Balik-balik Kuch Kuch Ho Ta Hai dan Kabhi Kushi. Kenapalah TV tak tayang filem-filem Shah Rukh Khan yang ini..

Monday 9 May 2022


Korang perasan tak, setiap kali raya Aidilfitri TV Malaysia akan tayang filem Kuch Kuch Ho Ta Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham atau keduanya sekali. Aku takde masalah dengan kedua-dua filem tersebut. Lagipun ia antara kegemaran majoriti penggemar filem Hindustan di Malaysia. Tapi kalau asyik tengok filem sama pun jemu jugak kan. Ada beberapa filem lakonan Shah Rukh Khan yang aku minat tapi jarang atau dah lama tak ditayangkan di televisyen tempatan.

1. Darr (1993)

Dalam filem ini SRK memegang watak Rahul, seorang lelaki yang sangat cintakan seorang gadis bernama Kiran lakonan Juhi Chawla. Terlampau cinta sampai jadi obses. Highlight filem ini adalah lakonan psiko SRK. Walaupun menakutkan, tapi somehow kita kasihan pada watak Rahul yang mengalami tekanan setelah ibunya meninggal.

2. Dear Zindagi (2016)

Kalau tadi SRK jadi pesakit mental, tapi dalam filem ni, beliau bawa watak pakar psikiatri bernama Dr.Jehangir Khan yang merawat Kaira lakonan Alia Bhatt. Kaira tidaklah sakit teruk, dia cuma perlukan terapi perhubungan dengan orang sekeliling termasuk keluarga sendiri. Aku suka filem ni sebab mengupas isu kesihatan mental dan sebab ayat-ayat Dr.Jehangir Khan tu yang memang sesuai dijadikan panduan. Dear Zindagi boleh ditonton di Netflix. Highly recommended.

3. Fan (2016)

Fan pun boleh ditonton di Netflix. Menarik sebab dalam filem ni SRK bawak 2 watak. Seorang lelaki berumur 20an bernama Gaurav yang sangat obses dengan pelakon kegemarannya Aryan Khanna. Cuma endingnya saja aku kurang suka.

4. Koyla (1997)

Aku rasa aku suka filem ni sebab suka tengok gandingan SRK dengan Madhuri Dixit. Filem ni very the 90s Bollywood di mana orang jahat (lakonan Amrish Puri) tersangatlah jahatnya. Last tengok filem ni tayang kat TV masa zaman sekolah dulu.

5. Mohabbatein (2000)


Dah 20 tahun VCD ni kami simpan. Ada 4 keping tak silap aku

Aku ada teori yang filem ni jarang ditayang kerana durationnya terlampau lama iaitu 3 jam 36 minit. Tapi, boleh je kan nak dipotong-potong. I wish this movie is on Netflix. Aku ada VCD tapi taulah VCD kena tukar-tukar. Leceh lah. Kekuatan Mohabbatein bagi aku adalah pada lagu-lagunya dan elemen cinta remaja yang comel-comel sweet gitu.

6. Veer Zaara (2004)

Bergandingan dengan Preity Zinta sebagai Zaara, filem ni mengisahkan cinta terlarang antara warga India dan Pakistan. For some people filem ni agak slow tapi aku suka sebab lagu-lagu sedap. Citer romantik kenalah slow u olls.

7. Jab Tak Hai Jaan (2012)

Filem cinta 3 segi lakonan SRK, Katrina Kaif (Meera) dan Anushka Sharma (Akira) mengisahkan Samar, seorang pakar bom yang dah tak percayakan cinta sejak dikecewakan Meera. Akira, seorang wartawan yang dalam diam ada crush pada Samar cuba untuk wujudkan balik perasaan tu. So ending dia Samar dengan Meera ke Akira? Nak tahu kenalah tengok sendiri. Aku menangis ye tengok filem ni.

So..itulah 7 filem Shah Rukh Khan yang bagi aku best tapi jarang ditayang di TV. Korang dah tengok belum filem-filem ni? Ke korang masih layan Kuch Kuch Ho Ta Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham untuk kesekian kalinya. Biasalah tu, sebab aku pun sama. Haha.



43 comments

  1. Sebenarnya banyak je filem Hindustan yang best macam My Name Is Khan, Kal Ho Naa Ho, Om Shanti Om, 3 Idiots, Taare Zaamen Par, Kaho Naa... Pyaar Hai dan banyak lagi.

    Tapi bagi saya, mungkin filem Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham lebih dekat di hati penonton Malaysia yang sempat rasa kehangatan era Bollywood suatu ketika dulu. Macam dah sebati. Bila raya, mesti akan ada dua filem ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu, 2 filem tu memang antara yang dekat di hati penonton masa era Bollywood di Malaysia baru nak mula balik hujung tahun 90 an dulu.

      Delete
  2. hhahahaha Kuch kuch suka part lagu2 je sbb jadi muak klu tgk byk kali ehehe... tp ekceli citer dia mmg x jemu pun cuma ntah eh kdg btl gak klu terlampau byk kali tgk pun bole bosan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kalau dah lama tak tengok baru best layan. kuch kuch memang filem yang takkan jemu kita layan

      Delete
  3. asal SRK je pelakon utamanya, saya mmg confirm sgt suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. really? walaupun saya minat SRK, banyak jugak filem-filem dia yang saya rasa kureng macam Zero dan Jab Harry Met Sejal

      Delete
  4. Boleh hafal setiap scene filem ini haha

    ReplyDelete
  5. Susah juga nak tengok filem SRK yang lain2 tu.. Balik2 duk tayang KKHH dan KKKG.. kikiki.. Yang Sal senaraikan dekat atas tu ada no 5 & 7 je Sha pernah tengok.. Yang lelain tu tak pernah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang nombor 1 tu puas cari online. takde subtitle lah pulak

      Delete
  6. saya perhatikan pada raya kali ini kurang meriah dalam TV...ada baiknya supaya kita tidak melekat di TV....lagipun budaya sekarang TV sudah ke penghujung usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. TV mungkin dah tak relevan pada kebanyakan orang, tapi ada juga golongan yang hanya ada TV sebagai hiburan

      Delete
  7. kata sorang kawan dh beribu kali rtm tayang kuch kuch hota hai tapi tonton juga heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. tapi tonton santai-santai je sambil layan tetamu yang datang

      Delete
  8. mohabattein tu wak ada download tp x penah tgk habis, lompat2 je sbb lama sgt.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah-tengah dia best.awal dan hujung slow sikit

      Delete
  9. paling suka mohabatein.. tp tu la.. berjam nk perabis.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kalau tengok CD dulu boleh berenti break makan, solat, pastu baru sambung balik

      Delete
  10. dah tu je yg paling org suka tgk dari dulu hehehe... anak sedara sy (umur 7 thn) dtg beraya aritu. kat tv tgh tayang kabhi kushi...dia ckp...asik2 cerita ni. x de cerita lain ke? hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. budak kecik pun tahu ye

      Delete
    2. dah raya deepavali cite ni. cny cite ni. raya fitri cite ni. tu tak kira sabtu ahad pun cite ni juga... sapa tak bengang? hahahaha

      Delete
  11. Patutlah nampak orang post kat Fb pasal ni - raya Aidilfitri tapi tayang citer Hindustan. Berulang yang sama pulak.

    Rumah akak ni takde tv, jadi kalau balik kampung pun tak pandang tv. Itu yang tak tau hal semasa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya tayang cerita hindustan ni benda biasa kot kak Ujie sebab yang di Malaysia ni, yg minat hindustan kaum Melayu, bukan India

      Delete
  12. Filem SRK yang paling saya suka ialah Devdas. Scene dia meninggal & Aishwarya tak sempat nak jumpa dia memang menangis2 saya dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya..Devdas memang sedih. walaupun watak Dev sedikit a****le tapi kesian jugak tengoknya

      Delete
  13. banyak kot filem lakonan SRK tp asyik ulang yg sama setiap tahun. cuba tanya TV3 hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja Media Prima ni tak berani lah nak komplen banyak-banyak kat TV3. hihi

      Delete
  14. jab tak hai jaan tu selalu je tayang kat astro haha. tapi kalau ikutkan bosan dah tengok movie hindi dekat tv, itu je dok ulang. nasib baik lah sekarang dah ada netflix

    ReplyDelete
  15. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge pun sedap. Sedih woo

    ReplyDelete
    Replies
    1. DDLJ ni yg paling best, kenapa tv x nak tayang dah sekarang....DDLJ ni masih ditayangkan di india setiap hari...semua lagu dan scene dia sgt best.

      Delete
  16. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

    ReplyDelete
  17. rasanya setiap tahun 2-3x ulang main ceta tu kan? mslhnya kita pn layan jugak... tp betollah byk lg ceta hindustan yg best²

    ReplyDelete
  18. tak habis tengok mohabbatein...yg lain2 x pernah tengok..

    SRK hero hindustan pojaan hati rakyat malaysia (yg minat hindustan), sampai dapat anugerah datuk...hehe..

    ReplyDelete
  19. semua cerita yang awak listkan tu ammi tak pernah tgk kecuali mohabatein.. KKKG & KKHH tu beratus kali dah tengok. tp asal tengok je nak nangis..

    ReplyDelete
  20. Mohabbatain tu suka sebab lagu dia sedap dan suka dengan couple 3 orang tu.

    ReplyDelete
  21. Entahlah kan, asyik asyik yang sama je. Cerita bollywood ni raya apapun tetap ada ditayangkan. Semua yang Sal listkan saya tak pernah tengok rasanya kecuali Mohabbatein tu.

    ReplyDelete
  22. Rupanya ananda Sal hobi nonton film. Kebanyakan anak muda memang senang nonton film. Kalau sudah tua malas. Terlebih kalau filmnya bersambung.

    ReplyDelete
  23. Mohabbatein..yes, lagu dia semua best2....KKKG - the only cita hindustan yg tgk wayang ngan kawan2..sebelum masuk shift keja ptg, sakan nangis sampai kawan2 gelak kan.. he he he...

    ReplyDelete
  24. kalau filem Hindustan mesti jalan cerita best2.. tapi part nyanyi2 tak blh blah..ahahah

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah