January 2024 - 2 Funerals and a Wedding

Saturday 3 February 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Dah dekat seminggu masuk Februari baru ingat nak share highlight bulan lepas kan. Apo lah tertinggal keretapi. Eleh, macamlah ada orang nak tahu sangat perkembangan hidup aku. Kah kah.

Bulan pertama di tahun 2024 ni, aku berhadapan 2 pengebumian. Teman rapat dan bapa saudara. Boleh baca di SINI dan SINI. Al-fatihah untuk mereka berdua.

Sempat jugak pergi wedding kawan baik En.I. Bertuah betul suami aku pakai keris pengantin masa ambil gambar padahal kitorang ni bau pelamin pun tak hilang lagi. Jarang sebenarnya dapat pergi kenduri kahwin sama-sama sebab suami aku ni selalu kerja hujung minggu. Dah 3 bulan kahwin baru merasa 2 kali.

Pergi makan dengan tokwan suami. Suami aku ni untung ada atuk dan nenek lagi belah mak. Dapatlah aku menumpang kasih. Atuk-atuk aku lama dah takde

Dating dengan En.I. Gi karaoke, makan-makan dan Muzium Bank Negara. Story pergi muzium boleh baca SINI

Program Temu DBKL di Stadium Bola Sepak Cheras, KL. Aku pergi sini sejam dua je sebab panas. Nak buat entry pun takde idea. Ada reruai jabatan-jabatan di bawah DBKL dan jualan rahmah. Yang paling best, booth Jabatan Alam Sekitar boleh tukarkan barang recycle dengan barang keperluan asas macam telur, sardin dan tepung. Ni aku gi sorang.

Jadi Volunteer di FreeMarket. Boleh baca story di SINI

Join aktiviti 'Pound' di Taman Tugu

'Pound' adalah senaman menggunakan 'ribstick'. Rupa macam drumstick (yang orang buat pukul dram, bukan peha ayam). Sebenarnya sejak aku kahwin aku tak berapa aktif sebab dalam fasa trying to conceive kan. So tak boleh lasak sangat.

Eh...kata tak boleh lasak then kenapa join? Sebabnya sekarang aku dengan suami aku PJJ sebab dia ada kursus di Terengganu. Bayangkan baru tiga bulan kahwin dah kena berjauhan. Kadang-kadang bila dapat video call aku sampai menangis sebab rindu. Haha. Mengada betul. Macam dia sorang je ada laki.

Harapnya En.I dapat balik sebelum puasa bermula. Ni first time puasa bersama as suami isteri. Aku respect lah orang yang boleh PJJ dengan anak berderetnya. Memang hebat. Masalahnya aku ni kebosanan jelah bila dah tinggal sorang. Nasib baik rumah mak dekat. Tu yang kalau weekend ada je aktiviti aku. Ni pun banyak aku tak share contohnya lepak minum-minum dengan member .

Ni contoh 'Pound' workout. Tapi aku takdelah intense sangat.


Oh by the way pergi 'Pound' hari tu, sakit badan sampai seminggu. Tahan jelah.

Harapan aku segala yang aku plan bulan Februari ni menjadi kenyataan walaupun nampak seperti ada halangan. Doakan urusan aku dipermudahkan ye. Aku doa yang sama untuk korang jugak.

38 comments

  1. Assalamualaikum adek ku Sal. Allahu! Lama tertinggal sampan kakak mu ini. Sudah jadi milik orang rupanya adek kakak seorang ni. Alhamdulillah! Syukur! Maaf lama kakak menghilang dan kakak terharu baca komen Sal bertanya kabar kakak. Alhamdulillah! Kakak sihat saja cuma mood blogging dah kelaut dalam balik. Hahahaha! Nnt pelan² kakak BW entry Sal ya. Semoga kekal bahagia sampai ke Syurga Sal dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham sangat kak, saya pun pernah mood ke laut, berbulan-bulan tak jengah blog.

      Delete
  2. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...

    Teruskan kuat bila ber PJJ. Semoga nanti dapat hari hari hidup bersama dan semoga bakal baik baik je dan ada rezeki yang dinantikan di bulan Februari ni. Terima kasih doakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak best ber PJJ, tapi terpaksa demi masa depan dia dan kami jugak

      Delete
  3. Salam Sal..owh pjj rupanya..penat tido sorg matt hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tak best kan tido sorang.padahal selama ni berpuluh tahun tidur sorang ok je

      Delete
  4. Rajin jgk volunteer dan join xtvt pound tu..inshallah doa semua yg baik-baik ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jenis cepat bosan kalau duduk rumah tak buat apa-apa

      Delete
  5. begitulah kehidupan kan Sal, silih berganti datang dan pergi, takziah buat yang kehilangan dan selamat menempuh tahun 2024 buat sal dan suami, semoga semuanya baik baik sahaja.. aamiin

    ReplyDelete
  6. Pertama kali tengok Pound Workout....

    ReplyDelete
  7. Nampak aktiviti pound nj teringin nak join tapi anak susah nak tinggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pound ni sekejap saja. setiap sesi dalam sejam gitu. kalau nak join kena tinggalkan anak pada orang lain kejap

      Delete
  8. Innalillahiwainnailaihirojiuuunnn...

    p/s : kenapa x ikut suami ke Terengganu sekali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kerja kat sini. lagipun di sana suami duduk asrama. hanya 2 bulan sahaja. kalau 2 tahun memang dah ikut. haha

      Delete
  9. Wah! macam best aktiviti pound. Mrs. A gangn zumba office pun dah lama tak join.
    Macam-macam kejadian di bulan Januari ya Sal. Semoga dipermudahkan urusan di bulan Februari.

    ReplyDelete
  10. inshaAllah moga dipermudahkan semua urusan cik Sal aminnnn

    ReplyDelete
  11. selamat pengantin baru tahniah takziah pada yg kehilangan...kematian perkahwinan abadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat. jodoh dengan manusia belum tentu. jodoh dengan ajal itu sudah pasti

      Delete
  12. Sama lah kita kawen dgn wife nenek dia ada lagi.. ayah mertua pun ada lagi.. kita ni ayah tak da masa belejar lagi.. husband keje weekend tak apa la mencari rezeki utk isi rumah kan.. bau2 pengantin pergi kenduri kawen mmg harum balik la title pengantin nya hahahah

    ReplyDelete
  13. Dua perkara yang berbeza.
    Ajal dan maut, jodoh pertemuan semua di tangan-Nya.

    ReplyDelete
  14. kau dah jadi thiago ke mcm mn ni?
    ko jgnnnn...
    tu baru smggu
    kalau sthn payah klopp nk cari pengganti
    eh ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. pengganti thiago boleh cari, pengganti Klopp siapa??

      Delete
  15. laaaa nape DBKL buat kat situ
    buat laa kat bkt jalil
    laggiiii ramai org boleh dtg
    walaupun kat dpn stesen LRT tu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DBKL nak bagi chance orang area sini pulak pergi kot. nak gi bukit jalil kena naik highway mahal. hihi

      Delete
    2. ko naik DUKE mmg ler kena bayau
      hehehe
      acu naik lrt
      pejam mata je
      tp kan
      mggu ni kee mggu dpn
      DBKL buat lg prog kat sini

      Delete
  16. Semoga Allah sentiasa mencurahkan segala kasih sayang buat kak Sal,sentiasa merahmati akak sekeluarga, dan meluaskan rezeki akak sederas sungai yang mengalir, selebat hujan yang turun dan sebanyak buih di lautan.

    Allah sayang akak Sal <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. auwwwwww...thanks dear Cuya untuk doanya. Allah sayang kita semua

      Delete
  17. innalillahi wainnalillahi rojiun., aminn

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kakak, semoga di bulan Februari ini urusan kakak dimudahkan oleh Allah SWT, amin.

    ReplyDelete
  19. Salll! Nampak bebenor akak ni lama bertapa dalam gua! Keluar2, Sal dah tukar status jadi Mrs dah. Tahniah, dik! Selamat menempuh fasa baharu. Selamat rindu-rinduan ber-PJJ.

    Takziah atas kehilangan insan-insan yang dekat dengan Sal. Al-Fatihah. Moga mereka tenang di sana.

    ReplyDelete
  20. Salam takziah, alfatihah.. kita pun bulan Jan hari tu 3 kali hadir kenduri..

    ReplyDelete
  21. Sal..apa kata share majlis nikah ngan sanding sal..sure ramai nak tengok..siapa kata xde orang nak baca or amik tau..akak pun terperanjat ni Sal dah kahwin...lebih kurang akak je ha..beza akak dah 5 bulan bergelar mrs semula...

    ReplyDelete
  22. alfatihah buat yg pergi dan tahniah buat pengantin baru. inilah kehidupan apapun life must goes on

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah