Sonata Salji di Jeju - Part 10

Monday, 28 October 2019

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ke lima di Jeju, merangkap hari terakhir bersama Jeju Muslim Travel (JMT). Pagi-pagi dah kemas beg untuk check out dari Champion Hotel. Lepas breakfast, angkut beg masuk kereta. Pagi ni kami dah tak bersama Ann dah, tapi Kina, owner JMT sendiri yang bawak kitorang jalan-jalan. Tak banyak lokasi pun yang kami pergi hari ke lima ni ni.

Destinasi pertama adalah Yongduam Rock

Nama omputihnya adalah Dragon Head Rock

 Kak long kawasan. Haip, mata pandang mana tu???

Ada rupa kepala naga tak?

Boleh turun kalau nak, tapi kena hati-hati

Kalau korang travel sendiri, nak skip tempat ni pun takpe. Pendapat aku lah. Next kami ke Yongyeon Pond. Dekat je dengan Yongduam Rock.

View dari atas jambatan gantung

 Posing 'Entahlah Nak' 


Kitorang spend masa sekejap je kat sini sebab dah habis dah 'kontrak' dengan JMT. Habis adakah kami pulang atau ke tempat lain? Jawapannya none of the above. Kitorang terpaksa sambung stay dekat Jeju sebab Sabtu dan Ahad takde tiket flight balik Malaysia. Cadangnya nak ke kawasan lain dalam Korea macam Seoul ke Busan ke tapi tiket flight+accommodation terlalu mahal. Tu belum campur tiket balik KL lagi. So lepas Siti buat calculation, extend stay di Jeju lebih jimat. Cuma terpaksa jalan sendir tanpa bantuan JMT. Ha..mampu ke nak survive sendiri ni? Nervous jugak aku dibuatnya.

Nasib baik Kina hantar kitorang ke Hyundai Hotel, yang Siti book sendiri melalui booking.com. Agak mencabar nak cari hotel tu sebab Kina tak tahu. GPS pun bawak kitorang entah ke ceruk mana. Last-last kitorang call hotel. Sib baik la Kina dengan Siti pandai cakap Korea sikit-sikit. Last-last jumpa jugak lepas tanya orang.

 Inilah bilik kami. Selesa sangat untuk 5 orang. 

 View dari bilik

Once dah settle down, kami lunch makanan yang sempat ditapau dari restoran berdekatan. Kina yang call dan order, pastu collect on the way ke hotel. Lepas makan rasa macam jemu pulak nak melepak bilik so start la google tempat menarik yang berhampiran. Itinerary tu ada, tapi untuk hari esoknya. In the and, aku, Kak Husna n Siti je yang keluar.

Tangkap gambar signboard hotel. Kotla sesat masa nak balik, tunjuk je gambar ni untuk tanya arah

 Hotel ni sederhana je dari luar

 Nak pergi tempat shopping orang kaya, kenalah naik teksi. Hohoho




Shoppers yang memenuhkan mall ni kebanyakannya orang China. Aku pun pelik kenapa datang sejauh itu untuk shopping sedangkan di China atau Hong Kong lebih banyak pilihan dan harga yang entah-entah lagi murah. Tasha The Shila ni ada banyak tingkat yang menempatkan handbag, pakaian dan aksesori berjenama. Kami hanya mencuci mata. Tidak berniat mencuci poket sebab bukan itu tujuan kami datang ke Jeju.

Bosan tengok mall, kitorang turun untuk melihat sekeliling. Jalan nak balik main ingat-ingat lupa je




 Leka membelek bus stop yang interaktif. Boleh nampak route bas yang lalu kat situ

Other than that, kitorang kagum sebab bas dia on time. Kalau kata 8 minit, memang 8 minit sampai. KL pun sekarang tengah menuju teknologi ni tapi tak semua bus stop ada.


 Look ma, I'm in Korea!

 Berhadapan hotel kitorang stay ni ada kedai GS25. Macam 7Eleven la kekdahnya

Lauk masih banyak so kami beli nasi ready to eat macam ni jelah. Sambil tu boleh makan dengan bekal tuna dan serundung.

Lepas maghrib tetibe rasa macam bosan. Jeju ni takdelah meriah mana. Senyap aje. Siti ajak aku keluar tapi malangnya The Makciks tak bagi kebenaran. So apa boleh buat. Pejam mata dan masuk beradu sambil menonton KPop di TV.

Tapi takpe, esok pagi nak jalan lagi. So, standby tenaga siap-siap.

Hari ke enam ke mana kita? Tunggu next entry ye. Thanks for reading!

25 comments

  1. entah kenapa teringat bus stop kat Macau hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bus stop kat macam ada yang best. yang sendu pun banyak jugak.haha

      Delete
  2. Kak Long kawasan tu menonjol betul..otomatik tengok yg tu..hehehe...

    rakyat china & duty-free berpisah tiada..sbb kt China byk tak ori..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..biasalah diorang kan.kalau yang kaya gila, gi mana-mana pun shopping

      Delete
  3. sunyi rasa tak seronok pula. jalan-jalan melihat alam je lah. tapi suka betul tengok seaview tu. mahu termenung duduk situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik jugak. kami dok termenung fikir mana nak pergi 2 hari tanpa JMT

      Delete
  4. Tumpang cuci mata je.. nak travel macam ni entah bila tak sibuknya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa...menulis entry ni pun untuk tujuan berkongsi gambar dan kisah suka duka

      Delete
  5. Alahai sunyi rupanya Jeju ni ya maybe kat pantai je yang tak sunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis yang suka travel ke tempat yang kurang sesak, memang sesuai ke Jeju

      Delete
  6. alhamdulillah ok jugak tu dapat melawat ke tempat orang. kalau kat seoul, mau sibuk nau-nau jadi nya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pergi seoul. Tapi jeju agak tenang dan tak berapa sibuk dengan manusia

      Delete
  7. wahhh shopping orang kaya nampaknya SAL, hehe korea ni memang pilihan ramai rakyat malaysia sekarang ni kan :) cantik2 tempat depa ni kan SAL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat kitorang pergi ramai yang shopping orang China. Orang Malaysia cam kamicuci mata je. baik shopping di Bandung. Hehe

      Delete
  8. The Makciksssss memang !! hahaha tapi dalam ketidak puasan hati tu terlena nyenyak juga kita. awal juga tidur that night sebab rasanya energy kita pun dah liplap liplap dah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sebenarnya dah penat.Tapi degil jugak tu nak merayap. Last2 akur cakap orang tua

      Delete
  9. the makciks tu memey potong stim je kannns.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apalah..nama pun travel ngan orang tua

      Delete
  10. Adoi.. seksinya kak long kawasan.. hahaha..
    Tak nampak macam naga pun..
    Mudah nya dengan nasi ready to eat.. yang penting ada lauknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak long je boleh seksi. orang lain kalau seksi nanti naga telan

      Delete
    2. Hahaha.. naga kasi can dekat kak long je ye..

      Delete
  11. Cantik posing entahlah nak Tu..

    ReplyDelete
  12. Bestnya jalan jalan tempat orang. Boleh kenal adat budaya orang sana dan luhat keindahan alam.. Teringin juga nak pergi sana

    ReplyDelete
  13. PANDORA !! hahaha.. mungkin org china yg shopping kt jeju nk have2 kot. tak pun personal shopper sbb byk choice. kemain patung seksi. kt taiwan pun bersepah. hahha

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah