Sonata Salju di Jeju - Part 2

Saturday 2 June 2018

Assalamualaikum dan hai semua! Sementara cuaca panas membahang elok la aku update cerita Jeju, bagi sejuk sikit.

Dalam perjalanan dari airport ke hotel, Ann bagitau yang kitorang sebenarnya bertuah. Bertuah sebab jalan-jalan baru dibuka selepas heavy snowfall yang berlarutan selama beberapa hari. Kira kalau kitorang sampai awal sehari mungkin akan ada masalah untuk dia ambil kitorang kat airport. Memang bersyukur lah kan.

So, apa lagi? Jauh aku datang Jeju ni. Salji pun masih tebal. So, kitorang pun decide untuk pergi main snow!!! First thing first, salin seluar dulu. Aku pakai seluar heattech aku beli kat Uniqlo. Baju aku pakai je yang aku pakai dari Malaysia. Ya..kitorang tak mandi. Hahaha. Siapa nak mandi sejuk-sejuk ni weh!

View on the way ke Mount Hallasan. Nak main snow kenalah kat atas gunung u olls

30 tahun hidup, ini kali pertama nampak salji. Teruja jangan cakaplah!

We are here! Jangan terpedaya dengan matahari yang memancor. Sejujurnya sangat sejuk

Salji masih menebal masa kitorang sampai ni. Bila pijak tu memang tenggelam kaki. Kena hati-hati kalau melangkah.

Masa nak pergi Jeju ni, aku contemplating patut beli snow boot ke tidak. Memandangkan aku ni takdelah setahun sekali nak pergi winter holiday, so rasa macam rugi je nak spend duit kat situ. So aku pun pergilah beli kasut Timbaland copy ori harga 60 hengget. Yang penting tapak dia grip bagus. Bukan apa, salji ni bila mencair jadi ais, jalan akan licin. Keburukan: kasut tu bila dah pakai, leceh nak bukak and vice versa.


Kitorang tak main ski, tapi sled macam yang korang tengok anak-anak Korea pegang dalam gambar ni. Duduk atas tu dan meluncur turun slope. Kena pandai kawal kalau tak tergolek takpun langgar orang. Hahaha

Nikmat Allah yang paling aku syukuri. Dapat berjalan merata dunia dan melihat kebesaran-Nya

Pose bajet ayu seround. Credit gambar : Siti Humairah
 
Sejuk giler sebenarnya time ni. Hidung dah merah tapi demi gambar dan pengalaman baring atas salji buat tak reti je. Credit gambar : Siti Humairah
Ada nature discovery trail jugak. Dah letih main salji kita gi jalan-jalan

Dan daun-daun pun berguguran

Sungai yang membeku bila tiba musim sejuk

View dari Observation Deck

Lama jugak kitorang main salji, sampai ke petang. Dah sejuk tu masing-masing start la kebuluran. Jadi apalagi, marilah kita gi makan.

Apa nama restoran pun aku tak tau. Yang warna merah tu. Restoran ni betul-betul depan Jeju University

Dinner kami. Credit gambar : Siti Humairah

Bab makanan Korea ni aku takdelah terer sangat. Aku tau kimchi aje. Hahaha. Aku tanya Anne, kedai ni ada cert Halal ke? Anne cakap tak ada pun kedai kat Jeju ni yang halal. Kedai yang dia bawak kitorang ni adalah kedai seafood dan diorang memang dah biasa dengan Jeju Muslim Travel. So memang dijamin tak ada alkohol dan daging. Nasiblah ikut travel agent, kalau aku gi sendiri dengan langsung tak tahu cakap Korea mau makan maggie je seminggu. Harga makanan aku tak ingat sebab bayaran makan dah included sekali. Kitorang tak payah keluar duit pun.

Sedap kah? Pada aku makanan Korea ni macam makanan Melayu je. Diorang suka masam dan pedas. Apakenama aku makan tu pun rasa macam asam pedas. Portion pun besar. Bagi aku sedap je. 

Dah habis dinner, langit pun dah nak gelap. Ann ajak kitorang balik. What? Balik? Tak pernah aku travel pukul 6 petang dah balik. Huhuhu. Ann kata Jeju ni malam-malam tak ada apa. Lagi-lagi musim sejuk. So terpaksalah kami akur dan pulang.

Tak ada apa nak buat malam tu stream bola sambil-sambil borak ngan Siti. Wi-fi hotel ni sepadan dengan nama, memang Champion.

Since kami semua keletihan, malam tu memang tidur tak sedar apa. Lena aku sampai ke pagi.

Nanti aku sambung second day kitorang gi mana ye. Thanks for reading!

In case you miss it : From KL to Jeju and Hotel Review

43 comments

  1. mcm tu laa sy rs sejukkkkk ya amat.. time tu laa mengerti betapa nikmatnya ddk kt mesia hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cmane nak duduk Liverpool ni kalau tak tahan sejuk? hahaha

      Delete
  2. tine sejuk mmg xdigalakkn mandi😊

    ReplyDelete
  3. Dulu waktu kita pergi Jeju pun, diaorang bawa pergi restoran yang sama. For me, okaylah makanan dia. :)

    ReplyDelete
  4. uuuish laju Kak Sal da part 2 da.. ceq duk kayuh lagi pelan2 ni heheh.. rasa macam posing banyak gaya jeeee Kak Sal ? ehehe.. makanan2 okayla not bad boleh telan kira okayla kan.. tapi kalau duduk sebulan sana mau nangeh hari2 kena makan seafood ahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Siti tegur akak laju tengok dah tersekat di skala enam. Hahaha.curi-curi masa.

      Delete
  5. Wah jeju.... huhuhu jeles tahap gaban ni

    ReplyDelete
  6. boleh la buat ais kepal milo..hik hikkk

    ReplyDelete
  7. sal.. duduk sana tak yah mandi pun takpe sal.. celup2 muka je. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tapi dah namanya orang Malaysia. nak mandi jugak kalau tak rasa tak sah

      Delete
  8. Lama x singgah sini.. seronoknya main salji... Cantik gambar sal kt salji tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mama..feeling Elsa sekejap. hehe

      Delete
  9. teringat kata2 Izzat, "ibu, bila nak main salji?"
    dia ingat sesenang nak mencari salji kat malaysia ni kot.
    kalau murah rezeki, nak bwk anak2 ke sini.
    merasa kesejukan yg diorang cari-cari sgt tu hu hu hu
    mr.asben aida dulu 3 thn di UK. tau dah bhw salji ni indah khabar dari rupa aje.
    sejuk, nothing fun can be done :)
    eksyen benau laki aku tu, Sal ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..orang dah biasa jumpa salji mungkin tak teruja, tapi bagikita ni memang jakun sekejap. sejuk pun tahan je janji puas hati

      Delete
  10. Ya Allah ... best nya tengok salji tu ...

    ReplyDelete
  11. Mrs. A ni Air-cond kat office pun dah sejuk tak tahulah macam mana kalau bersalji cia... cia..cia...

    Wah! gambar Sal yang posing berdiri dengan winter coat tu nampak macam retis pun ada.

    Up la gambar tengah play-play dengan snow boarding tu tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tengah main snow boarding tu tak ada. Nanti tunggu entry Siti. hehe

      Delete
  12. Wah...bestnyee. kitaasyik baca je kisah org pi berjalan ke korea..pada sampai dgn membaca je laaah..hik2. selamat ri raya sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu, saya dulu pun stat dengan baca blog. Umur dah lewat 20-an baru merasa travel oversea. Insha Allah, your time will come

      Delete
  13. Sal dan CT tak buat snowman ke? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. salji dah keras. Snowman best buat kalau salji baru turun

      Delete
  14. Terasa sejuk bila tengok Sal dikelilingi salji..
    Gambar pun cantik, terbaek lah!

    Sal, Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam beraya di perantauan pulak. Hehehe

      Delete
  15. selamat hariraya sal.. kemana menghilang

    ReplyDelete
  16. Ini lah antara tempat idaman nak pergi. In shaa Allah...

    Selamat hari raya Sal. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  17. salji ni sama ke texture nya dengan ais kepal yg dikisar tuu?

    saja tanya sebab x pernah berkesempatan main salji..hehe

    ReplyDelete
  18. kakak..!! update lagi yuk.. mau dibacain..

    ReplyDelete
  19. wah bestnya dapat tengok salji depan mata dan dapat main salji lagi tu

    ReplyDelete
  20. cantiknyaaa view sal.. memang suka salji mcm ni. Nampak gebu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas heavy snowfall tu yang gebu gebas. Alhamdulillah..rezeki

      Delete
  21. omeynyer boots kak sal..excited klau timm g, sbb xpenah sentuh salji..huks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah ada rezeki Timm suatu hari nanti. Boot tu comel tapi tulah dah pakai susah nak bukak. Haha

      Delete
  22. Teringin nak main baling-baling salji. Jumpa sekali ja kat nami. Tu pon macam dah tak virgin. Haha. Untungla duduk sejuk-sejuk hidung merah. Kami gelap duduk mana pon tetap gelap lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..komen ni kelakar. Putih je tapi takdelah glass skin cam awek Korea.

      Delete
  23. cam sedap je mknan tu..sayur je ke..
    fevret ni...haha

    ReplyDelete
  24. Sejuk pun aksi baring diatas salji tu wajib dibuat.. rugi kalu tak buat.. hehehe..
    Matahari bersinar namun masih sejuk ye Sal..
    Bagus juga guna pakej ini.. Semua dah include.. tak payah pening-pening nak kira duit bayar.. memang terbaiklah agensi travelnya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..dahla duit dia main ribu-ribu. Lambat nak mengira. Entah bila sudah

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah