Pergi Ipoh nak jalan-jalan, Ipoh hujan

Monday, 13 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Ingat tak dalam entry Review Hotel Cititel Express, aku ada mention yang aku bersyukur sangat kitorang pilih hotel yang selesa, wifi laju dan ada banyak pilihan movie untuk ditonton. Sebabnya bila bercuti selalu terjadi perkara di luar perancangan. Contohnya hujan. Bukan hujan sikit-sikit tapi hujan lebat!

Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1


Masa kitorang check in pukul 3 lebih, perasan dah langit dah gelap. Tapi ingatkan akan hujan rintik-rintik je. So rilek-rilek mandi, solat, kemas beg dan plan nak cari port tengok bola malam tu sebab ada match. Nampak tak dedikasi aku dan Anies sebagai penyokong Liverpool tegar. Sambil scroll senarai port tengok bola, aku dok tengok luar. Hujan belum ada tanda-tanda nak berhenti. Rileks dulu, buat kopi dan makan biskut sambil tengok TV.


Satu yang aku puji Cititel ni adalah bilik dia soundproof. Punyalah lebat hujan kat luar tapi tak dengar pun walau sikit. Keje aku dok mengintai keluar tingkap kalau-kalau hujan berhenti. Risau jugak tengok air sungai macam nak melimpah. Paranoid aku kalau-kalau air naik sampai kena evacuate hotel. Nasib baik Anies jenis tenang. Kalau dia pun kalut macam aku mau siap-siap packing beg dah. Entah apa-apa lah aku. Hotel 13 tingkat kot, bukan boathouse.

Menjelang Maghrib aku dah start lapar. Hujan makin lebat. Aku suggest kat Anies order GrabFood je walaupun tak sampai hati nak mintak rider redah hujan. Kitorang sepakat nak bagi tips. So order lah dari 2 kedai yang dekat dengan hotel. Agaknya ada seorang je rider aktif waktu tu. Turns out dua-dua order pun dia yang hantar. 

Plan asal nak makan Mi Daud Mat Jasak di Jalan Dato' Onn Jaafar , jadi orderlah via Grab. Kami order Mi Kicap. Satu Mi Wantan, satu lagi Mi Kuning. Harga RM 7 each. Sedap makan panas-panas. Portion besar dan takdelah pedas sangat. Rasa not bad. Tengah lapar, hujan pulak tu dapat mi berkuah campur kicap dan sambal memang layan. Boleh fahamlah kenapa kedai ni selalu tersenarai dalam cadangan tempat makan best di Ipoh.




So, takkanlah nak makan mi kicap je. Top up lah sikit nak mengunyah sambil layan bola nanti. Time ni dah pasghah itu menyeghah yang hujan akan berhenti. Tengok match di handphone jelah sebab TV takde channel sukan. Nasib baik WiFi laju.

Second order dari kedai hipster : Wharong Cafe. Kedai ni pun dekat je dengan hotel. Tak silap aku rider fee RM1.00 je. Murah betul.


Cheezy Meatballs 6 pieces. RM 8. OK yang ni sedap tapi aku lebih berkenan mash potato yang dia bagi sekali tu. Licin kitorang habiskan.


Tortila Wharong : satu set RM9.90. Ini Anies terlebih order. Rupanya satu set tu dapat 2. Dah banyak tiba-tiba. Nasib baik bilik sejuk. Esoknya tengok tak basi lagi so buat menu breakfast. 

Malam tu kami tidur dalam kekecewaan. Bukan kecewa sebab Liverpool sekadar seri dengan Brighton tapi frust sebab terkurung dalam bilik je sebab hujan lebat. Kalau pengantin baru yelah syok. Hahaha. Nasib baik kenyang.

Begitulah kisah datang Ipoh nak jalan-jalan, Ipoh hujan. Nasib baik hotel best. Takdelah bosan. 

So..korang rasa esok paginya hujan lagi ke mentari muncul lagi? Nak tahu tunggulah next entry ye. Thanks for reading!

