣.
ReplyDeleteDan lagi kita sama kak, tak terlalu suka crowd macam tuh. Saya prefer melihat historical building di sana daripada shopping
tutup awal ya kedai2 kat sana....bestkan kalau dpt jln2 naik tram..
ReplyDeletehadir membaca, Sal.
ReplyDeletenak komen pun tak tau apa nak taip.
terasa nak sgt gi turki ni. memang dlm wishlist aida la.
nak gi dating dgn asben berdua :) in shaa Allah.
skit nak komen ayat Sal yg last tu.
ReplyDeletebenar! aida ni now baru la boleh ketepikan duit utk hanya jalan-jalan.
beberapa wishlist kehidupan da ok.
anak-anak da besar.
tapi tu la, Sal, masa pula halangannya :( aduhai...
teringinye nak pergi sana
ReplyDeleteCantik sangat senibina kat sana
ReplyDeleteDuit memang tak boleh beli kebahagiaan tapi dengan duit boleh melancung dan buat hati gembira.. hehehe..
ReplyDeletecuci2 mata sambil cari jodoh kt sini ok jugakkan kalau next time dtg lg
ReplyDelete