Showing posts with label restoran review. Show all posts
Showing posts with label restoran review. Show all posts

Iftar di A'Decade Restaurant cawangan MyTown

Friday, 14 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Ini kejadian Ahad lepas, minggu birthday aku. Aku meluahkan kesedihan aku pada Mr. I yang takde family member yang celebrate birthday aku. Ajak datang berbuka kat rumah pun masing-masing busy. Hurmmm. Kawan baik aku dua orang, both pun sakit. Seorang mabuk pregnant, sorang lagi masuk hospital sebab blood infection (mohon doakan kawan baik aku, ND ye) Risau hati aku teringatkan diorang so sepanjang minggu aku tak berapa ada mood.

Maybe tak sampai hati dengar suara sayu aku, Mr.I ajak keluar, boleh request birthday present dan makan apa je aku nak. So ke MyTown lah kita. Tak kuasa nak pergi jauh-jauh.

Awal-awal plan nak makan tempat lain, tapi masa lalu kat restoran ni nampak macam best pulak. Check menu, ada nasi. Aku ni manalah boleh jauh dari nasi.




So far di Malaysia ni baru ada 2 cawangan. Cawangan pertama di Sunway Pyramid. Yang di MyTown ni masih baru lagi dibuka tahun 2023. Aku tak pasti bulan March ke April. Aku tak pernah pergi pun yang di Sunway Pyramid, tapi pilih nak makan kat sini sebab restorannya nampak cosy dan eksklusif.

Restoran ni berkonsepkan Malaysian. So kalau datang sini nak cari steak akan hampa lah.

Aku excited bila nampak buku menu. Tak berapa gemor konsep QR Code. Pesan dengan menulis order atas kertas dan waiter akan datang collect.

Konsep berbuka kat sini adalah order, bayar dan simpan resit untuk reserve meja. Reserve pakai air liur tak akan dilayan. Memandangkan aku segan dengan Mr.I aku takdelah ambil gambar menu macam selalu aku buat. Korang boleh usha menu-menu A'Decade Restaurant di SINI

Presentation makanan dalam buku menu dia memang tip top. Rasa nak order semua. Hahaha. Ni antara yang menarik perhatian aku.

Menu dulang ni kalau makan ramai-ramai best lah kan

Western pun ada, tapi tak banyak sangat

Yang light pun ada

Korang nak tengok menu lain, klik dekat link FB page aku bagi tadi. Tapi aku frust sebab menu yang aku nak iaitu Nasi Goreng Kampung wih Otak-otak takde. So aku tukar Nasi Goreng Kampung with telur mata. Majoriti menu nasi ada ayam, so aku tak nak sebab dah beberapa hari makan ayam je. 

Lepas order dan reserve meja, kitorang keluar dan jalan-jalan cuci mata. Ikut hati nak pau Bath & Body Works tapi last-last aku pau blouse je. Nak pakai dengan kain pario masa raya nanti. Kebetulan ada member opis bagi sebab tak match baju raya dia. Sabor jelah. Orang lain tak nak sebab tak reti pakai. Ingat aku ni terer sangat ka? Huhu.

Nak dekat pukul 7 datang balik. Waiter dah start susun hidangan

Yang putih tu soursoup Mr.I. Aku order Kat Chai Bing. Limau asam boi kot. Ada daun pudina gak. Macamanalah batuk naik baik-baik. 

Soy Garlic Chicken Rice. Sup dengan sos tak masuk frame

Nasi Goreng Kampung agak lain dari yang aku biasa makan. Takde cili padi, takde kangkung tapi ada hirisan bunga kantan dan ulam timun. Penggemar  Nasi Goreng Kampung tegar mungkin tak gemar walaupun rasa boleh tahan sedap.


Price wise bagi aku not bad lah. Portion banyak kus semangat. Aku mampu makan separuh je. Lagi separuh bungkus. Aku sempat intai meja sebelah, kuey tiow goreng nampak sedap. Nasi kerabu pun sama. Menyesal lak tak order. Ayam goreng nampak menggoda selera.

Rasa macam OK je nak repeat lagi sekali tapi entahlah bila. Nak order menu lain pulak. Datang ramai-ramai pastu order yang platter menarik jugak kan?

Lepas makan dan solat Maghrib, terus balik sebab tak nak miss terawih. Aku puji pengurusan MyTown sebab extend surau diorang untuk menampung kapasiti pengunjung yang ramai. Entahlah untuk bulan puasa je ke atau untuk selama-lamanya. 

Untuk yang berminat boleh cuba makan di cawangan Sunway Pyramid:

LG2.52& 2.53, Sunway Pyramid Shopping Mall, Jln. PJS 11/15, , Petaling Jaya, Malaysia
019-590 9868

Atau di cawangan MyTown:

G-012F, MyGround, MyTOWN Shopping Centre, No.6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
010-246 4772
Landmark : Decathlon

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!
Read More

Iftar di Capsicum Steamboat & Grill Shah Alam

Sunday, 9 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Kejadian sehari sebelum birthday aku, Ahad lepas. Saja park di sini kot lah ada yang mencari port steamboat di area Kota Kemuning Shah Alam.

Aku tercampak sampai ke Shah Alam ni kira rare jugaklah. Gara-gara Encik A dan Encik N teringin nak pergi Sogo Central i-City Shah Alam. Aku pun tak pernah pergi, so follow je. Ramai orang tapi still boleh bernafas dan berjalan dengan tenang. Sale baju raya meriah tapi aku tengok banyak yang branded harga kayangan. Maybe orang have-have je yang datang Central i-City Mall ni kot? Betulkan aku kalau aku silap sebab tak explore sangat. Kau tahulah kalau berjalan dengan orang lelaki ni, dah dapat barang dia nak gerak balik. Nakkan suasano jah. Macam lah kat Ampang takde jual seluar jeans yang sampai ke Shah Alam mencarinya. Adeh. 

Aku pulak penyudahnya hanya membeli sebatang berus gigi di Guardian. Baju raya dah ada. Lagipun macam yang aku cakap, kebanyakan yang dijual di Central i-City Shah Alam adalah baju-baju branded harga mahal. Aku kalau teringin nak pakai branded, beli second hand je. 

Nantilah kalau ada peluang dan tenaga nak explore Central i-City sebab bersambung dengan i-City yang aku dah berkurun tak jejak dari tahun 2019. Jarak Sogo i-City ke Capsicum Steamboat & Grill around 15km. Takdelah dekat sangat tapi malas nak makan dalam mall

Restoran dia simple je. Dinding pun cat hitam. Tak nak kotor kot

Meja ada banyak, tapi kitorang reserve dulu sebab kawan aku kata selalunya ramai orang

Seafood dan daging untuk grill

Banyak jugak pilihan

Nasi dan mi goreng pun ada




Favourite En.A. Pepahat dan kupang



Banyak jugak menu lain aku tak ambil gambar macam aiskrim, roti John dan kuih-muih Melayu. Aku biarkan budak 2 orang tu je yang ambil sebab diorang ambil macam tak ada hari esok. Lagipun sekali-sekala nak dilayan macam princess.

Thanks kepada 2 ketul ni sebab bawak akak jalan-jalan. Abaikan muka aku yang kemerahan sebab tempat ni panas! Nama pun steamboat kan. Memanglah outdoor. Kalau sejuk macam kat Korea tu best kan you olls. Tapi ni Malaysia, jadi redha jelah.

Overall OK la tempat ni cuma aku rasa tempat ambil makanan dia agak sempit. Berlaga punggung dengan pelanggan lain. Aku suka kuah tomyam dia. Tak pedas sangat. Aku pernah makan satu steamboat ni, alahai mengalir air mata wanita tersakiti tau sebab pedas. Nak mintak kuah sup malu pulak.

Kemudahan lain macam surau dan tandas pun disediakan tapi surau dia kecik jelah. Solat cepat-cepat dan gerak. Tak ambil gambar lak.

Al-kisah kitorang berangan lepas makan nak gi tengok lampu kat i-City, tapi penyudahnya masing-masing kekenyangan, so terus balik. Haha.

Harga Buffet Iftar : 
Harga dewasa RM38
Kanak2 6-12tahun RM20
Warga emas & OKU RM28
Kanak2 0-5 tahun FOC

Alamat : 2792, Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga, Shah Alam, Malaysia

No Tel :  018-265 5224

Waktu Operasi : 6pm - 12 am (Isnin tutup)


Tu je nak cerita. Thanks for reading!
Read More

Thai Boat Noodle Mytown with BFFs

Friday, 5 August 2022

Assalamualaikum dan hai semua. Rasanya dah bertahun-tahun restoran Boat Noodle ni wujud di Malaysia tapi belum pernah sekali pun aku masuk makan. Masa awal-awal dulu dia punya viral sampaikan orang beratur panjang nak masuk. Sekarang pun Boat Noodle masih mendapat sambutan sebab rakyat Malaysia kan suka makanan Thailand.

Makan di cawangan MyTown sebab dekat dengan rumah. Haha

Sampai awal dalam pukul 11 lebih. Suka sangat deko ala-ala kedai kampung macam ni


Cik dan Puan BFFs sedang memilih makanan. Kami semua Boat Noodle virgins. Ambil masa jugak nak decide nak makan apa

Boleh pilih jenis mi, nak pedas atau mild dan nak ayam atau daging

Pilihan side dish lain

Mula-mula eksyen, pilih 5 mangkuk je sebab nak rasa dulu

Baju kuning tu anak SR (baju pink) tapi gigih nak duduk dengan aku. Layan jelah si comel Arash ni. Dah makin petah dan ligat.

Boleh pulak aku tak ambil gambar makanan sangat. Apo lah tapi nak buat review restoran

Desert Sangkaya yang sedap

Dari kiri : Terer Taro (recomended kalau suka perasa keladi), Cha Keow Yen (Green Tea) dan Cha Mano Yen (Peach Tea kot)

Total cost makan 4 orang. Actually Arash tak makan sangat

So..my review..

Pathumthani - sedap jugak. Masam dan pedas. I loike
Ayutthaya - aku kurang suka sebab rasa herba kuat. So kalau makan Boat Noodle lagi aku akan elak dari order ni.
Tom Kha Kai- sedap jugak. Macam rasa tomyam tapi ditambah santan
Khao Soi - ada herbs jugak tapi tak sekuat Ayutthaya

Orang yang makan tak banyak macam aku memang suka lah makan di Boat Noodle ni sebab portion kecik. So, boleh try semua. Aku makan 3 ke 4 mangkuk je. Kenyang dah sampai ke petang.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!




Read More

Suka Sucre Bistro milik abang 'Asmara Ini' dan pastry sedap di Croisserie Artisan Bakery

Monday, 18 July 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ni cerita Sabtu lepas. Member aku ajak join free fitness trial class di Bukit Damansara. Dalam circle aku, ada juga geng fitness. Aku selalu follow diorang ni morning walk atau kelas fitness yang light dan sesuai untuk beginner. Aku sendiri bukanlah jenis yang kaki pergi gym. Kalau bersiar-siar santai tu aku suka lah. Suruh lari, pancit. Join fitness class yang ni pun selain dari sebab percuma, sebab coach dan peserta lain hanyalah wanita sahaja.

Lama betul tak masuk gym. To be honest aku tak pernah guna pun alat-alat yang ada dekat gymnasium

Orang lain angkat dumbbell 6,7 kg. Coach Ili tu tengok aku keding cam cicak kubing, dia bagi aku angkat habis berat pun 3kg. Haha. Sedeyh.

Fitness class aku join ni most routine adalah floor exercise dan tak guna mesin yang besar-besar tu. Senaman kuatkan core muscle katanya. Aku punya upper body memang lemah sikit dan aku tak boleh buat sit up. So, kita buatlah ikut kemampuan diri. Paksa-paksa jap lagi patah riuk kang.

Walaupun bersenam sejam je tapi peluh jugaklah. Semput aku yang dah lama tak workout hardcore. Lagipun umur dah 30 lebih. Mana larat sangat. Lainlah kalau dah biasa dari muda. Tulah kau, umur 20-an duduk depan TV layan drama Filipina je tahu.

Dah habis workout, borak-borak kejap dengan coach dan peserta lain, rileks sikit pastu pergi cari makan. Since jarang datang Bukit Damansara, so kenalah cari kedai yang hanya ada di area ni sahaja. Takkanlah nak gi Pizza Hut atau mamak. Tapi susah jugak nak cari kedai makanan yang dalam kategori mampu bayar. Kedai area Bukit Damansara ni mak aih semua nampak high end dan sekali dengan bar. Google punya google jumpa restoran ni : Suka Sucre Bistro. Itu pun di area Sri Hartamas. Kena drive sikit. Kawan aku pernah makan di sini. Katanya dulu ada outlet di Cheras. Dia kata sedap so kita follow.




Itu bukan Dato Fadzley Yaakob. Harap maklum

Oh..orang Ghombau rupanya. 

Minat jugaklah sikit-sikit Fazley ni masa muda-muda dulu sebab hensem kanz. Lagu pun boleh tahan sedap. Paling tak boleh blah filem 'Gila Bola' tu banyak kali jugak aku tengok sebab suka chemistry dia dengan Linda Onn. Kira macam guilty pleasure. Bukanlah filem yang berkualiti sangat tapi tulah best pulak layan

Teringat dialog Lisa lakonan Linda Onn "Dulu, dulu pernah sukakan dia. Dulu, dulu pernah cintakan dia". Lol.


Aku ambil set ayam masak lemak cili api. Hurm..kalau pedas lagi mungkin lagi sedap. Kurang pedas, even pada standard aku yang tak kuat pedas. Nasib baik ada sambal belacan.

Dah kenyang makan, kita kembali ke area gym tadi sebab coach tadi ada rekemen bakery sedap. Kau mampu coach exercise rekemen bakery. One thing aku suka orang-orang kaki fitness ni diorang selalunya takkan siksa diri dengan menahan makan. Diorang cuma siksa diri bila bersenam. 

So, marilah kita ke Croisserie Artisan Bakery Damansara Heights.




Eksklusif ok paper bag dia. Aku cakap dengan kawan aku yang beli pastry kat sini buat aku rasa macam orang kaya.


In the end aku beli 5 pastry. Total harga RM 50 lebih. Pengsan. Sekali-sekala bolehlah. Aku dah lama tak belanja besar untuk makanan. Nasib baik sedap. Balik makan 2 dulu, share dengan parents. Semalam habiskan baki. Simpan dalam fridge, pastu bila nak makan, kukus. Masih elok dan rangup roti croissant dia. Fresh blueberries tu masam sikit tapi sebab mahal, habis jugaklah. Kebetulan adik aku datang semalam dan dia memang kaki makan.

Sekian kisah aku fefeeling gadis kaya di Bukit Damansara. Balik dari workout, malam tu baru start sakit-sakit badan dan cari Ammeltz Yoko Yoko. Gitulah kalau dah lama tak bersenam. Nak pengsan.

Kisah pulau Perhentian masih terhenti. Nak menaip takde masa. Ni pun pakai handphone je. Nanti free aku sambung ye.
Read More

Santai Yamcha Dimsum Genting Premium Outlet

Friday, 20 May 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini entry throwback aku dan rakan-rakan bercuti ke Genting Highland Januari 2022 yang lepas. Punyalah lama baru berupdate hari ni.

Dari rumah aku, kitorang direct ke Genting Premium Outlet. Kami pergi hari bekerja, memang semua pakat ambil cuti masa tu. Sampai GPO, shopping sikit pastu cari port untuk lunch walaupun dah heavy breakfast. Tempat sejuk biasalah cepat lapar. Hehe. Well, actually masa kitorang pergi ni cuaca panas. Tapi sebab Genting ni tanah tinggi, angin sejuk tu counter bahang matahari so selesa je. Sejuk sangat pun tak best.

First thing first, makan di GPO ni kena check betul-betul status halal restoran-restoran di sini. Kalau tak yakin makan sahaja di restoran yang biasa dijumpai di mall lain serata Malaysia macam Dubuyo, Dome atau Old Town. Nak fast food boleh makan BurgerKing. Food Court pun ada.

Senarai kedai makan di Genting Premium Outlet

Aku suggest Santai Yamcha Dimsum bukanlah sebab aku suka sangat makan Dimsum atau Chinese Food, tapi sebab tak pernah lagi try makan kat situ. Nak jugak kelainan. Lagipun ada logo halal besar-besar kat depan kedai so kita yakin lah. 


Kemas dan bersih je restoran ni. Tak ada orang sebab ni hari bekerja


Cantik mural di dinding

Kitorang duduk di koridor luar tapi aku lupa ambil gambar meja. Ada gambar view ni sahaja.


Menu di Santai Yamcha. Harga bagi aku berpatutan dengan lokasi. Tak pasti di outlet lain macamana. Di Genting Highland ni harga semua jadi high juga



Mi Tarik With Chicken Bites

Spicy Dry Mi Tarik

Chicken Rice

Custard Lava - order sebab comel

Mi Tarik with Fishball

Aku dah lupa total harga berapa makan kat sini. Rasa tu OKlah. Aku suka mi tarik tapi stail yang aku selalu order takde pulak. Kalau makan di kedai mi tarik selalu mintak yang pedas sikit, berkuah dan ada daging. Aduh teringin mi tarik pulak.


Takde point gambar ni tapi orang kalau datang Genting Premium Outlet memang akan ambil gambar kat sini. Cuaca panas berdenting sampai aku terpaksa pinjam spek hitam kawan aku untuk ambil gambar. Dahlah pakai mask. Dah macam Kevin Bacon dalam filem Hollow Man pulak

Baca ni juga : Cara pergi Genting Skyworlds dari GPO naik cable car

Nanti next entry aku share pulak kitorang stay hotel mana di Genting Highland ni ye. Thanks for reading!

Read More