If you can't fix it with duct tape, then you are not using enough duct tape
Assalamualaikum dan hai semua. Mashaallah lamanya tak update blog. Dari musim raya membawa ke musim bola sampai ke musim durian. Ingat nak sambung cerita travel tapi keadaan tak mengizinkan so mari buat movie review.
Last week aku tengok filem ni. Faktor utama menonton filem ni adalah The Rock. Hahaha. Lagipun aku suka genre action thriller campur a bit of elemen kekeluargaan.
Skyscraper mengisahkan Will Sawyer (Dwayne Johnson aka The Rock) seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai penganalisis keselamatan bangunan tinggi. Tugasan terbaru beliau adalah menguji sistem keselamatan 'The Pearl' milik usahawan Hong Kong, Chin Han (Zhao Long). The Pearl, pencakar langit tertinggi dunia dikatakan bangunan paling canggih dan selamat ; telah terbakar secara tiba-tiba. Will Sawyer telah dituduh menjadi dalang kebakaran tersebut tetapi beliau tidak boleh lari kerana ahli keluarga beliau iaitu isteri (Neve Campbell) dan sepasang anak kembarnya terperangkap dalam The Pearl.
So nak tau berjaya ke tidak Will Sawyer selamatkan keluarga dia dan siapakah dalang sebenar kebakaran tu korang kenalah tengok filem ni. Best. Serius aku tak tipu. Banyak letupan, aksi dan scene yang buatkan korang gayat.
Aku suka plot twist dia walaupun awal-awal cerita dah boleh detect siapa musuh dalam selimut. Ending dia jelah simple sangat tapi babak-babak lain dah disusun cantik so boleh abaikan je minor defect tu. So..rekemen ke idok? Highly! Sila tonton please.
OKlah, thanks for reading!
p/s: Bangunan terbakar panggil bomba, hati terbakar nak panggil siapa?
hati terbkar kita siram dgn aiskrim or ais kacang, hiks..
ReplyDeletetgk thriller dia boleh tahan mcm best hah..
ha..idea menarik. hati terbakar makan aiskrim ke cendol ke, sejuklah dia
Deleteko dgn the rock mmg x leh di pisah kan hahahaha... eh byk tanya laa plak... hati dah terbakar, pdm laa sendiri mengada2 hahahaha
ReplyDeletemoga hati tak terbakar dengan liverpool season ni. hehehe
Deletehari tu en.laki kita ada ajak nengok citer ni.. sampai ke sudah tak dating2.. comfim tggu kat astro first je laaa hahahaa
ReplyDelete'hati terbakar nak panggil sape'
ReplyDeletepanggil laa zul arippin hhahahaa
zul aripin dah ada makwe. tak naklah. hahaha
Deletelast weekend layan antman.
ReplyDeleteberkira-kira mana nak tgk.
anak-anak vote utk antman, sal :)
hati terbakar, makan mcflurry durian mcD :) hi hi hi hi
antman pun best jugak
Deletenak tgk tp xde kesempatan lagi. aduiiii
ReplyDeletetak sempat lagi nk tgok filem ni.. byk jugak filem yg tak sempat sebenarnya :)
ReplyDeletetypical je cerita ni tapi maybe cgi effect dia nampak power betul hehe
ReplyDeleteKAK SAL RINDU SCHAA TAKKKK?
wah..new mom! rindu pun stalk kat twitter jelah. haha
DeleteBoleh tahan best cerita ini.
ReplyDeleteSibuk ye sekarang..saya pun. menulis blog pun kurang.
ReplyDeletetakdelah sibuk sangat..takde mood dan malas menguasai
DeleteTgk movie tak ajak...
ReplyDeletealamak huda..kite gi tengok lepas keje. cmane nak ajak
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletelamanya tak tgk wayang
ReplyDeletebanyak gak citer menarik bulan ni.. dan tengok hotel transylvania je hehe.. yang lain xdak geng nak teman. nak tengok mission impossible =(
ReplyDeleteTengok cite 'Pulang' Siti..cite tu best
DeleteSelamat bersiaran Sal.. Lama LZ tak singgah blog Sal..
ReplyDeleteLZ pun suka cerita lakonan The Rock, banyak unsur kekeluargaan dan action.. Filem ni LZ belum sempat tonton.. Baca dulu review Sal then baru decide nak pi tengok jika ada kesempatan..
Sal pun lama tak update blog n jalan2 blog kawan-kawan. Rindunya lah nak merapu
DeleteOh! skycrapper best ek! bolehlah Mrs. A bagitahu kat kids nak pilih tengok citer ni nanti. Last week tak tahu citer apa nak tengok so terus tak tengok hahaha...
ReplyDeleteHati terbakar takde ubat dipasaran la Sal kena ubati sendiri cia..cia..cia...
hati sendiri, sendiri lah ubat..haha
DeleteTidak ada siapa yang tahubila hati terbakar ?
ReplyDeleteAllah saja yang tahu
Deletekin dah tengok! agak seriau jugak la bila the rock buat aksi2 yang menggayatkan tu. huhu
ReplyDeletetulah, kita yang tengok yang over
DeleteSebelum baca apa apa nak Komen dulu.
ReplyDeleteOh tidakkkk Tak tengok lagi haha
nanti tengoklah..eh jap, cite ni still tayang ke?
DeleteMemang suka semua filem lakonan the rock
ReplyDeleteblogwalking...tengok update terkini
ReplyDeletemaaflah, blog tak berupdate. Huhuhu
Deleteyuuuhuuuuu Kak Sal.. where r yiuuuuu...
ReplyDeleteada ni ha...hahaha
DeleteOhhh rekemen sangat sangatlah ni ek....
ReplyDeleteTp masalahnya hakak bukan suka filem aksi ni Sal... ganas hokey! Mak is romantik hahahaha
Mummy suka the rock tu..Idola! hahaha Badan sasa, jiwa ada taman, lakonan mantap.. baik yg aksi dan mahupun watak bapa.. hahaa best best! kena tgk movie ni..
ReplyDeleteMama baru tgk cierita ni.. kecut perut you
ReplyDeletebelum tengok lagi =_='
ReplyDeletesekarang bomba pon xleh diharap., silap2 6 org bomba terkorban gara2 nk selamatkan hati kamu yg terbakar., eyhh
ReplyDeletehahaha.kalau macam tu, biarlah saya selamatkan hati sendiri
Deletex dan nak tgok movie ni mase dia kua tu..huuuu
ReplyDeletetak tengok lagi filem ini walaupun kita minat the rock.. adakah kita terlupa pasal filem ini.. musykil ini.. hahaha..
ReplyDeletemeh nak tolong padamkan hati yang terbakar tu..