Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita aku bercuti ke Ipoh. Plan yang agak adhoc. Asalnya merancang nak naik 'Ekspres Rakyat Timuran' yang bermula dari JB Sentral, Johor ke Tumpat, Kelantan. Di Semenanjung, sewaktu entry ini ditaip, ia satu-satunya perkhidmatan sleeping train atau keretapi malam yang ada.
Seingat aku tahun 90an dan awal 2000an ada Ekspres Senandung Malam yang disediakan oleh KTM. Ia menghubungkan Woodlands, Singapura dan Ipoh, Perak tapi telah ditamatkan perkhidmatan sekitar 2009. Ada sesiapa di sini yang pernah naik? Sayangnya aku tak berpeluang. Masa tu jiwa wanderlust belum berkobar macam sekarang. Lagipun waktu tu masih kanak-kanak/remaja. Kalau famili tak bawak memang tak sampai.
Plan Ekspres Rakyat Timuran kita hold lah dulu kerana memerlukan perancangan yang lebih rapi dan cuti yang panjang. Lagipun sekarang musim hujan. So, scratch that. Kita pergilah Ipoh. Tak dapat naik keretapi klasik diesel, naik ETS (Electric Train Service) pun jadilah. Keretapi jugak. Rajin-rajinlah check official website KTMB untuk tahu promo terbaru. Kami dapat potongan RM10 seorang. Banyak kan? Promo 'CUTIKERETAPI' ni valid sampai 31 Disember 2021. Boleh guna untuk train intercity jugak.
Beli tiket melalui official website. Pakai apps pun boleh, tapi aku book via website sebab nak guna PC. Naik keretapi pun macam nak naik flight. Siap mintak no I/C dan nama penuh. Tak diwajibkan buat swab test tapi status haruslah lengkap divaksin dan bukan contact rapat Covid19. Harga tiket pergi RM 39. ETS ada kelas Silver, Gold dan Platinum. Gold aje yang ada so ambillah. Yang membezakan kelas-kelas ni adalah berapa banyak stesen dia berhenti. Lagi mahal, lagi kurang berhenti, lagi cepat sampai.
Hari kejadian, kami naik di KL Sentral. Masa beli tiket nampak banyak seat kosong lagi tapi masa beratur nak naik eh tetibe ramai orang. Hari Sabtu kan. Redha jelah. Bukan kau je yang nak bercuti. Nak naik train macam biasa scan MySejahtera dan check suhu. Scan QR code ticket di laluan berpalang sebelum masuk.
Tak berapa best tempat duduk kitorang ni sebab ada 'tiang'. Tak dapatlah nak tengok view.
Belanja video untuk yang rindu naik keretapi.
Teringat scene keretapi Kajol dan Shah Rukh Khan dalam Dilwale Dulhania Le Jayange. Kau memang kuat beranganlah.
ETS ada toilet dan 'bistro'. Simple jelah, takdelah macam gerai atas tanah. Harga boleh tahan mahal. Beli sandwich je untuk alas perut. Itu pun Rm3.80
Boleh request pekerja Bistro untuk panaskan
Lagi satu stesen nak sampai, penumpang seat depan kitorang turun. So, tumpang seat dia kejap untuk posing.
Perjalanan 2 jam 33 minit. Train memang bergerak dan sampai on time. Cuaca pun cantik.
Posing dulu. Ala-ala pose depan Shinkansen pulak.
Stesen Keretapi Ipoh ni memang cantik. Senibina 'Moorish', hampir sama dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Dekat Ipoh ni, stesen keretapi dia je pun dah boleh buat macam-macam posing OOTD.
Baca ni: Sejarah Stesen Keretapi Ipoh
Sebelum keluar dari stesen, kena scan QR Code tiket lagi sekali pada laluan berpalang, jadi korang janganlah buang dulu tiket. At least simpan digital copy. Maybe nak elakkan kes curi-curi naik keretapi tanpa tiket agaknya. Kitorang tak rushing so biar jelah orang habis dulu.
Sampai Ipoh dalam pukul 11.30 pagi, masih awal nak check in tapi jenuh lah nak bawak beg ke hulu ke hilir. So, kita pergi 'tumpang' beg dulu. Kebiasaannya pihak hotel benarkan, so harap yang ni pun sama. Kalau dia tak bagi aku keluar perangai 'Karen'. Hahaha. Jangan main-main Yeop!
Lama giler rasanya tak datang Silver State (dibaca: Negeri Perak) ni.
OKlah nanti next entry aku sambung lagi. Thanks for reading!
Read More