Deepika Padukone - pakai track suit pun cantik!

Wednesday 10 November 2021

 

Peminat filem Hindustan confirm kenal lah pelakon cantik manis bernama Deepika Padukone ni. Gambar terbaru ni diambil paparazzi di Airport sewaktu beliau pulang dari Dubai. Simple je pakai track suit dan kasut sukan. Orang cantik pakai apa pun cantik.

Imej ni sesuai dengan status terbaru beliau as duta Adidas. Aku pun intai-intai la koleksi AdidasXMerimekko yang nampak Deepika dok promote di IG. Tengok jelah, rasanya tak beli. Aku bukanlah kaki barang berjenama. If korang minat brand Adidas bolehla usha website diorang. 

Deepika antara pelakon era 2000-an yang aku minat. Ada a few filem dia yang aku suka iaitu:

Om Shanti Om - Suka sebab hero filem ni Shah Rukh Khan, set dan kostum 70 an yang cantik dan lagu-lagu best.


Yeh Jawaani Hai Deewane - Suka sebab hero dia Ranbir Kapoor comel giler dan jalan cerita yang menarik.

Bajirao Mastani - Hero filem ni suami Deepika sendiri, Ranveer Singh. Sesuai untuk yang suka filem sejarah dan cinta terlarang. Walaupun Deepika watak utama tapi aku rasa lakonan Priyanka Chopra as second heroin lebih menyerlah. 


Tamasha - Filem ni pun Deepika berlakon dengan Ranbir Kapoor. Filem romantik tapi turut membincangkan isu mental health. Part awal filem ni berlakon di Corsica, Perancis. Buat ko rasa nak try travel solo mana tau jumpa cinta sejati. Lol. Dalam filem bolehla. 

Chennai Express - Antara filem yang aku tak jemu tengok berulang kali sebab kelakar, lagu-lagu sedap dan ada mix budaya masyarakat India Selatan jugak. 

Piku - Filem tentang hubungan ayah dan anak. Deepika berlakon dengan Amitabh Bachan. Memang kelakar tengok perangai diorang sama-sama degil.

Korang ada tak yang dah tengok filem -filem aku mention ni? If dah share lah review. 

P/s: Maaf lah kalau allignment entry ni tunggang-langgang. Aku menaip di handphone. Penat duduk depan PC dari pagi. 

38 comments

  1. PIKU kita x pernah tgk lagi... ok nnt nak cari laaa

    ReplyDelete
  2. dulu2 bapak dia mmg femes, Prakash Padukone, yg main badminton..pernah tengok Chennai Express je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada baca jugak pasal tu. tapi saya tak sempat tengok. pemain 90 an saya kenal pemain Malaysia dan Indonesia je

      Delete
  3. Senang pakai track suit. Senang bergerak. Tidak risau renyuk baju. Duduk dalam kapal terbang lama-lama rasa badan lemau dan berlengas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. dalam flight paling penting adalah keselesaan. lagi-lagi kalau heret beg banyak-banyak

      Delete
  4. sesekali kalau cari ilham mmg suka tonton filemhindi jeling2 ja sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau tengok filem Hindi tak jeling2 kak PI. terus duduk berangan termasuk sekali dalam cerita

      Delete
  5. takde satu pun yg ammi dah tgk..tp sekarang nak masukkan PIKU dan bajirao dlm list

    ReplyDelete
  6. Chennai express tu cam best jeew., nnti wak layan laa.., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak suka filem Tamil rasanya akan suka Chennai Express

      Delete
  7. sal.. sori.. kakmim x kenal ni sapa... nmpk sgt x follow ceta hindustan skrg ni.. kalau prettty zinta ke, ranee ke, aishwarya rai ke kakmim kenal... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah baru sangat Deepika ni. Dah dekat 15 tahun berlakon. biasalah tu kakmim, busy macam-macam mana dengan anak lagi

      Delete
  8. nama pun selebriti..pakai pun apa cantik..kita klu pakai macam tu dah mcm mcik2 la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan. lagipun kita pakai apa pun takde orang nak amikkan gambar

      Delete
  9. Kannn... mcm kita beli baju la, tgk model pakai elok je. Kita pakai...biasa je ... he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok badan jugak. dia kurus tinggi. kita ni minion je. haha

      Delete
  10. bapa dia bekas pemain badminton India.... cuma skrg sy jrg tgok filem Hindi sbb kekangan masa...

    ReplyDelete
  11. Layan betul Sal dgn filem Hindustan, tp tu la org ckp kalau cantik pakai apa pun cantik

    ReplyDelete
  12. Kurang kenal sikit. Tak pernah tengok filem lakonan dia. Iyee..orang cantik pakai apa pun cantik.

    ReplyDelete
  13. Boleh tu gi Perancis, terjumpa cinta sejati, buat beg terjatuh ke hehe.. biasa jatuh buku di dalam library, sambil kutip, mata betentangan mata, haha...track suit pink pula, sweet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. itu dalam filem je kak. comel jugak track suit warna pink

      Delete
  14. Artis, pakai apapun tetap Cantik.

    ReplyDelete
  15. perghhh sal punya ulasan bukan kaleng-kaleng. Suka ranbir kapoor tu

    ReplyDelete
  16. Kalau ahkak le yang pakai track suit belum sempat nak check in dah kena halau balik huhuhu sadis no. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kenapa pulak nak halau. Lain la kalau pakaian menjolok mata.

      Delete
  17. Tengok Om Shanti Om je.. Yang lain-lain tu layan lagu je rasanya.. Suka tengok deepika ini menari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok la Bajirao Mastani. Dia menari tradisional dalam tu

      Delete
  18. semua movie dia dah tengok kecuali movie dengan abhishek bachchan tu sebab tak jumpa. Tengok la Cocktail, suka watak dia dalam tu :)

    ReplyDelete
  19. Akak suka tengok dia dalam Om Shanti Om. Cantik sangat! PIKU pun best! Memang seronoklah tengok ayah dengan anak sama-sama degil. Tapi, akak paling suka tengok lakonan dia dalam Happy New Year. Kelakar. Watak Mohini tu memang dia betul-betul nailed it.

    ReplyDelete
  20. Itulahkan kalau dah cantik pakai apa pun cantik.
    Kalau orang biasa-biasa mesti sendu jadinya
    Zaman muda remaja memang minat hindustan Om Shanti Om Mrs. A gi tengok dekat pawagam lagi masa tu masih kerja kat KL.

    ReplyDelete
  21. Nampak classy aje wpun ber tracksuit. Dah orgnya cantik

    ReplyDelete
  22. cantik sangat dia ni, suka tengok :D

    ReplyDelete
  23. Orang cantik kak sal, pakai apa pun cantik. Kalau saya pakai, macam makcik nak gi pasar. Hahahahaha. Tapi Om Shanti Om tuuuuu terpaling favorite sayaaa. Sukaaa dengar lagu diaaa, best!

    ReplyDelete
  24. Filem Hindustan..ramai yang suka tengok pelakon nya mantap

    ReplyDelete
  25. Pernah tgo Bajirao...yang lain x pernah lagi rasanya

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah