Hari ke-tiga di Kansai, kami nak ke Kobe! Memandangkan hari Sabtu, so takde masalah nak keluar seawal pukul 8 pagi. Kitorang expect orang tak ramai lah time ni. So, pagi macam biasa, breakfast dan sediakan bekalan perjalanan. Jarak Kobe-Osaka tambah tolak dalam 40 km. So, kalau korang nak melawat Kobe, tapi malas nak tukar-tukar tempat penginapan, stay aje kat Osaka. Tak jauh sangat pun.
View dari koridor apartment kitorang menginap. Cuaca cerah, tapi still sejuk. Ohayo Japan!
Dari rumah kitorang, jalan ke stesen Namba dan cari train Midosuji Line untuk turun di Umeda Station. Umeda Station ni kawasan yang sama kitorang turun dari Museum of Housing and Living hari sebelumnya. Kali ni acah terer sikit lah sebab semalam dah lalu. Oh ye, untuk pas kitorang pakai
Kansai Thru Pass-2 Days berharga 4,000 yen. Kansai Thru Pass ni untungnya sebab dia cover bas jugak. Dekat Kobe akan banyak naik bas sebab Kobe tu kecik aje.
Dah sampai Umeda, cari pulak Hankyu-Kobe line. Jangan sampai confuse bila naik train kat Jepun ni. Kat satu stesen tu ada banyak line. Dan tiap-tiap line tu ada menuju ke macam-macam destinasi. Penting pastikan dua benda ni :
Line dan Destinasi. Then baru make sure platform yang tepat
Dalam train on the way ke Rokko Station, aku perasan stesen Rokko yang patut kitorang turun tu dah terlepas. Aku pun bagitau dekat travel mate aku yang lain walaupun kredibiliti aku sebagai pembuat itinerary tergugat kala itu. Macam biasa, kat Jepun ni kena pegang teguh pada peribahasa 'malu bertanya sesat jalan'. Aku pun tanya satu awek Jepun yang diri sebelah aku. Rupanya train kitorang naik ni train ekspress, tak semua stesen dia berhenti. Patutlah laju semacam.
Train tu finally berhenti kat stesen Kobe-Sannomiya yang merupakan main station di Kobe. Awek Jepun yang aku tanya tadi tunjuk kat tren kat platform sebelah dan suruh naik tren tu untuk patah balik ke Rokko. Lepas ucap 'Arigato', kami pun berlari ala Amazing Race ke tren sebelah. So, selain line dan destinasi, jenis train pun perlu diambil kira. Sebelum naik, tengok dulu adakah train express atau train local-bound supaya berhenti kat stesen yang dihajati.
Tapi sebenarnya ada hikmah kitorang tersilap naik train tadi sebab masa perjalanan lebih cepat. Nama pun train express kan. Apa pun terima kasih lah pada cik adik Jepun comel yang tolong kitorang.
Stesen Rokko ni kecik je. Turun bawah terus nampak
bas no. 16 untuk ke
Mount Rokko Kali pertama naik bas di Jepun, jakun jugaklah. Sebab naik ikut pintu belakang, turun pintu depan. Dekat Kobe, bas yang kaler hijau-putih ni boleh pakai Kansai Thru Pass.
Keadaan di Kobe tak macam di Osaka. Selain dari lebih sejuk, Kobe juga nampak kurang sibuk. Memang enjoy tengok scenery kat luar masa dalam bas. Tak susah nak tahu mana nak berhenti, sebab bas kitorang naik ni ada skrin yang bagitau nama stesen. Macam train jugak. Canggih kan, walaupun bas dia nampak sempoi je. Uniknya bas kat Kobe ni, nak turun baru bayar. If nak pakai cash pun boleh, tapi guna exact change.
Masa kitorang sampai, orang agak ramai walaupun masih pagi. Tak lengang macam gambar atas ni. Ni gambar dari Google. So, mula-mula kita beratur dulu untuk beli tiket. Plan trip korang awal-awal. Nak turun-naik atau naik tak turun-turun. Eh..naik tak turun-turun tu cmane? Nanti aku cerita.
First of all, kita beratur beli tiket. Harga cable car untuk dewasa adalah 590 yen (one way) atau 1100 yen (return). Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun adalah 300 yen (one way) atau 500 yen (return). Kitorang beli return. Nilah rupa cable car kat Rokko ni. Aku pun tak faham nape aku tak tangkap gambar. Terlampau teruja mungkin. Cable car ni ada gerabak yang open air, ada gerabak bertutup. Kot tak tahan sejuk, pergilah duduk kat yang tutup tingkap tu. Tapi nak feel, mestilah duduk dekat tempat open air.
Masa on the way naik tu aku siap terfikir, kalaulah datang time autumn dah full bloom, mesti lagi cantik scenery. Lupa habis nak snap gambar. Dok menikmati view dan udara sejuk dari luar. Exercise paru-paru ni penting, taulah kak Sal korang ni kan penyanyi. Tapi penyanyi karaoke jelah mampu. Hehe
Rokko Cable Car ni buka seawal 7.10 pagi sampai 9.10 malam. Manalah tau kot korang nak menikmati sunset ke. Perjalanan ke puncak Gunung Rokko ambil masa 10 minit . Jadi...Nikmatilah!
Ada apa kat atas tu?
Dekat sini ada observatory. Boleh tengok bird eye view Kobe
Hujan sekejap-sekejap. Memang tak boleh elak.
Hoi hoi.. sejuk weh!
OK, awal entry tadi aku ada mention pasal naik tak turun-turun kan? Kat Mount Rokko ni, banyak lagi tempat korang boleh explore. Ada jugak yang dari sini terus proceed ke
Rokko-Arima Ropeway. Cable car macam kat Genting tu. Dengarnya view dari atas cable car ni pun boleh tahan cantik. Nak ke Ropeway Station, boleh naik bas. Tak pasti pulak aku bas tu boleh pakai pas ke tidak.
Aku pun tak tau kenapa benda ni takde dalam iti aku. Mungkin sebab kitorang kejar masa, since hanya peruntukkan sehari sahaja kat Kobe. Suggested itinerary untuk you alls, dari Mount Rokko, naik la Ropeway ni sampai ke
Arima Onsen. Onsen tu maksudnya hot spring.
Atau mungkin jugak kitorang 'takut' dengan Arima Onsen. Sebab dengar cerita orang Jepun ni tak kisah mandi bogel di tempat awam. But if you guys are curious, pergilah tengok. Like I said before, kalau nak buat benda gila, Jepun adalah tempatnya. Kah kah. Nah..just kidding. If nak tahu lebih lagi buatlah research sendiri. Contohnya kat
website ni . Aku tak pergi takut plak nak bagi advice, kang sesat korang kecam aku. Dari Onsen tu, sukati lah korang nak pergi tempat lain terus atau retrace perjalanan datang.
Macam kitorang, lepak tengok view dari observatory tu je. Tak tahan stay lama-lama, sebab sejuk. Turun dari Mount Rokko dengan cable car jugak.
Dari Mount Rokko, kitorang nak gi jejak sejarah Kobe pulak. Nanti sambung next entry ye. Thanks for reading
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1
Kalau dah namanya Jepun, weekend pun train sibuk jugak kalau pagi-pagi