Assalamualaikum dan hai semua. Dah kembali addicted dengan blogging lepas tulis entry minggu lepas. Hehe. Harap istiqamah. Menulis ni sebenarnya satu terapi. Siapa setuju angkat tangan!
Bila hari cuti, bosan duduk rumah tapi malas nak keluar jauh-jauh dari KL, aku ajak En.I ke Muzium Bank Negara. Aku rasa ia antara muzium paling menarik di KL sebab mempamerkan antara barang yang paling disukai rakyat Malaysia dan penduduk dunia iaitu duit! Bonus point untuk free entrance. Masuk percuma gais (setakat entry ini ditulis). Siapa tak suka duit dan benda free kan?
Ini kunjungan kali kedua aku ke sini tapi kali pertama untuk En.I. En.I ni suka tengok duit lama-lama. Nak kata collector tu tidaklah tapi kalau jumpa syiling rare, dia akan simpan.
Kami ke sana naik motor je. Parking motor di L4 dan percuma (setakat entry ini ditulis). Ke actually kami terpark dekat tempat staf? Wallahualam. Tapi kami nak masuk muzium je pun, bukan nak merompak. Cuma satu kelemahan yang aku harap dapat diperbaiki adalah takde signboard menghala ke lif untuk ke muzium. Berpusing-pusing lah kitorang dekat tapak parkir tu.
Once dah jumpa marilah kita masuk. Zaman paperless ni sekadar scan QR untuk daftar sebagai pengunjung. Pengunjung akan diberi peta (pada pendapat aku alang-alang nak go paperless, baik bagi peta dalam bentuk PDF sahaja bukan?)
Terowong RM 1 Juta. Korang jangan cuba-cuba nak ambil duit dalam terowong ni sebab ada CCTV
Duit dulu-dulu. Muzium ni ada aktiviti interaktif juga. Kalau bawak anak-anak memang akan enjoy Galeri Kanak-Kanak di Tingkat 1
Kemudian kami ke Galeri Numismatik. Boleh tengok duit dari zaman Hang Tuah sampai ke zaman Tuah Zulkarnain. Ehh.
Exhibit 'Denai Duit'
Kitorang spend masa yang lama di Galeri Numismatik. Seronok tengok duit yang bermacam-macam bentuk. Macamanalah agaknya orang dulu kenal duit tu palsu ke tulen sebab takde syiling yang standard. Pergi Melaka pakai duit lain, gi Johor kang duit lain pulak.
Next aku tak ingat kitorang gi galeri apa. Galeri Ekonomi kot. Ke Galeri Bank Negara.
"Ko ni asyik mintak duit je. Ingat bapak keje cop duit?"
" Eh Mak ni, memang bapak keje cop duit kan?"
Seronok tengok video tentang proses pembuatan duit. Tapi tunjuk duit syiling je. Duit kertas tak tunjuk, takut orang tiru kot.
Seterusnya kami ke Galeri Pameran Sementara. Ada pameran 'Gerak Bayang' yang mempamerkan hasil seni bertemakan wayang kulit.
Kitorang ni bukan seni sangat jadi tak lama di sini. Seni karaoke je aku reti.
Ehehehehehe - Gelak 80 an
Jenuh En.I melayan aku posing dan paksa dia posing jugak. Hahaha
Dah masuk lif nak balik baru perasan tertinggal Galeri Kewangan Islam dan lupa ambil gambar di tangga ikonik pusing-pusing tu. Takpelah lain kali jelah.
Untuk kalian yang nak ke sini,boleh rujuk dulu
website rasmi Muzium Bank Negara untuk waktu operasi dan untuk mengetahui kalau ada sebarang acara istimewa. Yelah kang aku beria share tetiba diorang tutup untuk renovate ke apa ke korang salahkan aku. Macamlah aku kerja situ. Eh actually pernah apply sebab aku ada pengalaman kerja di science centre dan arkib tapi entahlah kenapa tak diterima. Maybe sebab pointer rendah atau takde relevant degree? Wallahualam.
Aku dengan En.I tersalah jalan masa nak balik. Aku pulak dengan yakin cakap rumah warna pink berhampiran Sasana Kijang, berhadapan IUMW ni Memorial Tun Hussein Onn. Sekali pergi, eh apasal macam rumah tinggal? Tapi kenapa pagar terbukak? Selalunya tempat begini dikunci sebab tak nak budak-budak dadah jadikan port. Terasa seram sejuk, terus ajak En.I balik. Lagipun langit gelap dan kitorang nak elak jem pukul 4 ke atas. Pergi ni hari biasa. Saja ambil cuti sebab En.I weekend selalu kerja.
Balik rumah aku terus google tu bangunan apa tapi tiada sebarang info. Dalam Google Map hanya pin sebagai 'club house'. Ni kalau tik tokers suka buat content rumah tinggal tahu mesti diorang dah pergi terjah. Aku? Idokleeee
Netizen : Amboi Sal, pimpin tangan dengan boipren, naik motor sama-sama..Mak Bapak dia tak marah ke?
Mohon bertenang netizen sekelian. Lelaki dalam gambar-gambar di atas adalah suami I olls ya. Kami dah selamat diijabkabulkan pada Oktober tahun lepas. But that's another entry OK?
Thanks for reading!
Assalamualaikum Sal, lama tak nyinggah ke sini. Hari tu masa anak kak ana nak photoshoot pre convo ada cadang nak ke sini juga, last-last kat galery seni tu je, sebab outdoor kami shoot di tasik titiwangsa dekat je kan :)
ReplyDeleteoh boleh buat photoshoot ya di sini. tapi memang tempat ni banyak port bergambar kan
DeleteOk masuk list nak pergi nanti..
ReplyDeleteDuit betul rupanya pada terowong itu.
ReplyDeleteP.S: Tahu Sal dah kahwin, baca pos Anies pergi kenduri kahwin Sal ☺
Ada juga duit yang ada cop 'contoh'. Tulah, Anies dah buat entry, saya tak buat lagi. Haha
Deletekannn.. wak dh agak ko dh kawen.. alhamdulillah.. xleh panggey en. I rasanye.. hehe aminn
ReplyDeletehaha. sebab entry sebelum ni ada guna nama En.I, so saja guna lagi sekali
DeleteTerbaik.. Jadikan muzium sebagai destinasi lawatan. Pastinya bermaklumat dan boleh memberikan manfaat
ReplyDeletesaya dan suami sama-sama suka muzium. memang simple je date idea kitorang
DeleteDone follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway 😊
ReplyDeletethanks follow saya. dah follow balik. Insha Allah nanti saya join
DeleteBaru nak tnya..haram halal dh lupa ke haha..
ReplyDeletejangan Mak, akhir zaman dah ni. huhu
DeleteTahniah Sal+ hubby, alhamdulillah dah bina masjid..semoga berbahagia selalu..lps ni sebut en somi supaya kitaorg tak lupa..
ReplyDeleteoh..saya dah selesa panggilan En.I tu di blog. orang lain lupa takpe, jangan dia yang lupa dia dah ada isteri. memang kena pulas telinga
Deletecepat up entry kawen..nk tengok
ReplyDeletecite kawin basi dah Mak. hahaha
Deletekami x pernah ke muzium bank negara.. biasa ke muzium negara n pusat sains.. lps ni kene g sana la pula.. bw anak2..
ReplyDeleteya..boleh belajar tentang duit
DeleteWelcome back!
ReplyDeletebaru tau sal dh nikah, tak lambat tuk ucap tahniah kan.
ReplyDeleteterima kasih. masih pengantin baru, tak sampai setahun. haha
DeleteMy first thought bila tengok gambar last tu - Wah, Sal dah nikah rupa2nya! 😍
ReplyDeleteCadangan pasal Muzium Bank Negara tu boleh la disalurkan dekat Kak Retna anakomak ye hehe. Tahun lepas kiteorg nak pergi sini tapi masa tu masih kena buat appointment klu nak masuk muzium bank negara. Terus tak pegi2 sampai skrg.
ha..nasib baik tak difitnah netizen. hihi
DeleteAdoiii lama nya x singgah,,, tup2 dia dah amek mood berblog balik rupanya... kita plak jadi hilang mood ntah lari mana mood tu hahaha..
ReplyDeletehahah muzium ni jarang dah pegi.. cuma baru2 ni pegi haha kena sergah ngan security sbb dok usung bag ke hulu hilir naik atas ...
btw muzium ni mmg dari dulu FREE entrance..dia takkan berubah2 hahaha.. So enjoy la!
haha.harap boleh sampaikan cadangan penambahbaikan saya tu ye
Deletejom g lari🤣🤣🤣
ReplyDeletesy x smpi2 lg ni
g lari x mau. g lagi xpe. ke..ko nk tgk rumah misteri belakang tu. nak jadi auntie seekers
Deleteproses buat duit tu, dia buat kat shah alam kan? duit kertas buat kat aussie... setahu sy laa...
ReplyDeleteada x tulis info kat situ?
menulis satu terapi. setuju! wahhh terowong satu juta!
ReplyDeleteHAHHHHHHH?! Diam-diam je dia kahwin. Know know dah ada mr husband. Tahniah Kak Sal dan suami
ReplyDeleteAda juga selalu lalu fyp muzium ni...
ReplyDeleteteringin juga nak pergi, hopefully one day nanti sampai juga sini
Betul sangat Sal, menulis ni satu terapi. Masa menulis tu la semua kenangan muncul, menari-nari di depan mata. By the way, teringat kat Bank Bumiputera masa tengok kancil tu. Balik KL nanti nak terjahlah kat sinun.
ReplyDeletex pernah gi sana lagi , mcm best gak tu
ReplyDeletewah..good news, alhamdulillah..congrats sal & hubby, selamat penganti baru..moga kekal bahagia hingga ke jannah..aamiin. update la pic kawin sikit, belanja akak2 ni...
staf muzium tu agaknya dah cam muka ko
ReplyDeleteehh asik dia je yang datang
hahahahah
Baru nak tanya..hihi..sonyap lama tahun lepas..tahniah Sal, Alhamdulillah...
ReplyDeleteCantiknya terowong 1mil tu...
wah masuk muzium duit dgn suami tercinta tahniah sal moga ziarah membawa berkat rezki duit melimpah
ReplyDeleteMana entry gambar majlis perkahwinan. Nak tenguk lerrrrrrrrrrr plssssssss(kelip-kelip mata dok merayu)
ReplyDeleteAnak Mrs. A yang Aryssa tu ada ajak pi sini tulah tak tahu bila jadinya.
ReplyDeleteBaharu tahu Sal dah kahwin masa baca post pi honeymoon tu.
Menarik juga muzium ni Sal. Kena pergi ni. Banyak hotspot menarik untuk ambil gambar selain tambah ilmu duit. Terowong 1 juta tu menarik perhatian. hihi...
ReplyDeleteWahhh...Alhamdulillah..Tahniah Sal & husband. Tahu-tahu dah berdua gitu.
tahniah sal dan suami.. semoga bahagia hingga jannah.. amin ya Rab
ReplyDeleteNak komen pasal muzium bank negara tapi yg last tu pulak nk terus komen hahaha..
ReplyDeleteAhamdulillah tahniah dan didoakan semoga sentiasa ceria dan bahagia hingga ke syurga dan di kurniakan anak yag ramai amin :D
tahniah sal, selamat pengantin baru semoga kekal bahagia dnia akhirat. patutlah menyepi
ReplyDeleteBest kalau dapat bawa budak Aqil ke sini
ReplyDelete