Showing posts with label nak dapat susah. Show all posts
Showing posts with label nak dapat susah. Show all posts

Finale - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Tuesday, 25 November 2014

15 Disember 2014 ni, genap tiga tahun aku kerja kat sini...

Sampai sekarang, jangan kata orang sekeliling aku; diri sendiri pun tak mampu nak rungkai misteri ni. Cmane someone yang tunggang terbalik belajar Sains bertahun-tahun kat universiti end up kerja syarikat suratkhabar.

Oh, kalau korang follow cerita ni dari Part 1 dan Part 2, korang akan faham maksud aku. Aku pilih Company Y. Kenapa? Sebab Company Y memang dah confirm ambil aku kerja. Tinggal sign offer letter je. Ada orang kata aku terlalu cepat mengalah. Mungkin jugak..tapi risiko yang perlu diambil terlampau besar. What if aku gagal lagi? What if aku telepas dua-dua sekali? So, aku pilih jalan selamat. Aku jumpa staff HR Company X dan bagitau aku tak dapat hadirkan diri untuk interview sebab aku dah dapat kerja.

Jangan tanya aku kenapa Company X tak ambil aku walau aku dah berkali-kali cuba. Diorang ada alasan profesional diorang sendiri. Korang jangan ingat diorang dah kenal aku, senang nak lepas interview. No, dear, nak impress orang yang kenal kau sebenarnya jauh lagi susah. Kau tak boleh nak twist cerita kau, diorang tau dan diorang sebenarnya perhatikan kau.

Dendam? No way!! Sampai ke hari ni aku still sayangkan Company X. Aku still contact dan jumpa kawan-kawan lama aku. Aku appreciate pengalaman aku kat sana. Setiap kali aku interview, aku sebenarnya 'jual' pengalaman aku kat Company X, bukan degree aku. Pengalaman aku kat Company X yang sebenarnya impress orang Company Y. Tak pernah ada sekelumit benci pun dalam hati aku walaupun aku ada dengar cakap belakang yang aku ni merajuk. Biarlah, aku tahu hati aku.

Aku percaya, aku memang ditakdiran bekerja di Company Y. Sebab satu hari Bos aku cerita yang sebenarnya bukan aku yang dapat jawatan ni. Diorang nak ambil calon lagi satu. Profil dia memang hebat. Tapi dia gagal dihubungi. So, diorang go for second choice, which is aku. See..kalau tu bukan ketentuan Allah, aku tak tau nak panggil apa lagi.

Tu jelah aku nak cerita. Pengajarannya korang pandai-pandai pilih hadam sendiri. Cuma nak nasihatkan kat adik-adik yang sedang cari kerja di luar sana tu supaya bersabar. Nak berjaya bukan mudah. Kalau dapat kerja, appreciate dan do your best.

Sebab aku ada jumpa orang yang senang dapat kerja. Diorang tak hargai dan kerja main-main.

Kalau kau pernah lalu derita menganggur, kau akan faham nikmatnya ada kerja. Bukan poket dan perut yang sakit sebenarnya, tapi emosi dan harga diri.

Till then, thanks sudi baca.
Read More

Part 2 - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Friday, 21 November 2014

Assalamualaikum semua..Tak sangka entry Nak dapat susah,mestilah sayang - Part 1 mendapat sambutan yang menggalakkan. Takde niat nak buat cerita bersiri, tapi bila dah taip tu tetiba rasa panjang meleret. Takut orang jemu aku pun stop kat situ. OKlah, tak payah membebel, jom sambung!

*****
Kali ni aku tekad..jawatan idaman aku tu memang akan jadi milik aku. So, aku pun update resume aku (yelah, takkan nak hantar yang sama) dan hantar dengan hati yang berdebar. Lama jugak aku tunggu, sampailah satu hari dapat panggilan telefon yang tak diduga.

Panggilan dari Company Y rupanya, menawarkan aku untuk datang interview jawatan yang aku tak pernah dengar pun seumur hidup. Bila masa pulak aku apply? Company Y tu pun tak termasuk dalam senarai 'most wanted' aku. Kemudian baru aku teringat yang aku ada tinggalkan printed Curriculum Vitae(CV) aku kat booth Company Y masa aku gi career fair. Memang masa tu aku fotostat CV banyak-banyak pastu drop je kat almost semua booth. Setiap career fair aku buat camtu.

Since aku pun tak terikat dengan mana-mana syarikat, Company X pun still tak respon kepada permohonan aku, aku pun accept je offer tu. Interview je pun. Tak rugi apa. Memang kalau ada panggilan interview mana-mana pun aku redah je.

Lepas tu, jenuh la aku dok Google pasal Company Y dan jawatan tu. Tapi, Alhamdulillah, interview berjalan lancar. Rasa cam confident je boleh dapat. Ahaha..interview lain pun aku confident jugak!

 Gambar hiasan quickmeme.com

Seminggu aku tunggu, dapat panggilan telefon lagi. Tapi bukan Company Y, Company X yang call, panggil aku interview. Since aku dah ada pengalaman interview dengan Company X sebelum ni, stage pertama aku lepas dengan mudahnya. Dengar gak bisik-bisik kononnya aku ni calon favourite. Dah lepas stage pertama, diorang panggil aku stage kedua pulak. Ni pun dah ada pengalaman kan, so takdelah struggle sangat.

Bermulalah episod menunggu. Stress menanti jawapan. Dapat ke, tak dapat ke? Since aku kerja dalam Company X, at least aku still rasa lega selagi tak nampak 'staf baru'.

One day, staff HR Company Y call. Dia bagitau yang aku dah dapat kerja yang aku interview hari tu dengan syarat aku lulus Medical Test diorang. Pergh, cam nak beli pemain bola pulak, kena buat Medical Test dulu! Masa dapat call tu, aku bingung kejap. Cam mimpi jer! Aku pun tak berharap sangat akan dapat. Kira aku ni dah 70% conform jadi staff diorang!

Balik rumah, aku discuss dengan family aku. Diorang pun tak tau nak cakap cmane, since diorang tau betapa teringinnya aku nak 'jawatan idaman' aku tu. Tapi kalau nak diikutkan, Company Y macam beria nak amik aku. Aku pun pujuk hati, cakap yang aku mungkin takkan disenarai pendek untuk final stage Company X pun. So, aku gi jer Medical Checkup Company Y.

Alhamdulillah, aku lepas Medical Checkup diorang. Aku diminta datang untuk melapor diri dan sign offer letter pada 15 haribulan. Diorang nak aku start 1 haribulan tapi aku cakap aku tak boleh tinggalkan Company X macam tu je. Sebenarnya aku tak bagitau sesiapa pun kat Company X yang aku dah dapat kerja. Tapi kerja kat Company X ni kau tak terikat. Tak payah notice pun boleh berhenti. Tapi takkanlah nak walk out macam tu je kan.

Tiba-tiba...staff HR Company X call aku dan mintak aku datang final stage interview. Yang tak bestnya, tarikh interview tu adalah 15 haribulan! The same day aku patutnya lapor diri kat Company Y! Ah..sudah! Aku ni dah unofficially staff Company Y.  Aku dah berbelah bagi. Nak pergi ke tak nak. Jawatan kat Company X ni something yang aku dah familiar, yang aku dah usahakan bertahun-tahun, rugilah kalau tak cuba. Tapi kalau tak dapat, cmane? Aku akan jadi penanam anggur bertauliah. Makan pasir takpe lagi, kalau makan hati, hari-hari menyesal tak sudah, cmane? Patut ke aku lepaskan impian aku demi sesuatu yang aku tak tau. Atau aku patut lepaskan sesuatu yang dah pasti untuk something yang masih samar tapi kebarangkaliannya tinggi?


Akhirnya, setelah puas fikir dan mintak nasihat 'pakar', termasuk orang-orang yang rapat dengan aku kat Company X, aku tawakal dan buat keputusan. Time ni aku berserah bulat-bulat pada Allah agar keputusan yang aku ambil ni keputusan terbaik dan semoga aku tak menyesal...Dengan lafaz bismillah, aku pun......

*bersambung lagi*
Read More

Part 1 - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Thursday, 20 November 2014

Assalamualaikum semua..Sekarang ni musim konvo kan? Seronok tengok adik-adik ramai yang dah berjaya menamatkan pengajian. Maunya tak happy, penat kot belajar. Tapi bila dah settle bab belajar, kena cari kerja pulak. Tension!!! Cmane nak bersaing dengan lambakan graduan kat luar sana tu kan.. nak bayar PTPTN lagi..nak kumpul duit nak kahwin lagi. Eh..

Bila tengok ramai yang stress dok cari kerja, tetibe aku teringat kisah aku sendiri. Dulu aku pun cam diorang jugak. So, aku nak cerita lah kat sini. Kot ada yang nak baca, silakanlah. Kecik tapak tangan, ruangan komen aku tadahkan. *.*

Imbas kembali...

Before this, aku kerja sambilan di Company X. Aku dibayar gaji hari. Ada kerja, adalah gaji. Gaji tak besar , semua part timer dibayar sama, lantaklah kalau kau ada PHD sekalipun. Tapi aku suka kerja situ. Suka environment dan orang-orang dia. The best part adalah, aku berpeluang kerja dalam industri melibatkan bidang yang aku belajar kat universiti dulu. Tanyalah mana-mana graduan, semua pun nak bekerja dalam bidang yang sepadan dengan jurusan yang diambil. Kalau tidak, takde maknalah penat lelah datang kuliah dan buat assignment segala. Tu belum campur berjaga malam dan melayan karenah lecturer yang pelik-pelik. Zaman kolej/ universiti memanglah best, kalau tolak bab belajar!


Satu hari, aku terbaca iklan jawatan kosong kat papan kenyataan Company X. Aku apply, tapi malangnya aku hanya lepas interview stage pertama. Aku kecewa, tapi aku masih boleh hadam kekecewaan tu sebab panel penilai bukanlah orang-orang yang kerja dengan aku. Mungkin diorang tak tahu kebolehan aku. Mungkin ada kesilapan aku semasa interview. Mungkin calon lain lebih layak. Mungkin ada peluang kedua untuk aku. Mungkin, mungkin, mungkin...

Sekali lagi ada iklan jawatan kosong, tapi position lain. Peluang kedua tiba, aku tak lepaskan.  Aku polish up resume, practise harder untuk interview, tapi masih sama macam kali pertama. Aku gagal lagi. Time ni dah start fed up. Aku mula mengintai peluang di luar. Ada gak interview kat company lain, tapi tetap hampa jugak.

Tuhan saja tahu betapa down dan loser aku rasa. Bila  jumpa dengan geng-geng lama, terasa nak menyorok bila diorang tanya "Kau kerja mana?". Malu kot nak mengaku yang kau kerja dengan gaji bukan tahap yang selayaknya. Tapi aku bersyukur, at least aku ada gak kerja walaupun bukan kerja tetap. Tapi aku paling frust bila kawan-kawan dalam Company X sendiri yang tanya "Kenapa tak apply permanent kat sini?". Nak je cakap "Aku dah apply, tapi diorang tak nak amik, aku nak buat cmane!." Bengang pun ada jugak.


Kali ketiga aku terbaca iklan jawatan kosong kat Company X, aku apply lagi. Kali ni, position idaman aku! Tak sure sama ada aku ni manusia yang tak reti putus asa, ataupun manusia tak tahu malu. Apatah lagi bila kawan-kawan dan ahli keluarga persuade aku, so jadilah bersemangat. Alang-alang kat tempat lain pun tak terima aku kan. Apa salahnya mencuba! Well..guess what? Aku lepas stage pertama dan stage kedua sahaja. Kandas lagi. Orang lain yang dapat jawatan tu.

Sedih? Maunya tak! Rasa fed up nak mengadap orang-orang Company X. Ramai yang bersimpati, tapi apa je diorang boleh buat.Ini keputusan HR dan orang atasan. Company X ni company besar, aku faham bukan senang nak tembus. Aku mula melupakan impian nak kerja kat Company X. Lagipun hati tu sebak bila tengok staf baru yang dapat jawatan yang aku nak tu. Pernah sekali, aku sedih sangat sampai aku gi toilet menangis sorang-sorang. Sedih, malu, rasa useless, semua bercampur. Tapi saja buat-buat cam tak kisah. Walhal dunia cam nak terbalik. Ikutkan boleh je cari part time tempat lain, tapi entahlah..cam ada sesuatu yang buat aku terus melekat kat Company X. Half part ego, half part degil! Memang tak reti bahasa dia ni!

Sejak dari tu, aku makin rajin ke Career Fair dan menyelak iklan kerja kosong. Aku jadikan kekecewaan tu pemangkin untuk aku move forward. Ikutkan memang nak putus asa dah. Yelah, tak ada pun yang respon positif kepada resume-resume yang aku hantar tu.


Sampailah suatu hari time aku sedang bekerja macam biasa kat Company X, ada permanent staff approach aku dan bagitau yang diorang nak buat restructure. So, jawatan idaman aku tu akan ada kosong tak lama lagi. Aku mula berbelah bagi nak apply ke tidak. Bila aku discuss dengan rakan-rakan sekerja ramai yang kata kali ni aku conform akan dapat. Hati aku dah tawar sebenarnya, tak nak harapan palsu lagi. Tapi orang kata, tak cuba tak tau kan?

Kali ni aku tekad..jawatan idaman aku tu memang akan jadi milik aku. So, aku pun update resume aku (yelah, takkan nak hantar yang sama) dan hantar dengan hati yang berdebar. Lama jugak aku tunggu, sampailah satu hari dapat panggilan telefon yang tak diduga...


*bersambung....*
Read More