Review : Jurassic World

Thursday, 18 June 2015

Remember, if something chases after you, run..


Aku menonton filem ni di TGV KLCC, sehari sebelum puasa. Sanggup ambil cuti ye. Tengok tayangan pukul 11 pagi, panggung hampir lengang, rasa macam tengok filem B rated yang tak laku. Bulan Ramadhan aku memang tak buat aktiviti lagha macam gi karaoke atau tengok wayang. Bukan nak kata aku baik, tapi aku rasa masa terluang baik diisi dengan aktiviti berfaedah macam mengaji ke, jadi volunteer ke.. Tengok wayang bila-bila masa pun boleh, tapi Ramadhan hanya setahun sekali. Asyik ralit buat dosa, nak jugak sesekali tuai pahala. Insha Allah.

Berbalik pada tajuk entry. Filem ini tentang lawatan dua beradik, Zach (Nick Robinson) dan Gray (Ty Simpkins) ke Taman Tema Jurassic World, di mana ibu saudara diorang, Claire (Bryce Dallas Howard) merupakan salah seorang pegawai operasi kat situ. Saintis-saintis kat taman tema tersebut tengah develop dinosaur baru yang sangat ganas dan Claire terlibat secara langsung dalam projek tersebut. Salah seorang pegawai atasan kat Jurassic World iaitu Mr.Masrani (Irffan Khan) insist supaya Claire dapatkan khidmat nasihat Owen Ridley (Chris Pratt si abang Sado) untuk memantau dinosaur spesis baru bernama Indominus Rex. Keadaan jadi huru-hara bila Indominus Rex sukar dikawal dan terlepas. So, cmane nak tangkap dinosaur ni tanpa merisikokan nyawa lebih 20 ribu pengunjung dan pekerja Jurassic World di atas pulau terpencil Isla Nublar? Jeng jeng jeng...

 Mana hangpa nak lari???

Aku merupakan peminat tegar francais filem Jurassic Park ni. Cuma the second installment, The Lost World aku kurang suka sebab banyak sangat cakap. Jurassic Park 1 dan 3 berkali-kali aku tengok. Lepas tengok Jurassic World ni, bolehlah disimpulkan yang ini merupakan filem Jurassic Park paling best! Probably because of the theme park setting. Lagi ramai orang, lagi kalut, lagi banyak 'lauk' dinosaur boleh pilih. Huhuhuhu. Yelah, nak banding filem pertama tahun 1993 ngan 2015 memanglah tak adil kan. Dinosaur kali ni lebih real, jalan cerita mantap dan senang faham, effect yang sangat menjadi dan cukup elemen ngeri dan ganas. Memang banyak kali aku terkejut, nasib tak terpeluk kawan kat sebelah. Tapi ending diorang tipikal lah, dari filem pertama lagi dok guna idea sama. Insaf lah kononnnya, tapi pastu ada je orang develop pulau dinosaur ni dalam filem seterusnya.  So, harap Jurasic World ni ada sambungan. Tapi mungkin kena tunggu 10 tahun lagi..haha.

Aku suggest korang tengok filem ni. Aku bagi 4 bintang! Tak kisah lah samaada korang follow cerita ni dari filem pertama ke tidak sebab senang je faham. Ah, kalau best sangat Sal, nape tak 5 bintang je? OK, maybe sebab ada part yang aku tak boleh terima macam *spoiler alert, skip ke perenggan seterusnya kalau tak suka spoiler* macam ride bulat Gyroscope yang takde trail dan tak boleh dikawal pekerja theme park. Come on, tak logik! And how come such park takde CCTV? Ending plak macam nak cepat habis. Tetibe plak T-Rex jadi baik, pastu boleh berpakat dengan Velociraptor. Oh, dan sangat tak logik seorang wanita, hebat macamana pun, berlari-lari sepanjang hari dengan pointy heels 3 inci. Entah apa-apa aku ni, nama pun filem dinosaur nak expect logik kemendanya!

OKlah, alang-alang dah update blog, aku nak ucap Selamat Be-Ramadhan kepadasemua. Bukan takat puasa je, tapi untuk menghidupkan bulan mulia ni tak kiralah siang dan malam. Hahaha, aku cuti hari ni. Saje je, nak rileks sikit hari pertama puasa ni. Insha Allah akan merajinkan diri update blog dengan kerap.


Read More

Pengguna Pengangkutan Awam yang Menjengkelkan

Friday, 12 June 2015


Sebagai pengguna public transport yang tegar gara-gara penakut nak drive dalam KL, aku memang dah masak sangat dengan laluan bas dan LRT. Sampaikan aku menjadi tempat rujukan kawan-kawan dan saudara-mara yang nak naik pengangkutan awam tapi tak yakin. Dah macam ada database Rapid KL dalam otak aku ni plak.

Berikut disenaraikan beberapa perangai-perangai pengguna public transport yang buat aku menyampah gila. Sila jangan buat, tak kisah la korang jenis yang bergantung hidup pada pengangkutan awam atau naik sekali-sekala.. Antaranya:

1. Tak mau gi belakang
Ini annoying, terutama kalau dia lah yang berebut nak masuk dulu. Pastu block pintu tren/bahagian depan bas. Drebar ingat dah full, then tak bagi orang naik lagi. Kesian la dekat yang dah lama menunggu.

2.Dengar lagu kuat-kuat
Nak aje aku belikan earphone..Kalau lagu best yang semua orang layan takpe, ni lagu yang bahasa orang lain tak faham. Tambah pulak sesi 'sing along'.  Nak marah ada, nak gelak pun ada.

3. Tak bagi pompuan mengandung/org tua/ o.k.u duduk
Ini perkara biasa kat tanah tumpah darahku. Terutama kalau petang-petang, balik dari kerja. Letih la kononnya. Takde kesedaran sivik langsung.


4.Terlebih peramah
Golongan-golongan ini memang mudah dikenalpasti. Duduk ke, berdiri ke, sebelah orang dia kenal ke, foreigner ke, dia bantai je. The moment korang senyum je kat dia, mesin berborak dia pun terus 'on'. Selagi korang atau dia tak turun dia akan terus bercakap walaupun kau tak layan. Walaupun dia nampak kau pakai earphone dan humming along lagu kau tengah layan tu. Ada sekali tu aku nampak sorang brader ni buat-buat tidur pun sorang auntie tu dok berborak lagi. Aduiyai..

5. Nampak kau tengah berlari-lari bapak ke arah bas, tapi tak inform pada driver.
Cam hampagas je...pulak tu dia boleh pandang sepi je dekat kau yang tertinggal. Manusia memang kejam!!! Kejam!!!Ops, drama queen sangat.

6.Menggelupur nak turun sampai tolak-tolak orang
Rileksla bro...rasanya ramai je orang nak turun. Kau tolak-tolak ni memang mintak kena sigung ke apa?

7. Public Display of Affection
Tak payah nak PDA sangat la dalam tren/bus. Geli kot orang lain tengok. Tak tau PDA tu apa? Sila google. Hihihi

So, tolong jangan jadi manusia selfish...Naik pengangkutan awam pun tak pandai timbangrasa cmane kalau ada kenderaan sendiri nanti. Sekian, pesanan khidmat masyarakat

**Entry repost**
Read More