Assalamualaikum dan hai semua. Kisah di Jeju dah hampir sampai ke penghujung. Dan kebiasaannya bila nak balik dari negara asing, adalah lebih afdal menghabiskan saki-baki duit terutama duit kecik. Tapi kalau u olls nak simpan bawak balik pun sukati lah kan. Duit korang bukan duit aku. Haha. Simpan pun bagus, kot lah in the future nak pergi negara sama lagi. Ataupun bawak balik pastu tukar ke duit RM. Takdelah balik holiday makan megi je.
Balik dari Ecoland, kitorang nak repeat Jeju Dongmun Traditional Market. Jeju adalah bandar yang sunyi di waktu malam so tak banyak tempat untuk explore berbanding waktu siang. The Makciks kami hantar balik hotel dulu sebab diorang tak nak ikut.
Dah hantar The Makciks dan rehat sekejap, aku, Siti dan Kak Husna keluar balik. Pergi Dongmun Market naik bas je.
Berbanding dengan kali pertama kami pergi, cuaca cerah petang tu. So boleh shopping dengan tenang dan selesa.
Area pasar basah
Kami ke sini bukan untuk beli ikan. Yela, duduk hotel takde dapur, nak masak macamana. Just layan je suasana local. Peniaga ikan-ikan kat pasar ni belasah je promote apa yang diorang jual kat kitorang dalam bahasa Korea. Aku sengih jelah sambil geleng tanda tak nak.
Buah limau adalah antara souvenir yang sering dibawa balik dari Jeju sebab confirm halal dan antara trademark pulau ini. If nak bawak balik limau, hari last baru beli sebab nak maintain freshness.
Balik ke hotel pun dengan menaiki bas. Jeju di waktu malam winter tersangatlah sejuknya. Memang doa bas cepat-cepat sampai. Sebelum balik, kitorang singgah dulu untuk tapau dinner dekat restoran seafood belakang hotel. Masa kitorang pergi ni kat Jeju takde kedai yang certified halal. Kena interview betul-betul kedai tu ada jual ayam/daging dan guna alkohol tak dalam masakan.
Malam tu lepas dinner, masing-masing busy packing sebab flight esoknya waktu pagi. Dah rindu nak balik Malaysia. Nak makan ayam!! Seminggu duduk Jeju makan vegetarian dengan seafood je.
Macam yang aku pernah mention sebelum ni, kami saja booking hotel yang dekat dengan airport. So that nak gi airport boleh naik teksi je. Naik bas pun boleh tapi agak susah nak mengheret beg besar-besar. Kalau aku berdua dengan Siti boleh gagah lagi, tapi dah bawak warga emas kenalah consider. Kami berlima so kena naik 2 teksi. Nasib baik jugak hotel betul-betul tepi jalan. Senang nak cari teksi.
Suasana di Jeju Airport. Airport sama kitorang datang. Jeju ada satu airport je ye.
Prayer Room ni lepas departure gate. Tak sure dalam arrival ada ke tidak. Surau yang selesa. Lengkap dengan kemudahan berwuduk.
Bye Jeju, bye Korea! Mungkin satu hari nanti aku akan kembali. Tapi kalau aku ke Korea lagi nak try tempat lain la pulak.
Dengan ini berakhirlah entry Jeju. Memandangkan aku malas, so korang boleh baca pasal budget dan itinerary kat blog Siti. Baca di SINI
OKlah, kita jumpa di entry travel yang akan datang! Truth be told, dah hampir 2 tahun aku 'gantung passport'. Sampai expired kawan tu menanti aku terbang. Entry travel seterusnya could be a surprise. Korang rileks je k. Ada umur kita jumpa lagi. Thanks baca entry Jeju aku. Saranghae!!!


































































