Aku pergi menonton filem ni dengan expectation yang agak tinggi. Mana taknya, malam hari raya ke-2 aku ajak adik-adik aku gi tengok kat Galaxy Ampang...tak pernah aku buat wei, raya gi tengok wayang! Sebabnya, the first movie, Percy Jackson & the Lightening Thief not bad la jugak. So, aku harap second installment ni lagi best or at least sama level.
Bagi sesiapa yang baca novel Rick Riordan ni, sila bersedia sebab versi filem agak berbeza dengan buku. Yelah, kalau nak ikut sebijik dalam novel, tak cukup pulak duration 106 minit.
Misi Camp Half-Blood kali ni adalah mencari 'Golden Fleece' untuk menyelamatkan pokok Thalia yang diracun oleh Luke, watak jahat yang kononnya dah mati dalam filem pertama. Awalnya, misi ni ditugaskan kepada Clarisse (watak baru), tapi since dia hero filem ni, of course la Percy Jackson ajak awek dia, Annabeth untuk pergi senyap-senyap cari Fleece tu jugak. Grover dan Tyson pun ikut la sekali. Yang tak bestnya, monsters semua nampak agak fake. Ending dia plak terlalu simple. Kata hebat sangat si Kronos tu, tapi Percy Jackson sonang je bunuh dia seorang diri pakai pedang. Mungkin dah 'tidur' lama sangat kot, dah lupa skill.
Aku hero OK, suka hati aku lah!
Logan Lerman (Percy) masih cute macam dulu, walaupun still nampak takde chemistry dengan Alexandra Daddario (Annabeth). Filem ni awal-awal dia best, walaupun unsur saspen dah berkurangan bila asal-usul pokok Thalia dan watak baru, Tyson didedahkan terlalu cepat. Watak Grover dan karektor Tyson yang walaupun nampak bangang berjaya menghidupkan filem ni. Nak cerita lebih-lebih pun tak guna, nak tau gi lah tengok sendiri. Personally aku rasa filem ni kurang menyengat, jauh sendu berbanding filem pertama.
Hopefully, kalau ada sambungan , 'The Titan's Curse' akan lagi best dari ni.
Thanks for reading!