Assalamualaikum dan hai semua! Perjalanan dari Cappadocia ke Ankara mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Berhenti sekali untuk toilet break dan di tasik garam - Tuz Golu. Sebaik tiba di Ankara, kami dibawa ke ke Makam Mustafa Kemal Atatürk atau dalam bahasa Turki disebut Anıtkabir. Entahlah sebutan macamana, kerana ia dieja dengan huruf i tanpa titik.
Sedikit sejarah tentang Mustafa Kemal Atatürk. Sumber : Britannica
Lahir pada tahun 1881 di Salonika [kini Thessaloníki], Greece ; meninggal dunia pada 10 November 1938, di Istanbul, Turki. Seorang askar, negarawan, pengasas dan presiden pertama (1923–38) Republik Turki. Beliau memodenkan sistem perundangan dan pendidikan negara dan menggalakkan penggunaan cara hidup Eropah, dengan bahasa Turki ditulis dalam abjad Latin dan dengan warganegara menggunakan nama gaya Eropah.
Atatürk menyelamatkan saki-baki warga Turki yang masih hidup dari Empayar Uthmaniyyah yang dikalahkan pada akhir Perang Dunia I. Dia memimpin rakyatnya menentang tentera Greek yang berusaha untuk memaksa penerimaan Pakatan Bersekutu (The Allied) oleh Turki di samping menangkis pencerobohan oleh tentera British, Perancis, dan Itali.
Mustafa Kemal Atatürk ni walaupun popular sebab jasa beliau, pada masa yang sama kurang disenangi rakyat Turki yang majoritinya Islam kerana mengamalkan pemerintahan sekular. Aku pernah baca di Facebook dan beberapa blog yang mayat Mustafa Kemal ni tak diterima bumi dan beliau mengalami azab untuk meninggal dunia! Sejauh mana kebenaran, hanya mereka yang berada di zaman dan tempat tersebut je boleh mengesahkannya. Wallahu'alam.
Pada tahun 1921, Atatürk menubuhkan kerajaan sementara di Ankara. Pada tahun berikutnya Kesultanan Uthmaniyyah telah dimansuhkan secara rasmi dan pada tahun 1923, Turki menjadi sebuah republik sekular dengan Atatürk sebagai presidennya. Dia menubuhkan rejim parti tunggal yang berlangsung hampir tanpa gangguan sehingga 1945.
Beliau melancarkan program pembaharuan sosial dan politik revolusioner untuk memodenkan Turki. Pembaharuan ini termasuk pembebasan wanita, pemansuhan semua institusi Islam dan pengenalan kod undang-undang Barat, pakaian, kalendar dan abjad, menggantikan skrip Arab dengan Latin. Di luar negara dia menjalankan dasar berkecuali, menjalin hubungan mesra dengan negara jiran Turki.
Sumber : BBC History
Aku tak sempat snap gambar pintu masuk sebab rushing. Parking jauh so driver drop kitorang seberang jalan. Nak masuk Anıtkabir ada askar yang jaga dan diorang akan check beg dulu terutama beg besar. Tak dibenarkan bawa bendera negara lain kecuali Turki sahaja. Aku seram sejuk kalau masuk tempat banyak askar jaga ni walaupun takde buat salah ataupun bawak barang terlarang. Siapa sama macam aku, angkat tangan!
Mustafa Kemal Atatürk adalah subjek 'sensitif' di Turki. So, berhati-hati kalau bercakap tentang beliau di tempat awam sebab ada pentaksub, ada juga pembenci. Tak semestinya dalam kalangan orang Turki, rakyat negara lain juga berbeza pendapat tentang beliau. So better borak pasal benda lain sebab politik ni isu sensitif yang tak sesuai dibualkan bersama orang tak dikenali. As for me, aku datang dengan fikiran terbuka dan ingin melihat dan menghidu sendiri kubur Mustafa Kemal Attartuk yang dikatakan busuk. Hurm..aku curious!
Tempat ni besar sebenarnya so pastikan ada tenaga untuk menapak
Tiada bayaran masuk dikenakan
Beberapa minit lepas kami sampai ke perkarangan The Ceremonial Ground ada upacara 'Changing Guards'. Sayangnya disebabkan fizikal aku yang rendah aku gagal merakam video dengan baik. Ampunkan.
Seronok jugaklah tengok sebab askar dia hensem-hensem. Hahaha. Aku wanita biasa, jadi jangan kecam sayaaaa.
The Mousoleum atau kawasan makam. Macam binaan Greek pun iya juga, mungkin kerana Attartuk sendiri asalnya dari sana.
Nampaklah sekularnya sebab kalau kita pergi makam ulama atau pemerintah beragama Islam mesti akan jumpa ayat-ayat Al-Quran di dinding tapi di tembok berhampiran Anitkabir ada ukiran bercirikan Greek pula. Nak bacakan Al-Fatihah pun tak terluah.
Dalam kawasan makam ni akan nampak ramai lelaki Turki berpakaian kemas lalu-lalang sambil memerhatikan pengunjung. Diorang ni macam polis bantuan kat situ. Mungkin untuk mengelakkan pencerobohan atau sebarang kekacauan.
Disebabkan rasa ingin tahu, sampai ke depan makam aku berdiri tapi takde pulak terhidu bau busuk seperti yang aku baca. Ada orang kata diorang dah letak minyak wangi untuk cover tapi Wallahu'alam. Tak berani aku nak tulis lebih-lebih takut jatuh fitnah pulak. Well at least aku dah sampai dan lihat sendiri makam pemerintah agung Turki ni. Semoga kisah beliau menjadi pengajaran kepada kita terutama para pemimpin. Dalam pada mengejar kemodenan, Islam tak perlu dibelakangkan sebaliknya dijadikan panduan.
Nak bungkus bawak balik tak boleh, so kita ambil gambar jelah sebagai kenangan dengan awak yang helokkk sangat tu.
Selain dari makam, ada juga bangunan muzium yang menyimpan artifak Mustafa Kemal Attartuk seperti dokumen kerajaan dan gambar-gambar lama. Aku ralit spend masa lama di muzium.
Gift shop pun ada, tapi majoritinya ada tulisan/ gambar Attartuk dan jauh lagi murah berbanding souvenir kat luar. Maybe ada subsidi kerajaan kot. Huhu. Ada T-shirt, pen, poster, mug, topi dan buku-buku tentang Mustafa Kemal Attaturk. Aku tak membeli sebab aku tak kenal sesiapa yang pro Attaturk yang akan appreciate kalau aku bagi. Gambar gift shop pun lupa nak ambil sebab dah rushing nak balik.
Langit dah gelap weh. Macam biasa 'pose pening kepala' adalah trademark aku.
Tengok cuaca macam nak hujan so cepat-cepat berjalan keluar ke arah bas. So far lawatan yang menarik. Ada juga yang tak puas hati sebab dipaksa bawa ke sini mungkin kerana tidak gemar dengan stail sekular Attaturk. As for me, aku cuma seorang insan yang suka sejarah. Yang baik kita ambil pedoman, yang buruk biarlah Allah yang menghukum.
Apa pun semoga Turkiye akan terus menjadi negara Islam yang hebat di mata dunia...
Baca ni dulu :
Best!
ReplyDeleteMacam baca buku Sejarah pula ibu dengan susunan ayat Sal tu.
Ni kalau bagi Aqil baca mesti dia suka sebab Aqil suka Sejarah.
Hihihihi
Alhamdulillah! Merasa Sal jejak kaki ke sana.
Nanti bawa lagi ibu jenjalan ye.
Sal, ibu berkenan template Sal tp ada 1 design lain yg ibu berkenan dkt Etsy.Com ni dah cuba beli tapi nak buat payment x lepas kad bank ibu dia tak boleh baca. Mungkin sbb Debit Card gamaknya bkn Credit Card. Hihihi
Terbantut ibu jadinya. Hukhukhuk!
Copy n paste je ayat-ayat tu Ibu, tapi saya translate in Malay.
DeleteOh, saya pun guna debit card as credit card. Saya guna Maybank je
Ibu pun sama tp bkn credit card itu mmg debit card Maybank ibu. Tp utk beli template ni x lepas lah Sal x tau mcm mana nak buat dh. Mati kutu lg..
Deletedr dulu lagi dah ada dakwaan tu. tp baca je tak cukup kan? kn dtg sini baru tahu.
ReplyDeleteso dah letak.minyak wangi, ada bau harum tak?
takde bau apa pun dekat situ. biasa je. tapi bila teringat kisah pernah baca kat Mastika dan internet, meremang jugak bulu roma
Deletetu mungkin cerita ms dia batu meninggal kot...
Deletesama mcm g mesir laa... jgn gatal mulut dok cerita psl Ikhwanul Muslimin or Hassan Al Banna or yg terbaru, Morsi. krg x psl2 askar/plis dtg acu senjata. nk amik gmbr askar/polis pn x boleh
ReplyDeleteNasib baik aku ambil gambar askar Turki ni tak kena tangkap. kalau tak, tak berbaloi. haha
Deleteturki ok lg. mesir x. sgt2 sensitif
DeleteTurki ni mmg best bg pencinta sejarah.. sy suka cerita pasal cerita sal ke turki ni dgn en suami.. sampai dia kata tanyalah brp kos nk ke turki tu.. hahaha
ReplyDeleteKalau trip ikut agen macam saya ni price range dalam RM4-5K per person termasuk flight, penginapan, transport dan makan. Harga tu berbeza ikut time dan musim.
DeleteOh... kalau dr kuching ni kena tambah lg lah flight kch-kl pulak kan? tq sal
Deletetu sebab la ai suka tengok drama turks... herlokkss...hahaha
ReplyDeletehaha kan. diorang ni nak kata Arab tidak, orang putih pun tidak. sejuk je mata memandang
Deletehaah akak pun ada terbaca tapi tak ingat kat mana. Ngeri pulak bila baca tanah tak nak terima mayat dia. Hish di jauhkan le. Tapi sayang kan turki terlalu banyak sejarah Islam tapi lain jadinya. Apa pun semuga presiden sekarang dapat mengembalikan kegemilangan islam di turki seperti dolu2
ReplyDeleteMesti baca kat FB ni. Blog teori konspirasi pun banyak jugak cerita pasal tu. Syukur jugaklah masih banyak tingalan Islam macam masjid-masjid dan makam pemrintah Islam zaman Empayar Uthmaniyyah masih wujud sampai sekarang
DeleteSeronok apa tenguk tempat-tempat sejarah apa lagi yang memang tersohor zaman dahulu kala. Agaknya di jaga ketat ada orang pembenci sangat sampaikan nak bom tempat tu kut. Agak ahkak je. Orang pembenci ni kadang bukan boleh kira janji dia terhapus dari mata dia. emmm gitu sekali
ReplyDeleteRamai jugak orang Islam tak suka Attartuk ni sebab pemerintahan sekular dia dan dikatakan punca tamatnya kerajaan Islam Uthmaniyyah
Deletewah model tu cam sesuai je dengan model terpacak kat belakang tu. Comei sokmo
ReplyDeletehahaha. mungkin sebab dia hensem, tempias sikit kat saya.
DeleteMenarik baca tentang Mustafa Atartuk ni ye. Besar betul makam dia.
ReplyDeleteterima kasih baca, penat saya translate. hehe
DeleteSetuju. Kita bersikap terbuka jelah bila melawat tempat sejarah, kita bukan berada pada zaman tersebut untuk menilai. Ambil pengajaran dari sejarah, cukuplah kan..
ReplyDeleteMenarik dapat saksikan upacara changing guards tu.
Itulah. Hajat hati nak rakam. tapi orang ramai so tak dapat nak share di blog
Deletegah makamnya, mmg layak utk first presiden...sekrg Turkiye ada presiden yg menjaga kebajikan umat Islam sejagat..
ReplyDeleteLawatan Sal sampai ke Ankara juga.
ReplyDeleteSama takut juga tengok ramai polis/unit keselamatan dan anjing pengesan.
Betul ambil pengajaran.
jika ada bajet memang nak pi melawat Turkiye satu hari nanti.
ReplyDeleteFuh.. untung le.. belum habis lagi episod di Turkeye nampaknya. Hehe
ReplyDeletehaha. banyak episod lagi. sabar ye
Deletesuka baca tulisan sal tentang sejarah Turkiye mcm baca rencana sejarah yg santai walau isinya penting
ReplyDeletecopy n translate je kak PI. bukan ayat saya sendiri
Deletebesarnya tempat makam dia tu, ye lah nampak sekular sgt huhu
ReplyDeletekematiannya yg menyeksakan.
ReplyDeleteaida ada baca tentang dia. hmmmm...
tu la tu. sekular.
no further comment...
Best pulak bila pergi sendiri tempat sejarah macam ni! Salah satu impian saya! Part angkat tangan tu saya join kak sal sekali lah sebab saya pun sama naik penakut kalau nampak askar or polis ni padahal tak buat salah pape pun hahaha >.<
ReplyDeleteTerdengar yang mayatnya tidak diterima bumi. Pernah suruh azan tapi dalam bahasa turki. Moga tak akan berlaku dalam pemerintahan negara kita..
ReplyDelete