Showing posts with label soal hati. Show all posts
Showing posts with label soal hati. Show all posts

Of Sotong Ride dan Orang Itu

Wednesday, 14 December 2022

Throwback minggu lepas masa terpedaya dengan racun Tik-tok, Sunway Lagoon Night Park hanya RM35 per adult. Awalnya aku skeptical, cakap ngan kawan-kawan aku, aje giler pergi Sunway Lagoon musim-musim hujan ni. So member aku pun beli jiwa, belanja baju hujan kaler pink. Dahla masa beli tak tengok saiz, dia terbeli saiz XL. Dah serupa mascot World Cup Qatar. Tapi bagus gak saiz besar, satu badan cover. 

In the end kami tak dapat naik majoriti ride yang best. Tutup sebab hujan. Maybe for safety reasons. Dapatlah naik a few rides level kanak-kanak riang. Segala show pun dibatalkan dan aku tak ambil satu gambar pun sebab simpan handphone dalam beg. Terselit satu gambar dengan ride legend di Sunway Lagoon iaitu Pirate's Revenge ni je. Buat kenangan sebab seumur hidup jadi anak KL ni baru first time sampai. Sedeyh! 


Apa pun, aku appreciate lah kawan-kawan aku nak hiburkan hati aku dan heret aku sekali walaupun hakikatnya aku ni penakut. Korang kalau perasan kat theme park atau fun fair ada 3 golongan. Adrenalin junkie atau si berani, si penakut apa pun tak boleh dan orang yang akan naik sebab kena pujuk tapi lepas tu dia tutup mata sambil jerit pada frekuensi Mariah Carey. Aku lah golongan yang last tu. 

Seingat aku, aku tak pernah naik 'Sotong Ride'. Tapi aku masih ingat memori last pergi fun fair bersama 'Orang Itu' beberapa tahun lepas. Tak pasti fun fair yang sama ke bukan.

Somewhere out there, 'Orang Itu' pasti baca berita kemalangan di Fun Fair Eco Grandeur Puncak Alam beberapa hari lepas lalu berkata , "Nasib baik aku tak mati masa pergi fun fair dengan perempuan gila tu!" 

Apalah khabar 'Orang Itu'..Entahlah aku pun tak nak tahu.

p/s: Semoga mangsa tragedi 'Sotong Ride' dipermudahkan urusan dan kembali sembuh. Fun fair memang lagi murah berbanding taman tema macam Sunway Lagoon atau Genting Highland, cuma risiko kerana ride dipasang dan dicabut berulang kali kerana fun fair akan berpindah-randah. Bimbang diselenggara sambil lewa.

Read More

Run on, run on, with hope in your heart

Sunday, 14 February 2021

Lari dan terus berlari. Ingin lari jauh dari masa silam. Tapi mana mungkin ia terjadi. Andai benar masa silam adalah benda paling jauh dari kita bak kata Imam Al-Ghazali; kenapa ia masih mengekori?


Cerita pagi Ahad. Mood tak baik sebab mimpi buruk. Berlari untuk tenangkan diri, tenangkan hati. Must be one hell of a dream eh kalau boleh rosakkan pagi. 

Or maybe salah sendiri sebelum tidur tak baca Ayat Kursi.

Menaip entry sambil tengok filem 'The Vow'.  Bestnya kalau hilang ingatan. 


Note to self: Baca apa yang patut lain kali sebelum tidur



Read More

Lelaki Ini

Wednesday, 27 September 2017


Lelaki ini...
Yang percaya kau adalah seorang yang menarik,
Yang gelisah andai pakaianmu melampaui batas,
Yang resah andai lenggok langkahmu menarik perhatian,
Yang risau bila kau berhias berlebihan.

Lelaki ini..
Yang kononnya kuat dan gagah,
Sebenarnya lemah saat melihat air matamu mengalir,
Sebenarnya goyah kalau kau terluka.
Sebenarnya sakit kalau kau menderita.

Lelaki ini..
Akan mempertahankan kau dari bahaya,
Dengan segala kudrat yang ada.
Akan menentang sesiapa yang cuba menyakiti,
Namun ada kalanya kau salah sangka.
Kau anggap kawalannya tak masuk akal.
Kau anggap kawalannya menyekat kebebasan.
Kau sangka dia benci
Sebenarnya dia sayang.

Lelaki ini..
Yang bila berjanji dia penuhi,
Yang bila kau pinta dia tunaikan.
Walau ada kala hajatmu keterlaluan.
Namun kerana dia sudah berikrar,
Akan menyayangimu sejak hari pertama kau muncul dalam hidupnya.
Lelaki ini, berusaha,
Walau tercabar upaya,
Walau keringat lesu mengalir,
Namun saat kau tersenyum manja,
Dia lupa penat lelahnya.

Lelaki ini...
Jarang menyatakan sayang,
Adakalanya ternampak berang.
Adakala dia terlampau tegas,
Sehingga buat kau rimas,
Namun dia setia menemani di sisi,
Jatuh bangunmu dia ada di situ.
Kadang-kala dia memujuk,
Terkadang dia mengutuk,
Namun sindirannya buat kau bangkit,
Kerana lelaki ini pernah berpesan,
Dari kesakitan kita membina kekuatan.

Lelaki ini..
Yang kau panggil Abah, Ayah, Papa atau Daddy,
Yang menjagamu dari kau kecil lagi.
Lelaki ini patut kau sayang sepenuh hati.
Tapi kenapa,
Makin kau meningkat dewasa,
Makin kau lupa,
Pada insan yang merotan untuk mengajar,
Yang melupakan keseronokan demi memberimu kehidupan.
Padamu dia sandarkan harapan,
Tak, dia bukan harap menumpang senang,
Dia cuma ingin lihat kau berjaya,
Supaya bila tiba saat dia menutup mata,
Dia tahu dia dah besarkan seorang insan berguna
Dia tahu ada seorang yang akan mendoakanya di-sana....

~Nukilan buat semua anak-anak di dunia .Terutama sekali Aku~


*Entry Repost* 
Read More

Kalau tak kahwin, tak bahagia ke?

Thursday, 11 February 2016

AMARAN : Entry ini sangat serius dan hanyalah pendapat dan luahan peribadi. Mungkin ada yang bersetuju, mungkin ada yang akan bash. At the end of the day, this is my blog dan suka hati aku lah kan nak tulis apa..



Soalan yang paling aku tak suka itu ditanya lagi! Jemu, bosan, menyampah, meluat. Kecik je aku tengok kau ni!!! Aku gagahkan otot-otot pipi untuk senyum. Biarlah, mungkin dia betul ambil berat. Biarlah, mungkin dia pun nak aku bahagia. Tapi kenapa? Kalau tak kahwin, hidup tak bahagia ke?

Soalannya..bahagia kah aku hidup bujang? Tapi aku tahu, aku jawab lah macamana pun, aku tak akan menang.

"Aku bahagia, aku ada ramai kawan-kawan."

"Sampai bila? Kawan-kawan pun ada hidup dan keluarga dia sendiri."

"Aku bahagia, aku ada ramai anak-anak saudara yang sayangkan aku."

"Diorang akan membesar, dan ada tanggungjawab. Yakin ke, diorang akan jaga kau bila kau dah tua nanti?."

See? Jangan kata dengan orang lain, dengan diri sendiri pun belum tentu aku mampu nak jawab soalan tu. Kalau dikira masa ini, sekarang, memang aku bahagia. Yup, aku bebas nak travel sana sini tanpa izin sesiapa. Balik rumah aku boleh campak beg dan golek-golek atas katil, tanpa perlu fikir mulut-mulut yang kelaparan. Aku boleh kerja macam nak gila, sampai lewat malam, hujung minggu, ataupun bawak kerja balik, takde siapa yang akan merungut inginkan perhatian aku. Aku bebas nak pergi tengok wayang, karaoke, pergi stadium, naik gunung, masuk laut... Aku bahagia, terpulang korang nak percaya ke tidak.


Namun jauh di sudut hati, aku macam korang jugak, risau akan masa depan. Orang yang ada anak-anak pun belum tentu terbela nasib bila dah tua, apatah lagi yang sebatang kara. Tapi, takkanlah sebab tu aku nak kahwin? Sebab tak nak mati sorang-sorang?

Dan sejujurnya aku dah letih mengejar... Letih mencari. Letih dengan hubungan yang tak ke mana. Tak tahulah aku ni bila bab lelaki kalau tak malang, bangang.

Tapi kenapa aku masih berusaha? Aku hanya ada satu jawapan...sebab mak dan ayah aku nak aku kahwin. Full stop. Serius, kalau aku fikirkan diri aku, memang aku dah malas nak ambil tahu. Lantaklah, kalau ada, adalah.. Kalau takde, then mati sorang-sorang pun takpe. Like I said, orang yang ada anak-anak pun belum tentu terbela nasib bila dah tua.

Orang boleh cakap apa saja diorang nak. Contohnya, ada yang marah aku, kata aku dah tak yakin dengan Tuhan. Kononnya aku bersangka buruk. Tak, aku cuma dah tak yakin dengan diri sendiri. Lelaki baik yang aku jumpa, ramai. Sangat ramai. Cuma aku saja yang tak cukup baik di mata diorang.

Orang boleh cakap apa saja diorang nak. Kau ni memilih kot? Haruslah memilih, dari tersalah pilih kan lagi sia-sia. Sabarlah...nanti adalah tu. Repeat seribu kali sampai muntah!

Realiti, hanya andartu yang faham andartu...dan orang akan terus bercakap apa yang diorang nak

Read More

Logik ke lelaki tak minat bola sepak?

Wednesday, 18 March 2015

Assalamualaikum semua! Lama giler tak borak-borak pasal bola sepak kan? Sempena  meraikan kejayaan Atletico Madrid ke quarterfinals UCL dan berita super awesome aku dapat dari Anies, meh la bukak topik favourite aku. Sukati korang la nak baca ke tidak. Hehehe.

My favourite part masa penentuan penalti pagi tadi. Yang sedang berdoa tu adalah Arda Turan, pemain Islam dari Turki.

Antara perkara paling ironi tentang aku, walaupun aku ni kaki bola, aku selalu 'tersangkut' dengan lelaki yang tak suka bola sepak. Serius! Ada tu memang tahap clueless tak perasan pun World Cup dah start! Wujud ke lelaki-lelaki tak suka bola sepak ni? Of courselah wujud. Entah-entah lagi ramai dari perempuan yang minat bola.

Tapi kenapa? Kan ke lagi best kalau minat sama? Personally, aku suka lelaki yang tak minat bola sepak sebab bila kitorang hang out, boleh borak topik selain dari bola. Bab bola ni boleh buat gaduh tau! Tak naklah aku gaduh semata-mata sebab dia sokong Manchester United, aku sokong Liverpool. Tak berbaloi!

Orang lelaki yang suka bola sepak mungkin akan rasa annoyed bila perempuan yang tak minat bola  pura-pura cakap pasal bola untuk impress diorang. Tapi aku rasa lelaki yang buat-buat tahu pasal bola sebab nak impress perempuan kaki bola memang sangat comel!!!! Memang kelakar bila diorang dengan confident kata Ronaldo tu main untuk Spain. Sangat charming dan cute. Boleh melting tau!

Lagi satu, sebab aku tak nak diorang mimpi ngeri lepas teman aku tengok bola, tak kisahlah kat Mamak atau kat stadium. Yelah, kadang-kadang masa dok cheer atau mengutuk tu memang hilang kawalan sikit.

Kesimpulannya, aku OK je dengan lelaki tak minat bola sepak. Tetap lelaki jugak, macam perempuan yang tak suka tengok drama suamiku encik itu ini, tetap perempuan jugak.

Tapi bab jodoh ni aku terima je dapat yang minat bola sepak ke, minat memancing ke, minat membaca ke... Tu hobi dia, sukati dia lah. Jangan lupa anak bini sudah!!

Indahnya kalau dapat yang boleh kejutkan aku pukul 3 pagi. Bukan sebab dah start kick-off, tapi ajak Tahajud bersama. Sweet tak? Hehehehe. Kalau dapat yang macam tu, Fernando Torres datang serah diri pun aku tolak tepi!


So, what says you? Korang prefer pasangan yang minat sama ke minat lain-lain? Share lah kat sini..

Ironi adalah bercakap tentang lelaki idaman dan jodoh padahal hati tengah patah seribu.
 #BeStrong

Read More

Cerai. Bercerai. Penceraian

Saturday, 7 March 2015

Takde pasangan berkahwin yang nak bercerai. Semuanya nak bahagia di dunia, kalau boleh sampai ke Syurga. Tapi jodoh itu bukan manusia yang pegang. Kalau Allah kata sampai situ je, sampai situ jelah.

Cakap memang senang. Tak boleh ke cuba pertahankan? Aku pernah lihat satu penceraian di mana ENAM anak menjadi mangsa. See, even enam orang anak kecil yang masih bersekolah pun tak mampu nak selamatkan sebuah perkahwinan yang memang dah lama retak. Aku tak faham apa-apa since aku sendiri masih budak time tu. Kesian memang kesian, tapi penceraian itu mungkin pilihan yang lebih baik dari hidup dalam sebuah rumah tangga yang huru-hara.

Aku pernah terfikir..kenapa kuasa menjatuhkan talak tu di tangan orang lelaki? Kan orang lelaki lebih panas baran, berbanding perempuan yang terkenal dengan sifat penyabar dan tabah. Tapi ada seorang ustazah pernah  cakap dengan aku, orang lelaki sebenarnya lagi penyabar dari orang perempuan. Orang lelaki akan fikir dulu sebelum ambil keputusan berbanding perempuan yang gemar mengikut perasaan dan terburu-buru. Perempuan ni 'pendek akal' berbanding lelaki. Sebab itu lelaki lebih layak menjadi ketua. Mungkin betul cakap Ustazah aku tu kan.. Wallahu'alam.

Terdapat 5 perkara yang menjadi rukun talaq iaitu:

  1. Orang melafazkan talaq iaitu suami.
  2. Tempat yang hendak dijatuhkan talaq iaitu isteri.
  3. Berkuasa ke atas talaq dan orang yang ditalaq.
  4. Lafaz talaq,tulisan atau isyarat yang semaksud.
  5. Niat menjatuhkan talaq ketika melafazkan perkataan sindiran yang bermaksud talaq. 
Credit : Jabatan Agama Islam Selangor

Hakikatnya, bercerai ni 'mudah'. Yang penting, dilafazkan oleh suami ke atas isteri, tak semestinya dalam bahasa formal. Melalui tulisan atau SMS pun dikira sah kalau betul itu dari suami sendiri. In fact, suami tak digalakkan bergurau tentang talak ni kerana dikhuatiri terlepas cakap walaupun dia tak maksudkannya.

Credit : Google Image

Aku mungkin tak tahu banyak pasal munakahat sebab aku bukan pakar Agama. Aku sendiri pun belum pernah berkahwin. Tapi aku pernah menghadap penceraian orang yang rapat dengan aku sampai DUA kali. Suasana di mahkamah syariah masa tu memang tegang, tapi kau boleh rasa aura kesedihan dari setiap ahli keluarga yang datang. Kau bayangkan... one minute kau tolong diorang masa wedding, the next one kau 'tolong' diorang nak bercerai. Tapi kau siapa nak masuk campur. Diorang yang kahwin, diorang yang melalui.

Kalau boleh, aku tak nak jejak mahkamah Syariah lagi. Cukuplah apa yang pernah aku hadap sebelum-sebelum ni. Tapi, nampak gaya aku kena jejak sana lagi. So, here we go again.. *Senyum paksa*

Lumrah manusia, kalau yang buruk tu senang nampak. Lebih banyak perkahwinan yang bahagia yang aku jumpa berbanding penceraian, tapi yang sad ending tu jugak yang aku nak trauma. Huhuhu.

Oh ye, enam orang anak kecil tu sekarang semua dah besar dan bekerjaya. Alhamdulillah, penceraian tak menjadikan diorang goyah. Ibu bapa diorang pun tak bermusuhan. Dan dua pasangan yang pernah aku saksikan penceraian tu masing-masing dah ada keluarga baru sekarang ni dan bahagia dengan hidup sendiri.

Penceraian itu halal, tapi dibenci Allah. Penceraian nampak macam pengakhiran, tapi ia boleh jadi permulaan baru asalkan hati kita kuat. Pendek kata, cerai ni ironi. Kau takkan tahu apa yang ada di masa depan. Jaminan kita hanyalah doa dan tawakal. Perancangan Allah kita tak tahu. Jangan mudah menghukum orang, sebab kita tak lalui apa yang diorang lalui.

Dan korang tak perlu risau, walau dah banyak penceraian yang aku hadap, aku masih percaya pada ikatan perkahwinan. Sebab aku yakin Allah ada.

Read More

Perkara-perkara orang belum kahwin tak larat nak dengar

Tuesday, 17 February 2015

Sape sini umur dah agak, ehem, lanjut, tapi belum kahwin? Angkat tangan!!! Eh, Akak belum kahwin? Akak pun? Awak kat sana tu..takkan takde orang nak? Nak kahwin dengan saya tak? Hahaha..kidding!

Aku belum kahwin. Dan aku ada ramai cousins dan kengkawan yang belum kahwin. Kitorang OK je,life macam biasa. Tapi, kadang-kadang ada jugak gangguan dari orang-orang sekeliling yang membuatkan kitorang stress. Sekali-sekala bolehla terima. Dah 2,3,4 kali kala rasa nak bertukar jadi Superman Hulk je. Ada beberapa perkara-perkara yang  orang belum kahwin (especially pompuan) malas nak dengar..

1.Kau ni tak nak kahwin ke?

Kebangangan apakah ini? Sape tak nak kahwin oi...Kalau dah namanya manusia normal, mestilah ada naluri nak disayangi dan menyayangi. Tak ada sape yang nak mati reput sorang diri dalam sebuah rumah dikelilingi kucing-kucing yang in the end makan mayat tuan dia sebab lapar. Banyak sangat tengok CSI aku ni!


2.Kau ni memilih kot...

Pfft! Hidup ni penuh dengan pilihan. Nak breakfast roti canai ke coco crunch? Nak pakai baju pink ke baju hitam? Nak beli kereta kena pilih. Nak kerja,kena pilih. Tapi kereta kalau dah jemu, boleh tukar. Kerja kalau cam haram, boleh berenti. Tapi,kahwin ni untuk seumur hidup. Memilih tu lagi baik dari main 'tangkap muat'.

3.Si polan bin si polan tu belum kahwin. Nak tak aku jalankan je?

Ini golongan makcik-makcik yang scary. Yang buat kau rasa nak menyorok belakang mak kau setiap kali dia bukak mulut pasal status bujang kau. Sebab dia berani cakap something yang mak kau pun berkerut dahi dengar...Seriously,woman,mind your own business!!!

4.Kau tunggu .... (insert celebrity name) ke ?

Kau jawab je soalan tu macam ni:" Haahla, mana tahu ni.. Rasanya lagi 10 tahun cukup duit saya nak pinang dia."

5.Bila nak kahwin?

Life doesn't run on schedule. Tak semua orang hidup dia semudah lahir-g sekolah-masuk u-dapat kerja-kahwin-dapat anak-dapat cucu-the end. Tak,Allah atur hidup seorang hamba dengan seorang hamba lagi berbeza-beza. DIA lagi tahu bila masanya. Bila masa tu sampai, adalah nanti. Kau suka ke orang tanya,bila kau nak mati?

6.Kau still tak boleh lupakan ... (insert nama cinta lama)?

Bukan senang nak lupakan orang yang pernah kita sayang. Bukan sebab kita masih berharap, tapi nak rasa feeling yang sama dengan orang yang berbeza bukannya mudah. Kadang-kadang bila ingat balik, rasa tak sanggup je nak frust lagi sekali, go through the same heartbreak all over again.. Serik dah.


7.Sabarlah,nanti ada...

Eh, kitorang sabar. Siapa kata kitorang tak sabar. Korang je yang suka assume kitorang lonely. Tak dinafikan, ada golongan single yang nampak cam desperate sangat nak kahwin. As if finding a husband/wife is the main reason they woke up every morning. Tapi, bagi aku, tak salah.. Hak dia. Jangan dia kacau bini orang, tunang orang lantak dia lah. Tapi majoritinya lebih suka sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seharian. Sebab kami percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Hamba-Nya.

So,my advice to all my single friends...buat tak tau je. Tapi korang jangan la duduk melopong je seolah-olah siling rumah korang akan terbuka dan jodoh korang akan jatuh atas riba.Tak salah berusaha. Yang penting,bila harus memilih, doa banyak-banyak moga itu pilihan terbaik..Wah,aku bab nasihatkan orang memang pandai la kan!

Tapi kepada yang terasa dengan entry aku, maaf. Aku faham maybe korang nak tengok kitorang bahagia. Aku faham gak kalau korang jeles tengok kitorang hidup bebas bagaikan camar pulang di senjakala. Eh...Tapi,kurang-kurangkanlah cakap benda-benda yang boleh buat orang-orang belum kahwin ni bengang je dengar. Kesian kat kitorang, walau luaran nampak cam happy hahahaha, dalam hati kitorang terguris orang tak tahu. Life kitorang nampak meriah, travel sana sini, beli apa je kitorang nak, berjimba-jimbut tanpa perlu mintak izin sesiapa, tapi kebahagiaan tu kau takkan nampak dengan mata.

Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu

Read More

Another schoolmate wedding - Inner rant

Thursday, 4 September 2014

31 August 2014 - Najib & Fatin

Another schoolmate wedding...

Perkara pertama yang kita cari di majlis kahwin, dah tentu pengantin. One of them adalah kawan sekolah aku. Mungkin tak rapat, tapi pernah sama kelas setahun dua. Lama tak jumpa dia, so perkara pertama yang bermain di fikiran aku - Wow, dia dah berisi!

Kejam? Not really..aku cakap depan-depan dan dia hanya gelak. No hard feeling. Senyum.

Perubahan fizikal. Seiring dengan peningkatan usia, masing-masing pasti berubah. Walau inci tak bertambah tapi saiz badan dah pasti ada perubahan yang nyata. Ramai yang dulunya kurus melengking sekarang dah ada 'perut'. Yang dulunya berjerawat dan memakai gigi besi, kini berseri-seri. Ada yang dulu selekeh tapi kini dah bergaya. Ada yang buat kau tanya diri sendiri - Dang! Nape dulu aku tak ngorat dia? S**t, dia dah hot!

30 May 2011 - Linda & Zakry

Sebelum duduk, cari wajah-wajah familiar dulu. Walau tadi letih terperangkap dalam kesesakan, namun saat terpandang rakan-rakan yang dikenali lewat belasan tahun, senyum terus terukir. Makan? Tu boleh tunggu. Tanya khabar dulu. Bukan senang nak berjumpa begini sejak masing-masing ada komitmen sendiri. Tengok kawan-kawan sebaya masing-masing dah mengelek anak kiri kanan buat aku rasa tua. Bilalah ada rezeki nak jadi ibu..

9 Februari 2014- Diyana & Hakeem

Sambil makan, ada juga yang mengusik

"Kau bila lagi?".

Aku balas soalan tu dengan senyuman. Aku pandang keliling sambil mengira-ngira bilangan rakan-rakan yang belum kahwin. Ramai jugak yang sekapal.Aku jeling si Z. Z yang cantik tu pun tak kahwin lagi! Nak je aku cakap gitu, tapi takut Z sentap. Aku tengok W sekilas. Erm...dia ni pun bujang lagi. Agak-agak boleh tak aku masuk line? Soalan tu akhirnya hanyut dalam riuh-rendah majlis. Atau bila ada anak sesiapa yang menangis. Fuh, selamat!

6 May 2012- Nani & Shah

Zaman sekolah menengah, memang indah bila dikenang. Walaupun kami semua bersekolah di KL, hidup di bandaraya penuh cabaran, tapi Alhamdulillah semuanya turn out alright. Tiada yang tersasar jauh dalam mencari diri.

Ungkit cerita lama adalah topik lazim kami. Antara soalan yang sering diutarakan - Eh, budak yang rapat ngan kau dulu tu, sekarang apa cerita? Aku jawab -Entah la, lama tak dengar khabar.

Hakikatnya aku ada je add diorang kat FB, tapi somehow tak berniat nak mengulang balik memori zaman dulu. Tanpa sebab, kitorang makin jauh. Walau peluang keep in touch tu banyak, tapi masing-masing memilih untuk jadi 'kawan biasa' saja. Yup, mungkin kerana seiring masa, perwatakan seseorang tu berubah. Persahabatan adalah sesuatu yang sangat kabur di zaman remaja. Entah kenapa, susah betul nak kekalkan. Ada yang pernah rapat, tiba-tiba menjauh. Bila aku  teringat kembali a few ex-best friends, aku sendiri tak sangka yang kitorang dulu berkawan baik. Entahlah, mungkin kerana orang kata remaja adalah tempoh mencari identiti. Kita berkawan dengan banyak 'puak' kerana ingin merasa 'cara hidup' diorang.  Mana yang serasi, kita teruskan. Yang tak ngam, kita tinggalkan.

Cinta monyet? Aku dulu di zaman sekolah memang comot. Tak pernah ada pakwe. Crush dan abang angkat tu ada lah. Entahlah, aku takut nak bercinta. Tak tahu kenapa. Tak reti kot. Sekarang pun still tak pandai. Well, kalau aku pandai mesti sekarang dah kahwin kan?


1 Disember 2013 - Syafinaz & Omar

Peluang bergambar memang tak pernah dilepaskan. Bila lagi nak abadikan memori kan? Usai majlis, masing-masing ada tanggung jawab lain. Entah bila dapat jumpa lagi.

Thanks for reading this rant, peeps.. Sekadar luahan apa yang berlegar di fikiran sepanjang wedding schoolmate. Bila dengan diorang, rasa macam naik mesin masa lompat ke zaman persekolahan balik. Go back to the times when things are simpler.

3 February 2013 - Mas & Erul
Read More