Showing posts with label PKP. Show all posts
Showing posts with label PKP. Show all posts

Walaupun lockdown seribu tahun, Kalau kes tak turun apa gunanya

Friday, 16 July 2021

Dah berapa kali aku taip entry, padam. Taip, padam. Serius mood ke laut nak update blog. Entahlah sebab PMS atau sebab risau tengok angka kes covid yang meningkat sampai 13K. Padahal lockdown dah berbulan-bulan. Walaupun gaji jalan tapi stress tu tetap ada. Kadang-kadang aku fikir patutla Tuhan tak bagi aku suami dan anak. Confirm aku tak boleh handle pressure melayan diorang. Handle diri sendiri pun tak mampu.

Or maybe salah aku sendiri sebab aktif balik Facebook.  Bosan PKP punya pasal, aku online balik setelah hampir setahun detox social media. Ye.. Aku dulu deactivate Twitter dan block apps FB di handphone dan PC sebab aku tak larat baca berita Covid hari-hari. As someone yang ada moderate anxiety disorder, overthinking adalah 'hobi' dia. Kalau aku terlampau risau aku akan sakit kepala dan tak boleh tidur. Harap dapat menjawab persoalan beberapa orang blogger yang pernah tanya nape aku tak aktif social media selain blogging. 

Kena jaga diri sendirilah sebab unit Pskiatri Hospital Ampang pun aku tak tau dah pindah ke mana. Telefon hospital memang tak berangkat. So far aku dah lebih 6 bulan tak makan Benzodiazepines. Ubat sakit mental ni bukan macam ubat batuk or ubat sakit jantung. Ambik je terus sakit reda. No not like that. Itu hanya dalam filem. Makan ubat terus mood ok. Takde maknanya. Ambil masa berhari ubat tu nak take effect. Kadang-kadang berminggu. So jagalah kesihatan mental anda semua. I've been there and it's not pretty. Boleh baca pengalaman aku di SINI


Paling aku takut bila tengok orang ramai-ramai kat Covid Assesment Centre macam di Stadium Melawati Shah Alam. Aku cannot wei kalau kena gi tempat ramai-ramai macam tu. Time tu check Fitband mau heartbeat cecah 120.

Mungkin aku kena stay away balik dari FB. Facebook ni ko tapis la cmane pun, cerita viral tetap akan melintas. Bukan tak nak cakna, tapi apa je aku boleh buat? Maaf tak cukup kental nak jadi keyboard warrior.

Buat masa ni, layan novel,movie dan keluar masuk dapur. Entah apa-apa resepi aku try. Janji masa terisi. Masa lapang adalah musuh utama untuk orang yang suka fikir bukan-bukan. Kena kreatif sibukkan diri. Sosial media nampaknya bukan pilihan terbaik. At least not for me. Lain orang lain coping style. 

My July-August reading target. 

p/s: Entahlah siapa yang gagal. Aku, kau, beliau atau mereka? Wallahualam
Read More

Bukan busy, tapi lazy

Sunday, 16 May 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Lama blog ni menyepi. Bukan busy, tapi lazy. Hahaha. 

First of all, sila bagi tepukan gemuruh kat diri korang and family sebab berjaya patuh SOP. Ha..tepok!!! Tak kisahlah patuh sebab takut kena kompaun, sebab korang memang rakyat yang patuh undang-undang or memang nak putuskan rantaian Covid 19. Yang penting raya duduk rumah walaupun hambar nak arwah. 

Di kesempatan ni, aku nak ucap Selamat Hari Raya lah kan. Takkan Gong Xi Fa Cai pulak. Mohon maaf segala salah silap kalau ada tersalah komen atau penulisan di blog yang menyentap tangkai hati. Kadang-kadang jari lagi laju dari otak.

Nak bagi mood raya, kita pasang lampu lip lap

Ketupat anyam sendiri

Menu raya : Rendang Daging pedas, Rendang Ayam, Kuah Lodeh dan Kuah Kacang


Tahun ni raya berempat je. Serius sunyi raya takde budak-budak. Kakak dan adik yang ada anak duduk di daerah lain. Kalau daerah sama pun still rasa takut nak datang sebab kereta polis meronda di kawasan rumah. Tak pernahlah seumur hidup rasa takut dengan polis. Huhu. Tukar-tukar lauk ngan jiran pun pass kat pagar je.

Takde baju baru. Nak buat kelainan pakai la shawl.

Kuih raya tahun ni takde yang beli. Semua buat sendiri or orang bagi. Alhamdulillah rezeki

Dua ni je buat sendiri. Biskut Telur dan Kuih Makmur Inti Kurma. Sendiri buat sendiri makan. Nasib baik buat sikit je, kalau tak membazir.

Tu jelah cerita raya aku. Esok kena gi office. Layan jela arahan bos.

OKlah, nak sambung BW baca cerita raya korang pulak.
Read More

Ain't no fool, I'm just born in April

Tuesday, 6 April 2021

Cerita birthday lepas..

As usual, malam susah tidur. Tepat pukul 12 tengah malam, my little sister datang bilik and wish Happy Birthday. Pastu Abah pulak. Well, I guess I should be happy then. Pencapaian terbesar aku bagi setahun lepas adalah mengelak Covid 19. Kalau kena terus mati senang cerita. Aku tak suka swab test, kuarantin, side effect lepas sembuh dan tak nak jangkitkan pada orang sekeliling aku. So yay to me!!

Lepas Subuh pergi berlari-lari anak. Sorang-sorang sebab geng running kena kuarantin.


Aku post gambar ni and member aku kata aku jogging kat area Highland Tower *insert music seram*

Petang pergi staycation. Aku memang dah bagitau famili aku awal-awal aku nak be alone for today. Call me weird, but that's just me. Famili aku memang dah faham. Cerita staycation aku update kemudian.


Sebelum orang belikan kita kek, kita beli sendiri

Birthday dinner

'Hadiah' from my favourite football team. Tak sia-sia bangun

Balik dari staycation, mendobi dan lepak depan TV. Petang adik aku belikan kek. Thanks dear sis! Potong kek berempat jela petang tu. Missing my anak-anak sedara and siblings. What to do, masing-masing busy.

Banyak extra so bagi jiran

Bukan hadiah birthday, tapi hadiah pengomen tegar blog Ako Retna. Thanks kak Ret!!

Pagi Isnin, back to office. Rasa macam staff baru sebab work from home dari Deepavali lepas. Tempat lama kena renovate, so pindah floor lain plak.

2021  Expectation : New Job. Reality : New cubicle je jadilah

Cubicle baru ni best sebab lagi luas dan nampak view. Tempat lama nampak dinding jer. Cuma terlampau dekat dengan mesin printer. Kurang privacy.


Balik keje teman member berbuka. Tak puasa pun tumpang sekaki la dah orang nak belanja stimboat. Kenyang oiii.

Tengah lepak-lepak lepas makan tetibe anak sedara sulung dok wasap tanya aku kat mana. Rupanya diorang kat rumah mak aku. So request member hantar balik terus sebab rasa cam dah lama tak jumpa bebudak tu. Rindunya. Rupa-rupanya diorang dah standby kek. Kinda surprise sebab hari tu cakap nak celebrate hujung bulan dengan anak sedara lagi sorang.

Siapa ada anak sedara mesti faham sangat moment ni. Lain orang punya birthday, lain orang yang beria potong kek. Hahaha. Aku yang dah kenyang tak makan pun. Tengok budak-budak makan pun dah hepi. Aku memang kurang makan benda manis.

Dalam meriah aku masih rindu orang yang tak ingat aku. Maybe I am a fool after all.
Read More

Dah kurus pun nak exercise?

Tuesday, 19 January 2021

Sejak work from home 100% , aku dah mula amalkan rutin exercise setiap pagi. Kalau dibenarkan rentas daerah, on weekend aku pergi morning walk dengan kawan-kawan. Bila PKP, terpuruk di daerah sendiri dan public park ditutup, aku jogging di kawasan perumahan. Jogging seminggu sekali cukuplah. Haha.

Kalau jogging di kawasan perumahan, carilah yang redup dan jauhi kawasan sunyi sekiranya jogging bersendirian. Amalkan penjarakan fizikal.  

Once upon a time kat Tasik Botani Putrajaya

Turun KL best gak, cuci mata tengok laki orang main basikal. Haha. Jangan risau, tengok je tak usik.

Exercise aku level beginner je. Just follow video Youtube. Masa mula-mula dulu mencungap jugak. Kurus tak semestinya fit ye. Aku dapat keinsafan nak exercise bila aku perasan badan aku agak stiff. Nak bangun pun kena paut meja macam orang tua! Bila buat 'plank', hanya mampu tahan 2 saat dah tersembam ke lantai. Teruk betul!

2 saat je kau buat plank Sal? Meh sini abang Thor ajar! Credit: Google image

Selain daripada untuk tingkatkan fitness yang menurun seiring usia, aku ada sebab sendiri jugak kenapa aku jadikan ia rutin (Walaupun kadang-kadang ter skip. Hehe). Antara sebabnya adalah: 

1. Elakkan sambung tidur lepas solat Subuh

Aku ada masalah susah tidur. Dah tidur susah bangun pulak. Lol. So aku akan pastikan pagi aku aktif untuk menepis godaan katil. Ia juga boleh jadi motivasi bangun awal bila cuti solat. Tidur kalau dilayan memang terlajak. Bila bangun lewat, malamnya aku susah tidur. Ulang. Sampai bila nak macam tu kan? So kenalah ubah.

2. Bila badan penat, malam tidur lebih lena

Waktu aku sakit dulu, aku makan pil tidur setiap malam supaya dapat lelapkan mata. Pil tidur ni memang buat kita tidur lena tanpa mimpi, tapi ada side effect iaitu keletihan kronik di siang hari esoknya. Walaupun aku dah stop makan ubat-ubat tu sekarang, tapi since badan dah terbiasa harapkan 'bantuan', aku akan susah tidur kalau badan tak penat di siang hari. Exercise adalah cara yang aku amalkan supaya badan letih. 

Iklan sekejap untuk yang memerlukan

3. Kurangkan simptom resdung

Siapa ada resdung mesti faham perasaan bersin bertalu-talu di pagi hari. Cuaca sejuk memburukkan keadaan. Exercise dapat membantu meningkatkan peredaran darah, hence legakan sakit kepala dan lancarkan pernafasan. Lazimnya aku start je exercise, bersin pun berhenti. Siapa ada resdung  boleh try cara aku. Tapi buanglah dulu hingus tu. Hahaha.

4. Reduce stress

Menurut kajian, bersenam menghasilkan endorphin, hormon yang dapat meningkatkan perasaan gembira. Antara terapi yang sering dicadangkan oleh pakar untuk mereka yang selalu stress. Convert those negative energy into exercise gais. PKP boleh menjejaskan kesihatan mental tau, tu sebab kes bunuh diri makin meningkat. As someone yang ada history ulang-alik klinik pskiatri, aku tak nak sakit lama berulang lagi. Bak kata Elle Woods dalam Legally Blonde: 

I don't have a husband to shoot, but there is one guy in mind. Haha. 

5. Increase immune system

Bersenam dapat meningkatkan sistem immune badan. Memanglah soal sihat dan umur tu rahsia Allah, tapi kita sebagai manusia wajib berusaha. Sekarang musim Covid-19. God knows wabak apa yang akan muncul lagi dalam masa terdekat ni. Marilah jaga kesihatan sendiri. Baru boleh jaga ahli keluarga kita pulak.

So, tu jelah sharing aku untuk menjawab soalan kenapa aku nak bersenam walaupun dah kurus. Harap rutin ni berterusan walaupun lepas tamat PKP. Korang pulak macamana maintain aktif dan sihat sepanjang PKP? Share lah di ruangan komen. Jaga diri OK!
Read More

Korang suka ke Work From Home?

Tuesday, 28 April 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa. Teringat anak kawan aku nyanyi lagu Ramadan Tiba versi dia.

Ramadan tiba
Ramadan tiba
Tiba-tiba Ramadan
Tiba-tiba Ramadan

Erk! Terkejut Opick kalau dengar. Lantak la nak oi..janji bahagia.

U olls buat apa tu? Aku menulis entry ni sambil menadah telinga bunyi pekerja potong rumput kat luar. Nasib baik kerja tak melibatkan video call. Kalau tak hadap la muzik latar. Rasa insaf pulak. Susah-susah pun kerja aku, duduk bawah kipas je, tak perlu berpanas. Tapi lately kerap hujan. Sejuk je. So, puasa takdelah dahaga. Saya suka, saya suka! Yang tak suka kalau banjir. So far rumah aku tak kena, tapi kesian la pada penduduk kawasan yang mudah naik air. Mana dengan Covid lagi.

Sebenarnya work from home (WFH) ni dah jadi impian aku dari dulu lagi. Bayangkan, tak perlu bersesak naik tren / berlama-lama dalam kereta menempuh jem, tak perlu fikir nak pakai baju apa, boleh bangun lewat dan tak payah hadap kerenah bos dan colleague. Segala yang aku bayangkan dah jadi kenyataan. So, adakah ia seindah rupa? Oh yes definitely. Nikmat yang tak patut didustakan!

My mini office. Tumpang port Mak mengaji. Hihi

Awalnya aku ingat WFH ni senang bagi orang bujang. Sebab tak perlu susah nak layan anak atau suami. Tapi korang jangan lupa. Kalau yang duduk dengan mak ayah, kena layan diorang pulak. Ignore anak-anak bergaduh tak dosa wei, tapi ignore Mak tanya macam mana nak order kuih kat bazaar online tu dosa tau! Silap-silap boleh jatuh derhaka. Kadang-kadang kita tengah sibuk diorang ajak borak. Layan jelah. Sape suruh aku setup 'office' kat ruang tamu. Serabut la terkurung dalam bilik (Padahal nak buat keje sambil tengok TV).

Apa pun, ayat cliche' seorang blogger biasa di musim PKP : Sama-samalah kita berdoa Covid19 akan segera berlalu. Stay safe, stay at home.

Aku harap walaupun PKP dilanjutkan sampai hujung Syawal sekalipun, tak ada antara kita yang akan raya berseorangan. Open house tak penting, tapi menung sorang-sorang di pagi Raya adalah sendu petala tertinggi di alam semesta.

Uit apa ni baru 5 Ramadan dah sembang Raya????

So..korang suka tak work from home ni? Tak kisah la suka tak suka, yang penting masih ada kerja dan gaji. Yang pendapatan terjejas tu lagi kesian. Kalau kerja dekat luar macam frontliner tu terdedah risiko Covid19 pulak.

Till then, thanks for reading. Jaga diri ye semua!
Read More

Birthday yang tak Happy

Saturday, 4 April 2020

Assalamualaikum semua. Semalam hari jadi aku. Plan aku nak buat kelainan untuk birthday tahun ni. Dah siap ambil cuti. Nak 'tebus' untuk birthday tahun lepas sebab last year on the same date I had a huge mental breakdown.

Sepatutnya sewaktu entry ini ditulis, aku ada kat sini...

Nak tau tempat ni kat mana? Klik SINI 

Menangis aku sebab cancelkan trip solo aku ni. Like literally menangis ye. Terpaksa cancel hotel dan refund flight. Duit yang dah tukar siap-siap terperuk dalam almari. Semuanya angkara Covid19. F**k you Coronavirus for ruining my plans!

In the end aku cancelkan cuti. WFH dengan kerenah bos yang mencabar minda. Bagi aku tugas yang aku tak pernah buat, pastu expect aku boleh belajar through whatsapp. Aku dahla berangin tak dapat pergi bercuti. Buat keje plak asyik salah. Sistem pulak berat dan memerlukan industrial internet yang maha laju. Harap la hotspot Maxis aku tu. At least sponsor la top up kan?

Tetibe dapat whatsapp dari bff aku, ND. Eh rupanya dia hantar something. Nak jumpa tak boleh kan. So, order la pakai GrabFood dan hantar ke rumah aku.



Ha amik kau selambak dari Secret Recipe. 4 slice kek, OKlah tu since ada 4 orang kat rumah. Chicken salad tu sekejap je habis dikendurikan aku dan adik aku. 

Dapat makanan terus mood baik balik. Tapi tulah malam-malam tu teringat arwah Mak. Nangis sampai tertidur. Nanti dah habis PKP, nak balik kampung ziarah kubur Arwah. 

Begitulah kisah seketul aku. Suatu masa dulu aku suka sambut birthday. Suka potong kek dan dapat hadiah. Entahlah sejak bila aku berubah. Aku selalu pastikan tarikh harijadi aku tu aku jauh dari orang. Tak rasa apa pun bila orang wish, sebab tu aku hide dari Facebook tapi macam biasa famili dan rakan-rakan rapat ingat je.

Entahlah sejak bila aku mula putus asa dengan kehidupan......
Read More

Doa Yang Ditolak?

Monday, 30 March 2020

Asalamualaikum dan apa khabar semua? Rindu nak menulis. Macamana kalian mengharungi PKP?Aku masih perlu ke office 2 kali seminggu. Lagi 3 hari work from home. Kerja essential service kan. Itupun aku bersyukur. Kerana gaji masih berjalan seperti biasa. Tengoklah sejauh mana company aku boleh bertahan. Kerja sahajalah selagi tak dibuang. Pakar ekonomi meramalkan recession kerana Covid19. Agak sukar mencari kerja dalam keadaan ekonomi tak menentu jadi tak digalakkan untuk berhenti kerja waktu macam ni.

Syukur aku tak ikut kata hati dan berhenti sebelum dapat kerja baru. Aku mungkin kurang rasional tapi aku ni mata duitan. Hahaha. Takde keje takde duit lah kan. Takde duit cmane nak makan dan travel. Aku tak reti meniaga, masak tak pandai, bakat luar biasa pun takde, jadi memang tak mampu nak buat freelance.

Bila difikirkan balik, ada hikmah aku tak dapat kerja baru seperti yang dirancang dari tahun lepas. Aku memang beria apply sana-sini dan kebanyakan yang aku apply, semuanya di luar KL. Bukan aku nak menjauh dari famili, tapi aku dah jemu hidup kat KL. Aku nak buka buku baru dan belajar berdikari. Ada hikmah rupanya Allah tolak doa aku. Bayangkan tercampak sorang-sorang di negeri asing sepanjang PKP ni. Syukur mengharungi PKP ni bersama Mak, Abah dan adik bongsu. Takdelah sunyi dan dapat juga berbakti.

Gambar random : Aku craving sate!

Penting sebenarnya bila kita berdoa untuk dapatkan sesuatu, kena tambah "Kalau itu yang terbaik buat aku". Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mungkin doaku sebenarnya bukan ditolak, tapi Allah nak gantikan dengan yang lebih baik.

Massive respect untuk rakyat Malaysia yang mematuhi PKP terutama golongan yang bekerja sendiri. Ramai terpaksa ikat perut kerana tak boleh keluar mencari rezeki. Yang makan gaji pula ramai berdepan risiko gaji dipotong kerana syarikat nak cover balik business yang tersengguk-sengguk. Survival adalah isu utama waktu ini. Untuk memastikan perut diisi, pada masa yang sama kena jaga diri dari dijangkiti Covid19.

Begitupun, kelakar jugak tengok ramai dok bertikam lidah kat internet. Netizen ngan artis lah. T20 vs B40 lah. Dari dok gaduh tu kan , baik fikir cara nak stabilkan kewangan balik. Kita semua terjejas, tak kisahlah kaya macam mana pun. Tokei kapal terbang pun menung, apatah lagi Mak cik Kiah jual goreng pisang. Kalau nak minta bantuan, guna saluran yang betul. Memekak kat socmed bukan kerajaan ada masa nak layan. Silap-silap lagi keruhkan keadaan. Pastu kena kecam. Maleh aku.

Waktu-waktu macam ni elok muhasabah diri. Lepas ni kena rajin menyimpan dan lebihkan sedekah. Flex sana-sini pun tak guna dik. Handbag mahal bukan boleh makan. Biarlah ukur baju di badan sendiri. Ingat, susah-susah kita, ramai yang lagi susah.

Jaga diri ye semua. Stay safe. Stay at home. Semoga wabak Covid19 ni akan hilang terus dari muka bumi.

Nota kaki : Aku rindu nak tengok bola.
Read More