Jalan-jalan KL : Museum of Illusion

Tuesday 21 April 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Sape sini rindu nak jalan-jalan bersama family and kawan-kawan sila angkat tangan! Amboi tu dia ramainya. Aku pun rindu jugak tapi buat masa ni tahan jela keinginan tu.

Sambil-sambil WFH ni aku pun clear la memori hp. Banyak betul gambar ex tak delete lagi lama yang aku tak buat entry lagi. So jom kita throwback suatu masa yang lalu Anies belanja aku gi Museum of Illusion 2 tahun lepas.

Masa pergi ni birthday dia, tapi tiket masuk dia yang belanja. Ish ish tak patut betul

Aku pun masa Anies ajak baru tau ada tempat ni. Ko ingat kat Melaka ngan Penang je ada? KL pun ada lah. MOI ni terletak di Ansa Hotel, Bukit Bintang. Antara Farenheit 88 dan Lot 10. If nak datang naik public transport, naik MRT berhenti di stesen Bukit Bintang.

Waktu operasi dan harga tiket

Jom tengok apa ada kat dalam..

Badan hilang tinggal kepala je

Berbeza dengan kebanyakan muzium 'trick eye' lain, MOI ni bukan tempat untuk tangkap gambar sangat. Kebanyakan exhibit yang dipamerkan ada penjelasan sains dan matematik. Sambil layan mata sampai juling boleh belajar konsep sains contohnya sudut, pantulan cahaya, ilusi optik dan pembiasan. Ha gitu..


 Kaleidoskop. Teringat dulu zaman sekolah pernah buat pakai tube tisu dan plat cermin

Infinity mirror

 Korang mesti tau kan ni sape?

 Tak sengal tak sah pompuan ni

 Tolong! Kami sesat!

Bergaduh pasal bola sampai macam ni

Actually banyak lagi gambar tapi aku malas la nak tunjuk semua nanti tak surprise. Kalau nak tau apa ada dalam ni korang kena gi sendiri. Sepanjang PKP ni, MOI tutup. Boleh lawat laman web rasmi untuk info ye.

Thanks for reading!

33 comments

  1. Menarik..ada tmpt lain yg boleh gi selain shopping complex kt Bukit Bintang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak benda berfaedah kat bukit bintang ni. Hehe

      Delete
  2. BOLEH BERILUSI KAT MUZIUM NI BAGUS JUGA SAMBIL TIMBA ILMU

    ReplyDelete
  3. hahaha.. gambar last tu yang dasyat..
    Kalau budak minat sains dan teknologi mesti suka datang muzium nie.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak minat sains mesti akan spend masa dia lama kat area toys and puzzle uji minda

      Delete
  4. 2 tahun lepas? Lama lempar belakang.
    Suka ilusi seorang tinggi seorang rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saja korek2 gambar lama. Dah baru2 ni duduk rumah je. Mana ada benda nak cerita

      Delete
    2. Dah follow. Senang tengok dashboard :) Selalu memang akan hafal blog dilawati sebab ikut mobile version, jadi butang follow tak nampak. Tapi ni buka web version. Selamat berpuasa Sal.

      Delete
  5. kak ana pun pernah sampai sini, memang seronok bermain dengan ilusi kan Sal :)

    ReplyDelete
  6. lepas PKP lah baru boleh pergi. rindu juga nak jalan jalan keluar ambil angin luar cuci mata..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dp Fiza tu terasa rindu angin pantai pulak

      Delete
    2. Pantai lagilah rindu sebab kita suka tengok pantai...tenang je rasa.

      Delete
  7. Macam tak banyak prubahan tempat ni.

    ReplyDelete
  8. dua tahun akak simpan gambar2 ni ? tudiaaa haih..
    hehe sbenarnya mmg bnyk je gambar2 dalam fon tnggu turn nak buat entry tapi asyik tunda hehe..

    bila kita pulak nak pegi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Akak kan pernah hilang dari blogging sekejap. So ni nak tebus balik. Habis PKP nanti kita pergi ye. Jalan2 cari makan

      Delete
  9. Bestnya.... dah bolehlah masuk dalam bucket list ^^

    ReplyDelete
  10. Lama dah tu 2 tahun lepas. Tapi nampak menarik tempat dia. Mesti sekarang dah ada banyak benda baru dieorang upgrade kan

    ReplyDelete
  11. wah tak tahu pun padahal tahun lepas ada buat bengkel kat area Bukit Bintang yang terus terjebak pi ke pavilion. emm kena tanda ni boleh ajak geng tapi tiket mahal lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal mungkin sebab kat area bukit bintang

      Delete
  12. muzium ni tahun lepas sepatutnya pergi tapi tak pergi2 jugak akhirnya...takpe lah, tahun depan lah pulak..tunggu covid reda selepas setahun...huhuhuhu

    sal, contact form kat blog sal bawah tu boleh tukar dengan contact form blogger punya tak? sebab dia tiap kali kita masuk blog sal atau bukak entri2 blog sal, dia akan direct terus ke contact form tu..jenuh jugak ke bawah terus bila nak baca entri...huhu

    ReplyDelete
  13. berjaman punya gambar... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Birthday tahun ni nak gi mana plak? Hehe

      Delete
  14. sekarang ni rindu nak jln2 dgn anies. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haih tulah. Kalau tak kerana Covid kitorang siap dah plan nak jadi wedding crasher Nina. Haha

      Delete
    2. hahaha.. kenduri pun tak boleh buat. tunggu kenduri aqiqah ke kenduri lain.

      Delete
    3. Amin.. Moga cepat dapat baby

      Delete
    4. boleh panggil makcik SAL. hahah

      Delete
    5. Lama dah jadi makcik, boleh jadi nenek dah. Haha

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah