Baca ni dulu :
Part 1.0
Part 2.0
Assalamualaikum dan hai semua! Lepas lunch di Muazzam Restaurant, kami singgah solat di Camlica Mosque yang merupakan masjid terbesar di Turki (sewaktu entry ini ditaip).
Çamlıca Mosque (Turkish: Çamlıca Camii) is a mosque located in Istanbul and the largest mosque in Turkey. The mosque can hold 63,000 people and includes a museum, art gallery, library, conference hall, and underground parking lot for 3,500 vehicles.
Source : Mosqpedia
Masjid ni masih baru, dirasmikan oleh Presiden Edrogan pada May 2019. Personally aku rasa masjid ni kalau tak singgah pun tak apa, sebab ia bukanlah masjid bersejarah tapi kalau berminat nak lihat senibina dan saiznya yang mengagumkan, apa salahnya. Digelar Camlica Mosque kerana terletak di atas Bukit Camlica. View dari perkarangan masjid ni ni memang cantik, sebab atas bukit. Nanti aku kongsikan video ya.
Camlica Mosque ada banyak tingkat. Ambil wuduk di tingkat bawah tanah, solat di level atas. Kali pertama guna lif masjid di Turki, kena kejutan budaya sebab instead of gunakan LG, B1, B2 etc selazimnya di Malaysia, diorang guna simbol negative (-). Contohnya B1 : -1, B2 : -2 dan seterusnya. Lif di Hilton tempat kami menginap malam sebelumnya guna B1 dan B2.
Camlica Mosque ada penjaga di bahagian tandas dan tempat wuduk. Aku teringat aku baca di blog mana entah yang orang Turki tak suka kita pijak karpet masjid dengan kaki basah, jadi sila lap kaki dengan tisu siap-siap sebelum keluar dari tempat wuduk kalau tak akak jaga toilet tu pandang tajam je. Tapi memang karpet kat masjid ni tak bau hapak lah. Maybe di Malaysia kena terapkan ajaran dan disiplin yang sama.
Aku lupa ambil gambar dalam masjid ni. Ambil gambar di salah satu pintu sahaja. Alahai, bijak. So kita pinjam Google ya.
Masjid ni atas bukit so boleh lihat kota Istanbul dari atas
Selesai solat jamak Zohor-Asar, kami bergerak ke Bursa. Perjalanan ambil masa 1 jam 30 minit. Tips travel DIY, ke Bursa boleh juga menaiki feri dan boleh buat day trip dari Istanbul.
View awal-awal nampak laut tapi lepas tu aku yang ke laut (dibaca tertidur)
Sebelum sampai Bursa, kami singgah di Munira Organic House. Travel ikut tour agent memang tak boleh elak lah dari ke tempat macam ni. Tour guide Turki kebiasaan dapat komisen bila bawa pelancong.
Siapa Munira? Entahlah. Yang pasti kalau nak datang Munira ni standby duit lira banyak-banyak ye. Tapi aku tak shopping pun di sini. Korang rasa kenapa?
Boleh beli madu organik. Aku pun tak pasti madu Turki ni famous ke tidak. Bila diorang hulur tester, aku ambil
Brader Turki ni fasih berbahasa Melayu tau. Aku rasa 3/4 pekerja kedai ni boleh cakap Melayu. Ada yang slang Indonesia, ada juga yang slang KL.
Kalau nak cari perfume tanpa alkohol, boleh beli di sini. Kalau tanya aku, aku rekemen perfume 'Sultanah' untuk wanita. Tapi aku tak beli. Perfume aku ada banyak lagi.
Susun atur kedai ni memang cantik dan menarik perhatian pengunjung. Pekerja pun ramah dan layan je semua pelanggan tanpa memilih bulu. Walaupun muka aku dah sememeh sebab kepenatan dan kebosanan tapi asal aku singgah nak belek-belek, ada je yang offer tester atau explain pasal product walaupun aku tak tanya.
Turkish Delight bermacam flavour. Dari yang klasik sampai ke moden. Mintak je nak rasa, diorang potongkan. Too bad aku bukan orang yang suka makan manis
Selain manisan, ada juga teh dan herba. Aku geram tengok ros kering. Rasa nak beli buat potpourri #MinahBunga
Baklava! Ni sedap makan kat situ je. Tak rekemen bawak balik sebab takut gula dia cair
So nape aku tak shopping sini? Adakah sebab harga mahal? Tidaklah. Dari segi harga aku rasa not bad. Boleh pakat dengan ahli group lain sebab lagi banyak beli, lagi banyak diskaun. Yang aku nampak kat sini hanyalah tour group Malaysia dan Indonesia. Kalau datang sendiri skip pun takpe sebab Turki macam Malaysia jugak, tak kurang tempat shopping. Kat mana-mana pun ada.
Aku tak shopping kat sini sebab masih awal lagi. Aku tak nak bebankan diri dengan beg berat. Nanti susah nak turun naik hotel. Lagipun masih panjang lagi perjalanan. Rileks la dulu.
Realitinya aku tak pandai shopping. Huhu. Nak bargain pun tak pandai. Tiba-tiba teringat mak dan kakak aku. Kalau diorang ada memang dah macam-macam borong ni.
Orang lain je shopping beria. Terasa macam cheapskate sangat, tapi kita kena sedar kemampuan diri. Beg berat aku jugak kena pikul nanti. Aku rasa Turkish Delight dan Baklava free je sambil cuci mata. Break out teruk kulit aku sebab aku mana boleh makan gula sangat.
Settle shopping, kami sambung perjalanan ke Bursa. Bursa nampak lebih tenang berbanding Istanbul.
So, kami pergi mana di Bursa? Nanti aku sambung lagi ye. Thanks for reading!