35 comments

  1. Tak boleh nak buat apa kalau bercuti time musim hujan kan...akak lagi best..konon- konon stress, staycation dari Jumaat sampai Ahad sensorang..mati kutu..bukan hilang stress, lagi melampau stress, janji jumpa kawan..lepas sorang2 x dpt datang last minute...berhuhu la layan tido..movie...tido lagi...sampai lebam

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah staycation sorang-sorang. ok jugaklah maybe sebab ah biasa

      Delete
  2. Rajin Sal turun Ipoh yer. Nanti kalau ada datang, roger2 lah akak. Ada jugak geng outing sesama Blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. takdelah kak. ini entry bercuti ke Ipoh bulan lepas. Tak habis-habis menaipnya. Next time saya ke Ipoh, Insha Allah saya roger

      Delete
  3. Hehe ada internet laju. Oh kalau ada siaran sukan Astro di tv lagi bagus.
    Dua-dua mi nampak sama pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi wantan tu halus sikit dari mi kuning biasa

      Delete
  4. Ada hikmahnya, baru rehat betul, makan makanan sedap dalam bilik sambil tonton tv,nampak sedap mee kuah campur kicap tu. Rider yang sama ye.. memang sorang je yang sanggup redah hujan waktu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni nak dekat Deepavali. Rider tu bangsa India. Maybe nak cari duit poket lebih menjelang raya

      Delete
  5. sedap-sedap nampak makanan tu. rezeki juga hujan tu dapat lepak dan makan-makan sedap dalam bilik,cumanya nak berjalan-jalan tak dapatlah untuk hari tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah. Tapi ada juga makanan cuma tak boleh dine in. Layan movie dan internet je buat hilang bosan

      Delete
  6. Kalau hujan memang terbatal la segala aktiviti yg dirancang

    ReplyDelete
  7. so sala..cuti2 dalam hotel jer la yer..hihi

    ReplyDelete
  8. Alahaiiii siannya.Mereput le dalam bilik. Mee mat jasak sedap. Akak paling suka taugeh ipoh. Rangup dan cruncy gitu. Krup krap krup krap makan. Sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak suka taugeh. Semua pass kat Anies. Haha

      Delete
  9. Lain kali kena tenguk ramalan cuaca dulu kut kalau nak kemana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang musim hujan masa ni. Tapi dah lama tak merayap, redah aje

      Delete
  10. mai la turun alor setar. dah dekat tiga minggu tak hujan, dah habis musim hujan kot belah sini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada sedara kat Kedah cakap utara tengah kemarau

      Delete
  11. mana ko tau pengantin baru syok twrperap dlm bilik je masa hujan2 gituu.. misti ko sslalu tgk cifer tamil khannnns.. ciksal kann πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman peribadi. Dah jangan tanya lagi

      Delete
    2. wahhhhhh (ini kata seru ye bukan kata tanye) πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
    3. hahahahha suka tenguk wak gaduh dengan sal. hah gaduh lagi wak

      Delete
  12. Wow makanan semua menarik 😘😘 Melaka pun ujan cik Sal🌧️🌧️

    ReplyDelete
  13. Takpe hujan rahmat tu. Mungkin ada sebab tertentu yang tak dapat keluar jalan-jalan waktu tu.

    ReplyDelete
  14. kelate ni pun tgh hujan lebat. x de mood nak ke mana2. baik diam2 dlm umah je.

    ReplyDelete
  15. frust tu cfrm frust kan sebab pi tpt org mmg nak jejln tapi ni hujan mmg nasib baik lah hotel baik punya

    ReplyDelete
  16. Plan A tak menjadi, plan B lepak kat bilik pun okaylah menjamu selera dan tengok game. harga makanan masih berpatutan dan delivery fee pun murah.
    Saya pun bercuti hujan renyai pun takleh nak buat apa. Inikan hujan lebat. Boleh repeat lagi stay sini kalau best.

    ReplyDelete
  17. Huhuhu I can feel you. Baru-baru ni akak gi bercuti pun banyak duduk dalam bilik layan movie lepas tu ulang alik turun pergi restoran untuk refill perut. Cuaca tak cantik tak syok jalan-jalan.

    ReplyDelete
  18. sib baik le ari tu, akak dok kat lexis pd.
    ada pool dlm bilik, Sal.
    hujan hujan pon anak akak dok swimming.
    lega la... if not, mahu meronta-ronta bosan diorang.

    ReplyDelete
  19. Ala kesian.. nak buat mcm mana musim ujan dah ni sal

    ReplyDelete
  20. Apa boleh buat kan Sal. Hujan sana hujan sini, walaupun hujan renyai tetap rasa tak selesa kalau berada di luar rumah. Nak tarik selimut sepanjang waktu pun rasanya tambah bosan sebab dah tak tahu nak mimpi apa...ahaks!

    ReplyDelete
  21. Sedap meatball tu. Nampak juicy. Surrr mkn hujan2. Hotel cititel mmg best kalau menginap time hujan, tak ganggu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah