Staycation - Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Monday 23 May 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita weekend lepas. Kawan aku dengan adik dia takde angin takde hujan tetiba ajak aku gi tido hotel atau nama glamernya - staycation. Nasib baik masa dia call pagi tu aku tak keluar lagi. Plan asalnya nak gi karaoke or tengok wayang je. So terus pack bag. Tido satu malam je pun. Lagipun takde plan nak mandi swimming pool sebab cuaca sekarang panas.

Kitorang sampai Sunway Putra Mall dalam pukul 1 petang sebab jalan jem. Tahulah musim beraya. Belum boleh check in, so pergi karaoke dan makan late lunch di Dubuyo dulu. Mall dan hotel bersambung. Kalau korang nak menginap di hotel Sunway Putra, parking di tingkat 7. Ada pintu dari parking terus ke lobi hotel. Kalau naik public transport pulak, naik LRT aliran Sentul Timur dan turun di stesen PWTC. Masuk mall dan cari lif di tingkat 4 berhampiran 'Selera Street' untuk naik ke lobi hotel di tingkat 7. Senang je. 

Sunway Putra Mall/Hotel ni memang betul-betul depan PWTC. Last time datang sini masa lepas inject vaksin AZ second dose bulan 8 tahun lepas. Antara mall yang aku suka sebab crowd tak ramai sangat, ada wayang TGV, Kaison, karaoke Manekiniko dan banyak kedai makan sedap macam Sepiring dan Cinnabonn. 


Dalam pukul 6 lebih, kitorang pergi check in. Ambil beg dulu di parking tingkat 7. Ramai juga orang baru nak check in, tapi proses cepat jugak. Weekend kan, ramai je orang tidur hotel jadi sila bersabar.


Lobi lif untuk naik ke bilik


Tinggi hotel ni 35 tingkat. Bilik kami di tingkat 31. Gayat!


Kawan aku book Junior Suite. Harga 400 lebih sekali dengan breakfast untuk 3 orang. Memang luas bilik dia. Kalau dah baring tetibe rasa nak gi tandas tu macam jauh je.


Ada shower je takde bathtub. Kalau ada harga lagi mahal




View dari bilik

Malam tu kawan aku dan adik dia dah malas nak keluar dinner so order room service je. Sedap jugak . Aku order Char Kuey Tiow. Asalnya masa jalan-jalan kat Sunway Putra Mall, diorang dah tanya dah nak tapau apa-apa tak untuk dinner tapi sebab masa tu masih kenyang lepas makan kat Dubuyo, tak boleh fikir dah pasal makanan. Bukan selalu makan kueytiow RM30 sepinggan. Nasib baik udang besar dan rasa sedap. Portion pun besar, boleh share. Sekali-sekala perasan kaya.

Lepas makan, lepak-lepak layan cerekarama apa entah ada Fikry Ibrahim dengan Emma Ma'embong. Channel TV not bad lah. Ada HBO, Cinemax, 2 channel sport, AXN dan lain-lain channel tempatan. Netflix ke apa takde ye.

Malam tido lena. Nasib baik air cond sejuk, tilam dan bantal empuk. Aku memang angin kalau tido hotel air cond tak sejuk.


Turun breakfast pagi Ahad memang ramai, tapi makanan banyak dan sentiasa di top up




Disebabkan orang ramai, segan lah aku nak ambil gambar kat tempat makanan. Aku ambil apa yang ada atas meja kitorang jelah ye. Breakfast hotel ni memang sedap tapi aku memang tak makan banyak sangat so sekadar isi perut sampai sendawa 2 kali.

Lepas makan pergi tengok pool kejap di Tingkat 11. "Nanti nak cerita dalam blog", aku bagitau kawan aku. Haha



Sunway Putra Hotel ni memang kegemaran orang bercuti bersama keluarga. Tengoklah pool penuh dengan budak-budak je. Kitorang tak mandi. Besar jugak swimming pool dia. View dari pool pun cantik.


Jangan confuse hotel ni dengan Seri Pacific Hotel yang memang betul-betul bersambung dengan PWTC.

OKlah tu je nak cerita. Korang kalau tercari-cari hotel di Kuala Lumpur yang bersambung dengan mall, family friendly dan bertaraf 4 bintang bolehlah cuba menginap di Sunway Putra Hotel, betul-betul sebelah Sunway Putra Mall. Boleh book melalui laman tempahan hotel kegemaran korang atau laman web rasmi

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur,
100 Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : 03-4040 9888
Email : spkl.enquiry@sunwayputrahotels.com

Sesi throwback: Sunway Putra Mall sebelum ini adalah The Mall/Putra Place. Orang yang dah lama duduk KL mesti pernah shopping kat sini kan? Sunway Putra Hotel pulak Legend Hotel sebelum keduanya diambil alih Sunway Group sekitar tahun 2011. Di kawasan PWTC ni juga dulu ada 'Hentian Putra',  hentian  bas ekspress untuk ke pantai timur. Aku pernah beberapa kali naik bas di situ sebelum hentian tersebut ditutup pada tahun 2015 dan dirobohkan. Kalau menjelang raya, Hentian Putra memang sibuk dengan anak rantau pantai timur.

Rindunya KL dulu-dulu. Haih. Thanks for reading!


37 comments

  1. Lewat juga daftar masuk. Lama nyanyi itu. Hehe itu yang lapar.
    Ya dahulu pernah membeli-belah The Mall. Tukar baru belum jejak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak menyanyi kak. lepas gian. dulu selalu pergi the mall kalau lepas pesta buku atau career fair di PWTC

      Delete
  2. Hahaha kita pun suka stay sini… pastu rindu jgk zaman soping kat the mall

    ReplyDelete
    Replies
    1. the mall best kan, banyak kedai local. makan pun sedap-sedap.

      Delete
  3. sebelum nama the Mall/Putra Place, nama dia Yaohan, dulu2 ada indoor theme park, best!!....gambar last tu tapak Hentian Putra..site yg akk buat penilaian..hehe..oo boleh ambik gambar aerial view dari hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hentian putra tak habis roboh rupanya ye. nak buat apa kak tempat tu? berminat jugak nak tahu. Wah, Yaohan tu lagi lama punya lempar belakang. zaman saya sekolah rendah

      Delete
    2. client belum decide nk develop apa atas tanah tu...

      Delete
  4. besar dan luasss bilik.. seronok la kalau bwk budak2 tido sini

    ReplyDelete
  5. isi perut sendawa 2 kali.. haha.. tu bkn sekadar dh tu.. tu mmg makan namanya.. kehkeh

    cantik jgk hotel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. oklah tu sendawa 2 kali jer. selalu orang makan buffet ni tak berhenti-henti sendawa pun makan lagi

      Delete
  6. ramai jugak tu and meriah hotel dia..alhamdulillah, business pelancongan kembali pulih kat malaysia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga nampak pelancong asing. Alhamdulillah dah makin meriah. semoga kita dijauhkan dari penyakit

      Delete
  7. staycation di hotel tengah bandaraya seronok tu sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. bandaraya KL jelah buat masa ni. ikut hati nak ke New York atau Paris. haha

      Delete
  8. Hentian putra tu dia buat apa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah. kena tanya blogger Nohas. hehe

      Delete
  9. Sebelum tukar nama selalu pi The mall masa opis kat bangunan Perkim. Tapi bila dah pindah putrajaya lama tak lepak situ kecuali kalau pi pesta buku. Sejak pandemik dan JS dah tutup kedai lama tak pi emmm rindu zaman itu dolu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza. saya pun dulu selalu lepak sini lepas pergi event kat pwtc. nak naik bas kat hentian putra pun suka solat di surau the mall sebab hentian putra sibuk sangat. rindu kan zaman dulu

      Delete
  10. Tingginya sampai 35 tingkat! Hotel paling tinggi pernah Kak Amie tingkat 31 di China. Punyalah laju lift, pantas kilat dari bawah terus naik atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tapi lif hotel ni takdelah laju sangat. saya suka kalau dapat stay level tingi-tinggi. dapat tengok view, walaupun takat city view je

      Delete
  11. naissnyer staycation.. hebatts 👍👍

    ReplyDelete
  12. Wow ... Senangnya staycation bersama adik2.

    ReplyDelete
  13. dulu masa keja kat KL, selalu gak gi sunway putra mall ni sbb x busy ^ x ramai org la,....selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. crowd dia tak sesak sangat macam klcc or pavilion

      Delete
  14. Sekadar isi perut pun dah sendawa 2x, kalau betul2 makan tu berapa kali sendawa Sal? 😁

    Hentian Putra…memori akak naik bas malam2 ke Kelantan untuk hiking Gunung Stong. Sekitar akhir tahun 90-an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia..lama memori tu. hehe, 2 kali sendawa cukup la tu.

      Delete
  15. Hi Kak Sal. Lamanya tak datang sini :) Saya pun hari tu ada plan nak staycation dekat sini tapi tak jadi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ada rezeki awak nanti. kalau tak sini, mungkin di hotel yang lagi best

      Delete
  16. Sunway Putra Mall best sebab tak ramai manusia. Dulu pernah masuk masa awal-awal opening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. mall banyak sangat manusia pun rimas. kadang-kadang nak melepak je bukan shopping pun

      Delete
  17. lama dh tak berstaycation... last end of 2019 rasanya.
    kalau cari hotel yg tak mahal tak murah..mahal sangat kang lari pulak bajet keluarga..janji ada swimming pool utk anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau famili lagi senang cari hometay. nak masak pun boleh

      Delete
  18. lama jugak x staycation ni.. sejak covid ni la... br td tgk agoda thn 2020-2021 brp kali cancel dah booking dlm agoda tu

    ReplyDelete
  19. Setuju, Sunway Putra Mall ni selalunya tak sesak, dan semua benda ada kat situ. Nak beli barang dapur, tgk movie, makan2, shopping baju, tudung, kasut, furniture, barang rumah semuaaaa ada.

    ReplyDelete
  20. Cantiknya.. ala nak jugaklah duduk sini

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah