Thursday, 17 May 2018

Sonata Salju di Jeju - Part 1

Assalamualaikum semua! Kalau korang dah lama baca blog aku, korang akan faham yang aku seorang blogger yang random. So, harap korang redha jelah aku bukak cerita aku ke Pulau Jeju walaupun cerita Hong Kong tak habis lagi.

So, kalau korang tak perasan kewujudan giveaway yang aku dan Siti anjurkan suatu masa dahulu, sememangnya kalian terlepas cerita yang kami ke Jeju bulan Januari lepas. Trip ni sangat-sangat adhoc. Aku tak merancang nak ke mana-mana, memandangkan masa tu aku baru beberapa bulan balik dari Hong Kong. Poket pun baru nak bernyawa. Tapi tulah, aku tak berdaya menolak ajakan Siti. Korea bukanlah negara yang masuk dalam wishlist aku, tapi entah kenapa rasa macam terpanggil je nak gi sana.

Dipendekkan cerita, aku, Siti, mak kepada Siti, kak Husna (cousin Siti) dan mak kak Husna pun berangkat ke negara KPop tersebut. Flight kitorang pukul 5 pagi, so janji nak jumpa kat KLIA 2 dalam pukul 2.

Layan bola kat Food Court sementara tunggu Siti dan famili sampai

Penerbangan ke Jeju ni ambil masa 6 jam 15 minit. Macam biasa dalam flight diorang akan mintak kita isi Arrival Card dan Travel Declaration Form.

 Maaflah, lighting dalam kapal terbang kan romantik


 Korea tak strict macam Australia. So takde masalah untuk kami bawak maggi, tuna, minuman 3 in 1 dan roti

Pastikan tak bawak perfume lebih 60ml ye

Langit biru menyambut ketibaan kami ke Jeju. Alhamdulillah cuaca cantik sangat

OK, untuk pengetahuan korang lately aku dah malas nak gi travel yang kena buat research apa semua ni. So, untuk ke Jeju ni kitorang ambil pakej. Sekali dengan hotel, makan, driver dan entrance fee. Tour guide kami Siti jumpa di Instagram. Sewaktu entry ini ditaip, diorang merupakan satu-satunya orang Malaysia yang menyediakan perkhidmatan lawatan Muslim di Pulau Jeju. Kalau berminat, boleh lawat instagram diorang untuk berurusan : Jeju Muslim Travel

Seberang jalan untuk ke car park. Anne, tour guide kami dah menunggu. So terus load barang dalam kereta

Welcome to Korea!

Di Korea, mereka memandu di sebelah kanan jalan. Bagi orang yang tak rajin tengok drama Korea macam aku memanglah baru tahu. Korang mesti dah tahu lama dah kan. Hahaha


View dari airport ke hotel


Check in dulu

Kalau ikutkan, waktu ni masih awal untuk check-in, tapi sebab pihak hotel ni memang dah kawtim dengan Jeju Muslim Travel ni, kami dibenarkan check in awal. So apalagi, meh la usha bilik.

 Bilik yang aku share dengan Siti. Simple tapi selesa. Tak kisahlah janji boleh tidur

 Cermin, hair dryer dan TV. Iron kena mintak kat receptionist ye

Bilik air yang bersih dan selesa. Yang penting ada air panas untuk mandi pagi sejuk gedik.

Once dah dapat bilik, we olls solat dulu pastu Anne tanya kitorang nak gi mana. Serius lah Anne tanya soalan tu? Jauh-jauh aku datang Jeju ni target aku satu je. Apakah itu? Nak tau tunggu next entry ye. Hehehehe.

Thanks for reading peeps!

8 comments:

  1. den cumo nk mintak satu jo... mano teddy bear bosa dr teddy bear museum jeju? x sampai2 lg ni hah!! ;-)

    ReplyDelete
  2. amacam jumpa pakwe korea yang jambu2 tak hehehe, best tak bersona di jeju tu. haii ini yang berdebar nak tunggu citer seterusnya, suka tau bikin suspen ciksal ni haaa..jangan lepas ni keluar entri citer lain pulak, sambung citer ni ye ciksal hehehe

    ReplyDelete
  3. Kita pun dulu pergi Jeju pakai Jeju Muslim Travel sebab takde driving license. Hahahaha.

    ReplyDelete
  4. ade duit, keinginan dan waktu, semua bole jalan jalannns ;p

    ReplyDelete
  5. Salam... kunjungan blas... teringin nk ke jeju tp blm ada rezeki. Cntik ya bilik u ollz... bersih juga. Cantik cuaca masa arrival tu... langit biru.. ya btl, south korea nk bwk apa pon blh kn... seronok... kita follow ya. Tq

    ReplyDelete
  6. gigih online tau nak baca entry akak.. nampaknya CT belom ada mood lagi nak sambung habiskan entry Jepun dan sambung Jeju. entahlah.. pelan2 kayuh ni nak siapkan entries. meanwhile mai singgah dulu sambil refresh balik kenangan. hehehe.. alhamdulillah rancang hanya dua minggu itu namanya rezeki =)

    ReplyDelete
  7. hahahaha rejeki terlajak ni kalau tgk banyak entri nk habiskan

    ReplyDelete
  8. Ada salji tebal x.. tengok dalam jeju muslim tour pnya insta mcm narnia dahhh

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com