Showing posts with label flight. Show all posts
Showing posts with label flight. Show all posts

Merhaba Turki Part 1! - KL-Muscat-Istanbul menaiki Oman Air.

Monday, 26 September 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah dah selamat pulang ke tanah air tercinta 2 hari lepas. Syukur diberi peluang memenuhi impian sendiri untuk melawat Turkey (sekarang dikenali sebagai Turkiye), sebuah negara indah yang mempunyai sejarah berwarna-warni.

Ini kali pertama aku pergi bercuti ikut tour pakej 100%. Pernah sebelum ini bersama guide (Aceh, Jeju, Da Lat), tapi tiket flight beli sendiri dan trip private, takde campur orang lain. Sekali-sekala cari pembaharuan. Ikut kan aku lagi suka travel DIY, tapi dah takde geng nak join terpaksa lah ikut tour pakej. Yup, aku pergi solo sebab dah gatal sangat nak travel overseas. Tanya sana-sini masing-masing ada kekangan, aku pulak jenis yang tak suka push orang. Memang stail aku begitu. Nak ikut jom, tak nak sudah. Haha.

Another reason aku ikut tour pakej adalah kerana harga tiket flight yang melambung tinggi. Kalau pergi balik sahaja dah hampir 4K, baik aku ambil pakej yang harga RM4680 sekali dengan tiket flight, penginapan, pengangkutan dan makan 2 kali sehari. Lagipun aku mengaku bab ticket flight hunting ni aku agak fail. Setakat beli tiket Air Asia, MAS atau Firefly tu aku tahu lah.

Selama ini aku ingatkan harga pakej fix, tapi rupanya bergantung pada tarikh. Ikutkan boleh dapat yang lagi murah dan boleh naik penerbangan lain (Qatar, Turkish etc) tapi ini satu-satunya tarikh yang aku boleh ambil cuti panjang tanpa geng-geng tempat kerja meroyan. Sis pasrah. Cuti ada banyak tapi susah nak ambil. Kau rasa??? Bos aku pun memahami, bagi aku kerja senang untuk bulan ni supaya colleague yang kena take over tak menyumpah aku sepanjang trip. Tersedak-sedak nanti.

Dipendekkan cerita, hari kejadian, pagi-pagi aku dah sampai airport. Kena berkumpul 5.15 pagi, tapi first ERL pukul 5, sampai KLIA 5.40 am. Disebabkan tak nak awal-awal give bad impression yang aku ni tak punctual , aku pun gigih la naik Grab pagi-pagi buta. Yang bawak Grab tu kawan mak aku, so takdelah risau kena naik dengan stranger pukul 4 pagi. Nak pergi KLIA ada drama jugak, tapi malas lah nak ungkit. Huhu.


Tersengih-sengih aku sendiri bila sampai KLIA. Teringat memori kali pertama naik flight, ke Sandakan atas urusan kerja. Noob betul rasa masa tu mujurlah ada colleague lain. Dahlah bos aku kuat menyakat, bagitau peramugara MAS tu aku first time naik flight. Flight hampir 3 jam tapi nak makan pun tak lalu. Mabuk-mabuk ayam, tapi takdelah sampai muntah. Dulu lah. Sekarang OK dah. Mengunyah je kerja dalam flight.

Lepas berkumpul, briefing sekejap dan ready untuk drop bag. Kaunter belum bukak so solat Subuh dulu. Struggle jugak pergi airport sorang sebab takde siapa nak jagakan beg. Nak mintak ahli rombongan, masing-masing tak kenal each other. Dekat airport memang kena sombong sikit sebab banyak kes jenayah. Yelah kan, airport dan cerita seram orang letak barang terlarang dalam beg berpisah tiada. Heretlah luggage masuk surau KLIA dan letak di belakang. Kunci siap-siap. Mujur berat luggage hanya 8.7 kg je. Rekod baru bagi aku boleh sumbat barang 9 hari dalam luggage 24" (60-75 litre).

Majoriti masih memakai mask walaupun arahan pemakaian dah diangkat (lifted)

Lepas solat Subuh, check in dan drop luggage. Masa ni ramah-ramahkan diri borak dengan ahli group lain. Alhamdulillah tour leader ni perempuan dan umur baya-baya aku, so boleh buat kawan. Banyak lepak dengan dia je sampai naik flight. Dapat pulak seat sebelah-sebelah.

Ini kali pertama naik Oman Air. Flight commercial yang aku pernah naik hanyalah MAS. Lain semua tambang murah. Honestly aku teruja sangat. Walau takat kelas ekonomi tapi rasa macam kaya sekejap. Haha. 

KL-Muscat mengambil masa 6 jam 45 minit. Kematu punggung.

Oman Air Economy Class bagi bantal kecil dan selimut seorang satu. Selimut kena pulang tapi bantal aku tengok ramai je ambil.

Breakfast sedap! Aku ambil lauk ikan

Ada in flight entertainment


Masihkah kau ingat? Gambar wajib naik flight?

Actually seat aku bukan sebelah tingkap, aku tukar dengan tour leader (TL). Dia pun bagi je. Yelah, dia pun dah beberapa kali ke Istanbul dan memang kerja naik turun flight. Bagilah peluang pada sis yang kerja selalu tengok PC je.

Muscat dari atas. Naik Oman Air kena transit di sini

Ini kali pertama naik flight ada transit. Baru aku tahu rupanya kalau transit ni still kena scan beg carry on dan badan lagi sekali. Tapi kalau beg yang dalam luggage, airlines yang uruskan. Tak payah tunggu di baggage claim. Ingatkan just tukar gate. Ilmu baru. Patutlah selama ni kalau nampak orang kena transit berlari-lari macam Amazing Race.

Masa di KLIA, kaunter Oman Air tak dapat issue boarding pass untuk Muscat-Istanbul so kena beratur di kaunter Oman Air airport Oman sebelum scan beg. Nasib baik orang tak ramai. Naya wei kalau terlepas flight transit.

Yang sedihnya masa nak turun, Oman Air bagi snek dan air kotak. Ada yang tak lepas masa scan beg carry on dan badan. Apa lah. Kita bukan nak bawak air naik flight. Nak minum sesambil tunggu boarding ke Istanbul je. Nasib baik snek lepas. Tapi jangan risau kehausan di airport Oman sebab ada banyak water cooler. Tadah sahaja botol air kosong. 

Sementara tunggu boarding, solat jamak Zohor-Asar dulu di Airport Oman. Besar jugak airportnya. Banyak deco pokok kurma. Sampai pukul 12.15 tengahari waktu Muscat. Waktu di Oman lambat 4 jam dari Malaysia.


Transit sekejap je. Sekadar sempat solat dan makan snek. Aku tak berminat nak shopping di airport, lagipun takde duit Oman. Pernah baca orang tulis yang boleh beli barang pakai USD tapi USD tengah meroket so kita simpan dulu duit USD yang ada. Nanti nak guna di Turki. Lagipun perut masih kenyang.

Airport Muscat di padang pasir berdengung. Duduk dalam bangunan pun terasa panasnya. Respect betul yang bekerja di tarmac tu

Flight ke Istanbul pukul 2.35pm. Kali ni hanya 5 jam 25 minit dan kapal terbangnya lebih kecik. Duduk berasing dengan rakan-rakan lain. Layan movie dan tidur.

Sampai Istanbul Airport pukul 7 malam. Turki lambat 5 jam dari Malaysia. Istanbul Airport boleh dapat free Wi-fi. Ambil kesempatan whatsapp keluarga di rumah tapi takde yang reply sebab Malaysia dah tengah malam.

Alhamdulillah urusan imigresen berjalan lancar. Dah hampir 2 tahun baru dapat cop passport lagi sekali. Gembiranya rasa. 


Ambil beg dan berkumpul tunggu tour guide. Group kami 25 pax sahaja. Tour guide orang Turki bawa kami menaiki bas ke hotel. Malam pertama di Istanbul, kami menginap di Hilton Garden Inn Istanbul Ataturk Airport. Sayangnya aku takde roomate sebab takde ahli group lain yang travel solo. Pasrah jelah. Macam aku cakap tadi aku tak suka paksa orang. If takde orang nak jadi roomate aku, aku tak kisah. Bukan tak biasa tidur seorang. Tak ada apa nak ditakutkan asalkan berhati-hati.

Dinner pun packed food je. Masing-masing tak larat nak makan di restoran. Jetlag pun ye jugak. Check in bilik dan gosok baju siap-siap untuk hari esoknya. Aku tak nak terlewat ye. Travel in big group kalau terlambat akan dikecam ahli lain.

Hotel ni bertaraf 4 bintang. Harga pun boleh tahan. Kalau aku travel bajet memang tak lah stay sini sebab walaupun dekat dengan airport tapi harga almost RM400 per night plus jauh dari main attraction Istanbul. Travel dengan pakej ni tetibe rasa macam orang kaya ye.

OK lah tu je nak cerita. Nanti sambung lagi! Gule gule (bye in Turkish). Ewah

Read More

Naik Air Asia selepas 2 tahun - First time beli tiket dan cek in pakai apps

Sunday, 26 June 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Setelah 2 tahun lebih tak naik flight, dapat jugak lepas rindu, tapi tak jauh pun. Dalam Malaysia je. Flight KL ke Kota Bharu hanya mengambil masa 1 jam 10 minit. 

Dari rumah, aku naik Grab ke KLCC, then naik LRT free ke KL Sentral sempena RKLFR. Rapid KL 30-Day Free Ride (RKLFR) adalah tawaran 30-HARI PERJALANAN PERCUMA kepada semua pengguna Rapid KL dari 16 Jun sehingga 15 Julai 2022. Senang je nak nikmati kemudahan percuma ni, tap Touch n Go masa masuk dan keluar, free of charge. Kalau takde kad TnGo, sila download apps MyRapid PULSE. Eh iklan pulak.

Sampai KL Sentral, aku terus turun ke stesen bas untuk naik bas ke KLIA2. Option naik bas ni lebih jimat berbanding naik KLIA Transit atau KLIA Ekspress. Sewaktu entry ini ditaip, harga tiket adalah RM15 dan perjalanan setiap setengah jam sekali. Check kekerapan pakai apps RedBus je sebab tak tau waktu dan hari lain banyak perjalanan ke tidak. Aku pergi ni hari Sabtu. Ramai jugak orang.

Jangan salah naik bas, karang sampai Genting Highland pulak

Tapi kalau naik bas, kena bersedia untuk tanggung risiko jalan jam. Since aku pergi awal, so takdelah resah walaupun perjalanan 1 jam ke KLIA2 jadi hampir 1 jam 20 minit. 

Baru kutahu bulatan hitam tu ada USB port. Tahu melalui peramugari Air Asia yang duduk sebelah

Sampai airport, terus menuju ke bahagian Departure. Ingatkan nak singgah makan di Food Court Quizin KLIA2 tapi dah tutup. Selalu suka makan situ sebab murah dan banyak pilihan. So, carilah kedai lain. Tak tau nak makan apa pulak so tapau Hot n Roll je sebab kat rumah dah breakfast. Later aku google, rupanya sekarang tinggal Food Arcade di Arrival Hall sahaja.

Apa-apa pun, kita timbang beg dulu. Macam yang aku cerita dalam entry INI, aku ada Thoracic Scoliosis. Pengidap Scoliosis tak digalakkan bawak beban di belakang lebih dari 10% berat badan sendiri. Paling banyak pun 15%. Tapi personally bagi aku, 10% tu cukup dah. If lebih dari tu aku akan rasa sakit belakang.

Ngam-ngam 10%

Sekarang ni check in pakai website dan apps sahaja sebab Air Asia nak limitkan interaksi penumpang dengan staf kaunter. Hanya ke kaunter kalau ada kes khas atau masa nak check in tu dapat notification dari Air Asia supaya minta jumpa petugas sebab ada isu. 

Ini kali pertama aku beli tiket dan check in pakai apps. Senang rupanya. Cuma, berhati-hati masa isi nama penumpang sewaktu nak beli tiket. Salah ejaan walaupun satu huruf, leceh nak tukar. Masa aku beli tiket, aku terlupa letak 'binti' padahal nama aku di I/C ada binti. Nervous jugak masa hulur 1/C pada petugas KLIA2 sebelum masuk ke Domestic Gate. Alhamdulillah untuk flight domestik OK je. If takde bin, binti, A/L, A/P still boleh lepas. Tapi, untuk flight international jangan cari pasal ye. Kena sama sebijik dengan nama dalam passport.

Check in pakai apps, akan dapat E Boarding Pass. Tak perlu print. Tapi kalau ada luggage yang nak dicheck in, print 'bag tag' di airport je nanti. Aku bawa carry on je sebab aku seorang dan setakat pergi 4 hari 3 malam. Bagus E Boarding pass ni. Jimat kertas dan duit print. Print bukan murah weh. Boleh check in pergi dan balik siap-siap.

Alhamdulillah flight tak delay

Perjalanan smooth. Rezeki walaupun tak beli seat, dapat duduk sebelah tingkap. Seronok tengok sayap kapal terbang membelah awan. Cuaca cantik sangat. Flight kalau setakat dalam semenanjung tak terbang tinggi so tengok bawah nampak bangunan macam model lego. Cuma satu je tak best, masa dah nak sampai Kota Bharu, nampak hutan-hutan yang dah togel dan Sungai Kelantan yang keruh macam teh tarik. Alahai sakitnya mata.

Sampai jugak airport KB. Pernah naik fight di sini dahulu so takdelah rasa janggal.

Eh, naik flight pergi Kota Bharu, nak jalan-jalan sana ke nak melawat kampung ex

Aku sebenarnya nak ke Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu, tapi airport yang lebih dekat adalah Lapangan Terbang Ismail Petra / Lapangan Terbang Kota Bharu, bukan Lapangan Terbang Kuala Terengganu ye. Pilihan yang lebih mudah adalah naik bas direct dari KL ke Kuala Besut (jeti untuk ke Perhentian) tapi aku tak suka naik bas lama-lama. Terutama bas malam sebab aku tak tahan sejuk, nanti asyik nak terkencing. Takutlah turun di R&R sorang-sorang tengah malam. Seram. Haha. Dalam berani, aku ni ada penakutnya. 

TBS- Kuala Besut masa perjalanan selama 7 jam 45 minit dengan harga tiket serendah RM45. Nak jimat duit boleh naik bas. Nak jimat masa jugak naik bas malam. Sampai pagi terus pergi jeti. Pilihan masing-masing. Aku naik flight dapat tambang RM99 pergi, RM99 balik. Beli last minit. Nasib kau lah.

Ambil kupon teksi di kaunter, tapi bayar pada driver sebelum turun nanti. Tambang teksi dari airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut adalah RM80

Dari Kota Bharu nak ke Kuala Besut, aku naik teksi. Mula-mula ingat nak naik Grab tapi harga sampai RM95. So, scan crowd yang ada untuk cari 'mangsa'. Eh dah macam scammer pulak. Tapi tulah orang lain tak nampak macam nak pergi pulau pun, macam orang Kelantan balik rumah ja. Maybe sebab dah petang. Tetibe nampak satu couple 'mat saleh'. Terus tanya samada mereka nak ke Perhentian, nak ajak share teksi. 

Sempat borak-borak dalam teksi dengan diorang on the way ke Kuala Besut. Perjalanan ambil masa 1 jam lebih. Rupanya diorang dari Birmingham. Diorang tanya aku tau ke Birmingham kat mana and pernah sampai UK ke? Aku cakap tak pernah, tapi aku tahu Birmingham City FC sebab aku tengok bola. Haha. Mat Saleh tu tanya aku sokong mana, so mestilah aku jawab Liverpool. Dia sokong Newcastle. Aku pun bagitau dia, Kota Bharu tu loosely translate is Newcastle. Teruja dia sekejap. Tapi diorang nampak macam dah biasa datang Malaysia. Takdelah excited macam aku first time jejak kaki kat Jepun or Australia dulu.

Dipendekkan cerita, drop diorang kat jeti dan aku ke hotel tempat aku akan menginap selama satu malam sebab aku nak masuk pulau pagi esoknya. Rupanya sampai pukul 5 petang pun ada bot lagi kalau cuaca baik. Tapi sebab aku dah book stay overnight dan dah janji dengan ejen nak ke pulau pagi esoknya, aku stay dulu satu malam di Kuala Besut. Tenang aje. Takkan lari Perhentian dikejar.

Cerita pergi pulau aku sambung nanti. Thanks for reading!
Read More

Kembara Aceh Part 1

Tuesday, 1 January 2019

Assalamualaikum semua. OK, ikutkan aku nak tulis entry Aceh ni lepas habis cerita Jeju tapi entahla rasa terusik pulak lepas berita Tsunami Selat Sunda baru-baru ni. Sebab teringat masa melawat Aceh, kebanyakan itinerary kitorang kat sana melawat kesan tsunami 2004.

Untuk pengetahuan korang aku ni traveller cap ayam je. Dalam banyak-banyak negara, aku tak pernah sampai negara Indonesia sebelum ni. Pergi jauh-jauh je, yang dekat tak nampak. Hahaha. Idea nak gi Aceh ni pun tercetus dari geng gi Jepun. Aku selalu je dapat ajakan gi Bandung, tapi majoriti kawan or cousin aku yang mengajak tu sebab nak shopping. Aku ni kurang minat la gi holiday semata untuk shopping. Nak gi Jakarta aku tak suka sebab sesak. Bali pulak aku rasa lebih sesuai gi honeymoon. Gi ngan kawan-kawan rasa macam krik krik je.

So, Aceh pun Aceh la. Walaupun risau jugak kan mana tau jadi apa-apa masa kat sana. Tsunami 2004 masih segar dalam ingatan. Tapi bila fikir balik, kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh. Aku gi holiday bukan nak buat maksiat. Lagipun siapa berani buat maksiat kat Aceh? Kepulauan yang amat menitikberatkan Islam sampai digelar Serambi Mekah. Nak merasa kena sebat di khalayak ramai boleh la try gi Aceh ngan pakwe korang. Hahaha.

The best thing about travel is making new friends. Yang baju hijau tu aku gelar Kak F jelah ye

Kitorang bertolak ke Aceh naik flight pagi so that sampai boleh jalan-jalan terus. Tu korang boleh nampak melalui muka sembap aku. Hahaha.



Macam biasa, gi mana-mana negara pun kena isi Declaration Card

Perjalanan ke Aceh tak ambil masa lama. Hanya 1 jam setengah. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda dalam pukul 8 lebih macam tu. Airport Aceh ni kecik dan sempoi je. Macam airport Kota Bahru.

 Airport pun bumbung stail kubah. Memang sepadan dengan gelaran Serambi Mekah


Urusan di imigresen tak ambil masa lama. Sekejap je dah selesai. Disebabkan kitorang ambil pakej so diam jelah tunggu Pak Supir ambil. Aku lupa nama Pak Supir yang ambil kitorang kat airport ni sebab sekejap sangat dengan dia. Dia cuma bawa kami ke Jetty Ulele untuk naik feri ke Pulau Sabang.

Jatuh Cinta lebih asyik? Ya nggak apalah Pak, lagi rela jatuh kerusi!


Korang jangan tanya aku macamana nak beli tiket ni ye. Pak Supir tu yang pergi tukarkan boarding pass ni untuk kitorang. Tiket ni rasanya dah book awal-awal sebab aku tengok orang boleh tahan ramai. Satu perkara tentang Aceh yang korang kena tahu, waktu sembahyang Jumaat segala public transport tak beroperasi. So kalau terlepas yang sesi pagi alamatnya pas Zohor karang lah baru boleh bergerak.

 Keadaan dalam feri. Selesa lah jugak. 

Duduk sebelah seorang budak perempuan Aceh ni, umur dalam belasan tahun. Kitorang borak jugaklah sikit-sikit tapi aku pelik nape dia dok perati aku ngan ND. Takkanlah dia tak pernah tengok orang Malaysia. Muka macam diorang jugak. Lainlah kalau kitorang ni mat Saleh ke, latino ke, logiklah nak pandang pelik.


 Dah sampai Pulau Weh, Sabang

Sampai Sabang kami dikutip supir lain pulak. Yang ni nama dia Herman. Herman bawak kitorang ke tempat penginapan kitorang iaitu Freddies yang terletak di kawasan Sumurtiga. Area Sumurtiga ni banyak juga resort dan chalet yang menarik. Kalau korang suka duduk dekat dengan laut dan nak cari kawasan yang tak sesak boleh lepak area ni. Aku lupa tangkap gambar tapi korang google jelah Freddies Sumurtiga. Macam-macam angle ada.

Bilik aku ngan ND


 View dari bilik

Nak naik ke bilik kena memanjat tangga

Memandangkan waktu Zohor dah dekat, kitorang pun deal ngan Herman supaya dia datang balik lepas selesai solat Jumaat. Kitorang pun lepak bilik dulu. Mandi, solat dan baring-baring. Konon nak tido tapi tak boleh tido pun. So apa lagi membawang la ngan ND sambil online. Masa kitorang pergi ni baru lepas pilihanraya, so Malaysia tengah 'panas' lagi. Apa pun nasib kitorang baik sebab sempat jugak mengundi. Yelah, masa beli tiket mana nak tau bila tarikh pilihanraya. Kalau nak tahu aku pernah kot tak jadi gi travel sebab pilihanraya. Last-last tak jadi pun. 

OKlah tetibe masuk topik PRU. Hahaha. Nanti next entry aku sambung ek kitorang gi mana kat area Sabang ni. Thanks for reading!
Read More

Sonata Salju di Jeju - Part 1

Thursday, 17 May 2018

Assalamualaikum semua! Kalau korang dah lama baca blog aku, korang akan faham yang aku seorang blogger yang random. So, harap korang redha jelah aku bukak cerita aku ke Pulau Jeju walaupun cerita Hong Kong tak habis lagi.

So, kalau korang tak perasan kewujudan giveaway yang aku dan Siti anjurkan suatu masa dahulu, sememangnya kalian terlepas cerita yang kami ke Jeju bulan Januari lepas. Trip ni sangat-sangat adhoc. Aku tak merancang nak ke mana-mana, memandangkan masa tu aku baru beberapa bulan balik dari Hong Kong. Poket pun baru nak bernyawa. Tapi tulah, aku tak berdaya menolak ajakan Siti. Korea bukanlah negara yang masuk dalam wishlist aku, tapi entah kenapa rasa macam terpanggil je nak gi sana.

Dipendekkan cerita, aku, Siti, mak kepada Siti, kak Husna (cousin Siti) dan mak kak Husna pun berangkat ke negara KPop tersebut. Flight kitorang pukul 5 pagi, so janji nak jumpa kat KLIA 2 dalam pukul 2.

Layan bola kat Food Court sementara tunggu Siti dan famili sampai

Penerbangan ke Jeju ni ambil masa 6 jam 15 minit. Macam biasa dalam flight diorang akan mintak kita isi Arrival Card dan Travel Declaration Form.

 Maaflah, lighting dalam kapal terbang kan romantik


 Korea tak strict macam Australia. So takde masalah untuk kami bawak maggi, tuna, minuman 3 in 1 dan roti

Pastikan tak bawak perfume lebih 60ml ye

Langit biru menyambut ketibaan kami ke Jeju. Alhamdulillah cuaca cantik sangat

OK, untuk pengetahuan korang lately aku dah malas nak gi travel yang kena buat research apa semua ni. So, untuk ke Jeju ni kitorang ambil pakej. Sekali dengan hotel, makan, driver dan entrance fee. Tour guide kami Siti jumpa di Instagram. Sewaktu entry ini ditaip, diorang merupakan satu-satunya orang Malaysia yang menyediakan perkhidmatan lawatan Muslim di Pulau Jeju. Kalau berminat, boleh lawat instagram diorang untuk berurusan : Jeju Muslim Travel

Seberang jalan untuk ke car park. Anne, tour guide kami dah menunggu. So terus load barang dalam kereta

Welcome to Korea!

Di Korea, mereka memandu di sebelah kanan jalan. Bagi orang yang tak rajin tengok drama Korea macam aku memanglah baru tahu. Korang mesti dah tahu lama dah kan. Hahaha


View dari airport ke hotel


Check in dulu

Kalau ikutkan, waktu ni masih awal untuk check-in, tapi sebab pihak hotel ni memang dah kawtim dengan Jeju Muslim Travel ni, kami dibenarkan check in awal. So apalagi, meh la usha bilik.

 Bilik yang aku share dengan Siti. Simple tapi selesa. Tak kisahlah janji boleh tidur

Hotel ni tak sediakan towel mandi, ada towel kecik ala-ala tuala Good Morning je. Nasibla aku bawak kain batik, so takdelah free show keluar bilik air. Hahaha.

 Cermin, hair dryer dan TV. Iron kena mintak kat receptionist ye

Bilik air yang bersih dan selesa. Yang penting ada air panas untuk mandi pagi sejuk gedik.

Once dah dapat bilik, we olls solat dulu pastu Anne tanya kitorang nak gi mana. Serius lah Anne tanya soalan tu? Jauh-jauh aku datang Jeju ni target aku satu je. Apakah itu? Nak tau tunggu next entry ye. Hehehehe.

Thanks for reading peeps!
Read More