Stadium Wembley jadi saksi - Liverpool FC Carabao Cup Final Winner

Monday, 26 February 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Hambar betul tajuk entry. Dah lama tak menulis pasal bola sepak so tak tahu nak letak tajuk apa. Sejak sibuk dengan persiapan perkahwinan sampailah sekarang dah jarang sangat tengok game Liverpool FC. Lagipun takde geng. Kalau dulu selalu tengok dengan Abah, tapi suamiku En.I tak minat bola. 

Orang selalu predict aku akan kahwin dengan lelaki yang kaki bola tapi hakikatnya aku tak pernah ada boyfriend yang sama minat tengok bola sepak macam aku. Maybe sebab bila tengok bola, perangai 'jantan' aku keluar, so diorang terus tak selera. Kah kah. 

Anyway, game kali ni aku dapat tengok sebab start awal (11 malam). Kalau match pukul 3, 4 pagi mungkin liat aku nak bangun. Aku tengok pun di handphone sahaja. Sementara aku dan En.I masih ber PJJ ni bolehlah tonton tanpa gangguan.

Sebelum game start aku tak letak harapan tinggi memandangkan Liverpool FC dilanda masalah kecederaan beberapa tonggak utama iaitu Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Trent Alexander-Arnold. Begitupun, di bawah pimpinan Kapten Virgil Van Djik dan semangat game League Cup terakhir Jurgen Klopp sebelum kontrak tamat (menaip tentangnya saja buat aku nak nangis), Liverpool FC bermain dengan agak baik.

Ia boleh dikatakan perlawanan yang agak menarik dan mendebarkan walaupun pemain-pemain yang diturunkan ratanya masih muda dan kurang berpengalaman. Ada beberapa percubaan yang terkena tiang, diselamatkan penjaga gol dan 2 gol dibatalkan kerana ofsaid. Kemenangan berpihak pada Liverpool FC apabila tandukan Virgil Van Djik pada minit ke-28 masa tambahan menerobos gawang Chelsea. Syukurlah tak terheret ke penentuan set penalti sebab aku dah mengantuk. Masa upacara penyampaian piala aku tertidur. Hahaha. Tua dah ni tak larat berjaga lama-lama.

Pagi ni kita ke tempat kerja dengan senyuman. Monday Blues hanya untuk penyokong Chelsea FC sahaja ya. 

YNWA Reds!


24 comments

  1. Sebbaik tengok highlight je. Kalau tidak memang berdebar lah kan. Dapat juga masuk seketul bola. Banyak betul shoot tapi tak masuk. Luck juga Djik sumbat satu gol, Djik pun dah ala Nunez style rambut dia. Tahniah Liverpool and fans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, saya tengok live, memang stress. debar jugak lepas dah score takut chelsea sumbat gak sebijik sebelum habis

      Delete
    2. tengok highlight pun geram bola tak masuk masuk, inikan tengok live kan. Rezeki Liverpool lah dapat sumbat gol dan menang walaupun sebiji.

      Delete
  2. perrghhh
    jln berkepak beb!
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kepak lagi, terapung dah. bukan senang nak menang piala dengan budak-budak

      Delete
    2. nanti jatuh bangun sendiri
      hhehee

      Delete
  3. rugiiiii hang tido
    kemain ensemmm depa angkat piala
    tp part nyanyi ynwa ramai2 tu
    🥹🥹🥹🥹🥹🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. part nyanyi ramai-ramai tu sayu je wei. rasa nak nangis

      Delete
    2. suh laa JK stay sethn lg...
      x dan laa nak jumpa..
      sob sob...

      Delete
    3. meh laa kite try hntr ke Ulla Klopp. dia kan syg bini😁😁😁

      Delete
  4. Liverpool menang ya....memang tak ikuti bola liga inggeris ni.

    ReplyDelete
  5. BFF akak sekeluarga dorg minat liverpool, siap tatoo You Never Walk Alone kat lengan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..hardcore tu. mesti tiap-tiap game tak miss

      Delete
  6. jrg jumpe perempuan yg sanggup berjaga malam tengok bola.. biasanya ldy jumpe lelaki jerk.. belum ketemu yg perempuan :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ramai je.tapi biasanya perempuan ni bertambah umur makin kurang berjaga malam

      Delete
  7. Amboiii Monday blues utk penyokong Chelsea jer hahahaa.. Tahniah la Liverpool menang ek .. Kita tak tau pape pun .. esok tu kawan tegur pasal liverpool menang .. kita pun dingdong jer hahahahaaa

    ReplyDelete
  8. congrates menang.. mama tak tgk bola tapi hubby sokong mu hahaha

    ReplyDelete
  9. wahhh.. busyra tak minat bola. hehe. tapi tngk org suka bola rasa seronok..

    ReplyDelete
  10. YNWA congrats menang...akak dah banyak tertinggal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak keep up sangat sejak kahwin ni kak. tau-tau dah final je

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah