football
,
SpainFC
,
WC2022
Read More
Quarter-final World Cup 2022 - The last four standing
Wednesday, 7 December 2022
Ramai orang cakap ni World Cup paling pelik. Well, bagi aku takde World Cup yang tak pelik. Tiap-tiap edisi pun aneh dan ada kontroversi. Sebelum stadium dibina sampailah lepas tournament selesai. 'Bola tangan' Maradona time Piala Dunia 1986 pun masih didebatkan sampai hari ni.
Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2022 (waktu Malaysia)
9 Dis 2022 (Jumaat)
Croatia lwn Brazil (11.00 mlm)
10 Disember 2022 (Sabtu)
Belanda lwn Argentina (3.00 pagi)
10 Disember 2022 (Sabtu)
Maghribi lwn Portugal (11.00 mlm)
11 Dis 2022 (Ahad)
England lwn Perancis (3.00 pagi)
Perlawanan yang paling aku tunggu? Probably Maghribi/Morocco vs Portugal. Walaupun aku frust Morocco kalahkan Spain, tapi padanlah muka Luis Enrique (coach Spain) sebab pilih kasih dengan pemain/ bekas pemain Real Madrid. Tiki Taka tak boleh pakai bila lawan team yang kuat 'pressing'. Spain pulak dari dulu tak ada luck dalam penalti. Tersingkir di Rusia 4 tahun dulu pun sebab penalti jugak.
Morocco merupakan negara Arab pertama yang berjaya sampai ke suku akhir Piala Dunia. Hebat! Tu sebab sepak penalti semua masuk, before sepak baca Bismillah. Yalla Morocco!!
Netherlands vs Argentina pun best jugak. Probably World Cup terakhir Lionel Messi. Aku memang lebih minat Messi berbanding Ronaldo. #TeamMessi. Mampu kah Virgil Van Djik mengekang pemenang Copa America 2021? Argentina masalahnya tak consistent. Ni aku tak tau lah nak support siapa.
Brazil vs Croatia, aku sokong Brazil sebab ada Alison Becker. Kena la support team ada player Liverpool supaya boleh berlagak. Haha
England vs France? Definitely England. Pun atas sebab yang sama kenapa aku sokong Brazil. Ada Henderson dan Trent. It's coming home!! Lagipun France dah menang 4 tahun lepas. Bagilah orang lain pulak. Eh suka hati aku je. Hahaha
Ah sudahlah, aku kalau bercakap pasal bola memang tak sudah. Korang rasa siapa sampai ke final nanti?
Gambar hiasan. The only Torres yang boleh pakai. LOL
travelog
,
Turki
Read More
Merhaba Turki Part 5.1! Shopping batu permata dan manisnya Love Valley di Cappadoccia
Sunday, 4 December 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Dari hotel, kami menaiki bas ke Hanem Art Centre. Macam biasalah, kalau ikut tour guide Turki memang akan dibawa ke tempat shopping macam ni. Kalau aku travel sendiri memang tidaklah aku nak ke sini sebab aku bukan jenis yang pergi travel je shopping. Satu sebab tak minat, kedua sebab tak kaya. Haha
Ada staf berbangsa Indonesia yang attend kitorang.
Aku dah lupa nama staf tu. Orangnya masih muda, buat part time sambil belajar. Dia memang ditugaskan untuk attend tourist dari Indonesia dan Malaysia. Dia asal dari Riau, jadi slang dia mirip bahasa Melayu negara kita. Ala, macam watak-watak filem 'Laskar Pelangi'. Cakap Turki pun fasih. Berabuk dengar dia cakap Turki dengan staf lain kat situ.
Perhiasan yang dijual kat sini memang cantik, tapi aku rasa macam membazir je. Pendapat aku lah, pendapat korang aku tak tahu. Aku suka je pakai perhiasan, tapi bagi aku better beli emas, sesak-sesak boleh jual balik. Kalau nak pakai perhiasan ala gemstone ni pulak, yang palsu pun dah cukup bagi aku sebab orang bukan tahu pun.
Ada juga ahli group yang membeli. Aku cuci mata je sambil menghirup teh epal yang dihidang percuma. Harga cam biasa in USD, so bila tukar ke MYR beratus jugak. Biasalah, gemstone kan. Lainlah kalau dia kutip batu tepi jalan buat batu cincin.
Once dah settle semuanya, kami gerak ke Love Valley pula. Agaknya dari sini datangnya inspirasi penulis novel Manisnya Cinta di Cappadocia
Singgah sini dulu. Aku lupa apa nama tempatnya. Ada perkhidmatan naik unta kalau ada yang berminat nak feeling kembara di tanah gersang.
Matahari memancor weh. Panas lit lit
Uchisar Castle tak silap aku. Maafkan kalau silap. Ozgur dah entah ke mana. Ahli group buat hal sendiri ambil gambar
Bentuk muka bumi Cappadocia ni memanglah tersangat cantik dan unik tau. Tapi...aku pernah baca yang Love Valley ni dapat nama dia sebab ada beberapa formasi bantuan di sini yang berbentuk seperti anu orang lelaki. Ops..nakal doh! Aku takde gambar close up pulak. Ada jugak kata sebab kat sini selalu jadi top spot untuk lamaran perkahwinan. Hence, dapatlah nama lembah chenta gituuu..
Attraction macam Love Valley dan Uchisar Castle keduanya masuk percuma. Pengunjung boleh hiking dan explore dalam area tu. Kalau datang Cappadocia tanpa agen memang kena sewa kereta atau ambil pemandu peribadi sebab takde public transport macam bas atau Grab. Teksi ada jugak, tapi bukan macam yang kita boleh tahan dengan mudah macam di KL.
Yang tak bestnya bila datang dengan agen, masa agak terhad. Nak pergi jauh-jauh karang takut kena tinggal. So stay jelah dengan group. Ni kalau aku datang sendiri ni memang sampai ke tengah-tengah tu aku ambil gambar tau.
travelog
,
Turki
Read More
Merhaba Turki Part 5.0! Günaydın Cappadoccia! Dan belon-belon pun berterbangan...
Thursday, 1 December 2022
Baca ni dulu :
Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku ceritakan di entry sebelum ini, pagi pertama aku terjaga di Cappadocia akibat bunyi bising. Bagus jugaklah bunyi bising tu sebab jadi alarm Subuh. Entahlah nak describe bunyi tu macamana, tapi bila aku keluar ke balkoni aku nampak...
Hot air balloon guys! Rupanya bunyi macam angin berhembus tu bunyi gas dipanaskan. Nampaknya hotel kami stay ni dekat betul dengan kawasan operator perkhidmatan belon air panas terbangkan belon. Rezeki. Walaupun dah naik hot air balloon di Pamukkale tapi still teruja tengok. Dari jauh macam mentol pulak.
Suddenly teringat yang aku belum solat Subuh lagi, terus masuk balik dan solat dulu. Menggigil ambil wuduk dengan air sejuk macam ais. Settle solat sambung menikmati pemandangan. Berdiri di balkoni masih dengan telekung sebab malas nak cari tudung.
Sama macam di Pamukkale, belon dilepaskan secara berperingkat
Sini belon banyak berbanding di Pamukkale
Boleh dengar suara penumpang-penumpang dalam belon tu. Kecoh macam masa kitorang hari tu jugak
Ralit aku perhati sambil minum kopi 3 in 1. Memandangkan aku hanya bertelekung aku takdelah nak selfie ke apa. Memang lupa. Aku pulak jenis yang kalau terlalu into the moment aku lupa nak ambil gambar. Takpelah, pagi esoknya ada lagi. Anyway tiada ahli group kami yang naik belon sebab dah naik di Pamukkale. Nak book pun seat dah penuh sebab dah beberapa hari belon tak terbang so orang-orang yang terlepas trip hari sebelumnya dah push booking ke hadapan.
Agak-agak belon dah sendu, aku pun dah berkicap, aku pergi mandi dan bersiap. Cappadocia ni malam sejuk, tapi bila keluar je matahari tetibe panas. Ini cerita hujung summer menjelang autumn ye. Kalau nak baca cerita naik hot air balloon di musim winter boleh baca blog kak Amie. Blogger Siti pula naik belon di musim bunga.
Then aku turun ke kafetaria untuk breakfast. Sempat lagi layan view belon dari perkarangan hotel.
Gambar ehsan dari ahli group. Diorang pagi-pagi panjat bukit depan hotel nak buat photo shoot.
Kat Cappadocia ni macam-macam perkhidmatan photo shoot disediakan termasuk sewa kostum dan sewa props. Cuma aku tak pasti sewa model ada ke tidak. Yelah, kot nak merasa ambil gambar dengan partner tapi kau singlet. Hehehe. Memang lawa ambil gambar berlatarbelakangkan belon banyak-banyak tu. Boleh tak aku langsung tak terfikir. Yelah, aku ni bukan Insta famous. Instagram pun takde. Takpelah, esok pagi boleh cuba lagi.
Settle breakfast, kami naik bas untuk pusing-pusing Cappadocia. Pagi ni rileks sikit sebab tak payah check out.
Pekan Goreme
Eh ada lagi belon belum pulang ke tanah
Memang betullah kata orang, naik hot air balloon di Cappadocia lagi best dari di Pamukkale sebab view permukaan buminya yang lebih unik. Takpelah Sal, takde rezeki kau
Mesti best kalau dapat manjakan diri di Turkish Bath (Hammam) ni
Yang nampak macam busut tulah 'cave hotel'. Hotel gua lagi mahal dan lagi eksklusif
Terfikir jugak, tak sesak nafas dan panas ke duduk dalam gua tu? Tapi takkanlah hotel gua di sini sama macam Gua Tempurung atau Gua Niah pulak kan?
travelog
,
Turki
Credit pic : Official website
Ni gambar aku ambil masa nak check out
Read More
Merhaba Turki Part 4.3! Tourist Hotel, Cappadoccia
Sunday, 27 November 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Lama dah tergantung story Turki jadi mari kita sambung lagi. Kadang-kadang rasa malas nak update pun ada, sebab rasa macam takde orang pun yang baca. Huhu. Tapi takpelah, simpan buat kenangan sendiri je. Takde orang baca, aku baca lah sendiri.
One thing yang aku perasan, kalau update entry travel DIY, aku laju je. Lepas tu aku ada banyak benda nak cerita. Yelah kalau travel sendiri campur sikit cerita sesat, salah naik public transport, nyaris tertinggal bas/ train, kebuluran sebab tak jumpa tempat makan dan kadang-kadang masam muka dengan travel partner ( tapi sekejap je, dapat makan/ shopping semua mood Ok balik). Bila travel ikut ejen ni, semua tu tak payah fikir, naik je bas know know dah sampai. Tempat makan, tempat tidur semua dah disediakan.
Bercakap pasal tempat tidur, aku nak share tempat penginapan kami di Cappadocia. Rasanya ni satu-satunya hotel sepanjang trip yang aku explore betul-betul sebab tidur 2 malam. Yang lain semua one-night stand.
Dari Mevlana Museum Konya, kami pit stop di Sultan Han Caravanserai tapi malangnya dah tutup. Frust jugak aku sebab Sultan Han ni pun cantik jugak tapi dah hampir pukul 6 petang masa kami sampai so nak buat macamana. Ada lah ambil gambar beramai-ramai depan tu tapi malaslah nak share. Korang google je kalau nak tahu rupa tempat tu macamana.
So terus proceed untuk check in di Tourist Hotel, Gerome, Nevsehir/ Cappadocia. Aku pun tak faham lah Turki ni sesetengah tempat ada sampai 2 nama. Ke aku yang salah? Entahlah. Yang aku tahu aku dah penat dan Tourist Hotel ni pun takde lif. So bertabahlah. Nasib baik 2 tingkat je.
Dukacita aku maklumkan Tourist Hotel ni bukanlah cave hotel. Korang kalau ke Turki dan berhajat nak tidur dalam hotel gua (like literally hotel tu dalam gua tau), kena tanya betul-betul dengan ejen sebelum booking. Silap aku sebab tak tanya. So pasrah jelah hotel apa diorang bagi.
Takde roommate so satu katil tu buat tempat letak barang
Ada bath tub tapi aku geram penutup untuk tadah air tu tak disediakan. So tak dapat berendam.
Besar juga kolam renang ni tapi sepanjang 2 hari stay takde pulak aku nampak sesiapa bermandi-manda.
So far OKlah jugak hotel ni. Makanan sedap, cuma staff di dining room tak berapa pandai berbahasa Inggeris. Macam biasa aku lupa ambil gambar.
Malam pertama di Tourist Hotel ni, aku tidur berbalut comforter. Tapi dah buat research dari awal, so dah tau yang suhu malam di Cappadocia memang sejuk. Cuma pagi esoknya sebelum Subuh aku dah terjaga dengar bunyi bising. Aku ni sejenis light sleeper tau. Bunyi ketik je aku dah boleh terbangun. Bangun dari katil terus bukak langsir, buka sliding door, pergi ke balkoni nak siasat. Nak tau bunyi apa? Ha...korang tunggu lah next entry ya. Aku nak gi tengok bola. Haha. Thanks for reading!
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)






















