Dah nak masuk 2022, ada lagi ke orang baca blog?

Monday 27 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Kebanyakan blogger akan mulakan entry dengan ayat "Maaf lama tak update blog". Tapi kenapa kena mintak maaf? Bukannya reader bayar kita untuk tulis entry baru pun. Lol

Mintak maaf tu sebenarnya untuk diri sendiri. Sebab busy dengan entah apa-apa sampai tak dapat nak bahagi masa. 

Kalaulah badan ni boleh dibelah-belah, dibahagi sini sana agar dapat tunaikan tanggungjawab. Tanggungjawab kepada keluarga, kepada kawan, kepada tempat kerja dan yang paling wajib sebagai hamba-Nya. Terasa diri ini tak cukup usaha, patutnya boleh bagi lebih lagi namun aku sedar kudrat sendiri tidaklah sekuat mana. 

Kadang-kadang aku tidak adil pada fizikal . Kerana aku ketagih pada kesibukan. Aku perlu sibuk agar mental aku tenang. Tak buat sebarang aktiviti akan mendatangkan perasaan gelisah seolah-olah diri aku seorang yang tak berguna kerana hanya berehat-rehat sahaja.



Berbalik pada tajuk entri. Aku ada mention dalam entry lepas yang aku kononnya nak ikut kawan aku pergi bercuti (tapi tak jadi sebab tempat kami nak pergi tu tanah runtuh). So diorang add aku dalam group wasap holiday diorang tu so if ada apa-apa boleh update each other. Suddenly one of them cakap yang dia pembaca blog aku. Aku refer dia as 'L' jelah ye. 

L adalah kawan kepada kawan aku, so aku tak kenal dia. L juga bukan blogger. Terharu kejap aku. Ingatkan tahun 2021 ni orang tak baca blog dah. Lainlah kita yang memang blogger ni. Memang kat sini lah tempat lepak bila ada masa lapang. Certain blogger, termasuk aku, tak aktif social media lain pun kecuali blog. So ye, kita ada circle kita sendiri dan aku gembira berada dalam circle tersebut walaupun kadang-kadang nampak macam aku syok sendiri. Hahaha.

Bila difikir balik, entah ye entah tidak usaha aku sorok blog aku dari famili dan kawan-kawan ni berjaya. Entah-entah ramai je orang yang kenal aku in real life sedang baca entry aku. Damn, this blog is supposed to be my alter ego, my secret identity. Tapi itulah. Ibarat Superman yang menyorok di balik spek mata Clark Kent. Penyamaran yang hambar.

Bulan ni pageview menurun tapi Adsense naik sikit. Bolehlah buat pemangkin semangat nak blogging.

Itu sahaja yang sempat dicoretkan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Terima kasih sudi membaca.

42 comments

  1. Selalunya konten blog dicipta untuk kongsi pengalaman tapi medsos selalunya digunakan sebagai tempat kongsi perasaan. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga terlajak kongsi perasaan di blog. Tu yang segan kalau kawan in real life baca. Kawan in blog tak apa sebab strangers

      Delete
  2. yes. akak merupakan salah seorang yg ber jiwa blog.
    lain social medium, akak tak aktif. love blogging.
    write. read. best!

    sama la. akak pun tak hebahkan link blog ni kpd friends & families in real life tau.
    ofismet tau pun sebab diorang search and found blog akak.
    wife kpd ofismet husband pun ada yg jadik silent reader akak, sal.
    pernah satu function di ofis husband.
    2 of them dtg ke akak and bertanya, "knape lama tak update blog?"
    surprised nya!!! happy. tapi segan skit :) ha ha ha ah ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. I know how it feels. Nak buat cmane kan, blog ni bukan macam IG or FB, boleh controll siapa yang kita nak or tak nak baca. Anyone boleh jumpa, lagi-lagi kalau entry yang SEO friendly

      Delete
  3. Hehe segankan orang kenal di alam nyata baca blog kita.
    Akak tiada sembunyi sangat cuma yang baca tidak beritahu dia baca blog di alam nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga seorang kawan satu opis dan seorang cousin bagitau dia baca blog saya. Segan jugak. Puncanya saya berahsia sebab dulu ada orang yang saya kenal cakap blog saya takdelah best sangat. Jadi malu nak expose

      Delete
  4. Eh member kita yang dah lost ctc baru2 ni call.... Bila dia baca kisah sedih kat blog kita. terkejut wak... sbb tak sangka dia baca blog kita. Rupanya dia ckp mmg dia mengikuti je kisah kita selama ni... Adoii terharu betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Rasa terharu bila tau ada orang silently baca blog kita. Bukan baca sikit-sikit tapi follow. Cuma kita tak tau sebab dia takde akaun blogger

      Delete
  5. ye, ciksun pun banyak benor entri akhir2 ni yang bermula dengan "maaf da lama tak update blog" hahahahha!

    ReplyDelete
  6. Kalau minta maaf lambat blogwalking dan balas komen aci tak? 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terpulanglah kak. tapi pada pendapat saya no one owes anyone anything here. kalau dia komen ikhlas, dia tak harapkan balasan. just courtesy jelah kita as blogger

      Delete
  7. Akak pun lebih kurang sama macam Sal. Lebih banyak muncul di blog berbanding media sosial. Ada media sosial macam hidup segan mati tak mahu. Orang komen status hari ni, bulan depan bila masuk balik baru akak balas 😝

    Wah, bestnya ramai orang baca blog dia! Bila orang confront dan mengaku depan-depan mesti terharu kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah ramai. Terharu ada, segan pun ada. Sebab kadang-kadang kita merepek kan. Paling tak suka kalau kantoi dengan member satu opis

      Delete
  8. saya sejenis jarang guna ayat tu kot walaupun lama tak update kadang. Blog masih relevant lagi dimasa masa akan datang. Sampai bila tak tahu lah. Haa yeee Sal, nak sorok memang tak dapat nak sorok. Ada je stalker. Tiba tiba jumpa tahu kisah kita. Hadoiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah stalker pun, tapi dah orang terjumpa, nak buat cmane kan. Blog masih relevan kalau orang tu suka membaca

      Delete
  9. Siapakah gerangan L tu :) betul tu perlu pengurusan masa juga berblog.. atau apa-apa aktiviti pun kan.. InshaAllah urusan Sal dipermudahkan dan berjaya. Aameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mintak izin L kalau nak dedahkan identiti dia kat blog ni. Doa yang sama untuk sis jugak. Amin

      Delete
  10. jamni org main instagram, tiktok, youtube jeew.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lagi suka visual dari membaca. kalau saya cantik saya pun main Insta dan bukan blogging. huhu

      Delete
  11. Pageview saya juga menurun ananda Sal. Terutama seminggu terakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung tahun ramai yang sibuk agaknya. lagi pula macam di Malaysia sekarang cuti sekolah

      Delete
  12. Alhamdulillah walau busy sgt masih mampu tulis2 blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih diberi masa dan dipanjangkan umur kan kak PI

      Delete
  13. Kejap jew dah nak habis setahun 🤓🤓 see for next year 2022... Kita baca blog lagi🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger memang akan masih baca blog. non blogger yang sukar dijangka. haha

      Delete
  14. Hehehee... faham maksud Sal tu kita ni ada pelbagai watak tersembunyi.
    Lebih bebas di alam blog dari di alam socmed gittewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. betul. sebab kebanyakan yang baca blog kita ni stranger. kadang-kadang teremosi bila menaip, tapi tak risau ada yang terasa hati. kalau FB kang takut ada yang sentap pulak. dah susah nak layan orang merajuk

      Delete
  15. Pada mama.vlog ni utk diri sendiri. So selago minat nak mencoret selagi tu la blog akan hidup. Opkos la blog masih releven

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama. Kadang-kadang mencoret untuk buat kenangan pada diri sendiri. selagi ada blogger, selagi itu blog relevan kan

      Delete
    2. betul sal so blog akan relevan sampai bila2

      Delete
  16. hahaha sama lah kita kalau duduk saja rasa useless gila. Kalau terlepas update mulalah sasau. Bab orang baca tu kalau tengok stats saya, bersepah yang baca lagi haha so tak bolehlah kak sal nak menyorok, esok lusa jumpa lah tu

    ReplyDelete
  17. kt blog boleh tulis panjang2, ibarat diari kehidupan....samalah, tak aktif kt medsos yg lain..masuk fb, utk like post kawan2..hehe..

    ReplyDelete
  18. Minta maaf kat diri sendiri sbb dh byr duit domain blog pstu tak menulis... Dah kenapa kan?

    ReplyDelete
  19. Salam, naa ni L sudah muncul. Tak pelik pun baca Blog walau zaman bila pun.Bagiku blog adalah tempat cari maklumat travelling experience, food experience, sejarah & politik. Mungkin faktor generasi sikit sebanyak kot mempengaruhi.. Geng lahir 90an ke atas kebanyakkan dah didedah dgn soc med baru. Pernah open blog account tahun 2007 waktu belajar tapi dah delete. Sebab dah mula nak kerja time 2009. The attention has been diverted..lol..Anyway teruskan menulis blog ya Sal, ramai menanti penulisan anda..pengalaman penulis blog sangat bermanfaat bagi kami penggemar membaca blog. Cheers ^_^

    ReplyDelete
  20. Kak Amie pun selalu minta maaf pada diri sendiri sebab ada kalanya dapur terbiar tak berasap... kah!
    Samalah dengan Kak Amie. PV turun, Disember tak banyak buat entri. USD naik pula.

    ReplyDelete
  21. Dolu2 suka menulis dalam diari uantuk simpanan dan bacaan diri sendiri. Jadi bila terjebak dalam blog kadang kita macam nak menulis untuk meluahkan rasa tapi bila ramai yang baca opss kena tapis juga ayat yang kita tulis. Tapi sebenarnya blog rancak masa tu blogdrive. Kenal ramai penulis melalui medium tersebut sebab depa rajin menulis cerita dan ahkak pula memang minat membaca novel. Dari situ mulanya perkanalan dari tak kenal jadi kenal dan seterusnya menjadi kawan. Tapi la ni sejak ada FB dan medium sosial yang baru...blog jadi terbiar dan menjadi kureng orang nak baca. Tapi pada ahkak kalau kita suka menulis ok je dalam blog cuma kadang nak menulis tu sekejap ada idea sekajap idea lari...hehehehe kena kejar idea ni. Salute kalau orang boleh rajin menulis hari-hari.

    ReplyDelete
  22. sama....saya pun, lama x update mesti teringat2 jer...but what to do, kena la settle kan mana yg lebih penting. and yes..blog ni mcm our personal diary..tempat nak share apa yg kita rasa, letak gambar2 utk kenangan di masa depan plus dpt kenal ramai sgt kawan merata2...ada yg langsung x pernah jumpa but we do comment to each other..mcm rapat sgt. best! and ada yg kita jumpa & mesra sgt...alhamdulillah..kann. next month 13 tahun dah my blog.... love love love!!!

    ReplyDelete
  23. Bila masing2 busy dgn commitment maka dunia blog perlahan2 ditinggalkan. Nina kalau boleh nk bahagi bdn jugak hahahaa.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah