Assalamualaikum dan hai semua! Aku sedang clear memory phone dan terjumpa gambar-gambar masa aku bercuti ke Penang bersama CT awal tahun 2018. Tak silap aku bulan 3, masa tu ada wedding RZ, kawan CT yang tumpangkan kitorang masa jalan-jalan di Melbourne dulu. Lama betul, RZ pun dah dapat anak seorang sewaktu entry ini ditaip.
Penang Avatar Secret Garden ni terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Kitorang naik GRAB je masa tu dari hotel. Tak kuasa lah nak drive, dengan jam dan dengan nak pening pikir parking lagi. Nak pergi tempat ni kena pergi waktu malam. Kalau siang mana nak nampak lampu u olls.
Terletak dalam kawasan Thai Pak Koong Temple Tanjong Tokong. Masuk kena bayar. If datang naik kereta, diorang caj per kereta. If datang jalan kaki diorang caj per kepala. Aku dah lupa berapa RM tapi harga reasonable la jugak bagi aku. Yelah, nak bayar bil letrik dan maintenance. Mana ada benda free di zaman ini.
Pergi malam minggu jadi sila bertabah manusia ramai
Bunga LED berwarna-warni. Sesuai untuk minah bunga tu. Haha
Once upon a happy and healthy girl. Pipi pau, muka bulat. Tapi sekarang cengkung macam drug addict. Huhuhu
My Honest Review : Tempat ni best dan cantik untuk bergambar only if you guys ada kamera yang cantik boleh capture night mode. Kalau phone biasa macam aku tangkap gambar muka memang gelap tak nampak apa. Best jugak tapi kawasan ni berbukit. Kalau bawak wheelchair atau stroller hanya mampu menikmati view dari bawah je. Tapi tu masa aku pergi la. Kot lah sekarang dah ditambah ramp ke escalator ke tak tau lah pulak aku.
OKlah, tu je aku nak story. Thanks for reading!